Yeo’s Soya Bean Pilihan Gaya Hidup Sihat

Adam dan Yeo's Soya Bean

Produk Yeo’s memang sudah lama berada di pasaran, antara produk yang paling lama dan stabil di Malaysia. Saya sendiri mula kenal jenama Yeo’s sejak dari kecil lagi, yang paling saya suka ialah Yeo’s Soya Bean.

Saya memang amalkan minum Yeo’s Soya Bean, setiap hari sekurang-kurangnya saya minum dua (2) gelas besar. Dalam peti ais saya tu sentiasa ada stok Yeo’s Soya Bean dan begitu juga produk keluaran Yeo’s yang lain.

Yeo’s Pilihan Semulajadiku

Tersenyum saya apabila membaca tajuk contest anjuran Denaihati kerana ada cerita disebalik bagaimana produk jenama Yeo’s mempengaruhi kehidupan saya dari kecil sehinggalah sekarang.

Walaupun hadiah yang ditawarkan cukup lumayan, tapi saya lebih suka untuk berkongsi kisah silam saya bersama Yeo’s. Topik ini memang kena sangat dengan saya.

Ibarat… “orang mengantuk disorongkan bantal”. Chewahhh…

Sebelum berlayar lebih jauh, apa kata korang layan dulu video ni… Ambil mood sepoi-sepoi bahasa dulu. Mana tahu nanti korang senyum jer…

Enjoy YouTube special made by Adam for #SBBYEOS2014

Amacam video ni cun tak? Upah Kinder Joy jer dekat model kecik tu huhu…

Ini kisah saya…

Semasa kecil saya mengidap penyakit asthma yang kritikal. Boleh dikatakan separuh zaman kanak-kanak saya berulang alik ke hospital.

Arwah mak saya cerita, masa tu saya tak suka minum susu atau air masak. Kalau minum mesti muntah dan penyakit semput senang menyerang. Sebagai ganti, arwah ayah dan mak saya bagi minum Yeo’s Soya Bean.

Setiap hari arwah ayah akan bawa 3 botol air Yeo’s Soya Bean dan RM10 duit syilling 10 sen dalam bungkusan plastik.

Simbolik duit syiling tu ayah saya bagi sebagai ganti barangan mainan. Katanya, daripada dia beli barang mainan baik dia bagi duit syiling supaya saya boleh simpan dalam tabung.

Sambil gengam bungkusan syiling tu saya akan habiskan semua air botol Yeo’s Soya Bean yang ayah saya bawa. Kebetulan arwah ayah saya mempunyai sebuah restoran, jadi stok air botol perisa Yeo’s sentiasa ada di restoran kami.

Semenjak itulah saya mula suka sangat Yeo’s Soya Bean.

Siapa ingat, dahulu Yeo’s Soy Bean hanya dijual dalam botol kaca sahaja. Percaya tak saya boleh habiskan 12 botol setiap hari. Selalunya saya akan duduk atas rak-rak botol Yeo’s di kedai ayah saya dan minum puas-puas.

Masa tu… rasa Yeo’s Soya Bean seperti minuman paling sedap didunia. haha.

Bukan tidak ada jenama soya bean yang lain tetapi Yeo’s Soya Bean rasanya semulajadi sama seperti yang kita buat sendiri. Bukan saya seorang sahaja, ahli keluarga saya juga suka minum Yeo’s Soya Bean.

Dengan produk Yeo’s jugalah abang saya yang bongsu berjaya memenangi TV warna pertama dulu, siap dapat masuk surat khabar lagi. Masa itu ada peraduan kumpul penutup botol Yeo’s, habis semua penutup botol Yeo’s dia kutip dan kumpul.

Rezeki menang TV warna dari Yeo’s itu membuatkan kedai kami semakin ramai dikunjungi pelanggan kerana pada masa tu TV masih hitam putih. Tahun itu jugalah TV warna pertama dikeluarkan di Malaysia.

Kenangan indah bersama arwah mak, ayah dan Yeo’s yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila…hiba pulak hati dah. huhu.

Kesihatan Dan Kecantikkan

Dari segi kesihatan, saya cadangkan kepada yang mempunyai anak kecil, amalkan bagi anak meminum Yeo’s Soya Bean.

Tekstur kulit anak akan sihat, lembut dan bersih. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga boleh amalkan. Saya mengalaminya selepas bertahun-tahun mengamalkannya.

Ada kajian menunjukkan khasiat dalam soya bean selain mencantikkan kulit, mampu memberi peningkatan dalam fungsi kognitif untuk wanita yang putus haid.

Selain itu, mampu menguatkan daya ingatan.

Yeo's Pet Produk

Yeo’s Malaysia

Hari ini, Yeo’s Malaysia berfungsi sebagai pusat pembuatan penting bagi pengedaran Global Yeo’s untuk Indonesia, New Zealand, Australia, Eropah, IndoChina dan Amerika Syarikat, menjadikan ia sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka diperingkat antarabangsa.

Komitmen Yeo’s menghasilkan produk hanya menggunakan bahan-bahan segar untuk mengekalkan rasa lazat secara semula jadi. Syarikat Yeo’s berpegang teguh kepada tahap kebersihan dan kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan kualiti yang tinggi untuk semua produknya dan memiliki hab halal di Malaysia.

Selari dengan peredaran zaman, macam-macam jenama keluaran Yeo’s ada dipasaran. Jika kita pergi supermarket, gerai, restoran, kedai runcit dan dimana-mana sahaja mesti ada produk keluaran Yeo Hiap Seng (Yeo’s) ni.

Yeo’s mempelbagaikan produk makanan dan minuman dalam tin, sauce perasa, mi segera dan Pet Botol.

Antara produk keluaran Yeo’s yang popular ialah:

Minuman – Air kotak, botol dan tin seperti susu soya, yogurt, soya cincau, cincau, laici jambu batu, teh ais limau dan Pet bottle pelbagai perisa dan banyak lagi.

Makanan – Makanan dalam tin seperti kari ayam, rendang ayam, vindaloo ayam, kurma ayam dan daging lembu kari, sayuran, pelbagai jenis sos dan banyak lagi.

Dalam memenuhi keperluan dan menyediakan kepuasan kepada pengguna, Yeo’s juga komited untuk penyelidikan dan pembangunan berterusan bagi meningkatkan lagi produk serta mengikuti trend pasaran.

Secara semulajadi ianya menjadi pilihan utama pengguna. Saya sendiri apabila membeli belah secara automatik akan mengambil produk Yeo’s.

Yeo’s, satu jenama produk makanan dan minuman yang establish, berkualiti dan terbaik…

Alangkah bahagianya jika Yeo’s Malaysia sudi sponsor satu peti Yeo’s Soy Bean Milk untuk saya penggemar setia sepanjang zaman…

Sepetang Bersama Blogger 2014

Pelbagai acara disediakan di majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014, yang mana semua bloggers Malaysia akan berkumpul. Korang berpeluang berjumpa dengan top blogger Malaysia dan mendengar mereka berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
Sabtu, 8hb Mac 2014
Saloma Bistro, Jalan Ampang.

#SBB2014 tidak lari menyediakan hadiah-hadiah menarik sama seperti tahun sebelum ini. Seperti biasa mesti ada hadiah cabutan bertuah untuk peserta SBBYEOS2014.

Kali ini lagi best ada iPhone 5s, iPhone 5c, iPad Mini, Sistem Navigasi Garmin tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan hadiah daripada penganjur seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain.

Yuran pendaftaran tidaklah tinggi sebanyak RM20 sahaja berbaloi dengan hidangan makanan yang sedap sangat dan acara-acara yang menarik.

Saya pernah join #SBB2013 memang meriah. Saya pasti tahun ini lagi meriah. Memang rugi kalau tak join.

Kepada yang sudah mendaftar jom bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014.

InsyaAllah kita jumpa disana ya…

Oh ya, saya mohon bantuan korang semua untuk share entri saya ni di Facebook dan Google+ yer. Boleh klik button social share di bawah ni. Terima kasih semua…

P/S : Update terbaru #SBBYEOS2014 pendaftaran dah ditutup. Boleh tahan juga sambutan SBBYEOS2014 kali ini. Tahniah team Sbb.my…

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

71 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest