May 13, 2012

Tip Blogging | Saya Budak Baru Belajar Part II

Saya Budak Baru Belajar Part II

Assalammualaikum....

Sejak my blog change to domain akmaomar[dot]com dan adanya google+ barulah best sikit nak blogging dan ringan bila nak loading, dulu tak mesra langsung, rupa-rupa ada caranya, patutlah budak IT dekat my office sibuk je padahal kerja bukannya banyak, berblogging jugak, lantak koranglah janji kerja yang aku bagi korang siapkan.

Dalam entri saya yang lepas, saya ada cerita pasal buat duit dengan blog, senang je diaorang buat duit pakai jari, tetapi disebalik jari tu ada teknik-teknik yang tersembunyi rupanya, kesimpulannya tidak ada benda yang senang dalam dunia ni. Dah lebih 10 tahun saya bisnes trade retail cigar memang mencabar sangat bidang ni, bukan niat nak berlagak atau bangga diri, kalau bab jual cigar memang saya expert dalam bidang ni, tapi kalau jual benda lain yang kena mengena dengan MLM, I'm so sorry memang tak minat dan tak reti janganlah cuba cuba nak try approach, memang tak boleh pergi langsung. Sekarang ni nak cuba others bisnes melalui internet mana tahu menjadi..kan..kan

Perlahan-lahan saya belajar selok belok tentang SEO, Backlink, PR dan banyak lagi, mula minat tu datang.Dulu saya main belasah aja blog ni, pening jugalah nak belajar,saya ni pula jenis kalau dah mengadap laptop boleh berjam-jam sampai makan minum depan laptop, pernah sampai tertidur sambil pegang Ipad...hehehe

Saya banyak study dari blog-blog orang lain berpandukan basic teori dan info yang diberikan oleh sifu saya seorang lelaki kacak nun jauh disanun...huhuhu, bidang ni kena belajar secara logic jugak dengan menggunakan otak kiri saya yang agak suam suam kuku ni.

Bagaimana sesebuah blog tu menghasilkan SEO yang baik, apa yang saya belajar still in teori, masih lembab lagi, apa yang saya buat ialah dengan cara banyak bertanya kalau tak, memang jammed otak macam belajar Sains and Maths pun ada gak, banyak formula huhuhu poning kepalo achik hehe.

Note yang sempat saya korek dari cikgu kesayangan saya :

HARI IBU

Assalammualaikum.....

Dari tadi duduk layan Internet, ramai betul yang wish hari ibu saya nak wish pun serba salah....maka cara terbaik saya diam sahaja. Ada fatwa dari ulama ulama sambutan hari ibu adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan.

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu
Pendapat saya Sebagai seorang Islam saya rasa ramai yang menyambut hari ibu ini adalah kerana berniat mengingati dan menghormati ibu diaorang, bukan berniat mengikut ajaran kristian ni. semuanya terletak atas niat seseorang. Setiap hari pun kita boleh jadikan hari ibu cuma jangan kita terpesong dengan cara sambutan yang bukan bukan atau dilarang.

Saya sendiri pun ketika arwah bonda tercinta (Al-Fatihah)  masih hidup, kami sering juga ucapkan hari ibu dan bawa arwah mak saya pergi keluar makan. Sekadar berterima kasih pada mak saya yang menyusukan dan membesarkan saya tanpa ada sedikit pun keluhan dan penuh dengan kasih sayang.Alhamdulillah cukup didikan yang arwah mak saya berikan.

Bukan niat saya menghalalkan yang haram, InsyaAllah pegangan dan didikan agama sebagai seorang Islam tetap kuat dan tidak terkeluar dari landasan, saya cuma berfikiran positif atas niat yang baik hanya sekadar mengingati jasa arwah mak saya.

Ada satu sambutan yang saya tak akan ikut "Hari Valentines" bukan sahaja kerana hari tu hari mengingati hari Paderi Kristian, yang buat saya tak suka sangat sebab terasa geli geleman bila tengok orang sambut, dari zaman sekolah lagi kalau ada admirer yang bagi bunga rasa macam geli sesangat hahaha, lantaklah kalau ada yang kata saya tak romantik pun peduli apa aku huhuhu, dari membazir beli bunga beratus RM, baik duit tu beli emas ke, belanja makan ke perut kenyang hati senang hehehe.

Pengakhir kata saya nak ucapkan "SELAMAT HARI HARI IBU" pada semua kenalan yang bergelar ibu....ikhlas dari saya Akma Omar :)

May 06, 2012

Tunang | Kahwin

Selamat bertunang Linda
Assalammualaikum....
Lama rasanya mendiamkan diri seketika, ni baru dapat update blog.This month so buzy, terlalu banyak kerja yang nak di settlekan, my jobs memang tak pernah nya habis...huhhh i think after this need to have long holiday hehehe..sambil tu sempat gak spend time with my family gathering.

Last week my family buat kenduri doa selamat OmbakCreative@CasaOmbak, doakan perniagaan kami bertambah maju InsyaAllah.

Today pula anak dara my brother yang sulung bertunang hari ni (1st anakbuah yg akan kahwin) rasa macam tak percaya pula bila tengok my neice we call her "Linda" disarungkan cincin tunang, pejam jelik besar dah anakbuah achik ni, nak kahwin dah. Achik ucapkan tahniah and Selamat bertunang, semoga Linda sentiasa bahagia.

Zaman sekarang ni "Khitbah" atau Kenduri majlis "Bertunang" pun dah grand, macam majlis kahwin pula, very colorful and meriah, not like my time so simple tetapi adat istiadat orang melayu dan Islam tetap masih ada cuma acaranya advance sikit. Yelah kan sekarang ni macam macam persediaan untuk bertunang ada dijual (readymade) cuma sediakan duit je then will delivery straight in front your house...hehe

For me, i more prefer simple and easy, perkahwinan atau pertunangan adalah satu acara mengikut adat, yang pentingnya NIKAH. Sebaiknya buat setakat yang kita mampu, memang semua orang nak meraikan majlis mereka sebaik yang mungkin. Kalau ada duit tak apa buat besar besaran tapi jangan sampai berhutang. My experience with people surrounding me kasihan bila ada yang berhutang dengan bank sebab nak kahwin sampai anak dah 2 masih tak habis hutang, this is burden, pembaziran dan masalah yang kita cari sendiri. I cuma terfikir, how pity when this happen sedang kan perkahwinan dituntun dalam Islam,

Tetapi zaman serba moden ni serba serbi menggunakan RM jadi nak salah kan siapa pun tak boleh. Bagaimana pun kebahagian itu yang penting, besar atau kecil bukan ukuran kan..kan...kan..

Hmmm..macamana rupa ya kalau saya kahwin nanti ya..jamu roti canai jelah bolehkan....Boleh lahhhhhh....hahahaha

RUKUN NIKAH
1. Calon isteri. (perempuan)
2. Calon suami. (lelaki)
3. Wali.
4. Dua orang saksi.
5. Akad ijab dan qabul.

Wasalam

Sharing is Caring :)
Akma Omar

April 20, 2012

Dugaan

Assalammualaikum....Salam Jumaat.

Dua hari ni tak sihat kena demam, selesema and batuk all 3 in 1, kerja banyak tapi jadi tak ada mood, badan lemah sangat haishhh.

This month very bad month for me my car problem and my house kena masuk pencuri, masa tu saya dekat rumah my sister, habis my lap top and Ipod kena kebas, yang peliknya dua barang ni aja yang dicurinya padahal banyak barang yang berharga tapi tak terusik pun dan rumah tak bersepah langsung. Penyamun ni suka ber facebook kot tu yang dua barang ni saja yang hilang hehehe. Saya tahu pun dari security guard they call me early morning masa tu diaorang tengah buat rondaan. Nasib baik saya tak ada kat rumah, bahaya gak kalau penyamun ni masuk masa kita ada kat dalam rumah kan..seram bila ingatkan balik.

Disebabkan penyamun tarbus ni lah tergendala semua kerja saya, lap top dah tak de, yang regret banyak document penting semua dalam tu, ni tengah fikir nak beli yang baru cuma tak ada kesempatan nak pergi survey kat Low Yat Plaza. Lap top lagi satu rosak pulak.

Tapi saya tetap bersyukur dan anggap dugaan kecil dari Allah swt. Alhamdulillah rezeki tetap ada dan still ada saat gumbira hehehe..sokongan dari keluarga dan orang tersayang ehemm...yang tak putus putus give support, terima kasih banyak banyak.. Love u all mmuahhhh.

Jujur, masa hal ni berlaku saya tidak ada rasa kelam kabut, cuak atau marah langsung yang lebih kelam kabut adik saya, macam rumah dia pulak yang kena rompak...hehehe pelik juga, apa yang saya rasa dan fikir ini bukan satu bala atau petanda tidak baik berlaku pada saya, saya anggap tidak ada rezeki dan dugaan yang kecil, mungkin ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar, maka diberikan satu ujian supaya kita beringat dan bersabar supaya kita jadikan ikhtibar untuk masa akan datang InsyaAllah :)

Setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ranjau hidup, apapun nama yang diberi, dugaan yang datang sentiasa ada Hikmah datang bersama.

Sesuatu yang buruk berlaku pada kita jangan kita anggap satu bala, baik atau buruk terima dengan hati yang redha dan sesederhananya.

Allah SWT Maha Mengetahui atas kebaikan umatnya, dalam firman-Nya “Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. [TQS.al-Baqarah: 216].


World peace
Akma Omar

April 16, 2012

Blogger Junior | Saya Budak Baru Belajar

Saya budak baru belajar
BLOGGER JUNIOR

Assalammualaikum..
Semenjak beberapa bulan ni saya suka sangat ber blogging, boleh katakan tiap tiap hari mengadap lappy, habis semua blog saya searching dan baca, banyak betul blog yang cantik, berinfomasi, peribadi, politik, gossip dan blog XXX ( cukup umur dah ) hehe, macam macam ada lah, best juga makin lama makin banyak tip blogging saya boleh belajar, tak sangka begitu besarnya dunia blogger ni ek.

Saya lebih suka membaca blog yang mempunyai info, isu semasa, politik dan blog peribadi, tetapi cara penulisan tu penting juga untuk menarik minat saya untuk membaca, kalau agak membosankan saya tutup terus, cari yang lain pula, bagaimana menghasilkan penulisan yang baik kita kena pandai untuk menyusun ayat untuk menarik minat orang membaca, terletak pada individu itu sendiri dan penting untuk orang melawat blog kita, ni pendapat saya lah, sebab saya sendiri pun melihat dari segi penulisan dan info.

Blog saya ni lebih kepada personal blog (jurnal) tak ada banyak info pun, cuma saya suka share aktiviti harian saya, tempat tempat menarik yang saya lawati, pendapat (opinion) dan kadang kadang adalah luahan hati dan perasaan yang tengah emotional tu terpacul kat blog ni hehehe.

Blog saya ni caca marba jugak, kadang2 dalam BI, kadang2 dalam BM, kadang2 "Broken English" pada yang baca tu kalau tak faham buat buat faham je lah ye.

Satu lagi saya tak suka baca blog yang berat bila nak loading dan menjela jela panjang nya sedangkan point nya satu je. Intro melebihi tajuk asas, jadi bosan nak baca biasanya blog "Bahasa Malaysia" yang banyak menjela jela dan berbunga bunga berbeza dengan blog Bahasa Inggeris point dan info nya padat. Mungkin penggunaan BM banyak bersambung sambung, dua atau tiga perkataan jadi satu maksud, BI pula satu perkataan satu maksud tu yang jadi panjang. Tetapi penggunaan BM lagi sedap bila nak baca kalau pandai menyusun ayat sama juga macam kita baca buku makin lama makin nak tahu penghujung ceritanya.

Paling saya tak suka baca blog gossip, terutamanya pasal artis, tak tahu kenapa, terasa bodoh je baca blog macam tu, cukuplah baca kat surat khabar je, bukannya apa ni pendapat saya lah blog gossip ni kadang kadang kita tak tahu kesahihannya, mungkin ada yang betul ada yang tidak betul, ibarat kita macam mengumpat atau mengaibkan orang tanpa fakta yang sahih, kalau kita fikirkan betul betul, bayang kan berapa juta orang yang membaca blog gossip ni, kalau cerita tu tak betul berapa juta pula yang berdosa, orang yang menulisnya lagi lah tanggung dosa menyebar cerita yang tak betul. Lagi ramai baca lagi banyak dosa..Wallahualam. Tulah kan minat dan cara orang menulis lain lain.

Saya ada dengar buat duit dengan blog jadi apa salah nya buat duit dengan cara yang baik, dapat rezeki halal..betul tak hehehe.

Sekarang ni saya dalam proses belajar dari seorang kawan yang dikategori kan sebagai lelaki kacak juga lah hehehe..sudi mengajar dengan percuma, tak payah bayar yuran huhu.."Terima Kasih daun keladi, kalau sudi ajarlah banyak banyak lagi" saya budak baru belajar hehehe.

Banyak benda baru yang saya belajar, ni baru titik permulaan aku seorang blogger! semoga tidak terhenti sekerat jalan, sifat semulajadi saya minat menulis yang tak tahu datang dari mana ni permulaan saya dalam dunia blogger, hanya sekadar mencari kepuasan, ilmu dan berkongsi cerita, tidak lebih dari itu.

Wasalam.

Sharing is Caring
Akma Omar

April 12, 2012

Buckingham Palace London


Flying Without Wings

April 10, 2012

Proof of life


Women In Black

"In life the things that you always want, like, love or hope not always be yours..so whatever is destined to receive with an open heart and follow the flow" 

I'm always scared of losing someone close to me and fed up of being told that " It will be fine". The truth is nothing will fine, the story behind will not make you comfortable to hide, when it happen..it is really hurt both side.

Some people hold on to love for so long not because they're desperate, but because they know the pain that lies behind losing someone you truly love.
Losing someone or something you love is very painful. After a significant loss, you may experience all kinds of difficult and surprising emotions, such as shock, anger, sad and guilt. While these feelings can be frightening and overwhelming.

But anyway nobody can stop me to make a choice and stand up on my own feet's, I will accepting this as part of the grieving process and allowing myself to feel what i feel is necessary. To surrender not in my dictionary. My aged old enough to know which one more better for me.

Sometimes life gives you two options: losing yourself or losing the one you love. Whatever it is, don't lose yourself.


AkmaOmar

April 04, 2012

YNWA | You Never Walk Alone

Hari ni bosan sungguh, habis channel Astro dah tekan tekan, tak tahu nak tengok cerita apa, layan internet bosan pulak, duduk lah kat sofa ni tengok kipas berpusing..hehehe..bukan tak ada kawan ajak keluar cuma bercinta rasanya nak melangkah kaki keluar dari rumah, nak kena drive kereta pulak tu, lagi lah malas, nak kena ada driver kot baru rajin huhuhu, tunggulah kaya nanti baru boleh ada driver sendiri, sekarang ni redha jelah hehehe.

I never walk alone
At my age now, most my friends ramai yang dah kahwin dan berkeluarga, penuh kereta dengan anak anak, my car still ada extra 4 seats lagi empty, bilalah nak fulfill ek.

To settle down is easy, I m not saying marriage is burden, family is most important things, i try before but failed, i don't know where and what is wrong, probably my side or his side or both side, anyway it past..forget it.

Sooner or later i will have my own family, i know Allah swt will give me a second chance,Allah swt itu maha adil dan pemurah cuma kita kadang kadang lalai dan tak bersyukur dengan pemberiannya


Sebenarnya untuk menempuh buat kali kedua sesuatu yang sangat sukar, bukan serik cuma banyak yang kena difikirkan. Hati ni kadang kadang lemah sikit bila fikir soal ni macam tak ada mood pun iya gak.
Ramai my friends yang fikir i memilih sangat, even my family pun asyik mumbling, tak salah kan kalau kita memilih, tak kan nak main redah je ye tak, most important for me the person ready to share my life with and grow old with. That not difficult right. I know money is important also to survive, sederhana pun cukup lah janji tak merempat.

Hmmm...macamana pun susah nak puas kan hati semua orang.....

Nukilan rasa hati yang tengah tiong tiong huhuhu.
Akma omar

March 30, 2012

Denda Penari Tiang RM25.00

Assalammualaikum...

Hari ni isu Penari Tiang di denda RM25 hangat diperkatakan, lebih murah dari denda pakai serban dan baju lengan pendek, Penuh wall tentang isu ni.

Rata rata komen di blog, facebook, twitter tak bersetuju dan ada yang komen dengan macam macam ayat dan cara. Ada yang berbaur politik, ada yang dengan cara baik, nasihat dan ada yang dengan kata kata tohmahan. Dulu kalau bab mengata je selalu di kaitkan dengan perempuan, sekarang lelaki melebihi rasanya..hehehe
Tersenyum bila saya baca komen komen yang tertera, nak je balas, tapi tahan je jari ni nak menaip.

Pendapat saya sedikit berbeza :) undang undang dunia dibuat oleh manusia, undang undang akhirat Allah swt yg tentukannya. Berapa pun denda yg dikenakan, denda yg Allah swt berikan akan setimpal. Walaupun denda RM1.00 sekiranya membawa keinsafan pada individu tersebut sudah memadai...amar makruf nahi mungkar..:)

Isu isu macam ni selalu jadi bualan hangat, melebihi isu isu yang lebih penting. Yelah kan pendapat orang kita tak boleh nak tahan atau bidas, negara kita ni bebas memberi pendapat.

Cuma saya nak tanya macamana dan berapa Ringgit Malaysia (RM) pulak ya denda pada orang yang suka mengata, mengkeji dan menghina? jangan marah aaa...ampunnnn hehehe.:)





p/s : Peace no War.