Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Semalam saya sempat turut serta  “Blogger Movie Day Out” menonton filem animasi terbaru terbitan Les Copaque Production yang ditayangkan di GSC IOI City Mall, Putrajaya.

Siapa tidak pergi memang rugi. Nasib saya baik terpilih menerima jemputan event Upin dan Ipin ini. Kebetulan Denaihati Network menjemput blogger sama-sama menonton filem tersebut. Memang tidak akan lepaskan peluanglah.

Denaihati Network memang selalu bekerjasama dengan Les’ Copaque Production dalam urusan promosi Upin Dan Ipin. Ini kali pertama saya berpeluang turut serta event screening filem animasi pertama Upin & Ipin.

img_0351

Bukan setakat blogger sahaja hadir. Kami turut berpeluang menonton bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Tuan Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.

Sangat meriah sebelum pratonton ada fun aktiviti dan seisi bergambar bersama maskot popular Upin & Ipin dan pelakon alih suara adik Asyiela Putri iaitu pemilik suara Upin dan Ipin yang biasa kita dengar di tv sahaja. Cuma barisan pelakon utama filem ini tak nampak pula.

Upin & Ipin memang menjadi kegilaan kanak-kanak. Bukan anak-anak sahaja suka, Ibubapa pun suka menonton kartun animasi ini. Saya sendiri terhibur menonton gelagat dua kembar botak yang comel ni.

Kita tahu kartun animasi Upin dan Ipin ini memang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia. Sejak wujud kartun animasi Upin Ipin menjadi fenomena dan kegilaan anak-anak.

img_0369

Jom Tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! Adalah filem animasi usahasama terbitan Les Copaque Productions dan KRU Studios. Telah mula ditayangkan di 121 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei 24 November 2016.

Filem arahan pengarah terkenal Erma Fatima ini menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak. Pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis memegang peranan utama.

img_0355

Filem yang menelan belanja mencecah RM4 juta ini menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Teknik CGI yang digunakan memang terbaik. Bangga juga menonton filem Malaysia setanding dengan filem animasi luar.

Anda berpeluang menyaksikan buat pertama kali Upin dan Ipin kembar kesayangan kanak-kanak ini muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia. Gelagat para pelakon semua yang mencuit hati.

Saya tidak mahu kongsi sinopsis filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng. Anda tonton sendiri.

Memang sesuai ditonton seisi keluarga. Jalan cerita mudah tetapi menarik dan tidak bosan. Korang boleh baca di Blog Denaihati.com kenapa korang perlu tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng.

Filem yang penuh unsur-unsur nasihat, kesedaran dan bermain dengan emosi juga sampaikan Adam sendiri merah mata menahan dari menangis bila tiba babak sedih dan ketawa bagai nak rak bila babak komedi.

img_0354

Saya kategorikan filem ini berjaya menarik minat kanak-kanak dan menonton sehingga habis. Bukan senang kanak-kanak hendak tumpu sepenuhnya menonton sesebuah filem.

Kami selalu bawa Adam menonton wayang. Jika sesebuah filem itu tidak menarik mulalah dia tak duduk diam dan cepat rasa bosan. Berbeza dengan Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! bersungguh-sungguh Adam menghayati setiap babak dari awal sehingga tamat filem tersebut huhu.

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi kan. Adik-adik semua jangan lupa ajak mak, ayah, atok, nenek menonton kembar kesayangan korang Upin dan Ipin ni ya… memang tidak rugi.

Terima kasih Denaihati Network dan Copaque Production menjemput kami sekeluarga hadir ke Blogger Movie Day Out malam tadi.

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! Betul Betul Betul!

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest