TRANSFORMERS Generations Combiner Wars Series Pack (Superion)

Hari itu saya ada bagitahu nak kongsi toys yang Adam dapat dari Hasbro Toy Malaysia semasa pelancaran TRANSFORMERS Autobots All Set “Roll Out” di One Utama.

Sebelum korang baca lebih lanjut saya nak kongsi dulu informasi sedikit tentang TRANSFORMERS yang merupakan satu jenama permainan kanak-kanak yang sangat popular masa kini.

TRANSFORMERS adalah produk keluaran syarikat Hasbro sebuah syarikat global yang komited mencipta The World’s Best Play Experiences. Mereka memiliki rangkaian di seluruh dunia.

Dari permainan, rancangan televisyen, filem, permainan digital dan pelesenan produk pengguna. Hasbro memenuhi keperluan asas untuk bermain yang berkaitan dengan kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia.

image

Saya bertuah dapat peluang menulis review toys keluaran mereka. Paling untung Adam dapat satu set koleksi TRANSFORMERS Generations Combiner Wars Series Pack yang bernilai RM529.90.

Adam pun salah seorang peminat setia TRANSFORMERS cuma ini kali pertama adam memiliki set TRANSFORMERS Combiner Wars. Kebanyakkan koleksi TRANSFORMERS Adam adalah Autobots yang popular dalam movie sahaja.

Jom kita korek apa yang menarik tentang Autobots figures kegilaan fan dan collectors TRANSFORMERS ini.

image

TRANSFORMERS Generations Combiner Wars Series Pack

TRANSFORMERS Generations Platinum Edition Combiner Wars Series Pack merupakan salah satu toy figures terbaru Hasbro Toy Malaysia.

Semasa dapat toys set TRANSFORMERS Combiner Wars Series Pack ini dari Hasbro Toy Malaysia. Saya terkejut juga tengok. Besarnya pack permainan ni.

Dari kotak sahaja kita boleh imaginasi dan lihat dengan jelas apa yang ada didalam. Terserlah kemewahan dan sangat ekslusif. Foto TRANSFORMERS Combiners Wars (Superion) yang terpampang besar di kotak mampu buat anak-anak tak sabar nak milikinya.

Disamping itu ada imej thumbnail kecil kesemua enam figures Aerialbots dari Combiner Wars Superion. Memang sangat impressive dengan warna, art, logo yang eklusif dan original.

Didalam kotak pula ada tray plastik yang diletakkan semua figures Aerialbots ini dalam mod jet berserta dengan aksesori lain. Memang kemas dan teratur.

image

Features TRANSFORMERS Generations Combiner Wars Series Pack

Superion adalah Aerialbots dalam bentuk satu set. Merupakan ahli Aerialbots Generation Two. Sebelum ini dah keluar Generation One. Kira sinambungan lah.

Bezanya ada tambahan aksesori dalam Powerglide. Jika nak tahu lanjut anda boleh baca wiki “Combiner Wars” ya.

image

Didalam kotak terdapat 6 figures Aerialbots, poster, kad pengumpul, aksesori dan arahan untuk memudahkan mengikut step menyambung atau penukar mod setiap figures yang boleh bertukar mod kepada jet atau robot.

Secara keseluruhan bentuk dan idea kreatif bermula dari design art luar kotak yang menarik dan nampak sangat cool serta koleksi Aerialbots dan aksesori yang tersusun cantik dan rapi.

image

Ada 6 set kesemuanya iaitu:

  • 7 in 1 Superion Collection pack termasuk 6 TRANSFORMERS figures dengan ciri-ciri yang unik.
  • Ciri-ciri TRANSFORMERS yang ada iaitu Air Raid, Firefly, Powerglide, Quickslinger, Silverbolt, Skydive
  • Setiap figures boleh bertukar daripada mod robot ke mod jet dan sebaliknya.
  • Setiap Figures boleh digabung menjadi satu untuk membina satu giant Superion.

image

TRANSFORMERS Membina Kreativiti dan Minda Anak-anak

Kanak-kanak dan permainan memang tidak boleh dipisahkan. Sudah azali kanak-kanak suka berimaginasi dengan permainan kegemaran mereka.

TRANSFORMERS kalau kita tengok movie adalah tentang peperangan dan keganasan tetapi tiada unsur-unsur dan influen yang tidak baik untuk minda anak-anak.

Watak-watak yang dicipta mudah memberi idea dan fahaman kepada kanak-kanak untuk mengetahui mana yang baik dan mana yang tidak baik.

TRANSFORMERS Generations Combiner Wars Series Pack ini juga selain dari sejenis permainan dapat membantu anak-anak kemahiran berfikir dan cara untuk selesaikan sama seperti puzzle.

Contoh Adam, kami biarkan dia selesaikan sendiri tranform setiap figures koleksi TRANSFORMERS Combiner Wars ini.

Walaupun koleksi ini khas untuk kanak-kanak umur 8 tahun keatas tetapi Adam boleh lakukan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Silap haribulan dia yang ajar kita balik haha.

Dengan hanya berpandukan arahan yang disediakan sahaja dia boleh selesaikan sendiri walaupun memakan masa yang lama juga.

image

Dari situ kami dapat lihat kemahiran Adam berfikir dan mengubah suai menggunakan minda kecil dia. Ini dapat mengasah bakat, kemahiran dan minda cipta dalam diri anak-anak.

Sebagai ahli keluarga saya memang sentiasa memberi sokongan jika Adam minat pada sesuatu permainan yang boleh meluaskan minda dia. Dalam masa yang sama tetap kami pantau supaya tidak terlalu leka.

Kita sebagai ibubapa juga boleh memberi galakkan apa yang anak-anak suka. Tidak salah kalau kita sama-sama duduk bermain supaya mereka rasa kita berada dalam imaginasi permainan mereka.

Sebenarnya lagi seronok habiskan masa bermain dengan anak-anak ni.

Bukan maksud saya setiap waktu sogok anak dengan mainan. Cuma waktu riadah sahaja. Malah cara begini boleh mengukuhkan ikatan antara ibubapa dan anak-anak.

Video Youtube:

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

7 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest