Di Malaysia kepesatan ekonomi yang semakin berkembang memberi banyak peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan besar.
Memiliki perniagaan sendiri mungkin salah satu cara yang paling baik untuk menaikkan taraf hidup. Bagi anda yang bosan dengan menerima gaji bulanan yang hampir tidak cukup untuk memenuhi keperluan anda, anda mungkin boleh mempertimbangkan membuka perniagaan anda sendiri. Sebaiknya mulakan dengan menjadi usahawan kecil.
Apa yang dimaksudkan usahawan kecil di Malaysia ini adalah memulakan perniagaan dengan pelaburan yang rendah. Kebiasaannya, memulakan sesuatu perniagaan itu agak sukar kerana modal permulaan yang mungkin tidak mencukupi, waktu yang terhad, pelan perniagaan yang tidak lengkap, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil risiko dan bersabar kerana kebenarannya adalah apabila kesukaran yang anda hadapi sekarang mampu membawa pulangan yang besar. Paling penting jika anda tidak pernah hilang fokus atau berputus asa.

Peluang Usahawan Kecil Memulakan Perniagaan
Kerajaan Malaysia menggalakkan penyertaan setiap peringkat masyarakat dalam pembangunan ekonomi. Dan telah ditubuhkan struktur sokongan yang kukuh dalam membantu usahawan menubuhkan sebuah syarikat serta menawarkan bantuan pembiayaan, pengurusan dan mengembangkan perniagaan.
Jika anda telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, langkah pertama yang anda harus ambil adalah untuk menyediakan pelan perniagaan. Ianya sangat perlu dan bertujuan membantu serta membimbing usahawan baru yang sedia ada dalam merancang perniagaan mereka.
Demi membantu usahawan kecil di Malaysia, kerajaan juga telah menyediakan peluang perniagaan dengan pelbagai program sokongan dan insentif untuk mengekalkan pertumbuhan usahawan yang semakin pesat.
Terdapat juga pelbagai jenis pembiayaan. Dana ini boleh didapati dalam bentuk geran, pinjaman dan insentif untuk pelbagai sektor perusahaan dan perindustrian.
Peluang-peluang baru untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan kecil melalui SME -Small Medium Enterprise atau Usahawan Malaysia SMART SOHO – Small Office, Home Office.
Anda perlu rajin mengikuti perkembangan tentang informasi dan tip-tip usahawan yang banyak terdapat di laman-laman web yang diiktiraf. Disitu mereka sentiasa kemaskini segala aktiviti dan peluang-peluang perniagaan samaada besar atau kecil.
Fungsi-Fungsi
SME – Untuk membantu dan memulakan perniagaan. Perkhidmatan yang ditawarkan kepada usahawan kecil dan sederhana adalah pengurusan perniagaan, pemasaran dan promosi, pembangunan perniagaan, penjenamaan dan perlabelan.
Malaysia Franchise Association – Visi dan Objektif untuk menjadi penggerak utama yang mewakili francais fraternity ke arah merealisasikan wawasan Malaysia untuk menjadi Hab Serantau untuk francais.
Idea-idea usahawan kecil ini terbukti berguna kepada semua usahawan baru dalam memulakan sesebuah perniagaan. Terdapat banyak peluang perniagaan untuk usahawan kecil di Malaysia, antaranya…
- Perniagaan francais
- Perniagaan berasaskan dari rumah – Smart SOHO (Small Office, Home Office),
- Perniagaan internet
- Perniagaan berasas tani
- Penternakkan dan sebagainya

Tip-Tip Usahawan
- Aliran Tunai
Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya.
Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju.
- Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan.
Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan.
Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda.
- Fokus
Fokus pada satu perniagaan yang anda usahakan dan jadikan diri anda pakar dan tahu apa yang anda niagakan untuk menaikkan jenama anda sendiri.
Jangan tamak! Ia adalah satu sebab kenapa ramai usahawan yang kecundang kerana terlalu cepat fikir tentang keuntungan. Fikirkan keuntungan jangkamasa panjang.
- Bina Networking
Bina rangkaian network perniagaan anda sebelum anda memerlukannya. Hubungan dengan rakan-rakan perniagaan juga penting. Simpan rekod setiap orang yang anda jumpa.
Minta nasihat, bantuan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Berkongsi idea dan pendapat dengan rakan perniagaan salah satu cara anda mengetahui lebih lagi tentang dunia perniagaan.
- Percaya Pada Diri Sendiri
Kepercayaan diri adalah perkara yang terbesar harus ada pada diri kita, dan ia adalah penting untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan usahawan serta orang-orang yang berilmu, berpegalaman dan pelajari tip-tip usahawan dari mereka.
Sentiasa yakin dan percaya dengan apa yang anda lakukan. Hasilnya, semua yang anda usahakan akan berbaloi.
Kepercayaan diri adalah jambatan antara impian dan impian itu akan menjadi kenyataan.
Merancang Perniagaan
Dalam bidang perniagaan, perancangan adalah satu perkara yang sangat penting yang perlu dilakukan oleh seorang usahawan.
Untuk menjadi usahawan berjaya, kejayaan dan kegagalan perniagaan adalah bergantung kepada keupayaan dan perancangan individu tersebut.
Perancangan adalah juga penting dalam menjalankan perniagaan yang berjaya. Sebagai pemilik perniagaan anda boleh mengelakkan masalah sekiranya perancangan yang anda buat lebih teratur dan lancar.
Pelan Peniagaan
Menulis pelan perniagaan yang baik dapat membantu anda membentangkan idea perniagaan anda secara terperinci. Membentangkan kewangan anda, pemasaran, pelan jualan dan idea-idea perniagaan secara ringkas tetapi padat.
Ianya juga bertindak sebagai bahan rujukan untuk perniagaan yang anda rancang supaya anda tidak lupa dan mempunyai panduan. Tanpa pelan perniagaan ibarat anda akan membuat perkara tanpa aturan yang betul.
Kemahiran Memulakan Perniagaan
Usahawan adalah generalist, mereka perlu tahu segala-galanya yang berkaitan dengan perniagaan.
Untuk menjadi seorang usahawan berjaya anda perlu tahu mengenai perakaunan, pelaburan, jualan, pemasaran, operasi dan pengurusan perniagaan secara umum.
Kerana kemahiran anda boleh menjadi kekuatan atau kelebihan daya saing untuk perniagaan anda. Kebenarannya anda boleh berjaya dalam mana-mana industri atau sektor yang anda pilih.
Cuma yang anda perlukan adalah untuk memahami keperluan pelanggan anda. Anda perlu menambah inovasi untuk perniagaan anda dan haruslah disokong oleh kebolehan, minat, pelan perniagaan yang baik supaya dapat memberi pulangan yang tinggi dan kekal untuk jangkamasa yang panjang.
Sekaligus dapat memberi peluang kepada anda untuk menjadi salah seorang usahawan kecil di Malaysia yang berjaya.








{ 57 comments… read them below or add one }
Sekarang ni pun ramai je usahawan yang sudah berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan newbie yang berminat untuk terjun dalam bidang keusahawanan
Ya..banyak yang curahkan ilmu bisnes ni…bagus camtu cuba rapat dan dptkan ilmu dari diaorg..byk young people minat berniaga skrg ni
perkongsian yg menarik untuk menceburi dlm bidang ini dan bermanfaat ^_^
Terima kasih..sekadar perkongsian
info yang bagus untuk yang berminat menceburi bidang keusahawanan…..
Terima kasih…info sebegini memang selalu digunakan oleh peniaga..general info
minat juga nak berniaga ni tapi masih tak tau apa nak dijual…
Bagus lah kalau ada minat…satu akak nasihat meniaga jgn ikut org…kena pastikan kita tahu dan minat dengan apa yg kita nak jual
Apabila usahawan berjaya mengedit artikelnya ..
Wahh!! Sungguh menarik artikel ni untuk dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang mahu memulakan bisnes.
Saya mahu ikut step ini.
Haha..sekadar mengedit artikel perkongsian biasa je Tuan Asyrof Asri…
Terima kasih..semoga memberi manfaat kepada semua
Perkongsian yang menarik. Izinkan saya menambah beberapa lagi poin untuk manfaat bersama khususnya buat sahabat usahawan yang baru ingin bermula.
1. Usah terlalu berkira untuk pelaburan ilmu berkaitan bisnes.
Rapatkan diri dengan bahan bacaan, dapatkan buku-buku berkaitan industri, hadiri bengkel dan seminar atau jika berkemampuan, sertai private class atau personal coaching dengan mentor.
2. Cari mentor.
Cari beberapa orang yang pakar dalam industri, rapatkan diri dan usah sombong untuk bertanya. Mereka ini suka untuk berkongsi sebenarnya.
3. Bina sistem.
Setiap perniagaan yang baik mempunyai sistemnya. Sistem di sini bukan bermaksud sistem laman web atau komputer. Sistem di sini bermaksud bagaimana anda sebagai seorang usahawan atau ketua syarikat menguruskan urus tadbir niaga yang sedang dijalankan. Bagaimana setiap permintaan pelanggan diproses dan bagaimana setiap ahli pasukan (jika ada) bertindak terhadap permintaan tersebut.
Semoga bermanfaat buat anda.
satu lagi tambahan tips yang terbaik
Lebih kurang formula MESTI
Ya..tambahan tips yg bernas sangat dari Zulhilmi Zainudin…thanks
Danial : in business kita tak guna formula…praktikal dan teori need to be balance..hehe
sokongan pada awal permulaan itu yang saya rasa paling penting. sebab tidak mahu down awal. nanti cepat putus asa.
Yup..paling penting sokongan dari keluarga..insyaAllah berkat
Memang minat jugak dengan usahawan kecil tetapi masalah kewangan dan strategi pemasaran yang membataskannya.
Memang tidak dinafikan salah satu faktor memulakan bisnes ianya modal perlu ada…strategi boleh dilakukan bila nak mula…sebenarnya banyak bantuan pinjaman utk bumiputera..salah satu TEKUN..kelebihan utk org melayu..
9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan. jika ada modal + bisnes plan yg baik + kesungguhan Inshaallah ada jalannya
contact me if you’re interested to get side income <3
Yup betul InsyaAllah
Contact u…bisnes apa tu ya nak tau gak..saya terjah blog awak nnti k
Emm salah satu artikel yang boleh memberi panduan kepada mereka yang berjinak-jenik dengan perniagaan. Terima kasih akma atas perkongsian ini dan selamat maju jaya..
Terima kasih PK…sekodar perkongsian dari pegalaman yg biasa2 je ni…lebih kepada basic perniagaan, yg penting terletak atas diri kita macamana nak jalankan je
terima kasih kerana berkongsi tips yang baik ni. saya baru nak cecah kan kaki dalam perniagaan.
Sama2..basic bisnes tips je ni…ramai yg dah menulisnya…but praktikal utk mulakan bisnes dan memang perlu ada
Tips yang amat berguna sekali untuk dijadikan panduan jika hendak menceburka diri dalam perniagaan…
Jom kita kejar yang 9 dari 10 punca pendapatan itu…di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W….
Terima kasih…
Sekadar perkongsian asas sahaja. Kalau boleh dijadikan panduan Alhamdulillah..
InsyaAllah akan jadi mudah dan sentiasa berkat
Ramai sebenarnya orang nak berniaga, semua tahu, berniaga klau kena caranya boleh jana keuntungan berlipat kali ganda….. tapi ramai yg tak berani tanggung risiko…akhirnya makan gaji gak sudahnya….- termasuk la tuan komen nih….hehehe
Hehehe saya pulak tak suka keja dgn org, minat je tak cukup..kena berani, saya mula berniaga pun hadapi semua cabaran tu..kalau tak kuat dah lama lingkup..seksanya tuhan je tahu..Alhamdulillah walau tak besar mana..tapi saya puas sangat…
yes. saya pun sedang berniaga secara online di internet. jom terjah blog saya. aden nak share GAJI aden akak akma.
hehehe.
truly.betul kata akak. I nak tambah sikit.
Find out your passion.
What niche you are going into.
Then go out and
find a mentor.
Jangan nak mula bila you dah tahu semua. Mula ajer dari sekarang because the journey is going to be the BABY STEP supaya you boleh mula cari pengalaman.
Build networking.
Biar gagal banyak kali dan mesti ambil sesuatu dari kegagalan to form new success.
You sustain and you maintain that.
You share with your people.
Membentuk usahawan yang bersih jiwa, bersemangat tinggi untuk menjadi kaya untuk bantu orang lain. Kaya harta, kaya jiwa.
Semoga berjaya semua!!
memang bagus kak ..
Kalau saya nak mengusahakan apa yg saya mahu usaha,
mesti ini boleh jadi tips berguna
Boleh dik..ni secara asas sahaja, dari asas kita mulakan semuanya dalam apa pun usaha perniagaan yang kita lakukan
sekarang tengah berjinak jinak dengan perniagaan.. tapi takde masa yang kusus lagi nak betul betul fokus… sekarang cuba untuk sediakan platform je… teirmakasih untuk entry bermanfaat ni kak.. boleh jadikan panduan ni
Kalau boleh dijadikan sebagai panduan Alhamdulillah. Akak sekadar berkongsi sedikit pegalaman sahaja dik. Mula kan perlahan2 tak kira secara sambilan atau kerjaya tetap..InsyAllah kalau betul caranya akan berjaya.
bernasnya
sha punya cita2 ms kecik dulu nak jd businesswomen juger..hope jd kenyataan nnt
InsyaAllah tercapailah hendaknya cita2 sha tu…u can do it
blogger juga usahawan, kerana menjana pendapatan melalui penjualan ruang iklan, advertorial, paid content juga review berbayar. Produk seorang blogger adalah maklumat, dan ia bersifat intangible.
Luas bidang blogging ni, antara hendak dgn tak hendak je. Kena cara dan pandai not possible to be success in this field..example a lots infront us..just need to know how to grab it
Di Malaysia adalah syurga rezeki. Tiada sekatan dan halangan untuk kita membina perniagaan dan kekayaan cuma tinggal kita sahaja untuk mengambil tindakan sama ada biarkan rezeki ini dinikmati orang lain atau kita nikmati bersama.
Faisal Reza Rahman recently posted…Review Mesin Jualan Internet – Edmund Loh
Betul… peluang yang ada memang banyak antara kita sedar atau tidak sahaja…inisatif diri sendiri yang paling penting untuk mencari dan mencapai peluang yg ada didepan mata.
yang penting, lu kena belanja gua cendol. tak kira.
titan recently posted…Komisen ke 19,20 dan 21 dari Jobdirumah.com
Hahaha yer yer aku ingat…
Wow…memang hebat penerangan yang Akma buat. Sememangnya macam pakar dalam perniagaan. Cukup detail dengan segala keperluan yang ada untuk menjalankan perniagaan. Mulakan langkah pertama menaiki tangga dengan langkah kaki kanan dan tangga pertama, barulah ke tangga seterusnya. Peluang yang ada jangan dilepaskan begitu saja. Banyak dana, bantuan daripada kerajaan disediakan, hanya diri sendiri saja yang perlu diambil perhatian dan ambil peluang. Tepu dada tanya kemahuan.
sensasi2020 recently posted…10 Blogger Terbaik Malaysia Edisi Foto
Berniaga tak boleh ikut org..org buat kita pun nak buat tapi tak tahu caranya..mungkin apa yg saya tulis sedikit sebanyak boleh membantu..saya tulis asas base dari pegalaman yg kecil ni sahaja
Salam…

Info yang bermanfaat untuk bakal-bakal usahawan,dah amcam ulangkaji subjek Perdagangan pun ada
wazy recently posted…Wordless Wednesday #51
Wasalam..
Hehe sharing sikit aje ilmu perdagangan yang ada huhu
dah bookmark entry ni!!! kena baca ulang2 sebab bagus dan komentar2 pun bagus jugak.thankssss
Lizz recently posted…Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013
Terima kasih sis sudi juga komen dan link kan artikel saya ni
Memang tip berguna daripada usahawan dan blogger Akma Omar. Terbaik!
Oh! Duit recently posted…Menjadi Usahawan Kecil dan Belajar Tip-tip Usahawan Internet
Terima kasih….tips biasanya, saya pun masih dalam belajar juga ni
Good to share here sis.. sama2 berusaha untuk
memiliki perniagaan walaupun secara kecilan..
lama2 sayap membesar dan luas.. amin3…
Gd luck dear..
nurmisnan recently posted…Giveaway teka tepat dia dapat – memo
Insyallah sis, hope macam tu lah hendaknya, nak make it stable pun not easy kan…
Thanks ya
Saya memang minat bisnes..tapi disebabkan kekangan untuk mendapatkan modal, niat tu stuck macam tu je.hmm..
hafizrahim recently posted…Wordless Wednesday : Aku, Superman Dan MU
Memang betul salah satu masalah modal, nak buat pinjaman takut bisnes tak menjadi, hutang kena bayar juga.
Menulis tip tu mudah hafiz tapi nk buat tu susah sebenarnya, saya start bisnes dulu perit juga
macam banyak sangat jer aku nak tahu.
onlajer recently posted…Terima Balasan Nanti
Boleh onlajer, mana yang saya tahu saya akan jawap
perfect entry ..thanks share ilmu bermanfaat…padat n penuh pengisian
nasique recently posted…Usahawan Kecil | Tip-Tip Usahawan
As-Salam Akma .. menarik sekali perkongsian idea dan tip akma tentang usahawan kecil ni. Boleh disimpulkan bahawa ilmu perniagaan itu penting buat sesiapa yang nak mula berniaga, hatta untuk jual nasi lemak di simpang sekalipun.
Mungkin kurang kemampuan, nak dapat ilmu bisnes usahawan kecil secara formal agak sukar, tetapi pengalaman juga boleh jadi ‘tenaga pengajar’ yang cukup baik. Seharusnya jika ada peluang, semua mereka yang bergelar usahawan perlu dapatkan ilmu yang anda. Setidak-tidaknya ilmu yang bersifat general atau umum seperti Akma katakan bahawa usahawan itu bersifat generalist. Mesti juga perlu ada common sense yang kuat untuk menarik minat pembeli, pelangggan.
hasrulhassan recently posted…13 Tip-tip Perniagaan Usahawan Kecil Muslim