Tip Penggunaan Bahasa Inggeris dan Malaysia Yang Betul

by Akma on August 20, 2012 · 11 comments

in Blogging, Education, Opinion

blog writing tips

Blog Writing

When We Seek To Discover The Best In Others, We Somehow Bring Out The Best In Ourselves”

Ketika mula-mula menulis dulu tujuan hanya untuk mengisi masa lapang. Tidak dinafikan banyak kekurangan dalam cara penulisan saya dulu. Penggunaan bahasa bercampur aduk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bahasa rojak, shortform dan format menulis pun ikut suka aje. Setelah ditegur seorang rakan blogger sedikit demi sedikit saya mula belajar tip blogging dan perbetulkan cara penulisan saya.

Penggunaan Bahasa Penting atau Tidak?

Setiap apa yang kita tulis akan dibaca oleh pembaca yang melawat blog kita. Pada saya penggunaan bahasa yang betul amat penting supaya apa yang kita cuba sampaikan senang difahami. Ada blog yang saya baca terlalu banyak menggunakan bahasa rojak,  short form dan bahasa kasar.

Banyak keburukkannya, kadang-kadang ada blogger dari luar yang mungkin melawat blog kita, semestinya mereka tidak faham bahasa yang kita gunakan, sebab itu gunanya Google Translate. Sekiranya kita menggunakan bahasa pasar atau short form, Google Translate tidak boleh mengesan perkataan yang kita tulis dan mungkin menjadikan maksudnya lain, ini menyukarkan pembaca luar memahami maksud tulisan kita terutama entri berbentuk informasi.

Seperti kita tahu Google Translate juga tidak banyak membantu dalam memahami sesuatu alihan bahasa, kalau korang perasan peralihan Bahasa Malaysia di Google lebih kepada Bahasa Indonesia. Ianya tambah menyukarkan apabila hendak memahami alihan bahasa dalam penulisan kita. Saya lebih suka merujuk kepada Kamus (dictionary) sekiranya saya tidak faham maksud satu-satu perkataan.

Setiap yang kita tulis samaada dalam bentuk cerita atau informasi gunalah bahasa yang baik kerana baik yang kita tulis, baiklah penerimaan, buruk yang kita tulis, buruk jugalah pemahamannya.

Tidak salah kita jadikan blog sebagai bahan rujukan yang boleh membantu pembaca dalam mencari info. Adat manusia cepat mempercayai dan menyebarkan sesuatu, biarlah apa yang kita tulis memanfaatkan pembaca.

Bahasa kasar juga harus dielakkan, ada blog yang menulis dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. Kenapa ya? Pada saya cara penulisan begitu melambangkan diri individu itu sendiri. Kenapa kita nak memperlihatkan keburukkan diri kita.

Penggunaan Bahasa Inggeris

Saya gemar juga menulis entri di dalam Bahasa Inggeris bertujuan mengasah dan memperkuatkan pemahaman  Bahasa Inggeris saya. Pertuturan saya agak lancar tetapi dari segi penulisan sedikit lemah.

Saya mula menguasai Bahasa Inggeris bukan dari zaman sekolah, ketika itu Bahasa Inggeris saya memang hancur dan malu untuk berkomunikasi. Bermula dari kolej dan bekerja, kebetulan tempat saya bekerja majoriti Cina dan gemar berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dan disamping itu saya ada mengikuti kelas Bahasa Inggeris, dari situ saya dapat menguasainya dengan baik. Membaca, Menulis dan Bertutur…

Membaca, Menulis dan Bertutur

  • Ramai yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca, pelikkan. Selalunya kita membaca berpandukan tajuk dari situ kita cepat memahami isi kandungnya. Rajin membaca juga bagus untuk kita belajar memahami sesuatu perkataan atau ayat.
  • Menulis dalam Bahasa Inggeris antara masalah yang selalu kita hadapi. Kesukaran yang kita hadapi apabila ingin menyusun ayat kerana ianya lebih formal dan harus menggunakan tatabahasa (grammar) yang betul. Cuba buat satu karangan pendek mengenai diri anda atau apa yang ada suka, fahamkan kemudian translate, dari situ anda akan tahu kesilapan tatabahasa anda.
  • Ramai yang memahami apa yang dituturkan tetapi apabila ingin membalas sering teragak-agak dan tidak pandai untuk menyusun ayat. Sebenarnya bertutur lagi mudah dari menulis, rajin-rajinlah menonton  rancangan berbahasa Inggeris tanpa melihat subtitle. Cuba berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris diselang seli dengan Bahasa Malaysia dengan rakan-rakan. Lama kelamaan anda akan biasa dan mahir.

Tip Penggunaan Bahasa Inggeris

  • Percubaan menulis entri atau artikel dalam Bahasa Inggeris dapat melatih kita memperbaiki dan menguasai dengan lebih baik lagi.
  • Janganlah sesekali memandang serong pada melayu sesama melayu berkomunikasi atau menulis dalam  Bahasa Inggeris, kita haruslah bersikap positif. Percayalah cakap saya sekiranya anda amalkan dalam perbualan harian atau penulisan anda akan lebih cepat faham dan mahir.
  • Praktikkan dalam aktiviti harian anda, ianya banyak membantu memahami dalam penyusunan ayat dan maksud. Cara yang paling mudah dengan mulakan menulis tentang diri anda dalam bentuk point kemudian cuba huraikan dalam bentuk cerita.
  • Jangan sesekali takut atau malu bertutur menggunakan Bahasa Inggeris, biarpun salah tidak mengapa sekurang kurangnya kita mencuba.
  • Tidak rugi sekiranya kita memperuntukkan sedikit wang untuk mengikuti kelas Bahasa Inggeris.

Di zaman serba moden ini Bahasa Inggeris sama penting dengan Bahasa Malaysia. Sekarang di Sekolah dan  IPT juga diharuskan menggunakan Bahasa Inggeris. Peluang kerja juga luas dan kelebihan banyak sekirannya kita boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Saya tidaklah mahir sangat, apa yang saya tuliskan ini berpandukan pegalaman saya sendiri, mungkin ianya sedikit berguna pada anda.

Memang tidak rugi untuk kita menguasai Bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa lain, dalam masa yang sama jangan lupa bahasa kita sendiri. Bahasa Jiwa Bangsa :)

{ 10 comments… read them below or add one }

Nine August 20, 2012 at 2:22 pm

Salam, selamat hari raya Akma, nice, power betul penulisan Akma, suka baca. Saya kalau boleh nak juga penulisan camni, best, duk try banyak kali, x jadi sampai sekarang, kdg2 OOT dari entry. Mungkin saya kurang membaca & dulu penulisan agak lemah masa belajar.

Reply

Akma August 21, 2012 at 6:43 pm

Wasalam..Selamat Hari Raya too, xde lah power manapun, cuma minat menulis tu ada je berpandukan pengalaman sendiri so, senang sikit nak menulis :)

Reply

neu August 22, 2012 at 3:39 am

tak pandai BI pun xpa – hentam sj kalau dah minat :)

Reply

Akma August 22, 2012 at 3:49 am

Huhuhu..lainlah u hustler..Hentam jelah labu hehehe

Reply

daddydee August 24, 2012 at 4:54 pm

keyakinan diri itu perlu….Pedulikan apa orang lain nak kata….

Kalau kita mahu kita boleh janji usaha…

Reply

Akma August 24, 2012 at 5:00 pm

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih…blajar selagi terdaya..malu tak kan kemana :)

Ada satu peliknya org kita ni, bila berkawan dgn mat salleh terlampau pandang tinggi dan bangga sgt dgn diaorg..padahal ramai mat salleh ni yg hampeh huhu.

Reply

akubiomed August 27, 2012 at 2:21 pm

Saya mahukan menulis didalam bahasa Inggeris dengan baik.

Reply

Akma August 27, 2012 at 2:28 pm

Saya pun :) latihan terbaik tulis surat rasmi dlm bahasa Inggeris. More formal grammar.

Reply

Asyrof Asri January 27, 2013 at 4:48 pm

Masa mula-mula tulis blog di platform percuma dulu, memang campur-rojak. Memang kelakar jika saya sendiri yang menjadi pembacanya. Betul, apabila kita mahu menulis biar orang lain faham apa yang kita mahu sampaikan.

Jika tidak, sia-sia sahaja apa yang kita mahu sampaikan.

Saya belajar menulis dengan bahasa melayu mudah faham adalah dengan sifu Tuan Firdaus Latip. Saya selalu ke sana, kerana penggunaan bahasanya cukup seronok bagi saya sebagai follower-nya.

Reply

Akma January 29, 2013 at 6:02 am

Hehehe ye saya awal menulis juga macam tu juga.. Bila baca blog lama saya ketawa sendiri.

En. Firdaus latib memang saya suka cara penulisan beliau neat, legible dan mudah difahami. Saya juga rajin melawat blog beliau. Antara blogger yang pakar dan terbaik dalam penulisan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: