Tabiat Plagiat Yang Tidak Beretika

by Akma Omar on May 10, 2013 · 93 comments

in Blogging

Semenjak dua menjak ini saya asyik menulis entri luahan perasaan yang terbuku saja. Lantaklah, saya tulis dalam blog saya sendiri, bukan blog orang.

Kadang-kadang bagus juga ada blog ni. Bila ada rasa tak puas hati boleh luahkan sahaja. Tenang jiwa raga bila dah luahkan dekat blog.

Pada yang membaca, mungkin boleh juga berkongsi pendapat luahan perasaan saya inikan. Tabiat Plagiat Yang Tidak Beretika Ruangan komen dibawah sentiasa terbuka luas untuk anda tinggalkan sepatah dua kata.

Kita sambung balik ke tajuk utama…huhu

Tabiat Plagiat Yang Tidak Beretika

Blog Jadi Mangsa Copy Paste

Blog saya ni selalu menjadi mangsa duplicate atau di copy paste entri tanpa kredit. Ia adalah salah satu masalah utama yang kebanyakan dihadapi oleh laman web, blog atau blogger.

Saya percaya, rakan blogger mesti turut mengalami masalah ini.

Saya agak terkilan juga dengan isu plagiat ini. Bukan saya nak perbesarkan isu copy paste, cuma rasa geram sangat bila ada yang senang-senang copy entri saya macam tu sahaja.

Kalau dah ketandusan idea menulis pun, mintalah kebenaran terlebih dahulu atau bagilah kredit. Ni tak, nak buat kerja senang saja.

Nak check aktiviti plagiat bukannya susahpun. Copy perenggan artikel anda, dan paste di kotak carian Google. Keluarlah senarai website plagiat yang terlampau dan tak berhemah ni.

Mungkin ada yang beranggapan masalah copy paste ni bukan masalah besar, dan ada yang kata kalau orang copy paste maksudnya artikel yang kita tulis tu baguslah.

Bukan itu yang saya fikirkan…

Tahu tak anda apabila berlaku copy paste terlalu banyak di blog kita ianya boleh menurunkan kualiti hasil carian, masalah ini juga memberi kesan kepada kedudukan artikel kita di enjin carian dan merosaklan authoriti blog kita.

Kalau satu blog sahaja melakukannya bolehlah dimaafkan. Tetapi kalau lebih dari satu, masalah besar tu.

Pernah saya terkena sampaikan lebih dari 10 blog copy paste sepenuhnya artikel saya. Kebanyakkan artikel saya yang berbentuk produk review.

Saya percaya ramai blogger yang membuat post berbayar diblog. Kebiasaannya kita mendapat bayaran menulis artikel review sebegini.

Adil ke tidak pada pengiklan yang mengeluarkan wang untuk menaikkan bisnes mereka dengan membayar kita, tetapi diambil oleh pengiklan lain secara percuma dan tanpa kebenaran. Tak adilkan…

Kalau nak buat bisnes pun biarlah secara halal.

Kesan Buruk Copy Paste Pada Blog

Apabila terdapat content yang serupa, enjin carian Google tidak dapat crawl sumber-sumber berharga, menganalisis dan mengesan halaman tersebut.

Memang benar Google akan crawl content yang terawal di index, tetapi duplicate content tetap berlaku.

Salah satu masalah yang besar apabila berlaku copy-paste ini, entri yang sama di laman web atau blog lain boleh menyebabkan struktur teknik pembangunan untuk blog dan link terjejas.

Ia menyukarkan enjin carian membuat keputusan kepada versi yang lebih relevan dengan permintaan.

Enjin carian tidak tahu untuk mengarahkan metrik link (trust, authority, anchor text, link juice dan sebagainya) kerana ia dipisahkan dengan pelbagai versi.

Blog penulis asal akan mengalami kedudukan dan kerugian trafik dan enjin carian memberikan hasil yang kurang relevan dan ini idak bagus untuk proses SEO.

Berlaku kepada blog saya apabila lama kelamaan ranking makin jatuh.

Etika Sebagai Blogger

Dari segi etika sebagai blogger pula. Saya rasa satu perbuatan yang tidak berhemah kerana tidak menghormati hak penulisan orang lain.

Kita buat research, menulis, cari idea buat kelainan sampai berhari-hari. Dengan jalan mudah orang curi hasil kerja kita.

Sekarang saya dah bijak sikit, maklumlah dulu tak tahu nak buat apa, cepat melatah.

Mana taknya… sukahati diaorang saja tanpa rasa bersalah, baik punya copy paste tanpa bagi kredit. Amboi… amboi suka suki jer kan.

Dengan mudah diaorang ciplak hasil kerja saya, maka dengan mudah juga dan tanpa banyak cerita saya buat report sahaja di Google.

Kalau ada blog yang kena penalti akibat copy paste, sendiri mahu ingat ya…

Peringatan secara baik sudah kita berikan, tapi buat tak tahu sahaja. Terimalah akibatnya… senang cerita. Tabiat Plagiat Yang Tidak Beretika

Prinsip saya mudah, sekiranya kita nak orang hormati hak kita, maka kita kena belajar hormati hak orang.

Saya harap pada yang melakukannya, berhentilah dan hormatilah hak cipta orang lain. Jangan mengambil jalan mudah sebegini ya.

Bukan marah, cuma bagi nasihat… Tabiat Plagiat Yang Tidak Beretika

{ 93 comments… read them below or add one }

Ferry May 10, 2013 at 6:23 pm

Memang susah menghilangkan kebiasaan copy paste ini Kak Akma..berlaku juga pada blog saya Ketika banyak visitor datang dari salah satu artikel lama kelamaan hilang dan setelah mencoba judul artikel yang sama banyak tampil di halaman pertama malahan copy paste 100% dari artikel saya….
Harus bagaimana lagi yah solusinya…?

Reply

Akma May 10, 2013 at 6:53 pm

Memang susah dapat dibendung..ada rakan blogger saya kena penalti dari Google sedangkan artikelnya yang di copy..langsung blog nya lambat diindex dan jatuh teruk trafik nya.

apa yang saya lakukan personally hubungi yang copy paste minta jasa baik remove artikel yang mereka copy..kalau masih buat tidak tahu saya report aja ke Google. :)

Reply

Khairul Zamri May 10, 2013 at 6:48 pm

betul tu budaya plagiat ini merata-rata ada, entri personal pun nak copy tak faham juga.
Saya suka tulis sendiri walau tak panjang or tak ramai yang baca sebab blog kita kan, bayar setiap tahun jadi kita bebaskan mengeluarkan diri dari penulisan kita sendiri.

Huhu kena banned nga Google baru tau erti kejar popular :p

Reply

Akma May 10, 2013 at 11:10 pm

Akak heran betul orang yang suka copy paste ni..tak rasa bersalah ke atau tak tahu benda tu salah. Geram betul akak tau sebab akak bila menulis seboleh-boleh perah otak ni elak ada persamaan dari segi penulisan. Senang betul keja diaorang..

Tu aje cara nak ajar dik, buat report je. Kena banned jangan salah kan orang..fikir sendiri salah ke tak.

Reply

Neu May 10, 2013 at 6:49 pm

1st jgn mudahkan kerja dia, pasang plugin yg boleh disable right click & disable semua fungsi ctrl. ada plugin tu. kalau dia nak curi juga suruh dia bekerja sikit, jadi jangan senangkan kerja dia

2nd yg cakap bagus kalau artikel kena copy tu tak faham isu copy paste & tiru ni. dia ingat bila orang copy maka baguslah blog dia. blogger cam ni syok sendiri sebenarnya. masalah copy paste ni masalah besar bg penjual online yg jaja barang sama dan cuba unt rank baik di enjin carian.

bila kandungan di tiru oleh individu lain yg juga jual barang yang sama maka serba sedikit akan beri kesan. secara tak langsung rank artikel di serp boleh jatuh. bila rank jatuh di serp maka hasil jualan akan terjejas. sekali lagi yang cakap bagus artikel di tiru tu kena fikir masalah ini.

Reply

Akma May 10, 2013 at 10:46 pm

I ada fikir nak guna disable klik plugin tapi tak terbuat-buat lagi. Terlalu banyak sangat ni. Penat otak dibuatnya.

Memang tulah yang I fikir, orang bayar kita tuk naikkan bisnes tiba2 kena ciplak baik punya. Kesian kat pengiklan yang bayar tu effect bisnes diaorang.

Nampak kesan negatif pada blog I elok2 duk baguih kat SERP’s kena copy paste habis jatuh semua..hampeh betul.

Reply

titan May 10, 2013 at 7:14 pm

masalah sekarang, orang kita ni dia pedulik apa dengan bab-bab etika ni. kita halang atau tidak..kalau diorang nak copy gak..diorang copy walaupun kita dah block dengan segala macam cara sekalipun. Jadi, kalau boleh halang, cuba aje. Kalau kena copy gak..kita “buat apa yang patut”.

Reply

Akma May 10, 2013 at 10:53 pm

Aku buat camtu sekarang contact diaorang baik-baik suruh remove. Agak-agak tak makan saman..aku buat keja yang sepatutnya lah..hehe

Habis jatuh semua entri aku kena ciplak ni…hampeh tul

Reply

hafizmd October 7, 2013 at 9:41 am

sis, kalau entri yg jatuh serp tuh…boleh naik balik tak lepas org tu removekan entri duplicate tu?
hafizmd recently posted…Kelantan dalam kelas tersendiri!My Profile

Reply

Akma October 7, 2013 at 1:30 pm

Ubah atau olah balik perenggan2 InsyaAllah boleh…sebab biasanya entri pecopy dah di index..mcm aritu ada byk copy entri sy di facebook bila dah remove still ada di google. Seeloknya edit olah balik.

Reply

fendy May 10, 2013 at 7:15 pm

biza di antara plagiat dgn tidak..plagiat apabila tiada kredit diberikan…tapi kebanyakan blogger yang plagiat ni yang jenis tak pentingkan etika…yang tidak membaca etika seorang blogger….memg ramai

Reply

Akma May 10, 2013 at 10:57 pm

Memang ramai yang tak beretika..kebanyakkannya diaorang ni jual produk juga. Cara mudah diaorang copy aje..ada yang plagiat ni blogger baru, diaorang tak faham salah copy paste ni..mana yang beri kerjasama dan minta maaf..saya ok je :D

Reply

lekatlekitgurl May 10, 2013 at 7:17 pm

entri saya pun pernah di curi jugak.. geram la jugak. kita nak karang entri dah la perlukan idea, mood & bahan cerita kan.. benda2 macam tu nampak macam simple tapi tak mudah jugak. Sebelum ni memang saya tak tahu boleh report google. Thanks.. maybe benda ni berguna pada saya untuk menjaga hasil tulisan saya di blog.

Reply

Akma May 10, 2013 at 10:59 pm

Memang betul dik..sakit hati kan..penat perah otak nak buat review ni..buat research bagai. Ada tu baru je entri akak publish dah kena copy paste..geram je huhu

Reply

afif May 10, 2013 at 8:09 pm

kesian akak..artikel selalu berkualiti sangat..tu yang ramai tak tahan nak copy..hehe…tapi artikel review kalau ditiru memang melampau..

Reply

Akma May 10, 2013 at 11:04 pm

Tulis berkualiti pun susah.,tulis cincai-cincai pun susah jugak kan huhu..nasib malang dik.

Reply

Misz Mieza May 10, 2013 at 10:34 pm

Selalunya orang yang suka copy paste bulat2 hasil kerja orang lain tanpa memberi sebarang kredit kepada tuan empunya karya ni jenis yang malas nak berfikir & malas nak mengasah minda cari idea.. Tau nak senang jer..

Reply

Akma May 10, 2013 at 11:06 pm

Tak boleh lah macam tu kan..orang tulis blog dia pun nak tulis jugak..tapi ambik hasil keja orang lain..camne tu..haishhh

Reply

kakiblog May 10, 2013 at 11:30 pm

isu plagiat bukan berlaku dalam blog sahaja…kerja sekolah pun ada orang buat plagiat..album lagu,VCD dan DVD semua kena plagiat..hanya kesedaran mampu mengatasi masalah ini..mungkin ada baiknya para blogger memohon hak cipta ke atas entri masing-masing dengan pihak yang berkenaan.

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:36 am

Cetak rompak tu tak boleh nak elak dah..cakap arini esok orang buat balik..memang selalunya saya akan contact dan mintak remove artikel yang di copy. Tapi kalau berpuluh kali kena..penat juga nak bagi reminder :D

Reply

BeritaKaki May 11, 2013 at 12:35 am

kalau nak copy pun kena beradap.. tapi kalau selalu copy itu masalah.. sepatutnya, buat dari hasil idea sendiri

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:34 am

Ini masalah takde adaplah..tu yang main ciplak aje. Akak tak kata tak boleh langsung cuma atleast olah balik atau bagi kredit lah kan.

Reply

BeritaKaki May 12, 2013 at 2:35 am

betul..bg credit itu yg paling cikai ..

Reply

Ikmal Izwan May 11, 2013 at 1:06 am

Tu la masalah orang zaman sekarang.Suka ambil jalan mudah.Kalau dah tak ade idea nak menulis,banyak lagi cara lain yang boleh di gunakan.Upah orang lain atau cari mana-mana blogger yang berminat untuk menulis di blog kita secara percuma.

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:31 am

Aktiviti plagiat ni sebab diaorang taknak keluar modal upah orang menulis. Cara senang diaorang copy paste aje. Produk review saya banyak yang copy pengiklan dan peniaga internet. Jual produk tapi tak tahu apa isikandung..jalan mudah copy je..hampeh kan

Reply

Fahmi May 11, 2013 at 3:47 am

Tak sure ler saya tapi sebolehnya saya cuba hasilkan idea sendiri di blog saya tapi kot ada kebenaran dan saya rasa menarik saya kongsikan juga di blog saya tapi mesti ada kebenaran daripada pemilik blog asal dan kredit harus diberikan … I.m.h.o

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:28 am

Tak salah kalau buat sebagai rujukan. Bahasa malaysia adalah paling mudah. Bahasa kita sendiri. Olah elok-elok cantiklah jadinya..cuma yang copy paste ni adalah masalah sikap malas…tu yang susah.

Betul tu seeloknya bagi kredit jadi penulis asal taklah terasa sangat. Besar mana sangatlah blog komuniti kat Malaysia…pusing2 rakan blogger kita juga..jadi jaga lah hati kawan2..betulkan.

Reply

Zulhilmi Zainudin May 11, 2013 at 5:00 am

Nak copy, boleh. Kredit perlu diberi.
Saya memang tidak setuju dengan aktiviti copy paste ini. Sangat tidak beretika.

Jangan sampai si pemilik artikel buka laporan ke pihak Google & search engine yang lain. ;)

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:24 am

Hal copy paste ni sampai bila-bila pun akan berlaku..mungkin blog yang tak pernah kena tak rasa macamana saya rasa geramnya pelakuan plagiat ni..

Reply

boni Ultra kacak May 11, 2013 at 5:49 am

apa2 pun, kalau ada lagi entri plagiat kat blog saya, mohon akak tegur saya ye.. takut jadi macam kes hari tu..

Reply

Akma May 11, 2013 at 1:37 pm

Tulah kesian Boni pasal kes aritu. Saya minta maaf ya, kebetulan bukan kat blog Boni sahaja. Ada dekat 10 entri tu kena. Tu yang angin kus-kus datang huhu.. Saya dah agak dah mesti tu guest post…

Reply

onlajer May 11, 2013 at 6:34 am

ramai betul yang minat nak copy artikel ao , sekarang nikan dah bulan rejab jadi baik kau berdoa dan minta supaya hasil kerja kau tidak disalah guna oleh orang lain. doakan kebaikan untuk orang yang suka copy itu insha Allah hatti mereka akan terbuka untuk tidak mencuri artikel orang lain dan sapa tahu mereka juga mampu membuat sendiri.

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:23 am

Tulah pasal sempena bulan baik ni aku ampunkan aje lah dosa diaorang ni dan doakan semoga terbuka otak diaorang berfikir cara macam tu salah. Ko doakan untuk aku skali ya hehe

Reply

irsah indesigns May 11, 2013 at 6:59 am

Erk.. if tak bole beat them…. join them.. use TYNT publisher tools dsbnya (free atau paid) to link up dengan ur articles / blog. I did several review dan surprisingly every copy and pasted post / content being monitored and shared with link back to my website / blog / gallery.

Of course trend sekarang ini link tak banyak bukan faktor penentu untuk rank di search engine, tetapi sekurangnya dengan maklumat on-line tools untuk kenal-pasti blog penciplak dengan lebih cepat, hantar msg untuk take down dan jika tidak diendahkan lupuskan sahaja (report) post mereka dengan webmaster tool (Google / Bing.etc).

Kurangkan hassle you untuk monitor lanun-lanun alam maya… hik3 Jika memerlukan DMCA take down juga boleh dijalankan tetapi perkhidmatan mereka adalah premium, namun sangat berkesan…

Talk about ethics… there’s NONE! Internet users ingin sentiasa berada didepan. But fact is and it’s true, these copy pasters articles or whatever would never make it anyway…

Cheer up sis, update also your terms and policy for ur blog copyright and also advertisers terms. Make sure everything is discussed as clear as possible.

End of story, paid advertisers gets what they want, menyenangkan kerja maintenance kita dan disebalik menggunakan tools seperti TYNT sekurangnya menambah nilai article kita bukan di serach engine malah social sharing and e-mails…

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:20 am

Thanks bro irsah with your advise. Blog i memang pkai tools TYNT.

About link tak banyak bukan faktor penentu untuk rank di search engine hehe u know..i know..but most people don’t know ;)

Thats what i do after this just report je mana yang keras kepala tu.

Too straight pulak nak update terms and policy for blog copyright. As u know my blog ni mana ada follow niche pun…but good idea jugak tu huhu

Honest its really effect my blog in term of ranking, traffic, SERP’s and etc..down giler. I’m bit frustrated when happen to my clients post. Rasa tak best.

Actually i not really crazy thinking about this matters. just to share why i hate copy paste. Because all my entry original writting..tu yang geram..

Anyway thanks ya..ur advise really help me a lots.

Reply

irsah indesigns May 12, 2013 at 1:55 am

Ermmmm.. about terms and copyright for articles.. ada banyak on-line tools for example can see in my blog(s) safe guard your own blog terms and rights, your clients rights and also user rights.

Bukan bermaksud untuk legal actions tetapi more to secure your works for the client side aspect, because ada antara mereka tidak faham sejauh mana perkhidmatan kita, dan adakalanya mereka inginkan promo mereka in top rank search placement sepanjang masa.. dan berharap trafik user from our readers but fact, after release/pulish, sometimes it could be out of control…. tetapi once you stated all the terms aggreed (and the target is set) mudahkan lagi fokus sis untuk job akan datang…

Just like us yang buat content marketing dan kini releasing free e-commerce on-line Blogger templates and website development, like u, kena secure juga rights kita serta penggunaan (download dan usability). So we set up terms, copyrights and licence to help us manage infringements, so boleh focus on other client portfolio…

p/s: seronot juga read ur lepas GERAM… ada bring flow to ur published pages, but if u can somehow insert a few “keywords” and “tags”, it could also compliment the original published page hence helps boost searched rank.

p/s/s: Remember the iphone5 article we did last year (not for the contest) but the article was not about iphone5 after all – u even commented on that post ? Just an idea, hope it helps….

Reply

hafiz May 11, 2013 at 1:24 pm

susah kalau berterusan aktiviti copy paste ni…sesuatu perlu dilakukan bagi membendung perkara ini berlaku di masa depan..

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:01 am

Nak bendung payah rasanya hafiz..guna inisatif sendiri jelah..pandai2 lah settle kan sendiri..

Reply

Hazmin Hamudin May 11, 2013 at 3:17 pm

Memang betul kalau setakat satu dua kena copy tu boleh la sedapkan hati lagi. tapi kalau dah banyak sangat yang copy memang sakit hati jugak jadinya. Kalau dah disable right click pun masih boleh dicopy lagi. cuma payah sikit la caranya.

Reply

Akma May 12, 2013 at 1:00 am

Tulah ada fikir nak pkai plugin tu..effect betul ranking and trafik blog saya…saya duk kaji tentang plagiat ni jugak..memang rosak SERP’s bila ramai copy paste entri kita

Reply

Wan Gerrard May 11, 2013 at 7:57 pm

kalau copy dari 1 entri nampak sangat tiru bulat2..at least buat la research 5-6 entri yang berbeza sebelum buat entri sendiri..

Reply

Akma May 12, 2013 at 12:58 am

Betul tu..ambik point2 lepas tu olahkan balik tak salah..janganlah 100% copy. Nak keja senang..penat perah otak kita nak buat entri especially yang ada formal..

Reply

Asyrof Asri May 11, 2013 at 8:49 pm

Pasal Copy Paste ada jugak berlaku di blog saya.

Mentang-mentang la saya ni orang yang memartabatkan penulisan Bahasa Melayu Penuh di blog.

Suka suki betul “dia” nak copy paste letak kat blog dia.

Apa yang boleh saya cakap ialah, “awak” tu sekolah menengah dulu ambil SPM kan? … So, susah sangat ke nak tulis Bahasa Melayu Penuh?

Bukan susah pun penulisan Penuh ni bukannya Penulisan Bahasa Melayu Tinggi pun, just “penuh”.

Moga “dia” ambil tindakan segera sebelum saya bertindak memakai pakaian taekwando! .. :)

Reply

Akma May 12, 2013 at 12:56 am

Ramai terkena copy paste ni kan.kalau iya pun nak copy paste janganlah ambik 100%.

Ambik point penting dah olah balik yg tu tak salah..saya pun buat research, fahamkan lepas tu buat ayat sendiri..

Satu lagi banyak yang copy produk review saya kat fb..yang ni paling banyak..takleh nak buat apa dah haishh

Reply

suri May 11, 2013 at 11:00 pm

salam.
er mmg skit hati pernah ke sebijik2 depa curi dlm blog saya.pastu sy jdi penulis jemputan utk stu blog tu pun depa cedok gak buat cma kuah dna lauk pauk sndri.mmg skit hti gak..

pastu pasang gak plugin supaya org tak cedok entri kita,tu pun klu depa berjaya sedot gak mmg dasar tak hargai org punya reta ar..

sabau jelah..sy dan admin tu dah kenal org tu tpi kmi diam2 jer.kmi hrp satu hri nti depa akan terkena kt btg idong sndri cam ner kmi rasa depa akn rasa gak.

Reply

Akma May 12, 2013 at 12:51 am

Wasalam..memang tak terkata sakit hatinya..boleh jahanam blog saya dikejakan..jatuh teruk.

Mula-mula redha aje sis..lama-lama makin teruk pulak. Semua artikel review saya kena..entri personal malas nak check dah..kita doakan diaorg bertaubat je lah..huhu

Reply

ciklaili.com May 12, 2013 at 12:26 am

tersenyum saya membaca entri ini. saya baru juga menulis entri tentang plagiat.situasi kita hampir sama cuma entri blog saya dicopy paste semuanya sejak tahun 2009 hingga 2013. memang haru biru jadinya.

Reply

Akma May 12, 2013 at 12:53 am

Saya baru baca entri sis..lagi teruk tu sis. Saya rasa dia nak tarik trafik jugak tu…kita sabar jelah sis. Saya sampai malas nak fikir dah..geram memang geram..ada tu entri saya baru publish dah kena copy..huhu

Reply

Mama Murai May 12, 2013 at 9:57 pm

Dah tak tahu nak komen apa sebab rasanya sudah berpuluh komen saya keluarkan untuk isu ini. Sabar jerlah sis, orang-orang yang hidup dengan copy paste ini tak akan bertahan lama dalam dunia blog. Dah banyak sangat kes macam tu saya lihat sejak berkecimpung dalam dunia penulisan blog.

Jangan peningkan kepala atau demoralize dengan apa yang berlaku. Apa yang penting teruskan dengan kerja penulisan dan menghasilkan penulisan yang baik. Oh… by the way, saya dah masukkan hadiah kemenangan untuk segmen yang lepas ke dalam akaun Maybank sis.

Keep up the good work dear.

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:26 pm

Maaf lambat balas sis agak bz lately ni..tulis blog lepas tu buat keja lain.

Terima kasih atas nasihat sis. Cuma hati tu terkilan sikit je..luahkan ke blog hehe

Saya tahu tak boleh nak buat apa2 hal copy paste ni.

Saya tetap tulis macam biasa juga dan not burden my mind dengan hal sebegini.

Saya dah terima hadiah dari sis tu..terima kasih banyak2 ya sis..

Reply

Juan May 13, 2013 at 12:06 am

setakat ini hanya satu sahaja artikel saya yang di plagiat, hehe

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:22 pm

Untunglah Juan bernasib baik..saya pulak tak terkira banyaknya :(

Reply

KhaiAngeL May 13, 2013 at 1:11 am

Plagiarisma, ini merupakan isu yang paling sukar dibendung tidak kiralah sama ada dari bentuk tangible ataupun intangible product. Satu benda yang paling mudah untuk diplagiariat ialah artikel (copy & paste) dan benda ni sangat sukar untuk dielakkan.

Walaupun dah disable “Left click” (text highlight) CTRL+A, CTRL+C dan hilangkan “Copy” pada “rightclick”, plagiarisma tetap boleh berlaku. Blogger sekarang dah makin pintar dan “sangat rajin”. If tak dapat copy & paste, mereka akan re-write.

Pengalaman saya, walaupun masih baru lagi, artikel yang saya tulis memang telah banyak yang menjadi mangsa copy paste tanpa credit. Apa saya boleh buat ialah bagi warning. If tak makan warning just send report ke google/wordpress dan juga bagi bad review kat Alexa.

Entri special khas untuk mereka yang buat plagiarisma juga mungkin berkesan :D

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:21 pm

Saya pun tahu hal ni tak boleh kita nak bendong…pasang plugin pun macam-macam cara diaorg boleh lakukan lagi..

Samalah saya bagi amaran secara baik, tak jalan juga saya report je. Kesian juga bila blog diaorang kena penalti tapi siapa lak nak kesian kat kita huhu

Reply

hafizmd May 13, 2013 at 11:19 am

Bila kerja kita senang2 dicopy paste, mmg terasa jugakkan sis? Jadi, harap2lah blogger2 ni beretika. Bukan susahpun nak kasi kredit

Pernah kena sekali je setakat ni, tupun selepas ambe tanye elok2, rupanya dia blogger baru yg masih belajar dan terlepas pandang bab2 copy paste ni

lepas dia sedar, oklah..dia tarik balik artikel tu sbb kesian pulak blog dia kena banned dgn satu tmpat ping yg agak glamer =)

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:19 pm

Penat jugak bila terlampau banyak. Saya sampai malas dah nak bagi amaran..terima seadonya lah huhu

Kesannya blog kita yang tanggung kan :)

Reply

hafizmd October 7, 2013 at 10:08 am

hoho….yg manis tu best tu…hoho
hafizmd recently posted…Bila Entri Diduplikasi. Apa Tindakan Kita?My Profile

Reply

aREE May 13, 2013 at 7:13 pm

MMmmmm..saya pun kekadang ilang gak modal nak menaip….lau ckit-ckit copy paste ok kot…

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:17 pm

Mood saya jadi kelaut bila banyak sangat copy paste ni :)

Reply

aREE May 13, 2013 at 7:14 pm

Adakala nya benda ni mungkin menyakitkan penulis sebenar..

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:16 pm

Itulah yang terjadi ;)

Reply

Hafizul May 14, 2013 at 11:55 am

Emm saya tak tau nak kata apa dah..mcam en titan katakan jugak la..manusia kalau dan dia nak, dia akan dapatkan dengan apa jua cara sekali pun..akhirnya kita yang makan hati..kalau diorang ada depan tu, dah lama makan penampa akma..hehe..saya nak check jugak lah yang saya punya..menda ni akan menjejaskan blog kan?

Reply

Hafizul May 14, 2013 at 12:04 pm

Dahhhh…dahhhh kena dah….artikel pondok kecil pun dah ada yang copy..100% tak edit dan tak ada kredit langsung untuk saya..jeng kreng lagu ni..

Reply

Akma May 14, 2013 at 11:29 pm

Haha kena jugak ya..sakit hatikan..suka hati depa je kan..sabar ya huhu

Reply

khairul asrol May 15, 2013 at 6:50 pm

selain copy tajuk kat google, boleh jugak guna tynt publisher. btw, biasanya memang artikel berbentuk review dan informasi la senang cakap pasti akan diplagiat. satu benda yang kita tak dapat kawal ialah effect macam yang akak cakap tu, duplicate content. entah laa, benda ni nak cakap selalu kat diorang dah penat dahh. kang disable right click pulak nantior disable marking, marah pulak pengunjung lain. hehe

Reply

Myra Jay May 16, 2013 at 11:31 am

Myra pun ada terjumpa 1 blog yg copy paste sebjik entry di blog termasuk dengan gambar, padahal semua tu hasil carian dan research sendiri..
Walaupun ada kredit di bawah, tp apa salah tak copy paste bulat2.. huhuu

Kalau carian Google entry MJ tu di tangga 1 diikuti blog dia di bawah..
Best kan, hanya Copy paste terus dia berjaya di depan..
Sakit hati tapi cuba fikir positif.. huhuu

Reply

Akma May 16, 2013 at 3:22 pm

Sakit hati kan sis..nak2 penat-penat kita buat SEO. Kerja senang 5 minit tak sampai… Entri saya lepas orang copy paste mesti jatuh SERPs punya..geram nya lah hai..

Reply

hafizmd October 7, 2013 at 10:13 am

hoho…bab ni ambe setuju…mmg terpaksa telan pahitny bila entri kita yg elok2 duduk 1st page, terus hilang sbb ada blog yg duplicate…

oh! sabor jerlah
hafizmd recently posted…Bila Entri Diduplikasi. Apa Tindakan Kita?My Profile

Reply

Izzat Eshak May 21, 2013 at 11:24 am

Memang menjadi suatu tabiat tidak beretika.
Perlu ke blogger2 ambil kursus etika penulisan? (tu pun kalau ada)

Reply

Akma May 21, 2013 at 3:46 pm

Saya pun penat dah nak tangani isu plagiat ni.

Kalau ada kursus penulisan memang dinasihatkan mereka pergi belajar supaya mereka tahu asas2 penulisan. Tapi inisatif terletak kepada individu tersebut nak buat kerja senang atau sebaliknya. :)

Reply

fyna May 21, 2013 at 12:30 pm

diorang yang CP tue tak merasa penat lelah tuan punya entri kan sis akma…

Reply

Akma May 21, 2013 at 3:47 pm

Tulah sis..kita nak hasilkan artikel berkualiti bukan senang berhari2 baru siap. Diaorang buat keja CP tak sampai lima minit..tu yang sakit hati huhu

Reply

Alin Marlini May 23, 2013 at 4:19 pm

hehehe..blog sy msh belum di c & p sb suka merapu2..hehhe

Reply

Akma May 24, 2013 at 3:45 pm

Hehe merapu ke..saya baca ok je..

Nak macamana sis dah nasib malang orang duk suka copy paste. Terima jelah :)

Reply

nurmisnan May 26, 2013 at 11:59 am

Bila copy paste berlaku ranking kedudukn d google juga terjejas. Ini berlaku kpd aku sendiri..

Reply

Akma May 26, 2013 at 6:38 pm

Betul tu sis..saya rasa tempias nya kat blog saya ni ranking makin jatuh..

Reply

cik tom May 28, 2013 at 6:55 pm

ish2 kl bincang isu plagiat ni mmg smpi bila xabis…entry ciktom slalu kena plagiat 100%..paling hangin pandai plk diorang edit part pangilan bahasa diri dalam entri “cik tom” kepada “saya/aku”..Rajin betul..kredit or backlink mmg lgsg xde..

kl cerita plagiat, ada 1 pglmn plg xdpt lupa…dulu pernah ada 1 blog ni konon diwujudkn sbgi tmpt untuk berkongsi artikel dari blog blogger2 dan juga ada group facebook utk ping ..sesiapa berminat boleh submit artikel pada admin..konon niatnya “murni” utk membantu sesama blogger..kl betul niat murni…amik je la intro and the rest just give link entry to refer for full content..

income bila trafik tinggi semua admin yg sapu..xde plk share/bt contest ke pe kt sana bl survey….siap boleh psg ads innity lg..smua blogger lain kat situ pak turut je terlampau cerdik sgt!

Semua artikel di blog cik tom berkaitan 1 kategori di copy paste 100% without edit but still have backlink at the end of the articles.. Sdgkan ciktom xpernah submit mn2 artikel kpd admin.. Tue pun tau bila tengok trafik jatuh giler2! Try cari solution kenapa jd camtu..

Bila cek google entry cik tom jatuh ke tempat kedua dan entry copy pasted artikel dari cik tom di blog mereka jadik 1st.. Terus naik hangin hubungi admin buang semua artikel ciktom. Alhamdulillah admin buang tapi admin tue ada buat satu artikel menceritakan kenapa certain entry didelete ialah blogger asal xbenarkan..

Cik tom baca komen feedback dr “peminat” blog tersebut kaw2 komen kutuk cik tom..kedekut la..kerek..bajet pndi sgt..macam2 hinaan…geram gak bace komen buat at the same time kesian mereka tak sedar yang sebenarnya mereka tue diperbodohkan oleh admin yg berlagak hero..ciktom jadik watak penjahat yang kedekut…hahaha….

yg suka copy paste ni xpernah fikir ke bukan senang nak cari idea dan buat satu artikel? suka betul ambil jalan mudah..

skang byk entry review affiliate dan advertorial cik tom yg di plagiat sama cam kes sis akma..kbykn yg affiliate xtau sape owner blog..last choice report google…

Reply

Akma May 28, 2013 at 11:55 pm

Tu masalahnya…bila orang tak faham isu copy paste ni boleh buatkan blog penulis asal bermasalah…blog saya terkena tempiasnya..sejak terlalu banyak copy paste blog saya bermasalah…tak kira lagi yang berpuluh copy paste post kat facebook. ..fb kat social media authoriti tinggi so effect teruk blog kita.

Dulu elok je maintain SERP’s…sekarang ni agak susah sikit jadi tonggang langgang dibuatnya….kebanyakkan yang copy paste blogger baru guna blogspot yang jual produk…

Yang kesian entri review berbayar…advertiser harap entri kita tuk jual produk, bila kena copy paste dengan pengiklan lain effect entri tu kena tendang jauh kebelakang buat rosak periuk nasi orang je. Penat kita buat backlink bagai.

Tak pasal2 pula Cik tom dapat watak jahat ya…haish sabar jelah Cik tom…nak cegah susah rasanya…kita buat cara camtu je..bagi warning baik2 remove artikel yang di copy..kalau tak makan saman report je ke Google..saya malas nak fikir dah pasal plagiat ni…buat baik salah buat jahat pun salah..so kita play smart :)

Reply

zool May 30, 2013 at 8:29 am

hm.. masalah copy paste yang semakin meruncing.. kalau copy paste pasal info atau news tu kira oklah juga. kalau review berbayar pun copy paste pelik dok ada

Reply

Akma May 31, 2013 at 1:53 am

Kebiasaan info atau news diaorang bagi kredit tapi untuk review tu agak melampau sikit kira kacau periuk nasi orang tu kan :)

Reply

blackrosehunter May 30, 2013 at 3:51 pm

kalau blogging untuk duit semata-mata..jadi gejala copy paste ni berlaku. Sekarang ni google memang take care benda-benda macam ni.Buat report la..

Reply

Akma May 31, 2013 at 1:54 am

Yer tu je solusi nya..penat dah nak bagu warning suruh remove ni, ada tu buat tak tahu je..cara mudah saya report :)

Reply

blackrosehunter May 31, 2013 at 8:52 am

kita boleh kategorikan blog gini sebagai webspam ke?kalau boleh..sy ada link khas untuk report.

Reply

Akma May 31, 2013 at 4:35 pm

Salah satu kot..kesian pulak kena patuk nanti haha erkk boleh gak kalau nak share huhu

Reply

Rina June 4, 2013 at 8:09 am

Dari dulu saya juga geram dengan ulah para copy paste karena itu ada blog yang terpaksa saya tinggalkan sejenak untuk tidak menuliskan apa2 didalamnya agar mereka yang copy paste bisa berfikir jernih, apa yang harus semestinya mereka lakukan di saat tak ada lagi konten yang mereka share di blog mereka. saya berharap mereka sadar dan mulai menulis konten sendiri.
Semoga blog baru saya tidak di copas oleh orang2 yang tidak bertanggung jawab juga nih

Reply

Akma June 4, 2013 at 10:39 pm

Masalah copy paste memang susah mau dibendung..saya juga hadapi situasi yang sama. Adakala jadi gak ada mood mau menulis :)

Kita tenang aja udahlah..selagi boleh kita cuba bagi amaran, jika masih berlaku report aja ke Google ;)

Reply

Lynn June 4, 2013 at 11:30 pm

Saya suka quote yang last tu ‘ BUKAN MARAH CUMA NASIHAT’.
Hehehe..sendiri mau ingatlah/

Reply

Akma June 5, 2013 at 12:33 am

Hahaha…tak marah de..cuma bg nasihat je jangan buat lagi huhuhu

Paham-paham sendiri le sapa yang rajin buat tu kan ;)

Reply

JomJalan June 5, 2013 at 10:32 am

Saya rasa mereka yg punya blog yg baik memang akan selalu kena. Saya pun kena.

Masalahnya, lepas saya contact owner blo berkali2, dari contact form kepada email dan FB — langsung tiada jawapan.

Akhirnya saya buat keputusan install plugin yg disable right click dan copy paste. Saya pun tak suka kalau tak boleh highlight dan ambil nota, tapi kalau asyik kena curi, terpaksa lah kunci begini

Reply

Akma June 6, 2013 at 9:05 am

Baik sangat ke blog saya ni huhu ;)

Memang…saya pun ada fikir nak pasang disable right click plugin tu. Melampau sangat banyaknya yg copy paste dah ni. Haishh

Reply

Zuan July 5, 2013 at 1:20 am

Harap dijauhi la dari plagiat ni.. hmm :(

Reply

Akma July 5, 2013 at 2:20 am

Saya tak larat dah nak layan isu plagiat ni…banyak artikel saya kena copy paste tak kita personal atau review..geramnya lah haii

Reply

Zuan July 5, 2013 at 9:48 am

hurm, plugin2 yang boleh elak copy paste xde? macam blog broframestone, rasanya nak highlight text dia pun xleh. kalau nak copy kena pakai developer tool, rasanya tak semua orang tau pakai developer tool

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: