Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi

by Akma on January 22, 2013 · 47 comments

in Event, Opinion, Story

Tidak lama lagi semua rakyat Malaysia akan mula mengundi. Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi.

Setiap kali tiba hari mengundi… Anda akan dapat melihat berbagai aktiviti dan kempen diadakan, samada dari pihak pembangkang ataupun dibangkang.

Itu lumrah dalam meraih undi, berbagai cara mereka lakukan untuk meraih undi daripada rakyat.

Hak Sebagai Pengundi

Saya baru sahaja daftar pemilih. Selama ini memang saya tidak pernah mengundi, tapi lama-kelamaan timbul kesedaran dalam diri saya.

Ramai juga yang bertanya kepada saya kenapa tidak mengundi, adalah satu kerugian kerana satu undi dari kita mampu mengubah keadaan dan pemerintahan. Memang ada kebenarannya…

Saya tiada jawapan untuk soalan itu tapi saya ada alasan saya sendiri yang membuatkan saya tidak mengundi sebelum ini. Biarlah saya simpan sendiri. Setiap orang juga mempunyai alasan mereka sendiri kenapa mereka mengundi dan tidak mengundi.

Negara kita Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, suara dan pilihan diberikan kepada rakyat. Sebagai rakyat Malaysia, kita tahu hak kita dan saya percaya kita semua sentiasa mahukan yang terbaik.

Daftar Pemilih

Mendaftar Sebagai Pengundi

Caranya sangat mudah dengan hanya mengisi borang dan memberi butir kad pengenalan dimana-mana pusat pendaftaran. Paling mudah di pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.

Setelah mendaftar anda hanya perlu membuat semakan daftar pemilih supaya dapat pastikan status pendaftaran anda sah ataupun tidak. Semakan boleh dibuat melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Disitu anda boleh melihat samaada pendaftaran anda sebagai pemilih disahkan atau pun tidak.

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang syarat-syarat daftar pemilih anda boleh lawati laman web SPR Malaysia. Di laman web tersebut anda juga boleh muat turun borang pendaftaran pemilih, info berita semasa, semak pendaftaran pemilih, akta dan peraturan.

Undi Itu Rahsia

Istilah undi itu rahsia amat penting kepada kita. Siapa yang kita undi atau pilih terletak pada diri kita sendiri. Undi adalah sesuatu yang kita lakukan berdasarkan siapa yang kita pilih, bukan orang lain yang memilih untuk kita.

Banyak faktor yang harus kita lihat dan nilai pada calon individu yang kita undi. Janganlah memilih dengan mengikut orang lain, saya rasa cara itu salah. Ia bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Pilih pemimpin yang anda rasa benar-benar layak.

Sepanjang masa mengundi haruslah tenang, adil dan saksama. Tiada kekecohan atau perbalahan. Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai adat, budaya dan budi bahasa yang tinggi.

Sebagai pengundi… tanggungjawab kita juga berat. Salah memilih boleh mengakibatkan negara kita dalam keadaan huru hara. Pilihlah dengan bijak.

Bagaimanapun dalam memilih atau mengundi terletak pada diri kita sendiri. Itu adalah hak kita.

Siapa Yang Bakal Diundi

Siapa yang akan saya undi, biarlah ianya menjadi rahsia. :) Mana yang saya rasa baik dan boleh membantu kita sebagai rakyat Malaysia, itu yang saya akan pilih. Saya sudah tetapkan dalam fikiran saya… :)

Sehingga kini saya sendiri tidak tahu tarikh mengundi yang sebenarnya, kerana ianta sering berubah-ubah. Kita tunggu sahaja, tiba masanya sama-samalah kita jalankan tanggungjawab kita.

Insyaallah saya akan turut sama turun padang bersama semua rakyat Malaysia untuk mengundi nanti… Jumpa disana ya hehehe…

{ 47 comments… read them below or add one }

Faris Al-Muhandisu January 22, 2013 at 7:45 am

Saya sudah! jom laksanakan tanggungjawab kita nanti insyaAllah :)

Reply

Akma January 22, 2013 at 4:55 pm

InsyaAllah sama2 kita laksanakan ;)

Reply

onlajer January 22, 2013 at 9:40 am

saya baru nak masuk tiga kali , tapi yang seronoknya mengundi di kg yang dibangkang dan pembangkang semua kenalan, pergi kem sana makan kem sini pun makan hehe

Reply

Akma January 22, 2013 at 4:59 pm

Saya pernah juga join bahagian2 AJK parti ni…politik tak kena ngan jiwa saya lah hahaha..tapi saya daftar bahagian je mengundinya tak hehehe…memang syok tengok kan huhu

Reply

Encik Din January 22, 2013 at 9:55 am

Ini masuk penggal kedua saya akan mengundi. saya undi di Kota Anggerak Shah Alam. Dah tahu dah nak undi pihak mana. hehe :)

Reply

Akma January 22, 2013 at 5:03 pm

Saya bahagian Setiawangsa….pertama kali mengundi ni, saya pun dah ada pilihan tapi rahsia hehehe..

Reply

Blog Keperawatan January 22, 2013 at 9:57 am

Kewajiban sebagai warga negara yang baik adalah ikut mengundi.
Pilihan undian diserahkan pada hati nurani.
Selamat mengundi sahabat-sahabat Malaysia…

Reply

Akma January 22, 2013 at 5:02 pm

Mekasih Ferry…ya..itu tanggungjawab kita sebagai rakyat kan :)

Reply

Izwan January 22, 2013 at 10:52 am

saya cukup umur 21 hari tu terus daftar,lama dah..
tunggu nak pangkah je ni.. haha

Reply

Akma January 22, 2013 at 4:52 pm

Laaa.. Izwan baru masuk umur 21 ke…muda belia sangat ni..hehehe..jangan lupa mengundi nanti ya dik ;)

Reply

Izwan January 23, 2013 at 3:06 pm

alamak silap. hari tu tu bermaksud lama dah,bukan tahun ni. sy baru 24 kalau ikut tahun. hehe

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:35 am

Hahaha still muda lagi tu dik..

Reply

Qashmere January 22, 2013 at 2:16 pm

Yer jangan gelak..tahun lepas dapat daftar sebagai pengundi. So tahun ni dapat la ngundi dah dapat tempat nak ngundi. Takpernah rasanya jadi pengundi….Erk…~

Reply

Akma January 22, 2013 at 5:05 pm

Saya dah 2 tahun daftar undi, itupun kebetulan pegi MATTA fair nampak kaunter daftar, kalau tak…sampai sekarang tak mengundi kot huhuhu…

Reply

hairulafiz January 22, 2013 at 3:18 pm

tahun ni tak dapat mengundi, keran kena bertugas cuma boleh undi pos aje..

Reply

Akma January 22, 2013 at 4:54 pm

Ooo ye ke..bertugas luar dari Malaysia ke? Macamana orang buat Undi pos ni ya..

Reply

boni kacak January 22, 2013 at 8:25 pm

hehehe.. tahun ni saya nak turun mengundi..hahaha

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:32 am

Mohh kita trun sama2 nooo hehe

Reply

titan January 23, 2013 at 1:59 am

pakcik najib siap kirim surat dan kalender tauuu. haha..

Reply

Hafizul January 24, 2013 at 12:39 am

Hahahaha..Pak cik najib kedai jual cendol ker?hehe

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:33 am

Ko vvip..hehehe dah daftar ke belum

Reply

Carlos Santiago January 23, 2013 at 9:04 am

perkara wajib..undilah yg tepat!

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:35 am

Ya betul…nk kata wajib tu tak juga cuma terpulang pada individu tu fikir mana yg baik kan :)

Reply

Hafizul January 24, 2013 at 12:39 am

saya dah daftar..tap tak tau nak undi sape..opss undi itu rahsia,…hehe

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:36 am

Hehehe samalah kita pun rahsia gak

Reply

muazfaris January 25, 2013 at 4:31 pm

hihi.. belum daftar lagi sbb berada di luar negara. :-)

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:45 am

Ooo ye ke takleh daftar on9 ke untuk undi post?

Reply

Juan January 27, 2013 at 8:50 am

saya sudah daftar sejak awal tahun lepas lagi

Reply

Akma January 29, 2013 at 5:49 am

Samalah..saya 1st time mengundi ni.. Huhu

Reply

iAwani January 27, 2013 at 10:20 pm

pada pilihan raya akan datang, saya bakal mengundi di Kota Kinabalu.

Reply

Arrazi January 28, 2013 at 4:50 am

Mungkin tahun ini tak dapat hendak tunaikan kewajipan mengundi sebab masih di luar negara.

Semoga rakyat Malaysia memilih mereka yang benar-benar berhak menjadi wakil mereka,

Selamat mengundi semua.

Reply

Akma February 4, 2013 at 10:32 am

Ooo ye kan..tapi boleh buat undi post kan Arrazi kalau sudah berdaftarlah..,rasanya secara on9 pun boleh utk yang duduk atau belajar di oversea..

InsyaAllah kita pilih yg benar2 layak :)

Reply

BUATBEST ? January 28, 2013 at 10:22 pm

mengundi tu tanggungjawab..kalau tak keluar ngundi boleh gila wOo..baru ada pengalaman mengundi sekali..harap2 diberi kesempatan untuk ngundi lagi sekali..tak sabo.. ; P

Reply

Akma February 4, 2013 at 10:26 am

Betul tanggungjawab berat juga tu…saya tak penah lagi..tgk orang mengundi penah lah hehe

Reply

KiD January 29, 2013 at 1:47 am

dahh… dahhh… tak sabar nak ngundi dah nih.. DUN kajang Parlimen Hulu Langat

Reply

Akma February 4, 2013 at 10:24 am

Ooo dun kajang ke..saya setiawangsa…tak lama dah dapat info terkini bulan 3

Reply

ajumohit January 30, 2013 at 11:07 pm

sudah mendaftar last year dan layak mengundi!!!

Reply

Akma February 4, 2013 at 10:23 am

Layak sangat lah tu dah mengndi…jom jom ;)

Reply

eiela January 31, 2013 at 12:43 pm

dah daftar dulu tak dpt join ngundi sbb msk wad, insyaallah tahun nih bleh turun mengundi.

Reply

Akma February 1, 2013 at 8:28 pm

Ooo ye ke eiela..takpe tahun ni kita ramai2 trun mengundi ya :)

Reply

sohoque January 31, 2013 at 5:28 pm

saya sudah dua kali mengundi. tempat mengundi saya kat kampung. yg seronoknya kalau blk mengundi kos balik kampung boleh claim. hehehe

Reply

Akma February 1, 2013 at 8:21 pm

Saya pertama kali ni..dah tua2 ni baru sedar hehe saya mengundi di KL je.memang asal org sini..sedih takde kg huhu

Reply

Azie February 5, 2013 at 2:15 pm

Tahun ini nama Azie ada untuk mengundi. Akan menjalankan t/jawab untuk negara t/cinta.

Reply

Akma February 5, 2013 at 8:04 pm

Jom..jom kita mengundi sam2 nnti ya Azie hehe

Reply

yanti February 14, 2013 at 12:09 pm

Ingin mengetahui status undi melalui SMS? Hantar SPR No.KP ke 29292. Caj RM0.50 per sms. Hanya utk pelanggan Celcom shaja.

Bagi pelanggan Maxis dan Digi, hantar SPR No.KP ke 33080. Caj RM0.50 per sms.

Terima kasih!!!!

Reply

Asyrof Asri April 21, 2013 at 9:51 pm

UNDI jangan tak UNDI.

Berfikir sebelum UNDI. ;)

Berfikir sebaik mungkin.

Fikiran yang baik akan membuahkan hasil.
Asyrof Asri recently posted…Wordless Friday – Mahasiswa Pilih Siapa?My Profile

Reply

Akma April 23, 2013 at 10:45 pm

Fikir yang terbaik untuk semua InsyaAllah semoga pilihan kita betul.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: