Sepetang Bersama Blogger 2013

Sepetang Bersama Blogger 2013
#SBB2013 β€” Sepetang Bersama Blogger 2013

Pertama kali saya menyertai majlis sepetang bersama Blogger 2013. Ianya juga merupakan pengalaman pertama saya melibatkan diri dalam program sebegini.

#SBB2013 boleh dikatakan agenda terbesar hasil dari gabungan blogger Malaysia, Indonesia dan Brunei. Memang meriah dan seronok apabila dapat berkenalan dengan ramai rakan blogger secara langsung.

Satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Sepetang Bersama Blogger 2013

#SBB2013 β€” Sepetang Bersama Blogger 2013

Pada mulanya saya agak segan, maklumlah saya masih baru dalam bidang blogging ini.

Tetapi keramahan anda semua membuatkan saya merasa cukup selesa dan tidak janggal. Berpeluang pula tu beramah mesra dengan ramai blogger terbaik Malaysia.

Walaupun saya baru setahun jagung tetapi semua melayan saya dengan baik. Jujur… memang rasa terharu sangat. Memang tidak rugi saya hadir ke SBB2013 yang santai tapi meriah ni.

Terutama Kak Kujie dan Kak Sweetkurma yang melayan saya dengan begitu baik. Sebak hati bila dipeluk oleh beliau berdua.

Mereka antara yang memang saya amat hormati dan kagumi. Nasihat ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh kak kujie secara langsung lebih memberi semangat kepada blogger baru seperti saya ni.

You all are the best sis

Denaihati yang sentiasa kita lihat di gambar-gambar agak serius. Tetapi apabila bersua muka ternyata berbeza karakter beliau. Peramah, merendah diri dan pemurah. Tidak mustahillah beliau menjadi idola dan dihormati oleh ramai blogger di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei.

Keramahan rakan-rakan blogger popular Azuan Razi, Nur Misnan, Melastik Bintang, PuanBee, PenMerah, Sharidawati, Aziewan, Nia Namia, Eyriqazz, BroFrameStone, LadfeAmir, Adik Azri Johan (yang cute sangat), Mohamad Faiz, Zulkbo, ZulsEffort, BicaraMakDara, Amanz, Mohd Isa, Zarul Umbrella dan ramai lagi…

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua…

Saya teringin sangat nak berjumpa dengan blogger yang popular dengan tagline “Cendol Banting“, tetapi tak kesampaian pula.

Puas juga saya jeling-jeling yang mana satu orangnya. Harap-harap dilain masa kalau diadakan lagi majlis sebegini mungkin boleh panggil titan sebagai jemputan untuk forum blogger pula hehe…

Tak sangka juga artis popular yang kacak Zarul Umbrella yang saya minati masa zaman muda mudi dulu sudi menyapa saya. Jangan marah ya…artis popular pelawa saya bergambar tu huhu…

Bersama Top Blogger SBB2013

Gambar Terakhir Sebelum Balik…

Kebaikkan Majlis Sepetang Bersama Blogger

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 boleh saya katakan sebuah majlis yang amat berjaya dan penuh dengan aturcara menarik yang disediakan.

Istimewanya… majlis sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama blogger.

Walaupun selama ini hanya mengenali dan berhubung melalui blog sahaja, tetapi melalui #SBB2013 kita dapat bertentang mata sekaligus mempunyai peluang untuk mengenali secara lebih dekat lagi.

Banyak kebaikkan yang dapat saya lihat di majlis sepetang bersama blogger 2013 ini disamping mengeratkan silaturrahim… acara sebegini amat saya sokong dimana kita dapat mengumpulkan ramai blogger baru dan lama.

Ianya juga boleh memperkuatkan lagi komuniti blogger di Malaysia yang mungkin selama ini ramai tidak tahu. Mana tahukan akan datang nanti wujud persatuan blogger Malaysia berdaftar pula untuk memperkuatkan kedudukan komuniti blogger.

Malah diiktiraf sebagai satu badan atau persatuan yang lebih serius dimana ianya mampu memberi tunjuk ajar, informasi dan kebaikkan kepada anda yang bergelar blogger.

Kita menginspirasikan perkongsian melalui penulisan, informasi, pengalaman, cerita dan serapkan kedalam blog supaya dapat dikongsikan bersama.

Kita ibaratkan blogger sebagai penyampai maklumat kepada umum dari berbagai bentuk dan cara penulisan. Bukan semua orang mampu melakukannya.

Saya kira ianya satu kerjaya yang harus dipandang tinggi dan lebih serius pada masa akan datang. Secara tidak langsung berjaya membina satu komuniti atau aktiviti yang sihat.

Disamping itu dapat memperkenal dan memperbesarkan lagi komuniti blogger di Malaysia dan rantau asia. Tidak mustahil akan semakin berjaya dimasa hadapan.

Rezeki Dan Tuah Badan

Alhamdulillah… rezeki dan tuah badan, saya antara salah seorang pemenang iPhone 5 Gadget Impian. Tersenyum sampai ke telinga juga huhu… amin…

SBB2013 dapat hadiah duit

Duit Dalam Sampul… πŸ™‚

Tahniah kepada semua pemenang iaitu CikguNaman, Eyriqazz, Kak CheezeMaz, Sharidawati dan juga semua pemenang iPhone 5 Gadget Impian ini serta semua pemenang cabutan bertuah yang memang bertuah sangat.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Denaihati dan juga semua penaja-penaja yang memilih saya sebagai pemenang Gadget Impian.

Saya juga ucapkan tahniah kerana menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 yang meriah serta berjaya mengumpulkan sebilangan besar blogger-blogger popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Saya mohon maaf sebab ada blogger yang tak sempat saya nΓ k bertegur sapa ketika SBB2013 berlangsung. Maklumlah saya ni pemalu orangnya hehe.

Kepada blogger yang tidak pernah menyertai acara sebegini, saya sarankan akan datang sekiranya dianjurkan lagi, anda harus sertai kerana ianya banyak memberi kebaikkan dalam menimba ilmu, disamping itu dapat berkenalan dengan ramai blogger terbaik dan popular.

Satu peluang dan kenangan indah yang tidak akan saya lupakan. Terima kasih semua… πŸ™‚

#sikit jer gambar yang ada….

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

91 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest