Roti Boom Asli Yang Sedap Dan Rangup

Roti Boom Asli

Makanan readymade memang menjadi pilihan orang ramai sekarang. Kalau kita pergi supermarket mesti banyak dijual.

Terutama makanan tempatan yang telah banyak dikomersialkan seperti roti canai, roti boom, nasi lemak, popia, karipap, otak-otak dan macam-macam lagi.

Memang memudahkan pengguna. Dari segi harga pun tidak banyak beza bila kita makan di luar. Janji ianya mudah, cepat dan sedap.

Saya memang suka beli dan simpankan dalam peti ais. Bila nak makan tak payah susah-susah nak sediakan bahan semua. Jimat masa dan tenaga terutama kepada mereka yang bekerja.

Roti Boom Makwe Pakwe

Roti Boom Makwe Pakwe

Korang pernah cuba Roti Boom Makwe Pakwe. Mengancam nama roti boom ni kan. Mesti ramai makwe pakwe yang suka hehe.

Saya pernah mencuba roti boom Makwe Pakwe ni. Memang sedap dan tekstur roti memang lembut sangat, budak-budak pun suka.

Tak payah makan dekat kedai mamak lagi dan tak payah nak uli sendiri. Nak sediakan pun senang dan mudah, terus sahaja goreng dan hidangkan panas-panas.

Boleh dimakan untuk sarapan pagi, petang atau malam. Malah kalau nak buat apa-apa party atau majlis pun boleh juga dijadikan salah satu menu utama.

Cara-cara Menyediakan Roti Boom Asli

Cara menyediakan Roti Boom beku ini ada dua iaitu digoreng tanpa minyak atau boleh juga di toast dalam ketuhar.

Cara Pertama:

  • Lembutkan roti boom selama 10 minit atau 2 minit dalam microwave.
  • Panaskan kuali tanpa minyak.
  • Goreng sehingga kuning keemasan dengan api perlahan.

Cara Kedua:

  • Terus dari peti sejuk dan bakar dalam ketuhar / toaster oven selama 10 minit.

Ramuan yang digunakan: Tepung gandum, krim susu manis, marjerin, gula, telur pasteur, garam dan pengemulsi yang dibenarkan.

Roti Boom Makwe Pakwe ni asli, tiada bahan tiruan dan yang pastinya halal. Bahan-bahan yang digunakan pun healthy dan dijamin dari segi kebersihan.

Roti Boom Asli

Promosi Roti Boom Combo 3 Packet

Nampak sedap dan mudahkan. Harga pun berpatutan dan memang sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Anak-anak juga boleh bawa bekal ke sekolah.

Sekarang tengah ada promosi Combo 3 Packet RM10.00 sahaja.

Selalunya kalau kita makan dikedai tak banyak perisa. Yang menariknya ada beberapa perisa Roti Boom Asli ni iaitu:

  • serunding ayam
  • serunding daging
  • serunding ikan bilis
  • coklat cip
  • otak-otak

Roti Boom sejuk beku pelbagai perisa terbaik di pasaran ini keluaran bumiputera muslim. Mereka merupakan pembekal utama Roti Boom Asli.

Dibuat oleh:
Megah Warisan SK
Alamat kilang: Bangunan Sek. Agama Felda Sungai Kelamah 73400 Gemas N9.

Anda yang hendak membeli untuk santapan keluarga boleh order terus. Pengedar atau peniaga yang ingin mendapatkan stok dalam kuantiti yang besar juga boleh hubungi mereka.

Kepada yang nak order boleh hubungi nombor dibawah, email atau message di Facebook page pembekal.

Hubungi:
Hp : 0123644013/0123694013
Email: megahwarisansk@yahoo.com
Fb page: Megah Warisan SK

Segala urusan penghantaran akan dibuat oleh pembekal dan akan dihantar terus ke rumah anda. Senang dan mudah kan.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

34 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest