Minggu lepas saya ada buat coklat chip muffin dan orange muffin untuk outing school Adam ke Zoo Negara, jadi minggu ni saya cuba buat kek coklat moist pulak. Tengah ada mood nak baking.
Selalu juga saya buat kek coklat ni tapi untuk makan sendiri sajalah. Kali ni buat untuk Adam pulak, tak sangka suka sungguh Adam dengan kek coklat moist yang achiknya buat ni hehehe.
Teringin juga nak masuk MasterChef Malaysia… nanti menangis pulak semua peserta MasterChef sebab sedap sesangat kek coklat moist achik ni. Chewahh…hahaha.
Inilah hasilnya, gambar dibawah ni bukan copy kat google tau, original homemade baking ni huhu. Sedap dimakan sambil minum kopi dan tengok tv.

Kek Coklat Moist
Asyik entri tentang blogging saja boring jugakan, apa kata kita share resepi kek coklat moist ni pulak. Pada sesiapa yang ingin mencuba resepi ni sila-silalah ya, lagipun cara membuat kek coklat moist ni senang saja…
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-Bahan:-
- 2 cawan buttercup.
- 2 cawan tepung gandum.
- 3/4 Van hounten koko powder.
- 2 cawan gula halus atau gula kastard.
- 5 biji telur.
- 1 sudu baking powder.
- 220 ml air.
Cara-Cara Membuat Kek Coklat Moist:-
- Tepung gandum dan baking powder diayak.
- Pukul butter dan gula sehingga kembang (guna stand mixer pun boleh).
- Masuk telur satu persatu.
- Masukkan tepung gandum, koko powder dan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga sebati.
- Masukkan adunan kedalam loyang.
- Panaskan oven 150c dan bakar dalam 25 – 30minit.
Cara Membuat Topping Kek Coklat
Bahan-Bahan:-
- 15 kiub coklat bar.
- 3 sudu besar mentega.
- 8 sudu susu pekat manis.
- ½ sudu teh esen vanila.
Cara Menyediakan Topping Kek Coklat:-
Ambil periuk kecil dan isi dengan air kira-kira 2 hingga 3 inci dan masak sehingga mendidih. Masukkan coklat bar dan biarkan ia cair.
Selepas coklat bar telah benar-benar cair; tambahkan mentega, susu pekat dan esen vanila. Kacau sehingga pekat dan sebati dan curahkan diatas kek anda.
Kalau malas nak buat topping kek ni, pakai readymade Hershey’s chocolate sauce pun boleh juga, cuma tak originallah. Jadi, senangkan cara buat topping kek coklat ni.
Selamat Mencuba…
P/S: Resepi dan cara membuat kek coklat moist ni adalah dari pengalaman saya sendiri. Mungkin setiap orang mempunyai resepi dan cara membuatnya yang tersendiri. Jika anda masih baru nak belajar cara membuat kek coklat moist ni, anda boleh mencuba resepi saya ini.
Sekiranya anda perlukan lebih lagi info dan panduan untuk menjadi pakar dalam membuat kek coklat yang sedap, anda boleh cuba dapatkan ilmu pengetahuan yang lengkap disini.
Tetapi sebaliknya jika anda ingin memulakan perniagaan coklat buatan tangan, dapatkan rahsia panduan memulakan perniagaan coklat buatan tangan disini.
“Pelaburan Untuk Ilmu Menguntungkan Anda Kelak”







{ 62 comments… read them below or add one }
mesti dapat banyak sales nih kalau lepas ke first page nih. hehe..
Kalau ada yang nak belilah…kalau takde.. duduk first page pun tak guna jugak hahaha
insya-Allah. ada yang beli nanti. hehe..
Sambil selam minum air.. Bukak kek coklat promote promote sekali.. Good luck sis!
eh Buat Kek Coklat ** bukak plak! Hahaha
Salam n morning sis….
Coincidence ada pulak yang related so link kan sekali ler hahaha
Titan : Aminnnnnnnnnn……hehe
Sekali tengok, sedapnya.
Terasa nak jugak, makan kek kat negara orang jauh beza rasanya jika di Malaysia.
Kalo nak rasa, datanglah sini. Rasakan. haha ..
Asyrof Asri recently posted…Saya Suka Makan Kek Coklat – Kelebihan Kek ?
yang 2 ketul buttercup tu means dua buku buttercup ke? or memang guna dua cawan je? mak buyung nak try buat ni..hehe…
Aah sis 2 buku butter size kecik tu bkn besar ya..saya sukat lebih kurang sama..so saya masuk je 2 ketul terus, kalau nak manis sikit..boleh tambah gula 1/4 cup lagi…cubalah ya huhu
Sis saya dah edit buat 2 cawan buttercup je so tak confused kan hehehe…selamat mencuba ya
Eh Sis ada buttercup size kecik? tak perasan! Hahaha.. tapi kat oversea butter diorang mcm stick kecik…mcm tu ke? sebab biasa satu buku butter 250g…
Now kat supermarket ada big rasanya 500g…aritu i buat i campak je 2 ketul skali hehehe…betul oversea ada mini buttercup..senang tulis 2 cawan jer huhu.
kek dalam gambar betul-betul u yang buat ke? wah, nak rasa juga. menyelerakan. hehe
Hola..terang-terang tulis original homemade baking tu..huhu..rasa ala-ala moist brownies pun iya juga…u tengok picture jelah ya dah habis kitaorang melantak hehehe.
Hahahahaha…..I think bila tengok gambar more to Brownies lah sis..Brownies got so many types ada yang cakey di dalam ranggup diluar..ada mcm2 jenis. Tapi apa2 pon nampak sedap. Insya Allah boleh mencuber
Aah sis more to moist brownies sebab I buat guna loyang nipis….loyang yg besor ntah kemana hilang ntah hahahaha…
salam..pertama kali singgah di sini..
sy peminat kek cekelat ni..maka selalu jgk membuatnya..
resipi yg sy guna gunakan 1 cawan mnyak jagung.mmg moist jadinya..
Wasalam adele..terima kasih singgah blog ni ya.
Ooo ye ke, maknanya cuma tambah 1 cawan minyak jagung je lah ya..boleh cuba nanti ni..tq bagi tips ya
Sis, memang ada cake or muffin buat pakai minyak sayuran…Baru-baru ni saya buat sponge cake hanya pakai minyak jagung. Boleh juga di tukar melted butter ikut berat nya. Memang soopa-delicious dan gebu geban….Hehehe
Aah mummy..Muffin kadang2 i letak 1/2cup minyak jagung, choc cake tak pernah lagi, banyak i tengok resepi letak kan…boleh try ni…lepas ni gebu geban lah kek saya…hehehe
perghhhh..terbaiklah kak akma.. mengiurkan! nanti nak paksa mak masak kek ni lah. izinkan saya print..
Tq huhu…paksa mak buat yer, cer buat sendiri lepas tu bg mak cuba pulak…mesti tambah sayang mak kat awak nanti hehehe.
Ehhh nama kita lebih kurang samalah
hampir sama.. huhu. insyaAllah, tgh training masak memasak dgn mak ni.. almaklumlah org bujang..
saya pandai buat kek cekidot cekidot je.. haha
pandai makan je ..
Ada ke kek cekidot cekidot hahaha…nak gak cuba..
Oo ya contest SEO tu dah start ya…teringin nak cuba jugak..boleh kan
eh boleh je kak .. hehe ..saya menanti semua untuk menyertainya ..
saya menunggu
Tqvm…in process making ni…draft dulu hehehe…..once siap I send URL ya.
insyaAllah saya menunggu-nunggu je ni
Akak dah draft dah..cuma nak submit lmbt ckit..ramai ke dah join
sedap ke idak nie hahahha..
Biar rasa takde…asalkan rupa ada…hehehe…sedaplahhhh
Kek cekelat ni memang feveret Mummy ni. Thanks share!
Welcome mummy….
Tak pandai sangat pun buat kek ni, tengok mood jugak, tiba datang time rajin bersepahlah dapur hahaha.
Mummy mesti pandai…sharing lah recipes ya..leh cek coba
Nampak gambar menarik sungguh kek coklat moist ni, dah lama tak bergiat dalam bidang buat2 kek ni, suruh isteri jer yang buat… Rendah juga ya suhu membakar dia, 150c jer…
Kalau tak silap, ada juga kek coklat moist ni yang versi kukus kan?
Hehehe…boleh suruh wife u cuba….aah saya bake 150c sebab pernah cuba 170c tapi hangus kek saya, masalah oven heat sangat kot huhuhu
Yup ada yang kukus, sebenarnya kukus lagi sedap
Emm nmpk mengiurkan..untung adam dapat mama macam ni..hehe..bab masak ni memang suka..tapi malas nak membuatnya..rajin makan jer kiterr…hahaha
Dah namapun pompuan kan, dah resamnya kena tahu memasak
kenalah cuba macam-macam masakan untuk anak dan keluarga. Tapi sekarang lelaki ramai yang terer buat kek ni jugak. Boleh cuba ler yer hehehe
emm betul tu akma..memang niat tu ada..tapi usaha nk masak ni rasa down sikit,..haha..emm pandai tak buat daging goreng kunyit seperti kat kedai tu..hehe..
Hehehe…cuba jer…daging goreng kunyit senanglah…ada yang pakai kunyit campur dengan serbuk cili sikit untuk rasakan pedas…nantilah kalau rajin saya update post k hehe
boleh try buat ni. sebelum ni cuma tengok je orang buat hehe
Cuba lah nanti ya…senang sesangat
Mcm sodap ehhh. Boleh tolong buatkan?
Tontulah sodaplah…InsyaAllah nanti kalau buek laie den post yo huhu
Kek kegemaran saya
Samalah dan kegemaran si kecik Adam tu juga hehe
Sedapnya…
Dah lama rasanya tak makan apatah lagi nak membuatnya ;D
Kalau camtu boleh lah cuba buat nanti kan hehehe
nampak macam sedap..teringin plak nak suruh wife try buat..hehehe
Meme sedap huhu..boleh suruh wife cuba, lagipun resepinya simple je
tgk gambar pun dah nampak sedap..
boleh try buat ni..
Pada saya sedaplah…pada orang lain tak tahu lah kan hehehe…cubalah nanti ya sis.
wah akmar berkongsi cara buat kek moist.. nanti suruh wife buat untuk saya pula hehe…
Wah, sedap keknya… betul tu boleh buka kedai dah ni.
sedapnyaa.. nyum nyum
kalau topping tu tk guna mentega tk pe tak?
Hehehe..boleh juga i penah cuba..cuma bila letak butter bit smooth sikit tak rasa kelat coklat tu
Kool, very impressive .. i shall try this sooon:)
salam
cuma nak tanya, Van hounten koko powder nie senang nak cari kah ?
Wasalam…
Senang sis kat supermarket semua ada
Wah… sedap sggh kek tu rasa nk bljr buat ler
Memang sedap, sapa lagi nak pujikan..kalau bukan diri sendiri hehehe cubalah buat ya
Terima kasih saya telah mencubanya, mudah dan sedap.
Terima kasih mencuba ya