Pertandingan Penerbitan Idea Ke Platfom Media Digital Pertama Di Dunia Anjuran Kota Buku

Perbadanan Kota Buku diilhamkan sebagai sebahagian daripada Dasar Buku Negara (National Book Policy) yang menyarankan penubuhan “Book City” di Malaysia.

Misi utama adalah mengumpulkan pembaca, penulis dan penerbit buku untuk bertemu serta membantu antara satu sama lain dalam menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan kegiatan pembukuan di Malaysia.

Membangunkan platform Kota Buku Digital sebagai pemangkin berimpak tinggi untuk semua aktiviti berkaitan dengan buku yang dianjurkan.

Pelbagai perkhidmatan lain juga tersedia untuk penulis dan pelukis seperti memberi latihan pembangunan dan membina keupayaan.

Bukan itu sahaja, Kota Buku juga membantu dari segi pemasaran, promosi dan perkhidmatan untuk penerbitan buku termasuklah membeli dan menjual hak cipta dan juga inisiatif penerbitan buku serta digital.

image

Pertandingan Penerbitan Idea Ke Platform Media Digital Pertama Di Dunia

Berita baik kepada anda semua pembaca, penulis dan penerbit buku. Satu Pertandingan penerbitan idea ke pelbagai platform media digital yang pertama di dunia akan diadakan tidak lama lagi.

Pertandingan ini adalah anjuran Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Akan diadakan sama dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) ke-9 yang akan diadakan tidak lama lagi.

image

Kategori Pertandingan

Terbuka kepada penulis baru dan lama. Terdapat dua tema kategori yang akan dipertandingkan :

Kategori Pertama – Mengadaptasikan Buku dan Idea ke Media Digital

Kategori pertama bertujuan untuk mencungkil idea bakat penulis baru. Jika anda mempunyai kepakaran dan idea menulis yang baik dialu-alukan menyertai pertandingan ini.

Ini salah satu peluang untuk terpilih menerbitkan idea dengan syarikat media Karangkraf. Dijangka penerbitan karya pemenang yang terpilih bernilai sehingga RM50,000.

Pemenang juga bakal menerima wang tunai RM5,000 daripada Kota Buku dan peluang untuk mempromosikan karya anda ke peringkat antarabangsa.

Kategori kedua – Penerbitan untuk Adaptasi

Kategori kedua adalah untuk penulis yang telah menerbitkan karya mereka dan diadaptasikan dalam bentuk kandungan media digital seperti filem, siri TV, animasi, komik digital, aplikasi dan banyak lagi.

Pemenang utama bagi kategori ini akan menerima keistimewaan dan lampu hijau Geran Pembangunan Industri Kreatif oleh FINAS yang bernilai hingga RM500,000.

Selain itu hadiah wang tunai RM5,000 daripada Kota Buku dan berpeluang memasarkan kandungan yang telah diadaptasi ke pasaran global.

image

Cara Untuk Sertai Pertandingan Kota Buku

Cara untuk sertai pertandingan Kota Buku – P2P Media 360 ini sangat mudah.

  • Kategori pertama dibuka untuk semua peserta dari negara-negara ASEAN
  • Kategori kedua hanya dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
  • Penyertaan dibuka sehingga 22 April 2016 dan peserta boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch

Penyertaan yang terpilih akan dijemput untuk membentangkan idea mereka di hadapan barisan juri profesional tempatan dan antarabangsa pada 7 hingga 8 Mei 2016 sempena KLTCC 2016.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari website www.kotabuku.my

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)

E-mel: amzar.anizam@gcma.tv
Pejabat: 03 7733 4262
Telefon: 017 988 8678

Pertandingan ini satu platform yang membantu untuk mencapai misi sebagai penulis dan penerbit.

Dunia penulisan semakin berkembang saya pasti ada yang tidak tahu cara dan platform untuk mengetengahkan idea penulisan.

Program-program anjuran Perbadanan Kota Buku sangat sesuai untuk pembangunan industri buku negara meliputi pelbagai aspek-aspek yang memberi kepentingan dan kebaikan kepada industri buku ketahap yang lebih tinggi.

Kepada penulis-penulis berbakat diluar sana, satu peluang keemasan untuk anda mengetengahkan karya, idea dan bakat yang ada. Siapa tahu penulisan dan penerbitan anda akan diiktiraf dimata dunia.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest