
Tolak Jangan Tak Tolak
Bidang perniagaan internet bukan sesuatu yang baru dan ianya semakin berkembang pesat di Malaysia.
Rata-rata perniagaan menggunakan internet sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan dari segi penjenamaan, promosi dan jana pendapatan.
Hari ini setiap perniagaan, usahawan atau blogger memerlukan laman web. Jika anda seorang blogger atau pemilik perniagaan, kenalah pastikan bahawa anda mempunyai kepakaran dan minat dalam bidang yang anda pilih.
Disini saya ingin berkongsi beberapa asas, idea, tips dan informasi mengenai topik perniagaan internet ini.
Asas Dalam Perniagaan Internet
Dalam perniagaan internet banyak faktor yang kita perlukan untuk membina sebuah website jualan yang baik.
- Pertama, tentunya kita memerlukan hosting, ianya perlu untuk membina sesebuah blog perniagaan. Pilihlah web hosting yang baik walaupun mungkin kosnya tinggi tetapi hasilnya memuaskan berbanding memilih yang murah tetapi mempunyai masalah. Kena berani melabur lebih untuk mendapatkan yang terbaik.
- Pemilihan nama domain juga penting, seelok-eloknya pilih nama domain anda dengan kata kunci yang berkaitan dengan niche perniagaan anda.
- Sebaik-baiknya gunakan domain dan hosting berbayar supaya lebih mendapat kepercayaan pengunjung yang memasuki laman web atau blog anda. Sekaligus proses penjenamaan perniagaan internet anda dapat dilakukan dengan lebih mudah.
- Menghasilkan kandungan yang berkualiti, unik, menarik, serta tajuk artikel yang baik dapat memainkan peranan yang besar dalam perniagaan secara online dimana ianya adalah untuk menarik perhatian pembeli atau pengunjung.
- Memilih kata kunci yang paling berkuasa untuk artikel anda juga sangat penting. Kata kunci yang baik boleh membantu artikel anda berada di ranking yang terbaik di enjin carian Google. Anda boleh menggunakan Google Adwords Keyword Tool untuk memilih kata kunci untuk artikel anda.
- Melalui Google Adwords Keyword Tool ini juga, anda boleh membuat kajian permintaan terhadap perniagaan yang anda lakukan.
- Gunakan imej yang relevan dalam artikel anda. Gambar juga boleh memberitahu lebih banyak daripada kandungan teks. Pemilihan theme juga penting, pilih reka bentuk yang menarik dan mudah untuk dikendali.
Search Engine Optimization (SEO)
Asas SEO memang perlu jika anda ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet. Lebih-lebib lagi jika anda ingin meningkatkan jualan anda dan meningkatkan keuntungan perniagaan di internet anda.
SEO boleh membantu anda untuk menarik trafik yang besar ke laman web anda berdasarkan kata kunci atau jenama yang anda gunakan untuk perniagaan anda.
Seperti yang anda tahu, Search Engine Optimization (SEO) adalah kunci untuk kejayaan mana-mana perniagaan secara online.

Bisnes Internet Tanpa Batasan
Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet
Asas penting ini saya gunakan ketika mula membina perniagaan sendiri. Saya alih dan gabungkan ke bidang perniagaan internet pada masa kini.
Dalam apa jenis perniagaan yang kita lakukan, saya boleh katakan bahawa asasnya tetap sama. Jadi, bagaimana untuk memulakan perniagaan, antaranya…
Pelan Perniagaan
Titik permulaan bagi apa-apapun jenis perniagaan yang baru adalah dengan menyediakan satu pelan perniagaan. Anda perlu tahu sasaran anda, tahu siapa saingan anda, cara menarik dana, mendapatkan sumber yang baik, membina kesetiaan pengguna dan rakan kongsi yang strategik. Penyediaan dan penyelidikan adalah kunci perniagaan.
Objektif pelan perniagaan adalah untuk memberitahu tentang sesuatu perniagaan dengan cara yang mudah tetapi menarik, yang mana ianya boleh menarik minat pelabur atau prospek untuk berurusan dengan kita dan mengetahui lebih lanjut mengenai saranan perniagaan yang kita lakukan. Ia perlulah ringkas dan mudah dicapai.
Pelaburan Dan Dana
Setiap perniagaan samaada besar atau kecil memerlukan modal pelaburan. Tiada istilah “Duit Turun Dari Langit”, analisis aliran tunai adalah penting. Terdapat banyak pilihan dana atau modal pinjaman yang tersedia untuk usahawan.

Duit Untuk Melabur
Untuk usahawan internet terdapat beberapa sumber pinjaman yang disediakan oleh kerajaan. Ianya semakin mendapat perhatian dari pihak yang terbabit.
Laman Web Anda
Jika anda membina laman web anda sendiri untuk jalankan perniagaan di internet, dapatkan cadangan atau pendapat daripada rakan-rakan dan orang yang berpengalaman.
Pastikan anda membina laman web yang baik, bersih dan mudah dikendalikan oleh pengunjung supaya pengunjung berasa selesa untuk berada lebih lama di laman web anda.
Pelawat yang masuk akan membeli daripada anda jika mereka percaya dengan laman web yang berkualiti dan mudah mencari apa yang mereka mahukan.
Pastikan anda sentiasa mengemaskini kandungan laman web anda. Ianya penting untuk berjaya dan bertahan dalam masa jangka panjang.
Strategi Pemasaran Perniagaan Internet
Ramai peniaga di internet gagal dari segi pemasaran. Terlalu ramai yang gagal membangunkan produk atau perkhidmatan mereka, semata-mata berharap dengan laman web. Promosi atau iklankan laman web anda sendiri dan cari cara bagaimana pelanggan berpotensi mencari anda adalah satu kaedah yang perlu anda lakukan.
Laman web seperti Google AdWords boleh menjadi cara yang berkesan untuk pengiklanan berbayar. Cara ini beroperasi pada asas “membayar per klik”, jadi anda hanya membayar apabila seseorang klik ke laman web anda.
Kaedah promosi laman web secara percuma juga banyak yang boleh anda lakukan. Anda boleh menggunakan medium social media seperti Facebook, Twitter, dan macam-macam lagi social media yang ada.
SEO juga antara kaedah yang harus anda pelajari kerana ianya cukup efektif dalam mempromosikan laman web bisnes internet anda secara percuma.
Tarikan Pelanggan
Laman web harus mudah dan cepat untuk dikendalikan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan atau pengguna dan tidak berasa kecewa sekaligus meninggalkan laman web tanpa membuat apa-apa pembelian.
Keselamatan juga harus menjadi keutamaan dan pelanggan yang berpotensi harus yakin butiran mereka akan disimpan dengan selamat. Sentiasa memberi tindak balas terhadap apa yang mereka katakan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda berikan.
Ringkasan Penting
Apa yang saya tulis mengenai perniagaan internet diatas hanyalah sebahagian sahaja, ianya berdasarkan kepada pengalaman dan apa yang pernah saya lalui. Banyak lagi yang perlu kita ketahui dengan cara belajar, membaca, mengkaji dan mempraktikan.
Bagaimanapun titik permulaan bagi apa-apa usaha dalam perniagaan samada di alam maya atau pun realiti adalah usaha yang gigih dan pelan perniagaan yang baik.
Sebagus manapun produk atau laman web anda sekiranya tiada kriteria ini ianya tidak memberi apa-apa makna dan mungkin ianya hanya bertahan seketika sahaja.








{ 40 comments… read them below or add one }
Wah ikut contest ni juga. Sama la kita. Mari bertanding. haha
Hehehe…nk citer psl SEO xreti sgt..tulis apa yg relevan dgn diri je senang kan..kita tengok sapa yg kena..hohoho
U ni kata tak reti tapi hari tu contest SEO dapat no. 5 juga. U memang biasa bangun malam? Nampak selalu kalau komen malam laju ja. haha
Hahaha..i selalu tido lewat minum nescafe byk sgt..nak berrcerita tu xreti…huhu
hahaha. minum nescafe banyak sangat ya. Kalau saya pula dunia terbalik. Siang tidur, malam bangun. haha
Siang pun I x tido..xleh layan blog sgt siang..byk keja lain nk kena buat
laaa ingatkan pasal apa, last last pasal contest tuh yer, heheh
Sambil menyelam..minum air hehehe
Terima kasih atas perkongsian ini….
Semoga berjaya….
Sama2…InsyaAllah…semoga berjaya juga ya
Thanks share info macam ni memang berguna untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan online.
Sharing is caring kan mummy
gaya bahasa artikel ni mmg menarik..
Tq cik tom
hebat2. semoga maju jaya
theme thesis berjaya diubah menjadi kool lagi .hehe
p/s : selamat berkenalan !
Tak hebat manapun..sekadar perkongsian je..terima kasih ya
Bukan saya yang buat…hasil reka kawan…hehehe
Salam kenal too
SEO dan kata kunci yang masih tak berapa nak pandai lagi ni..memang kalau nak berjaya dalam internet marketing, SEO perlu power…
Saya pun baru nak belajar…memang pening kan huhu
banyak lagi kena belajar pasal seo ni..
Samalah saya pun…:)
jelas penerangan yang diberi.
memang layak menang. info asas cukup bagi mereka yang baru nak ceburi bidang ni.
Tq..sambil berkongsi pegalaman sendiri yang masih tak banyak mana ni je en.Izwan
Terima kasih Kak! Informasi yang berguna untuk newbie yang macam saya ni. Panjang lebar penerangannya tu.. =)
Tahniah!
Perbanyakkan lg info2 terkini.
semoga berjaya jd bloger terhebat…hahhaha…
Hahaha ko jangan perli aku linang..blog ko tu bagus gak banyak buat duit tu huhuhu..apa lagi kasi upgrade lah cikgu
Tahniah…info yg berguna..
Fuhhh 1st time kawan sekolah saya komen ni hehehe…tima kasih Cikgu Linang
kawn mesti sokong kwn ma….hahhaha…
Hahahaha…tq tq..ko masuk blog zizan jebateja.blogspot.com..blog dia dashyat tu traffik tak ingat tapi kedekut nak upgrade…kaya mamat tu buss puding je huhu
Tumpang Iklan…..hehehe
Buat iklan PERCUMA dan cari produk atau biz online terkini
TQ My fren….
Sila-sila…kalau untung jgn lupa 20% hahahaha
terima kasih sharing ilmu..sy budak baru nk belajar
sama2…saya pun budak baru nak merangkak hehehe
terbaik..penggunaan yang maksimum..tahniah
artkel pun xbosan nk baca.
pada pendapat akak sbg salah seorang usahawan internet, bagaimana perniagaan maya ini dapat memupuk minat terhadap perniagaan dalam kalangan belia? biar saya menyampaikan ucapan terima kasih terlebih dahulu kepada akak .
Terima kasih Sanahtani…
Internet business ni sama sahaja konsepnya dengan perniagaan diluar. Yang penting harus ada minat..sekarang ni banyak kursus2 yg tersedia untuk belia dalam memulakan perniagaan kecil SME – Small Medium Enterprise or Malaysian Entrepreneur SMART SOHO – Baik dari segi permodalan, cara pengurusan dan mcm2 lagi..ada juga kursus motivasi sebelum memulakan business. Yang penting perlu ada minat dan usaha InsyaAllah berjaya
terbaeekk.. ulasan yg agak menyeluruh..
Terima kasih..ni bukan contest SEO..contest artikel terbaik…puas hati sgt menang dlm kategori penulisan pulak
Penulisan Cikpuan Akma saya lihat dan perhati.
Menarik.
Banyak info. Penulisan juga sangat baik.
Moga disini ada pengurus Majalah Niaga terjah untuk dijadikan Penulis jemputan.
Asyrof Asri recently posted…Kursus Teknik Psikologi Gaya Nabi – Ainon Mohd (Komen Saya)
Terima kasih..tak layak untuk tulis dalam majalah niaga lagi..saya ramai kenal penulis saya rasa kalau diberi markah penulisan saya ni jatuh tempat paling tercorot skali
{ 1 trackback }