Perkhidmatan MyEg Services Secara Online

Queue To Jump
Queue To Jump by Penguin

Perkhidmatan MyEg Services rasanya dah lama diperkenalkan. Masih ramai yang tidak tahu dan masih ramai yang sanggup beratur panjang dan menunggu masa yang lama di kaunter-kaunter service.

Queue To Jump

Queue To Jump by Penguin

Mungkin masih ada yang tidak yakin dengan sistem Online service ni ataupun masih ramai yang tidak tahu. Masih ada rakan-rakan saya yang mengeluh kerana terpaksa beratur panjang dan menunggu berjam-jam. Ini antara sebab saya menulis entri ni kerana terlalu kerap mendengar rungutan mereka.

Sejak diperkenalkan, saya hanya menggunakan perkhidmatan MyEg Services melalui online sahaja sekiranya hendak memperbaharui lesen memandu, membayar saman trafik atau JPJ dan menghidupkan roadtax kereta. Memang efektif, cepat dan menjimatkan masa. Mengambil satu hingga dua hari bekerja sahaja.

Memang ada charge tertentu untuk penghantaran, tidaklah terlalu mahal sangat. Jika dibandingkan kos kita nak bayar parking, beratur dan masa menunggu rasanya berbaloi kita bayar extra sikit.

Khidmat penghantaran dilakukan oleh pekerja MyEg sendiri lengkap dengan uniform dan Working ID.

Cara-Cara Menggunakan MyEg Services

Disini saya ingin berkongsi pada semua yang masih menggunakan cara lama, pada yang sudah mengetahuinya abaikan saja entri ni ya. Caranya senang sahaja anda hanya perlukan:

  • Internet access
  • Login website MyEg.com.my
  • Daftar nama dan password
  • Masukkan data peribadi anda dengan betul
  • Selebihnya anda boleh mencari khidmat service yang disediakan

Jabatan Dan Khidmat Services MyEg.com.my

  • JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) – Saman JPJ, Roadtax Renewal
  • POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) – Pembayaran Saman Traffik dan Status Saman.
  • JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA – Maid Working Permit Renewal.
  • JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) – Pembaharui Kad Pengenalan dan etc.
  • JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (JIM) – Bankruptcy Status Enquiry dan Liquidation Status Enquiry.
  • DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
  • TELEKOM BERHAD (TM)
  • TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Jimat masa dan tenaga anda. Saya telah menggunakannya, anda bila lagi. Selamat mencuba ya…

 

                     

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest