Percutian Di Hong Kong Sangat Menguji Kesabaran

Hong Kong Disneyland Resort

Saya baru sahaja balik bercuti dari Hong Kong bersama Adam dan adik perempuan saya. Kami pergi bertiga sahaja dan tak ambil mana-mana tour agency.

Kami menaiki Malaysia Airlines dari KLIA terus ke Hong Kong.

Sepatutnya flight kami pukul 9.00am, tetapi penerbangan ditunda selama 3 jam. Katanya terdapat masalah teknikal. Kebiasaan… kalau delay maknanya ada masalah pelepasan di udara yang mungkin clash dengan penerbangan lain.

Kami diarahkan turun semula dan diberi lunch voucher di beberapa restoran terpilih. Jadi kami singgah di Dome cafe yang dekat dengan check point.

Adam Bawa Bag

Masalah Servis Restoran Di Airport KLIA

Masa duduk di Dome Cafe KLIA, kitaorang nak pesan makanan. Tak ada seorang pun yang melayan kami, sehinggakan memaksa saya ke kaunter berulang kali memanggil pelayan, tetapi masih tak ada yang ambil order.

Adik saya Shieda dah mula berangin, dia terus pergi cari fast food untuk Adam. Hampir 1 jam saya menunggu di Dome Cafe tu, pekerja disitu buat tak tahu saja, makin lama meja makin penuh.

Saya mula naik angin bila Adam cakap dia lapar… Kesian Adam dari pagi tak makan sebab kitaorang keluar awal.

Dome Cafe Lunch Voucher

Menggigil badan saya menahan marah, dah macam orang hilang akal saya maki semua pekerja di Dome tu. Tak pernah saya naik darah sampai macam tu sekali. Saya dah tak peduli dengan orang sekeliling, kena ajar diaorang ni.

Kalau tak nak layan orang yang pakai lunch voucher tu…takpe, sekurang-kurangnya datang ambil order, menu pun tak bagi langsung lepas tu buat kita tunggu macam orang bodoh.

Dia orang ingat saya tak ada duit nak bayar agaknya. Yang peliknya, pelanggan yang datang kemudian tu dia orang layan pula, terutamanya mat salleh dan cina.

Sampai satu tahap, saya campak voucher yang MAS bagi kat budak pekerja Dome cafe tu. Nampak muka diorang cuak tengok saya naik angin. Tak habis situ saja, saya pergi check point kaunter sound pekerja MAS yang bertugas. Sampaikan turun beberapa pegawai MAS, kata dia orang voucher tu MAS dah bayar ke Dome Cafe.

Saya bukan heran sangat voucher tu dan faham kalau diaorang busy, tapi jangan buat saya macam orang bodoh dan memilih customer untuk dilayan. Saya bukan minta layanan lima bintang. Akal letak kat mana tak tahulah, tak nampak ke ada budak kecil nak makan. Buat apa bagi lunch voucher kalau dilayan macam tu.

Pihak MAS harus serius dan ambil tindakan terhadap servis restoran yang teruk macam ni. Kita bayar flight tiket beribu RM bukan macam ni cara layanannya. Kebetulan saya MAS Enrich Card members pula tu, memang saya akan buat komplen.

Citades Service Apartment Hotel

Lokasi Hotel Di Hong Kong

Kami sampai di Hong Kong International Airport dalam pukul 4.00pm. Dari situ kami ambil teksi.

Kami booking Citades Service Apartment hotel yang satu bumbung dengan Ascot Residence. Terletak di tengah-tengah Tsim Sha Tsui, Ashley road. Sebuah servis apartment yang menyediakan kemudahan tempat memasak. Kawasan tu memang dekat dengan tempat shopping dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Kami dah agak mesti susah nak cari restoran halal di Hong kong. Lagipun, bila bab makan ni saya memang cerewet terutamanya apabila melawat negara yang majoriti bukan muslim.

Avenue of Stars Hong Kong

The Avenue Of Stars

Kami sampai petang, jadi malam baru kami pergi jalan-jalan di Avenue Of Stars terletak di sepanjang pantai Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Hong Kong.

Avenue of Stars

The Avenue of Stars, Hong Kong sama macam di Hollywood Walk of Fame. Salah satu tempat untuk selebriti dan industri filem Hong Kong.

Kawasan situ juga terletak Museum of Art, Victoria Habour, Kowloon Walled City dan Tsim Sha Tsui Promenade.

Avenue of Stars

Dekat sahaja dengan hotel kami tinggal, memang cantik. Boleh nampak seluruh bangunan tinggi di Hong Kong dan ada kapal berhias disitu.

Balik tu kami jalan-jalan di Nathan road. Banyak betul kedai membeli belah disepanjang jalan, memang meriah.

Avenue of Stars

Sikap Buruk Orang Hong Kong

Hari kedua kami plan ke Hong Kong Disneyland resort. Kalau ikutkan, jalan nak ke Hong Kong Disneyland tak lah susah sangat. Biasalah pertama kali tentulah kita tanya orang sebab tak biasa dengan jalan disitu.

Kami ambil MTR train. Dari situ mula timbul masalah lagi. Orang Hong Kong ni tak hormat dan tak ikut peraturan semasa beratur, berbeza dengan Chinese dinegara kita. Lain macam sikit perangai dia orang, memang kurang ajar. Dia orang tak hormat kita bawa anak kecil, kalau boleh dia orang nak potong line dan suka berebut.

Pekerja di MTR station memang tak membantu langsung. Apa salahnya bagi direction yang betul, lepas tu tak mahu layan pertanyaan kita dan macam tak suka bila kita tanya apa-apa.

Dahlah direction subway diaorang berbelit-belit. Memang panas hati dibuatnya nasib baik kami boleh sabar lagi. Kami cari inisiatif sendiri ikut Google maps.

Hong Kong Disneyland Resort

Hong Kong Disneyland

Dari subway Tsim Sha Tsui station kami ke central. Ambil train ke station Lai King, transit tukar train ke Sunny Bay, dari situ kami ambil train khas ke Hong Kong Disneyland.

Train tu pun direka khas dengan reka bentuk disneyland kartun karakter.

Ooo ya saya nasihatkan pada anda yang ingin kesana, pastikan korang beli kad MTR octopus. Kad ni boleh guna kemana-mana korang nak pegi dengan naik train. Jadi tak payah beli tiket banyak kali.

Hong Kong Disneyland Resort

Ada charge masuk ke Hong Kong Disneyland dan agak mahal. Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma.

  • HK$440 – RM 180 seorang
  • HK$320 – RM 130 seorang (3-12 tahun)

Hong Kong Disneyland taklah best sangat jika nak dibandingkan dengan Universal studio. Agak bosan sedikit ditambah pula cuaca tak elok sangat, asyik hujan jer. Disitu banyak tempat mainan macam funfair.

Hong Kong Disneyland Resort

Sepanjang berada disana tak nampak langsung mascot Disneyland, kami banyak ambil gambar saja. Adam pun macam tak enjoy dan asyik duduk dalam stroller. Boring agaknya…

Sempatlah bawak Adam tengok 3D Mickey magic show, baru nampak dia ketawa dan ceria sikit tengok magic show tu.

Firework Mickey Castle Hong Kong

Kami sempat juga tengok firework depan Mickey castle. Memang cantik sebijik macam dalam movie. Yang ni baru enjoy… Tengok gambar kat atas ni. Cantikkan…

Masa nak balik timbul lagi masalah di MTR station, kami tak jumpa subway exit ke Ashley road. Macam biasa bila tanya dengan pekerja station, jawapan diaorang endah tak endah.

Adik saya hilang sabar, dia tinggi suara baru pekerja MTR tu jawab baik-baik.

Hong Kong Disneyland Resort

Kami sampai di apartment agak lewat sebab sesat jalan. Satu masalah di Hong Kong ni kita tak boleh ambil teksi sebarangan, diaorang takkan berhenti dan kena pergi teksi station yang agak jauh jugak.

Apa punya sistemlah dia orang pakai, tak sistematik langsung!

The Peak Tram Hong Kong

The Peak Tram Hong Kong

Hari ketiga kami plan ke The Peak Tram.

Lokasi The Peak Tram ni terletak diatas puncak. Jadi kita kena naik train railway yang memang wujud lama dah cuma train tu dimodenkan.

Sekali lagi dia orang ni tak reti nak beratur, suka berebut dan tolak menolak.

INI KALI tahap kesabaran saya dah hilang. Apalagi saya siku saja, saya tunggu saja dia orang bersuara, keluar satu perkataan dari mulut diaorang memang sah kena lempang dengan saya.

Nasib baik dia diam terus. Kalau tak, mahu jer bagi…

Peak Tram Sky Pass Tower

Kat atas puncak tu korang wajib naik Peak Tram Sky Pass tower untuk tengok panorama Hong Kong.

Memang cantik sangat… Atas tu juga ada Sky Terrace, Hard Rock cafe, Madame Tussauds dan macam-macam lagi. Banyak juga kedai jual souvenir.

Hah, ni satu lagi perangai peniaga kat situ, memang jenis tak tahu nak hormat pelanggan. Bila kita nak beli barang, dia buat tak tahu sahaja. Jawap macam endah tak endah, boleh pulak tu layan internet. Adik saya naik darah, dia maki pekerja kedai tu, tau pulak dia takut.

Masa nak beratur balik naik train pun saya kena dengan dua couple. Hati memang dah panas dari awal, apa lagi kena semburlah dengan saya.

Memang nak cari gaduh saje dia orang ni.

Ladies Market Hong Kong

Ladies Market Hong Kong

Balik dari The Peak Tram kami naik teksi ke Ladies market. Ladies market sama macam Petaling Street, banyak jual barang-barang souvenir.

Saya niat nak cari souvenir untuk bawa balik Malaysia. Sekali lagi mood shopping saya terus terbantut. Tengah nak pilih barang, seorang lelaki cina tiba-tiba maki hamun kita orang, puncanya cuma dia nak lalu, padahal jalan tu punyalah besar.

Apalagi, suhu temperature saya dah tahap maksimun dengan karenah dia orang, saya dengan adik balas maki balik sampai semua orang pandang. Agaknya dia tak sangka kita orang balas maki terus dia terdiam.

Nasib baik sebelum tu saya sempat beli t’shirt dengan fridge magnet itupun tak banyak. Kebiasaannya kalau ke luar negara saya akan shopping banyak barang. Ini kali pertama saya tak beli apa-apa, hanya dua barang ni saja.

Yang buat saya tak puas hati, diaorang ni macam pandang rendah dengan kita. Tak tahu apa masalah dia orang atau memang budaya dia orang macam tu, jenis sombong, kasar dan tak reti hormat orang.

Dalam buruk ada baiknya juga…

Balik dari Ladies Market kami sesat lagi di Mong Kok Road. Direction MTR train carca marba, tak sistematik.

Kami malas nak tanya pekerja MTR dah. Jadi kita orang ikut direction Google maps je. Kalau ikut Google maps, direction ke Tsim Sha Tsui macam dekat… Jalan punya jalan, jauh tak sampai-sampai jugak.

Last-last kita orang tanya seorang budak muda tengah tunggu bus. Dia perasan kita orang macam tak tahu nak kemana. Tiba-tiba dia datang balik kat kita orang offer untuk tunjukkan direction ke MTR station.

Budak muda tu ada cakap jalan kat Kowloon complicated, terlalu banyak cabang jalan. Kalau tak tahu memang boleh sesat.

Dia teman kita orang sampai ke MTR train station sebab dia kesian dan takut apa-apa jadi kat kita orang. Terharu sungguh, akhirnya ada juga orang yang baik hati.

Mong Kok Road Hong Kong

Pertama Dan Terakhir

Saya memang tak syorkan kalau korang nak bercuti ke Hong Kong dan boleh hilang sabar dibuatnya.

Saya boleh katakan “Hong Kong is not a welcome country”.

Satu lagi walaupun matawang HK$ rendah, jangan sangka harga barang juga rendah. Barang-barang memang mahal sungguh. Nak beli barang kena pandai sebab harga yang diaorang tawarkan memang maksimun tinggi.

Terus terang saya katakan ini adalah percutian saya yang paling teruk dan saya tidak akan bercuti kesana lagi.

Saya banyak bercuti ke luar negara. Tak pernah saya dapat layanan buruk sebegini. Memang betul-betul menguji kesabaran saya.

Bukan pasal negara ni tak cantik, cuma sikap orang di Hong Kong ni yang tak cantik; kasar, berlagak, sombong dan kurang ajar. Seolah-olah diaorang pandang rendah pada kita orang Asia ni, padahal dia orang pun Asia juga.

Kalau korang nak tahu, Hongkies ni takut bila kita keras, garang dan marah diaorang balik… Saya tahu sebab saya dan adik buat macam tu huhu…

Satu lagi kalau nak tanya apa-apa jangan tanya orang yang dah berumur, tanya orang muda. Orang tua kat Hong Kong ni ada masalah middle aged crisis agaknya haha…

Kalau setakat seorang dua saya tak ambil kisah sangat, ini boleh dikatakan semua. Cara mudah kita kena keras dan kena balas kurang ajar juga. Kalau kita takut, lagi dibuli-bulinya, korang jangan bagi muka.

Habis hilang mood kami nak berjalan-jalan. Banyak tempat kami tak pergi sebab sakit hati sangat.

Saya bukan racist dan saya ramai kawan-kawan Hongkies, semuanya ok dan hormat kita. Tak sangka pulak bila saya ke Hong Kong jadi macam ni.

Mungkin timing kami bercuti kesana tak baik atau musim angin barat daya diaorang datang kot hoho.

Apa-apapun kepada yang nak kesana hati-hatilah ya dan mungkin pengalaman anda baik sahaja. Dari segi tempat memang cantik dan menarik sangat.

Artikel travel saya kali ini agak lain dari yang biasa saya tulis. Itu tujuan saya berblogging, saya akan tulis apa yang saya rasa, sama ada baik atau buruk.

Terpulang kepada anda untuk menilainya ya…

Sebaiknya jika hendak bercuti pastikan anda membuat persediaan. Anda boleh klik video dibawah untuk dapatkan informasi tentang tempat-tempat menarik di Hong Kong.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

98 CommentsLeave a comment

  • I cant help but to say something here adik. Dont get me wrong… not trying to offend you in any way. I am sorry to hear of your bad experience in hk but what I wanted to say is its probably bad luck or wrong timing for you and your family and not coz hk is generally a bad holiday destination. Me and many ppl I know love hk… I myself would try to go at least once a year.. and so far I hav loved each and every trip made.

    • Its ok Gaik..my 1st visit there…give bad impression to my family..the whole week they treated us so bad…yup I agree maybe bad luck and wrong timing but honest really pissed me off..unexpected…you know me Gaik…I am not the person easy to angry and bouncy πŸ™‚ Thanks for your comment dear.

    • Hi
      Thank you for your input experience about Hong kong,
      I really like to bring may family 8 of us to hong kong all of them age from 10 to 19 where else you thing it will be better than hong kong since you have travel many destination

      • Hi Andy..

        Thank you too read my journey…Hong kong also not bad..beautiful place. U should bring your family there. The only thing is my experience with people there bit spoil my holiday but maybe bad timing hehe

        Other place if in Asean I suggest bali the best island or Australia but of course the goods quite expensive..high cost πŸ™‚

        Hope u enjoy holiday with your family..

    • Memang hilang terus mood bercuti saya, banyak tempat saya tak pergi sebab mood dah kelaut..Adam yang kecik tu pun tau dia boleh cakap ” I want going home..here not nice” haha

      Ahh masak tak makan luar sebab bawah Adam baru umur 2 tahun lebih. Susah nak cari tempat makan kalau pergi sendiri

    • Kira bad holiday lah kali ni, 1st time kena pulak tu, baik kat negara luar dan negara sendiri..bila orang dah tak ada sifat hormat camni lah jadinya.

    • Sebagai tourist kita bukan nak dilayan macam raja..cuma sikap hormat tu tak ada..akak cukup pantang orang kuranga ajar..selagi boleh akak sabar, kalau lebih sangat habislah..boleh jadi singa hahaha

    • Tulah Ustazah..kita ni manusia, kesabaran kita ada limitnya, macam ni lah jadinya kalau lama-lama tiada hormat antara sesama manusia..

  • pergghhh respect AKMA kau marah semua orang di Airport, dorang ingat kita sengkek sangat, menta-mentang dpt voucher dpd MAS, layan zero….kat HK ko marah dalam bahasa hokkien @ kantonis?kadang-kadang keadaan di sana buat rasa tercabar dan paling sadis buat tak reti dengan sistem.Baik lagi negara kita….huhu…

    • Ha lah dah macam naik antu chek kat situ..berpuluh kali diaorang mintak maaf, sampaikan tak pasal2 staff MAS pun kena jugak..saya ni jarang marah sis..selalu kemana-mana saya tukang sabarkan kawan-kawan saya..kalau saya dah start angin maknanya teruklah tu huhu

  • wah, g tak ajak pun. semua dah smpi, tp disneyland tak masuk lg. just lepak luar je. marah benor akak kita sorg ni. tp klu sy pun naik angin klu xda org layan. mcm la kita ni xda duitkan. haha

    • Memang tahap maksimum marah dah akak ni ..staff kat KLIA melayu pulak tu..Sambung pulak dengan perangai orang kat HK so my blood go upstairs lah haha

  • Memang jangan harap kemana-mana ada orang nak membantu, banyak dah kena so sekarang kemana-mana buat iternery sendiri..siap map,siap tempat makan, mana hala nak tuju, restaurant halal dan naik bas no brp dan macam2 lagi yang sis buat untuk kesatu-satu tempat. Satu dua hal pasti ada, kalau mcm kita tengok diorang berebut..sis pun berebut jugak le ikut cara mereka..kihkihkih, hilang kelembutan org melayu..hurmmm

    • Memang kitaorang buat ittenary awal2 dah sis cuma jalan area kowloon ni berbelit-belit. Selalunya saya ke luar negara travel sendiri..so far ok… Ada skali tu saya tanya exit keluar ke ashley road..MTR staff tu boleh ckp “a lots of exit..choose what u want” lps tu buat muka, rasa nak tumbuk je muka dia huhu..

  • Sian kak Akma.

    Ambil gambar pun muka serius ‘garang’. hehe .. πŸ˜‰

    ””””””””’
    Apapun, Adam memang comel ketok je tengok, COMEL! πŸ™‚

    ””””””””

    Di Mesir ni pun macam Hong Kong jugak lah, Tapi orang Tua Arab lebih hormat pada orang kita ni dari anak muda. Tapi Tak semua lah orang Muda Mesir ni tak baik. Ada saja yang okay.

    ”””””””’
    Lagi 1 nak beritahu, jika kak Akma & fameli & mana-mana blogger nak datang mana-mana Tanah Arab termasuk Mesir.

    Hunbungi siap-siap dari Malaysia, pelajar @ orang Malaysia yang ada di Tanah Arab. Supaya tiba di Airport tidak ada masalah.

    Banyak isu berlaku. Di Mesir ramai saja pelajar Malaysia yang buat travel ni. Banyak sangat boleh saja nak ikut pakej + selamat ditipu Arab. πŸ™‚

    ”””””””””’

    Ini pesanan ikhlas dari Asyrof untuk kak Akma & famely serta mana-mana blogger yang nak bertandang ke Tanah Arab termasuk Mesir.

    Nak jadikan Asyrof & kawan guide pun tiada masalah. Its okay, kami suka orang Malaysia datang. πŸ™‚

    ””””””””””

    Kami aakn pandu bagaimana nak beli barang di Mesir dengan selamat dan tidak ditipu hidup-hidup.

    ”””””””””

    Untuk info jugak, Arab Mesir ni macam orang Hong Kong jugak lah,
    mereka kasar TAPI bila Asyrof bersuara baru Arab tu mula nak bersopan santun dengan kita.

    Mereka ingat orang Asia macam kita ni lemah lembut saja sentiasa.

    No way, bukan selalu. Ada masa je.

    ”””””””””””’

    So, nak datang mana-mana negara terutama Tanah Arab jangan risau – Orang ASIA memang akan tolong dengan ikhlas sebab kami dah rasa pengalaman. Jadi kami tak mahu orang Malaysia lain diperkotak-katikkan lagi.

    ””””””””””’

    Terima kasih.

    Sekian saja berita dari Asyrof Asri Studio. heheh πŸ˜‰

    • Terima kasih Asyrof Asri..InsyaAllah kalau kesana saya boleh contact Asyrof.

      Sebenarnya sejak dari Airport dah rasa lain aje cuti kali ni. Sepanjang kat sana Adam tak mau keluar, dia moody tak macam selalu, dia keep cakap “here not nice..we stay at room only..dont go anywhere” selalu macam tu, pernah sekali dia cakap today no skol, because no light..memang betul skol dia takde lampu..apa dia cakap sebelum tu mesti betul jadi huhu kuasa Allah swt.

  • Banyak2 negara, kenapa lah Hong Kong jugak dipilih…Rasanya HK dan Japan, lebih baik Japan…tapi mungkin kosnya mahal…Apa pun selamat kembali ke Malaysia…satu pengalaman yg bagus..utk dikongsi sesama blogger.

    • Pegi HK pasal nak bawak Adam visit Disneyland HK, memang Japan lagi best, tak kisah kos tinggi tapi kita happy & tak tension πŸ™‚ Alhamdulillah selamat sampai Malaysia jugak.

  • yang membaca ni pon rasa panas jer pulak, memang langsi lah kalau orang layan kita endah x endah kita nak bagi duit tapi buat mcm tu, klu sya memang dah bla klu stengah jam xde sapa2 serve kita lagi…

    • Saya rasa sapa pun kena macam tu akan marah punya..saya ni sorang yg paling penyabar dalam family..kalau saya pun boleh mengamuk..rasanya orang lain lagi lah kan..yang sakit hati tu melayu sama melayu huhu

  • disney hong kong yang digembar gemburkan..
    tapi tak welcoming..
    kalau lelaki senang nak berebut2 masuk mrt.. kalau prempuan.. mmg kene banyak bersabar..
    kat korea tak seterukni..

    • Memang pengalaman tak best lah HP, kita niat nak rest & relax, jalan-jalan dengan family..jadi mood tu hilang terus.

  • Wahhh panjangnya..tapi langsung tak membosankan..rasa teruja untuk ke hong kong sekrang ni..hehe..amboi…bila si dia mula marah, kite senyum aje lah…hahaha

    • Meme yang tu paling ambe menyirap sangat..kalau kita tak makan takpe, tapi kesian kat Adam bila dia cakap dia lapar. Naik antu lah ambe lepas tu hahaha

    • We still try our best to make our vacation fun and dont want to spoil our holiday’s mood with the bad experience we face it there πŸ™‚

      Hope boleh membantu sis if you plan to go there.. Terima kasih read my article ya πŸ™‚

    • Bukan pasal berani sis, saya cukup tak suka orang kurang ajar.. Mula saya start jadi kurang ajar jugak.. Maybe the best way get tourguide kalau sis kesana atau survey tempat dulu betul2

  • macam tak seronok aje pergi bercuti ke hongkong tu.. kalau saya mungkin dah bertumbuk dah tu.. So lepas nie boleh skip hongkong dalam senarai untuk dilawati le..

  • Sedih bila baca insiden di KLIA. Sepatutnya tak berlaku macam itu. Kalau sibuk, berterus terang cakap sibuk. Tak adalah buat pelanggan tertunggu-tunggu sampai naik angin.

    PS: Part ‘musim angin barat daya’ memang best. Haha.

    • Saya lagi sedih, diaorang buat kami macam tunggul…panggil banyak kali diaorang buat tak tahu je..dia ingat saya budak2 agaknya..hah nah ko sekali meletop terkedu2 budak-budak Dome tu. Kalau bz sekali pun jangan buat orang macam tu..saya hotelier juga dulu dan tahu service sequence..

      Yang tu memang betul buat saya berangin giler…angin kus-kus diaorang datang masa tu kot hahaha

  • Marah benor nampaknye.. Hehe
    Dulu memberaku pernah pg Hong Kong jugak. Diorang pun komplen pasal taxi dan kekurang ajar orang kat sane.

    • Marah sekejap je..sejuk dah Joe hehe

      Ramai kawan2 akak pun hadapi hal yang sama bila bercuti kat sana. Dah perangai diaorang camtu kot.

    • Saya travel memang suka bertiga je sis, mungkin sebab dah biasa. Husband adik saya selalu outstation kadang2 dia pergi meeting luar, kitaorang ikut menyibuk hehe.

      Memang kena buat camtu..kena berkasar juga huhu

    • Tulah pegi NZ cuaca sejuk hati pun sejuk..patutnya saya kesana aritu entah camne adik saya pulak tukar plan..nyesa tul huhu

  • Salam Akma, I suka baca blog you yang menggunakan bahasa standard sebab otak saya ni susah untuk digest blog yang ditulis menggunakan bahasa pasar πŸ™‚ dan terlalu bercampur aduk.

    Selepas I baca entry you ni, I kesian kat you hadapi semua tu…I pun baru balik dari HK bulan lepas and alhamdulillah we had different kind of experience…I would say just the opposite. Mungkin you tidak bernasib baik atau I yang bernasib baik. I pun pergi bertiga bersama anak kecil yang meragam sepanjang trip tu.Pernah sekali anak I termuntah dalam MTR seorang perempuan yang sedang duduk di kerusi cepat-cepat mengeluarkan tisu dan mberikan tisu tersebut kps I dan mengelap lantai MTR yang kotor. Cuma satu perangai dia orang yang terlebih efficient dan semua mahu cepat sahaja mungkin buatkan kita rasa semacam terutama apabila berada di dalam lif, maybe a bit of rude there…

    Psl voucher tu mmg you patut komplen kat MAS dan juga Dome punya manager.

    Sorry, panjang pula komen I…I like the way you letak pictures yg banyak2 tu…Boleh I tahu u buat macam mana? I ni mmg buta bab2 macam ni?

    • Wasalam terima kasih sis, sama lah dengan saya tak berapa suka baca blog yang menggunakan shorform atau acronym words ni huhu

      Yup saya setuju mungkin bad luck masa percutian saya disana…memang terrible. Tapi takpelah marah sekejap je hehe..I already file kan complain to MAS yang ni memang tiada maaf, diaorang buat kami macam stupid sangat.

      Ooo yang picture tu saya install application collage kat ipad saya, instagram pun ada sis just install je kat smartphone pun boleh. Senang nak insert picture sebab kalau letak banyak jadi menjela-jela panjang article saya ni nanti hehe…

      Thanks komen ya sis πŸ™‚

    • Terima kasih acik…akak pun selalu masuk blog acik..samalah akak pun segan nak tegur sapa huhu.. Ni dah tegur lain kali..jangan segan2 lagi ya πŸ™‚

      • byk blog sy masuk, kagum dgn blog ni. direct. straight forward. tak mcm sesetengah blog yg meleret2 bajet2 comel, bajet2 cun dgn bhsa yg konon2 mcm kanak2 ala2 bapok. geram je baca.
        ~ sebenarnya nak chat lanjut dgn awk. sy nak belajar selok belok HK. teringin bw anak dara pegi disneyland. mohon assist. thanks.

        • Terima kasih Airus πŸ™‚

          Boleh je…like sahaja fb page saya ada di site page blog ni kat sana boleh straight PM saya atau di ruangan contact boleh email saya terus, InsyaAllah mungkin saya boleh bantu πŸ˜‰

  • I went to HK a year ago and just had different experince from you. Mungkin nasib kamu tak baik. Sebelum pergi, ramai kawan dah mengingatkan saya bahawa orang hong kong ni sombong dan pantang tanya jalan. Tapi mungkin nasib saya baik. Tak kira tanya jalan, tempat makan, dimana-mana saja, MRT atau tepi jalan, dia orang baik-baik sj esp kat MRT. Dia even buka staff toilet untuk anak saya buang air.

    TETAPI, bila naik kereta api menuju ke utara memasuki tanah besar china, aku rasa nak ludah kat dia orang. Tak usah nak panjangkan cerita bila I kata nak ludah kat dia orang.

    • Ya mungkin luck you holiday kat sana baik. Nasib saya malang masa tu hehe.

      After my vacation i did ask my hongkies friends about this, result i get good explanation from them. Most of them also face the same situation. As apa diaorang bagitahu nowdays HK banyak foreigner masuk especially from Chinaland. Saya pernah pergi china jadi saya tahu attitude diaorang yang kasar dan agak kurang baik. Kita mana tahu kan tengok muka chinese kan sama sahaja πŸ™‚

      Anyway good experience for me and family. hope future if i go there again i know how to handle.

      • Memang betul byk orang HK ni tak suka foreigners esp. mainland chinese and pinoys. Kawan HK saya dah kata mungkin saya akan diprejudiskan kerana mereka ingat I dari china sebab slang kantonis sama dgn china tu. Lucunya saya cuba malaynised saya supaya look like more malaysian than mainland chinese.

        Mungkin dia orang salah anggap Akma ialah pinoys. Sekadar gurau, no hard feeling ya.

        Early next year I akan pergi taiwan. Dapat tau orang taiwan peramah and sungguh bersih bandarnya.

        Waiting for your next travel post, Akma. Saya suka travel. Mungkin kami boleh tukar tukar pengalaman.

        • Hehehe…same story yang i dapat from my friends….taiwan saya tak pernah pergi lagi..my friend cakap people there same like japan tertib dan polite…

          Happy holiday ya…share your journey nanti or if u interested saya ada travel blog in BI…so maybe u can write there…i open for guest travel post πŸ™‚

  • Hi Akma,

    Coincident masa jumpa shieda aritu tinggal sehari jer lagi nak pegi…kalau masa tgh plan awal tu mungkin kitorg scrap jer HK ni..u are right…org semua macam robot kat sana

  • I just come back from hong kong.Me 2 will not go back there.The people is very rude.This is my worst vacation also.

    • Hope they read my blog and all comments here hehe…atleast terbuka sikit hati diaorg supaya mesra dengan pelancong…bila ramai yang menulis tidak baik akan effect negara diaorh juga kan hehe

  • Saya punada bad exp kat hk. Sampai anak kata tak nak dah pi hk lepas ni. Mmg sgt sombong even pekedai juga . Klu Kita lambat nak byr marah betul dia . Ye la Kita nak Kira jumlah matawang yg tak pernah guna dimarahnya Kita sbb lambat Bg duit . taxi driver pun tak nak Jwb soklan muka terpaksa je Bwk Kita .serik pi sana klu ikut kan hati tapi hk mmg cantik la. Balik mas delay 1 hari .

    • Banyak juga kawan2 saya kesana cakap hal yg sama..kata kawan hongkies saya sekarang ni hong kong byk org luar dari chinaland buka pure hongkies tu yg kasar je diaorang ni..tapi takkan semua mcm tu ye tak..ni boleh katakan sepanjang bercuti kami dilayan teruk..memang saya geram betul sampaikan hong kong no more in my list of travel huhu

  • Saya baru sahaja balik dari hk… Memang sangat x suka… Lebih2 lagi org warga china, sangat kasar dan kurang ajar, terima kasih kerana jujur menulis tentang hk… Memang sesiapa yg belum pegi negara china, dinasihatkan tak payah laa membazir duit … Pegi tempat lain lagi bagus, hong kong disneyland …. Huhu indah sgt khabarnya dari rupa…. Baik pegi uss…..

  • Samalah pengalaman sy ke Beijing. Penjaja di sana amat merimaskan harga ditawarkan terlampau mahal kena tawar menawar dengan harga lebih dari separuh padahal barangan mereka bukannya hebat sangat pun; tak ori pulak tu. Sy beli kamera digital sampai Msia jadi dugong. Baterinya tak boleh pakai dahlah tak jumpa jenis baterinya di Msia. Bab beli belah memang sampaikan anak-anak bergaduh sama sendiri.

    Gedung mutiara mereka pun jual mutiara tiruan jika kita beli yang ada potongan. Cuma memanglah menarik untuk jalan-jalan tenguk banyak kesan sejarah seperti Tembuk Besar juga Kota Larangan.

    Jika nak ke Beijing kali kedua. Rasanya baik cari destinasi lain.

    Hong Kong ni sy hanya pijak kaki di airportnya saja. Transit. Keluarga sy berkira-kira nak pergi tapi sy mungkin TIDAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest