Penggunaan Kad Kredit Secara Online

by Akma Omar on September 11, 2012 · 12 comments

in Opinion, Story

Penggunaan Kad Kredit Secara Online untuk membeli atau melakukan transaksi melalui internet memang memudahkan dan menjimatkan masa kita tetapi banyak juga bahayanya. Kita kena sentiasa berhati-hati.

Banyak penipuan yang berlaku antaranya barang yang kita beli tidak sampai atau berlainan, palsu, penipuan kad kredit dan bermacam-macam lagi. Ianya bukan perkara baru dan ramai yang pernah terkena.

Tips Selamat Menggunakan Kad Kredit

  • Pastikan laman web berkenaan tertera https:// berbanding http://. Ini kerana https merupakan pangkalan data dan sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna.
  • Berhati-hati ketika membayar menggunakan kad kredit. Jangan dedahkan  empat nombor kad kredit yang terakhir dan nombor CVV.
  • Fahamkan Terma dan Syarat sebelum membuat transaksi pembayaran.
  • Pastikan syarikat yang menjual mempunyai sirim dan lesen yang di luluskan oleh kerajaan.
  • Penting kita menyimpan dengan baik semua detail kad kredit kita, jangan sesuka hati memberi kepada orang lain.
  • Sentiasa simpan resit pembayaran.
Penggunaan Kad Kredit Secara Online

Beware of Online Phishing Scams

Pengalaman Ditipu Sindiket Kad Kredit

Pernah terjadi kepada keluarga saya sendiri. Kebetulan adik saya membeli barang di ebay. Ketika proses pembelian, transaksi kad kredit yang digunakan tidak diterima, dia mencuba beberapa kali tapi gagal.

Keesokkan paginya dia menerima panggilan telefon kononnya dari pihak Paypal menyatakan mereka mendapat laporan transaksi pembelian yang adik saya lakukan bermasalah. Untuk menyakinkan lagi mereka memberi semua detail terperinci termasuk masa, purchased id, nombor kad kredit, dan jumlah harga barang.

Untuk meluluskan trasaksi pembayaran mereka meminta semula detail kad kredit adik saya kembali. Tanpa merasa apa-apa adik saya memberi semua detail termasuk CVV nombor kredit kad.

Ketika itu saya sedang tidur, selepas menamatkan panggilan adik saya terus masuk kebilik mengejutkan saya dan bercerita tentang panggilan tu, sambil mata pejam tapi telinga saya mendengar.

Bila dengar sahaja perkataan CVV, saya yang tengah mamai terus meloncat dari katilMembebel-bebel saya dengan dia “Apa punya bengong lah adik aku ni”  belajar tinggi akal letak kat mana tak tahulah. Terus saya suruh call bank block kan kad kredit tu.

Kad kredit adik saya link sekali dengan account bank dia. Dalam masa tak sampai 10 minit sindiket tu cuba nak transfer semua duit dalam account adik saya. Nasib baik pihak bank cekap, diaorang tak approve kan sebab jumlah transfer melebihi had dan lokasi terlalu jauh dari alamat sebenar. Terus saya suruh block kad kredit tu.

Nasib baik tergerak hati dia nak bagitahu saya. Kalau tidak menangis tak berlagu lah. Banyak juga duit dalam account dia tu. Adik saya ni satu perangai dia lalai sikit. Pucat lesi muka dia masa tu..grrrrrr

Macam-macam sindiket ada sekarang ni, saya juga banyak kali dapat call dan email kononnya dari pihak bank menyatakan account dan kad kredit saya ada masalah dan mengarahkan saya update Account detail. Tapi saya tidaklah pendek akal macam adik saya ni ….. Jangan marah aaa huhuhu.

Saya sendiri pun jarang menggunakan kad kredit kerana sedikit tidak percaya pada diri sendiri dan tak sanggup tengok bil bulanan hehehe. Cuma menggunakan apabila perlu sahaja.

Kisah ni bukan berniat memburukkan keluarga sendiri sekadar berkongsi pegalaman, pengajaran dan tauladan supaya kita sentiasa berhati-hati. Sharing is Caring. Penggunaan Kad Kredit Secara Online

{ 12 comments… read them below or add one }

Mummy Akmar September 12, 2012 at 1:33 pm

Kadang-kadang terlepas pandangkan. Dah nama sindiket.. sampai terpercaya adik awak nak bagi details CVV tu.

Hahaha…..Kelakar pon ada bila baca……sian adik! Heheh Saya pon tidak pernah ada CC seumur hidup. Dulu ada tapi dah dipatah oleh orang itueww lepas tu sampai lah skarang tidak pernah ada.

Reply

Akma September 13, 2012 at 4:44 pm

Mummy..this not the 1st time happen, b4 dia kena scam web maybank, my sis boleh click sebab dia ingat tu website maybank sebenar..logiclah kan mana ada bank sruh kita update pin no kt internet.abis duit dia 10k kena songlap, tu yg i marah sgt..sbb x alert langsung…geram btul i huhuhu.

Ada cc pun tak guna juga sis, lg susah adalah…hehehe

Reply

Mummy Akmar September 14, 2012 at 11:23 am

Laaa..ye ke…..Aduh…Errr….

Belajar dari kesilapan. Semoga lepas ini dia lebih peka..

Sian adik…………

Reply

irsah September 13, 2012 at 3:33 pm

Learn from the experienced.. Thanx share.. harap diluar sana tidak mudah terpadaya…

Reply

Akma September 13, 2012 at 4:39 pm

Yup, hope so :)

Reply

irsah September 18, 2012 at 2:03 pm

Sebelum terlupa… need a description of your blog in not more 160 words. If u haven’t take a peek here’s the link http://irsah.com/connect/blog-directory-a-to-f/ f. Copy Paste your blog description di Contact page and klik send k – Some sort of Bloggers connect hosted image blog roll directory with a twist… heeee…

p/s: Make the description unique sebab page tuh indexable. Thks…

Reply

Akma September 18, 2012 at 3:16 pm

Wowww…tqvm to choose my blog, I’ll do the description and email u…really appreciate..tq tq tq tak terhingga. :)

Reply

jaerul September 19, 2012 at 3:07 am

pernah terjadi,. tapi orang tipu cara lain,. lesap juga duit,. tak banyak ,. riban jer,. hahah hmm,. sekarang memang banyak laman web cara hack ‘phishing’ . Pernah gak terima email dari maybank suruh Update account detail,. nasib fikir dua kali jugak tuh,.

Reply

Akma September 23, 2012 at 12:36 am

Ada dua jenis penipuan, alam maya and alam nyata…zaman skrg ni ramai orang yang bijak pandai, dan makin byk penipuan. Salah guna kelebihan yang ada, inilah jd nya.

Reply

lepakk.com October 11, 2012 at 3:42 pm

Kena berhati-hati..kesian…

Reply

Akma October 11, 2012 at 5:11 pm

Yup sentiasa kena berhati2, mcm2 cara orgnk menipu :)

Reply

Asyrof Asri March 14, 2013 at 7:31 pm

Pernah terjadi dengan emak saya sendiri, dia beritahu saya selepas rasa was-was dengan perkhidmatan syarikat insurans.

Tak ingat apa nama syarikat tu.

Emak saya kata, mereka mintak macam-macam pasal info kad kredit.

Alhamdulillah, masa tu saya nie kaki internet dan blogger jadi saya tahu segala macam perihal scam.

Saya terus bagi nasihat, emak saya terus pergi bank block kad kredit.

Ya Allah, jika tak, tak masuk la saya ke Universiti sekarang. Sedih jugak.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: