Merancang Percutian Yang Teratur Dan Selamat

Melancong Dengan Selamat

Aktiviti pelancongan di Malaysia semakin mendapat perhatian orang ramai. Seperti menjadi kemestian masyarakat di Malaysia mengatur percutian sekurang-kurang sekali setahun.

Tujuan melancong atau bercuti adalah untuk bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan, bisnes trip, penghijrahan ke negara lain atau melakukan kempen kebajikan, kerja sukarela, kebudayaan dan pelancongan dan banyak sebab-sebab lain.

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi bagaimana memastikan percutian anda selamat, teratur dan selesa.

Percutian Teratur dan Selamat

Tip-tip Melancong Yang Selamat Dan Teratur

Selalunya pasti anda sudah tetapkan destinasi percutian dan tentu mahu perjalanan yang selamat tanpa sebarang masalah.

Anda perlu mempunyai perancangan dan panduan perjalanan yang betul dan teratur.

#Lokasi Dan Penginapan

Ramai yang suka menempah tiket penerbangan tetapi tidak menempah tempat penginapan dan pengangkutan.

Ini boleh menjadi masalah dan tempat penginapan yang anda pilih mungkin sudah penuh ditempah terutamanya semasa musim cuti dan lokasi dari lapangan terbang ke hotel mungkin jauh.

Terdapat banyak laman web pelancongan yang menyediakan pakej percutian, penginapan, transport dan informasi sesebuah destinasi percutian.

  • Anda perlu memastikan menempah tempat penginapan terlebih dahulu, jangan lakukan disaat akhir.
  • Pilih lokasi yang anda hendak lawati, tarikh dan tempat penginapan dengan betul.
  • Jika anda membuat tempahan penginapan sendiri, pastikan lokasi yang dipilih juga selamat.
  • Jangan mudah percaya dari imej yang disiarkan dalam laman web mereka. Banyak terjadi apabila sampai ke sana keadaan tidak sama dengan maklumat didalam laman web tersebut.
  • Survey dahulu dengan bertanya pada rakan-rakan, cari informasi di blog-blog travel dan baca feedback pengunjung yang pernah menginap di lokasi percutian tersebut.
  • Jika anda membawa anak-anak, pastikan kemudahan penginapan disediakan untuk kanak-kanak.
  • Anda boleh bertanya kepada agensi percutian atau terus kepada tempat penginapan tersebut sebelum membuat sebarang tempahan.

#Dokumen Perjalanan

Sama ada percutian domestik atau antarabangsa memerlukan anda mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Percutian Domestik anda perlu membawa kad pengenalan. Percutian Antarabangsa memerlukan anda untuk membawa passport antarabangsa untuk pengesahan sebagai pelancong luar.

Adalah penting untuk rujukan pihak berkuasa imigresen tahu di mana destinasi anda apabila memasuki sebuah negara dan banyak sebab-sebab penting yang lain. Sesetengah negara memerlukan visa perjalanan. Prosedur Jabatan Imigresen disetiap negara kebanyakannya adalah sama.

Kemana sahaja anda pergi pastikan anda membawa dokumen perjalanan anda dan hendaklah disimpan dengan selamat. Letakkan di tempat yang selamat sama ada di dalam safety box yang biasanya terdapat di setiap hotel atau letakkan di dalam beg atau poket baju yang sukar untuk ditemui atau dilihat.

Berhati-hati terdapat sindiket yang mencuri passport dan menjual kepada orang lain. Ini adalah sangat merbahaya.

#Bagasi Tambahan – Excess Baggage

Jangan membawa barang terlalu banyak dan yang tidak perlu. Ini akan membuat percutian anda menjadi sukar. Ringankan beban beg anda semasa bercuti.

Biasanya apabila anda pergi bercuti mesti akan membeli-belah. Setiap negara harga excess baggage berbeza-beza dan tinggi. Saya nasihatkan anda untuk menambah excess baggage ketika membeli tiket penerbangan supaya tidak menghadapi masalah di imigresen.

Informasi Penting

Sentiasa sediakan wang tunai. Jangan terlalu bergantung kepada kad kredit. Terdapat beberapa negara yang anda lawati mungkin mempunyai masalah untuk menggunakan kad kredit.

#Cara Pemakaian Yang Betul

Jika melawat sebuah negara yang bertukar musim seperti musim sejuk, bunga, panas dan luruh, pastikan membawa pakaian dan aksesori mengikut musim.

Jangan sesekali berfikir bahawa anda boleh membeli sahaja disana. Berkemungkinan besar anda akan menghadapi masalah mendapatkan barangan yang diperlukan dengan segera.

Saya pernah melihat keadaan ini berlaku kepada satu keluarga semasa bercuti ke Eropah semasa musim sejuk. Sekurang-kurangnya sediakan satu set persalinan.

Kembara Kemboja

Teringin Hendak Kembara Ke Kemboja

Kemboja selalu menjadi pilihan destinasi percutian yang menarik. Saya tidak pernah pergi Kemboja lagi. Hendak bercerita pengalaman agak sukar, tetapi ramai rakan-rakan saya pernah kesana.

Sebuah negara dimana sebilangan penduduknya menganuti agama Buddhist. Terdapat sekelompok masyarakat yang beragama Islam tetapi peratusannya sangat rendah dan agak terpinggir.

Saya pernah membaca artikel-artikel Denaihati tentang kembara ke Kemboja. Tersentuh hati apabila melihat kehidupan masyarakat Islam yang serba serbi kekurangan disana.

Kebetulan rakan saya, warganegara Malaysia merupakan salah seorang ahli jawatankuasa persatuan masyarakat beragama Islam disana. Dia juga selalu ke Kemboja untuk aktiviti perniagaan, sukarela dan kempen bantuan. Selalu bercerita tentang keadaan orang Islam di Kemboja dan keindahan di Cambodia.

Seperti terpanggil-panggil untuk melihat sendiri keadaan disana dan sambil itu boleh lihat keindahan tempat, masyarakat dan adat penduduk Islam disana.

Saya dengar shopping pun murah huhu…

Cambodia Holiday

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Pentingnya untuk kita yang beragama Islam apabila bercuti mendapatkan travel agensi yang menyediakan pakej Muslim kerana setiap negara luar agak sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Saya sendiri apabila bercuti dalam atau luar negara jika menggunakan khidmat travel agensi akan mengambil pakej Muslim. Mereka akan menyediakan ittenari yang lengkap dari segi penginapan, transport, makanan halal, tempat solat dan lokasi menarik untuk dilawati.

Cambodia Muslim Holiday & Travel merupakan sebuah agensi pelancongan tempatan. Merupakan salah satu operator pelancongan yang dipercayai dan dikenali di Kemboja Dan Vietnam. Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Islam dibawah pengurusan Ustaz Yahya Al-hafiz.

Menawarkan perkhidmatan dan pengangkutan bukan untuk bangsa Melayu di Malaysia sahaja tetapi meluas ke negara Indonesia, Singapura dan Brunei. Dengan khidmat terbaik yang diberikan tidak mustahil bakal menjadi peneraju utama dalam pasaran pengurusan pelancongan dalam masa terdekat.

Sekiranya anda merancang percutian ke Kemboja dan tercari-cari travel agensi, pakej percutian, pengangkutan atau informasi untuk menguruskan percutian anda menjadi lebih teratur. Anda boleh mendapatkan khidmat Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel yang menyediakan pakej lengkap ke Kemboja.

Tidak perlu bersusah payah menguruskannya sendiri.

Saya percaya dengan kepakaran dan pengalaman Cambodia Muslim Holiday & Travel dalam menguruskan agensi pelancongan mampu memberikan khidmat dan servis yang terbaik kepada anda semua… InsyaAllah.

Apa yang saya tulis ini adalah dari pengalaman sendiri apabila bercuti ke luar negara. Banyak perkara yang anda perlu ambil kira sebelum pergi bercuti. Persediaan awal akan membantu percutian anda berjalan dengan lancar.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

48 CommentsLeave a comment

    • Mmg susah bila masalah excess baggage ni, saya memang akan standby awal. Firdaus kira ok sempat nak beli extra luggage.

      Penah adik saya kena kat jakarta, terlebih muatan sikit sahaja, diaorang mintak bayar 3 ribu RM tak ikut rules, dah lah flight kita diaorang cancel, bank & c card tak boleh guna..macam nak kena kan kita sampai terpaksa beli tiket baru & tido kat airport semalam..Nasib ada pekerja imegresen yg baik hati bg pinjam cash, sampai malaysia kirim balik. zalim tak zalim diaorang ni layan tourist.

      Sebab itu saya cukup hati2 bila keluar negara..

    • Akak pun macam tu juga Alin, nak bercuti keluar kumpul duit dulu maklumlah ada negara currency 4 5 kali ganda tingginya..bila ada duit lebih tu baru rancang kemana2 hehe

  • Ada masa lagi kalau nak join ni 🙂

    Tahun ni baru join contest pertama “Limpahan Rezeki”, boleh baca di blog Harian Post 🙂

    P/S: Kenapa susah sangat ComLuv ni nak keluarkan post terkini blog kita ye

  • Bagus tips yang diberi. Saya pun baru balik melancong (dalam negeri sahaja). Tapi dari segi transportation, penginapan dan segalanya saya rancang sendiri. Alhamdulillah, segalanya berbaloi dari segi wang, masa dan kualiti percutian itu sendiri hihi.

    Lepas ni baru berani merancang untuk percutian di luar negara…habis jauh pun pernah sampai Singapura dan Thailand sahaja 🙂

    • Terima kasih…baru balik cuti-cuti Malaysia lah ni ya..saya pun baru habis bercuti dgn semua keluarga.

      Percutian luar atau dalam sama sahaja dalam membuat perancangan bercuti..cuma luar kita tak familiar tempat je kan..InsyaAllah sampai lah mana2 nanti tu. 🙂

  • Terima kasih atas tips yang berguna ni. Kalau nak travel memang banyak persiapan yang perlu dilakukan. Ye lah bila pergi tempat orang kalau tak tau cara & selok belok nya agak susah jugak kan…

    Semoga berjaya kak 🙂

    • Sama-sama sis.. Yup kena plan betul2, kadang2 kita fikir benda kecil tapi boleh bagi masalah bila bercuti..

      Nice artikel.. Good luck too sis 🙂

  • saya dah ikut step akak share ni, nampaknya macam ada peluang je.. dia mintak password baru lepastu suruh masukkan no phone… then dia hantar sms kat no phone kita tu.. sekarang tengah tunggu sms nya, lambat betul.. risau lak haish sebab banyak aset dalam tu :'(

    akak dulu buat lama tak? saya takut tak boleh je sebab dulu twitter saya pun pernah kena jugak… long long time agooo

    • Kalau dah antar sms tu kat kita InsyaAllah boleh dapat balik tu…sbb bila kita verified dari no hp maknanya fb taulah mmg tu fb kita. Akak buat aritu cepatnya..mungkin hackers ni dia tukar email sekali bkn password je. Sabar ya.

      Cuma akak pelik.. msa cubaan nak hack tu ada dapat email dari fb tak..biasa fb akan bg reminder suruh immediately tukar password.

      Cuba chk kat spam email..sbb biasanya tak masuk kat inbox email.

  • YA ALLAH.. Alhamdulillah kak…

    Macam nak nangis je rasa, alhamdulillah akaun saya dah dapat balik.. saya cepat-cepat tukar email dengan password baru :'(

    Syukur akaun fb ni selamat walaupun ada banyak benda hilang dalam tu, yang penting tak 100% total lost..

    Terima kasih banyak kak kasi bantuan walaupun susah kat bahagian komen ni. Nanti saya upah cendol ya Insyallah :’)
    Azri Johan recently posted…Mohon Bantuan Pakar FacebookMy Profile

    • Aminn hehe.. Dah buat secure betul2 letak 2 3 email. Kalau boleh tgk kat bahagian security ada “trusted contact” so letak fb relatives ke yang boleh percaya…tu salah satu safety tu..

      No problem lah Azri..kebetulan akak tk tido lg tengah duk pasang cabinet adam hehe…syukur dapat gak akak bantu sikit2 😀

      Aah akak ada tgk wall azri habis dia remove semua post 2014…tgk juga blog azri try tukar password takut hantu ni dah ambik information awal2 nak try hack pulak..mana tau email & blog azri pkai email & password yg sama.

  • ASsalamualaikum,

    Ohh ini lah kak Akma .. yang sering diceritakan anak saya – Asyrof Asri.

    Blogger wanita yang hebat menulis.

    Good content blog. Sangat bagus informasinya.

    In sha Allah, satu hari nanti saya akan ikut jejak langkah anak saya – Asyrof Asri studio tu menulis blog jugak.

    Kalau ada masa nak juga saya bawakan Asyrof tu gi jalan2.

    Sian dia lepas balik dari Cairo, penulisan blognya makin susut je.

    Dia kata kat saya, dia menulis ikut mood jugak.

    Takpe, kita doakan dia ya Akma. 🙂

    • Sekadar penulisan dari pengalaman je tu…jadi share kan harap2 memberi manfaat. InsyaAllah satu hari nanti sampailah tu ke luar negara hehe

  • Kami baru balik dari bercuti dari bandar ho chi minh dan phnom penh. Kos untuk melancong di asia tenggara sebenarnya cuma dalam lingkungan RM 1000 untuk 2 orang.

    • Oooo ye ke…tengok pd orang..kalau indonesia RM1000 cukup dah convert duit diaorg besar nilai duit kitakan..tapi kalau nak shopping byk tak cukup huhu

  • 15 Ogos nanti kami akan ke Lake Toba. Mungkin menginap di Romlan guesthouse Pulau Samosir . Tambang AA dari Penang Medan cuma RM80++ pergi balik pada tarikh tersebut.

  • bile kita dh plan nk bercuti..kita mesti nk jdkan percutian yg terbaik dlm hidup kita so bleh jd kenangan smpi bile2

  • terima kasih, memang info yang sangat berguna, pengalaman juga: tersalah book tiket flight,(untuk parents) pergi dan balik hari yang sama, konfiden jerk, masa pergi ok la, masa nak balik baru perasan rupa2nya tiket balik tue tarih yang same dgn tiket pergi!haish.. seb baik ke sabah jerk, tp melayang gak la duit nak beli tiket baru on the spot..grrrrrr cuai!!

    danishdamiadaris.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest