Koleksi Kaca Mata Kegemaran Saya

by Akma on March 8, 2013 · 32 comments

in Story

Dari zaman muda mudi dahulu lagi saya ni kaki komputer. Dulu…komputer tak macam sekarang.

Monitor dan CPU punyalah besar, fonts screen warna hijau naik pijau mata bila lama sangat mengadap, keyboard lagilah berdetap detup bunyinya macam mesin taip.

Boleh dikatakan setiap hari asyik mengadap jer. Masa tu mata dah mula blur sikit, tapi berlagak tak nak pakai kaca mata. Nampak nerd sangat kalau pakai kaca mata ni huhu. Malulah kononnya.

Favourite kaca mata hadiah dari adik saya

Favourite kaca mata hadiah dari adik saya…

Kaca Mataku Yang Comel

Saya lebih suka memakai kaca mata daripada kanta sentuh. Sebabnya saya tidak berapa selesa memakai kanta sentuh atau dipanggil contact lens.

Lagipun leceh nak menggunakannya. Banyak sangat pantang larang apabila memakai kanta sentuh.

Saya memang obses dan agak cerewet sikit kalau bab kaca mata ni. Kalau nak beli kaca mata tu habis semua saya cuba. Bila tengok banyak yang cantik-cantik makin rabunlah mata.

Ini antara hobi saya iaitu mengumpul koleksi kaca mata hitam atau biasa selain daripada jam tangan. Ada juga hadiah dari keluarga dan rakan-rakan.

Semua koleksi kaca mata saya comel macam tuannya juga…erkk..hehe

Harga Kaca Mata

Saya mula memakai kaca mata apabila menyedari mata saya pedih dan silau apabila terkena cahaya.

Kaca mata pertama saya tiada jenama. Seingat saya sekitar RM800, saya beli disebuah kedai kaca mata apek mana entah…lupa pulak dah. Pada masa tu rasa mahal sangat.

Yang peliknya kawan-kawan saya beli bingkai, glass sekali power tak sampaipun RM300.

Memang sah apek tu kelentong saya. Menyesal saya beli kaca mata kat kedai tu. Itulah silapnya beli tak tanya pada yang pakar.

Tapi saya suka pakai kaca mata tu sebab comel sangat. Sehingga sekarang masih ada lagi dalam simpanan saya.

Kaca Mata Nampak Nerd

Nampak nerd je kan…

Dimana Saya Selalu Membeli Kaca Mata

Selalunya apabila terasa nak tukar kaca mata yang dah kelam dan bengkang bengkok, saya beli di Focus Point Wangsa Maju.

Disitu sahaja kedai yang selalu saya beli atau upgrade power. Sekarang dah banyak branch. Boleh dikatakan setiap shopping mall ada branch diorang. Dah jadi jutawan agaknya tokey Focus Point ni kan.

Mana taknya… kaca mata boleh dikatakan satu keperluan asas juga dan setiap hari mesti ada yang akan membeli dan menggunakannya.

Untuk bisnes jangkamasa panjang memang berbaloi buka kedai kaca mata ni. Kaya…kaya…kaya…

Kaca Mata Hitamku

Biru mata hitamku…awieee…huhu

Jenama Bingkai Kaca Mata

Sekarang saya ada tiga kaca mata. Jenama Esprit, Dolce & Gabbana dan Polo clear glass.

Saya lebih gemar memakai bingkai kaca mata yang dibuat daripada plastik, sebab ringan dan satu lagi masalah hidung saya kecil, kalau pakai yang logam asyik nak jatuh sahaja.

Saya teringin sangat nak beli satu kaca mata idaman jenama Gucci. Memang cantik, tapi kena fikir 10 kali sebab harga bingkai sahaja mencecah RM3k…

Mahal sungguh, kena simpan dulu niat tu. Mana tahu murah rezeki boleh sambar satu huhu.

Jenis Kanta Kaca Mata

Kebiasaannya saya menggunakan Kanta Trivex. Ia dibuat daripada plastik dengan ciri-ciri yang serupa dengan kanta polikarbonat.

Lebih ringan, nipis, dan tahan impak dan boleh memperbetulkan penglihatan dengan lebih baik lagi.

Kaca Mata Macam Model

Ada macam model karaoke tak huhu…

Pengalaman Pahit Manis Sepanjang Berkaca Mata

Pengalaman pahit dan manis tu banyak juga. Kaca mata ni banyak membantu saya terutama ketika memandu sebab mata saya ni rabun jauh dan silau, terutama waktu malam.

Yang manisnya ramai yang kata, bila saya pakai kaca mata macam budak sekolah…terasa muda remaja pulak hehe.

Pernah juga saya terlupa nak bawa. Masa tu nak pergi rumah kakak di Shah Alam. Akibat tak pakai kaca mata punya pasal, terlepas signboard besar Puchong – Shah Alam. Termasuk lorong entah mana-mana. Malam pula tu, tiba-tiba boleh sampai sehingga tol Klang.

Punyalah jauh, terpaksa pusing balik dan bawa kereta bawah 60km/sejam. Kalau pakai cermin mata boleh pecut 140km/sejam…chewah

Pernah sekali tu tersasar nak belok selekoh jalan, nasib tak langgar divider…bahayakan.

Kaca mata terjatuh dalam mangkuk tandas tu memang dah perkara biasa. Pejam mata, seluk aje…nasib tak ada makhluk asing dalam mangkuk tandas tu. :D

Semakin lama power mata saya semakin meningkat dan semakin kabur, nak tengok tv pun susah. Mata jadi pedih dan berair. iPad tu dah wajib buka setiap masa, celik sahaja mata perkara pertama mesti buka iPad. Mana tak makin jahanam mata ni…haish…itulah penangan teknologi canggih.

Antara punca kerosakkan mata saya ini kerana terlalu lama mengadap laptop dan iPad. Memang saya salahkan benda alah ni 100%.

Kaca mata termasuk antara lima barang penting yang harus saya bawa kemana-mana selain dari duit, lesen memandu, handphone dan iPad.

Saya berminat sangat dengan topik anjuran beliau, ini kerana saya pengguna tegar kaca mata. Hadiah pun menarik sangat…

Mana tahu rezeki saya dapat hadiah kaca mata pula kan. Tak cuba, tak tahukan ;)

{ 32 comments… read them below or add one }

afif March 8, 2013 at 10:16 pm

saya sejak ade blog ni,payah pulak nak berenngang dengan lappy ni..tapi takpe dah memang rabun pun,,hehe
afif recently posted…Koleksi Doa Sebelum & Semasa Menghadapi PeperiksaanMy Profile

Reply

Akma March 11, 2013 at 2:40 am

Memang betul…makin kelabu asap mata dibuatnya…akak pun sama, nak wat camne dah minat kesitu hehe

Reply

sukma March 9, 2013 at 9:08 am

Saya pun sama rabun silau, kuar jer rumah mesti guna spek, kalau tak berair mata (bukan nangis) pedih mata lol….
Good luck ….semoga kita tengok sapa yang kena…..he he he…
mesti pening kepala Remy pilih pemenang…

Reply

Akma March 11, 2013 at 2:22 am

Samalah saya juga…teruk dah condition mata ni, faktor umur pun satu hal juga huhu

Good luck ya..i just enliven participation je hehe.

Reply

papa mifz March 9, 2013 at 10:59 am

salam…

terima kasih sebab sudi join contest PM…semoga berjaya yer…:)

Reply

Akma March 9, 2013 at 11:47 am

Wasalam…terima kasih juga terima peyertaan saya ya :)

Reply

Asyrof Asri March 10, 2013 at 3:07 pm

Jika lihat gambar-gambar saya dan kak Akma sendiri macam pure saja.

Rupanya kita serupa kak, hehe. Rabun jauh jugak tu.

Nasib badan. Apa boleh buat.
Asyrof Asri recently posted…Contest Kaca Mata PapaMifz.ComMy Profile

Reply

Asyrof Asri March 10, 2013 at 3:10 pm

Ayat yang saya ketawa terbahak-bahak ketika ni ayat nie, –

nasib tak ada makhluk asing dalam mangkuk tandas tu.

hahah . LOL .. Terbaik arr penulisan kak Akma. ;)
Asyrof Asri recently posted…Contest Kaca Mata PapaMifz.ComMy Profile

Reply

Akma March 11, 2013 at 2:41 am

Aah akak rabun jauh teruk dah ni…lambat akak pakai eyeglasses.

Hehehe just to make it story bit fun…but that is facts huhu

Reply

Datin Tyka March 9, 2013 at 12:29 pm

first spek RM800.. jahat apek tu.. tyka first RM250.. spek budak-budak, murah lah.. hahaha…
tyka teringin spek jenama ray ban.. tapi mahal.. tapi inshaAllah, rezeki itu ada…
semoge berjaya kak gegerl… kita tengok sape dapat no.1 , tyka ke akak? he he

Reply

Akma March 11, 2013 at 2:20 am

1st time beli kena tipu…takpelah dah rezeki dia huhu

Hehe good luck ya sis for the contest, i I just enliven participation only ;)

Reply

Irsah March 9, 2013 at 1:24 pm

hehe ingat time skool dulu beli bingkai retro kat petaling boutique dan customize lens siap chrono lagik hik3… itu yang mata kita ting tong hari nih……pengajaran: kalau nak modify spek pown biarlah tanya dengan pakar dulu na…

gud luck sis on the contest??

Reply

Akma March 11, 2013 at 12:50 am

Memang betul..Satu lagi janganlah pakai sunglasses yang murah tu, walaupun cantik..ada sebab harga nya mahal..eyes protection kena jaga kan…boleh rosak mata.

Thanks cuba nasib je

Reply

auc March 9, 2013 at 6:23 pm

moga berjya…
sedih je gambar nombor dua tu, nape? :)
auc recently posted…Tahniah! Anak AbahMy Profile

Reply

Akma March 11, 2013 at 12:47 am

Terima kasih…

Muka sedih sebab masa tu tengah lapar sangat-sangat sempat lak my sis snap hehe

Reply

nurmisnan March 9, 2013 at 7:09 pm

hoho… speck pertama rage 800 memang mahal ler..
banyak betul kenangan + pengalaman ekkk.. i pun
kurang selesa pakai lens.. rasa kering mata..

all d best n gd luck sis
nurmisnan recently posted…Rahsia sihat cantik berseri dengan Aura WhiteMy Profile

Reply

Akma March 11, 2013 at 12:46 am

Memang banyak kenangan pkai spek ni huhu..terlanggar pintu pun penah sis hehe

Memang rasa kena tipu dengan cina tu..redha jelah huhu

Reply

lokman March 10, 2013 at 10:00 am

ah ha.. celik je mata confirm buka laptop.. teknologi sekarang memang sangat mengerunkan

Reply

Akma March 11, 2013 at 12:23 am

Tu yang memang salahkan 100% tu..tiada maaf bagi mu haha

Reply

hafiz March 10, 2013 at 12:12 pm

nampak cute berkaca mata hihihi, anyway good luck…

Reply

Akma March 11, 2013 at 12:22 am

Thanks…cute ke hahaha

Reply

Asyrof Asri March 10, 2013 at 3:13 pm

Baru-baru ni saya saya beli cermin mata baru sebab cermin mata lama terduduk tak perasan lepas bangun dari tidur.

Ya Allah, hancur musnah.

Dah la harga kat sini sebagai pelajar fikir banyak kali nak beli.

Alhamdulillah parents support n bank in duit. Syukur.

Sedikit masa lagi saya akan siapkan artikel cermin mata baru di blog saya.
Asyrof Asri recently posted…Contest Kaca Mata PapaMifz.ComMy Profile

Reply

Akma March 11, 2013 at 2:44 am

Lah hahaha…akak penah gak terduduk sampai bengkok bingkainya…

Beruntung Tuan Asyrof Asri dapat keluarga yang sentiasa support…mesti jadi kebanggaan keluarga ni kan…sejuk perut emak mengandungkan you.

Tak sabar nak baca ni…mesti best hehe

Reply

Asyrof Asri March 14, 2013 at 6:26 pm

InsyaAllah, moga apa yang dikatakan kak Akma terus menerus saya dan blogger disini menjadi anak harapan keluarga. ;)

Disini ada artikel yang saya nak post pasal cermin mata baru saya beli baru-baru ni.

- Ray Ban – Antara Realiti Dan Fantasi -

Boleh klik di pautan “commentLUV”. ;) :)
Asyrof Asri recently posted…Ray Ban – Antara Realiti Dan FantasiMy Profile

Reply

titan March 11, 2013 at 12:55 am

cermin mata tu comel.

kedai mana beli?
titan recently posted…Evenity.my – Malaysia’s Event LIstingMy Profile

Reply

Akma March 11, 2013 at 2:28 am

kedai depan cendol Ibrahim banting hahaha

Reply

Lynn March 11, 2013 at 3:31 pm

Ku tenung-tenung seperti siapa ya ???
Haaa…macam muka Nanu Baharuddin laa.
Duduk sebelah-sebelah bakal keliru ni mbak ;-)

Reply

Akma March 11, 2013 at 4:06 pm

Wahh dik macam nanu ke..santekkk sangat tu….macam nano nano adalah hehe

Reply

abangensem March 12, 2013 at 7:48 am

Apasal Akak ni cantik sangat bila pakai kacamata?

Reply

Akma March 12, 2013 at 6:26 pm

La ye ke…hehehe tima tacih ;)

Reply

Azie March 14, 2013 at 1:01 pm

Salam Akma, amboi lama betul tak menjegah kat blog ni. Good Luck yea untuk contest ni. Caiyok2.

Reply

Akma March 14, 2013 at 1:04 pm

Yelah Azie…

Lama azie senyap, how are u? Nak PM takut menganggu pulak huhu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: