Kenangan Zaman Sekolah Asrama Masa Dulu-Dulu

kenangan zaman sekolah
Rindu Sangat Zaman Sekolah Dulu

Teringat kenangan zaman sekolah asrama dulu. Saya rasa ramai yang pernah duduk asrama atau hostel kan.

Saya bersekolah nun di hujung ulu kampung…

“Esei sekolah asrama kek Nogori Sembilan dulu. Ponuh pokok gotah jo kek situ dan pokan koboi. Sekarang dah maju dan cantik. Orang felda sekarang kayo-kayo ooo hehe”

Kena Ragging

Memang rindu sangat bila teringat balik. Masa itu tidak dinafikan memang rasa tak seronok “home sick“. Asyik teringat rumah sahaja dan ada juga fikir rasa nak lari.

Tekanan juga duduk asrama kena ragging macam-macam. Kalau terus jadi senior tidak apa tapi kalau freshie memang teruk kena buli.

Lama juga hendak sesuaikan diri dengan suasana sekolah yang terletak diluar bandar ini. Al-maklum saya lahir dibandar tetapi selepas berapa bulan baru selesa.

Bila naik jadi senior jadi rajalah kita cuma bab ragging ni saya tidak berapa suka. Kira saya ni senior yang baiklah huhu.

kenangan zaman sekolah

Rindu Sangat Zaman Sekolah Dulu

Pada masa dulu isu ragging ini tidak dibesar-besarkan. Tidak ada pun yang berani mengadu pada mak ayah, simpan dalam hati sahaja.

Kalau bagitahu pun bukan mak ayah ambil kisah, disalahkan kita balik adalah…baik senyapkan aje.

Tidak macam sekarang cuba cikgu usik dan pukul anak murid sikit mesti mak ayah dah sinsing kain ala-ala Padaiyappa mengamuk di sekolah.

Banyak kita baca surat khabar tentang isu masalah pelajar ini. Ada juga kes anak murid pukul cikgu sampai viral di social media. Tidak tahulah siapa yang nak disalahkan; cikgu, mak ayah atau anak murid.

Banyak kenangan manis semasa duduk asrama dulu. Antaranya kena ragging tiup lampu sampai padam. Hah yang ini paling tidak boleh saya lupa kena dajal dengan senior…

Diaorang suruh tiup lampu adalah dalam 15 minit sampai naik juih bibir lepas itu diaorang tutup suis lampu dan tepuk tangan ramai-ramai huhu.

Kena denda duduk atas loker, disuruh menangis dalam baldi, cuci jamban, basuh longkang.

Pernah juga saya kena denda masuk tangki tandas yang besar dengan seorang kawan sebab jatuhkan sikat rambut dalam mangkuk tandas. Sampai semua tandas tersumbat sebab terlampau banyak sangat barang tersangkut.

Tapi paling seronok banyak saya terjumpa harta karun; jam, cincin, rantai dan gelang, dah tersangkut dalam lubang tu berkurun agaknya huhu.

Asrama saya dulu berhantu juga tapi yang ini tak mahu ceritalah buat naik bulu roma sahaja.

friends forever

Tekalah Yang Mana Satu Saya

Nakal Bukan Jahat

Di sekolah dulu, saya agak nakal juga bukan jahat ya. Beberapa kali curi keluar asrama gara-gara hendak makan rojak di belakang asrama punya pasal…sedap sungguh.

Tak balik asrama, pergi melepak rumah kawan. Sampaikan warden datang jemput tengah-tengah malam…adalah yang mengadu tu hehe.

Kena rotan jangan cakaplah sampai berbirat tangan. Warden saya masa itu orangnya cantik tapi nauzubillah garang sungguh.

Satu sahaja saya jenis tidak suka nak ada pakwe masa itu. Biasalah zaman sekolah banyak cinta monyet. Bukan tidak ada yang minat dan saya antara popular jugak dulu disekolah hoho.

Entahlan rasa geli geleman bercinta zaman sekolah. Kawan-kawan saya ramailah yang suka dating, pantang ada peluang.

Kadang-kadang saya kena jadi mak guard diaorang coverline dari kena tangkap dengan warden haha.

Peraturan di asrama saya sangat ketat. Disiplin dan tatatertib pelajar memang diambil berat.

Teringat satu kes warden buat sportcheck, ramai budak aspura kena tangkap sebab hisap rokok.

Sekali tertangkap memang teruk kena dengan warden. Apalagi kena pukul teruk lah pelajar yang kena tangkap dan dipaksa hisap akar kayu sampai termuntah-muntah.

Yang paling teruk masa minum petang diaorang kena baring panjang di koridor dewan. Lepas itu kami budak aspuri kena pijak badan diaorang semasa hendak masuk ke dewan makan.

Ada juga pelajar yang kena buang sekolah.

wakil sekolah bola jaring

Mewakili Sekolah Dalam Acara Bola Jaring

Aktif Sukan Dan Mulanya Berniaga

Saya di sekolah dulu aktiviti ko-kurikulum tidak berapa banyak sangat masuk, lebih kepada sukan.

Budak sukan ini banyak kelebihannya; jadi kesayangan, orang sibuk study kami lepas training duduk melepak rumah guru penolong kanan sekolah merangkap mama kita orang juga.

Habis pokok mangga dia kita orang sapu dan peti ais dia kita selongkar. Ampun mama kira halal ya huhu.

Sampai sekarang saya masih berhubung dengan mama, orangnya kecil sahaja.

Dalam duduk baik-baik tapi dialah ketua warden yang paling digeruni. Nampak sahaja kelibat dia naik bukit asrama habis bertempiaran semua lari ke bilik study.

Senyap sahaja suasana masa itu bila warden masuk. Semua pura-pura belajar. Ada seorang kawan saya kantoi baca buku terbalik haha.

Saya dari sekolah lagi sudah meniaga, beli stok maggi untuk dijual pada kawan-kawan. Masa itu harga sebungkus maggi murah sahaja. Saya jual seringgit sebungkus, modal baru berapa sen, seingat saya 40 sen rasanya….. untung banyak dah.

Kalau dapat balik bercuti satu beg saya penuh stok sebulan.

Satu lagi saya salah seorang AJK Koperasi. Perkakas sekolah tidak perlu risau, ambil sahaja di koperasi haha.

Banyak sebenarnya kejadian terlarang berlaku sepanjang zaman persekolahan saya dulu, tapi cukuplah saya cerita sikit sahaja.

Bila ingat balik kenangan lama ini terasa rindu sangat rasa hendak pergi sekolah balik.

Seronoknya zaman sekolah dulu tak payah fikir pasal kerja, susah payah cari duit untuk bayar rumah, kereta, hutang bank dan macam-macam lagi. Dapat duit lagi mak ayah bagi.

Pada adik-adik yang masih bersekolah nikmatilah zaman sekolah. Inilah kenangan yang pasti memberi seribu kenangan dan makna pada kita bila dewasa nanti.

Paling penting jangan ponteng sekolah, jangan lari asrama, jangan melawan cikgu dan jangan sesekali hidu gam haha.

Belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Suatu hari nanti bila adik-adik dah besar pasti akan rindu suasana zaman persekolahan. Percayalah cakap kakak ni hehe.

                     

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

8 CommentsLeave a comment

  • Bila baca post ni kan. Betul-betul rindu zaman sekolah tau. Tak macam sekarang pula. Memang banyak yang sama pengalaman sekolah dulu. Kadang-kadang mahu nasihat juga budak-budak sekolah sekarang, janganlah buat masalah, masa sekolah la paling seronok. Nanti belajar kat u, kurang seronok sudah. Masa kerja, selalu sibuk.

  • Baiknya ko ye….kenangan asrama yang paling best!…sebab tu aku bagi anak masuk asrama biar dia rasa dan tahu apa itu asrama….hehehe.
    Part yang paling kelakar kena denda kek tiang lampo…kah..kah..kah

    • Baik bebenor…tak leh citer byk2, bahaye katenye ler…hahaha…maunye x ingat..kawan ingat bebenor..kenangan ngan korang ler paling byk..gileekan..kes coke ngan panadol keja zana tu lagi gile kan..satu dorm pengsan..hahaha..memang patut ko antar anak ke asrama biar depa belajar berdikari.

  • Zaman sekolah mmg zaman yg paling seronok. Nakal tak pe janji hormat guru dan tidak lupa pelajaran. Nakal tu yg buat kita seronok sebenarnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest