Kemeriahan Rumah Terbuka Casa Ombak Dan Birthday Adam Faris

Kek Birthday Adam Faris

Masih dalam mood raya lagikan. Mesti ramai yang buat rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, memang tak tahu nak pergi yang mana satu dulu.

Tuan rumah yang buat rumah terbuka Aidilfitri pula tak menang tangan melayan tetamu.

Saya juga tidak terkecuali banyak mendapat undangan rumah terbuka Aidilfitri. Mana yang sempat saya hadirkan diri.

Juadah makanan jangan cakaplah memang banyak dan mewah, tetapi kemeriahan berjumpa dan berkumpul tu yang paling seronok.

Casa Ombak

Rumah Terbuka Casa Ombak @ Ombak Creative

Hari Ahad lepas, Casa Ombak syarikat perkahwinan milik ahli keluarga saya membuat majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Sambil tu kami sambut sekali birthday Adam Faris sebab hari jadi Adam jatuh pada 19hb August.

Kebetulan kami berpindah lokasi perkahwinan yang baru di banglo Jalan Damai Off Jalan Ampang. Kira bisnes warming jugalah, untuk kenalkan lokasi kami yang terbaru ni.

Bermula dari pukul 11 pagi dah mula sibuk dengan pihak media dari majalah Pesona Pengantin dan Inspirasi datang untuk photoshoot tempat baru sambil tu beraya sekali.

Hafiz Rahim dan Family

Ramai juga yang hadir ke majlis rumah terbuka kami tahun ini. Ada yang sanggup redah hujan lebat untuk ke majlis kami.

Blogger pertama yang sampai dulu Hafiz Rahim, wife dan anak yang comel sangat.

Yang kecik tulah adik hafiz ya…hehe

Faizal PJ dan Family

Blogger kedua yang sampai Muhammad Faizal Pj tokey emas bersama isteri dan baby Damia.

Besarnya bunga damia, bagi auntie pinjam boleh tak? hehe

Azman Ishak dan Azman Ismail

Dua top blogger yang mempunyai nama sama Azman Ishak dan Azman Ismail tengah menjamu selera.

Sebelum tu papa-papa blogger popular ni duduk jaga anak-anak, bagi wife makan dulu take turn katanya.

Terserlah sifat kebapaan diaorang ni…huhu

Nurmisnan dan Family

Rakan baik saya, sis Nurmisnan pun turut hadir bersama suami dan anak dara mereka yang cantik sangat.

Psstt… I love your car sis, my idaman tu, kalau I yang drive memang meletooop! hoho

Sis Dayah, encik husband dan anak lelaki yang handsome pun datang juga.

Sedondon serba biru lagi tu.

Kek Birthday Adam Faris

Happy Birthday Adam Faris

Dalam hujan lebat, sambut juga birthday Adam. Achik yang dah basah kuyup gagah juga nyanyi lagu happy birthday untuk Adam.

Untuk mu Adam, ribut petir achik redahkan jugak…huhu

Happy 3 years Birthday Adam Faris. Achik doakan Adam sentiasa jadi anak yang baik dan berjaya bila besar nanti.

Cantik tak kek birthday Cars McQueen Adam. Sedap dan moist sangat, special made by my friend Lina Nik.

Siapa nak order boleh visit fb page Lina’s Cakes ya.

Kek Adam dan Kawan

Kesian Adam tak dapat tiup lilin cuma potong kek aje sebab angin kuat lilin tak mau menyala pulak.

Tapi, takpe esok nya kita orang sambut birthday Adam kat school pulak di Junior Learners Early Development dengan teachers and friends Adam.

Lawak betul tengok gelagat adik-adik cute ni, happy sangat diaorang bila kitaorang jemput KFC chicky buat entertaiment kat school Adam tu.

Sambut Birthday Adam di Sekolah

Terima kasih KFC untuk entertainment dan servis terbaik mereka sediakan dan juga terima kasih for all gifts.

Memang tak rugi order KFC Chicky untuk second celebrate birthday Adam ni.

Terima Kasih dari Adam

Terima Kasih Dari Casa Ombak Team

Mungkin majlis kami tidak sesempurna mana, maklumlah banglo Casa Ombak baru sahaja diubah suai jadi agak banyak persiapan tidak selesai lagi.

Pada semua yang hadir di majlis rumah terbuka Casa Ombak, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekiranya ada kekurangan baik dari segi layanan, tutur kata, makanan dan apa sahaja, kami memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Terima kasih juga kepada uncle & auntie yang susah payah belikan hadiah dan bagi duit raya pada anak bujang kami Adam Faris.

InsyaAllah sekiranya panjang umur, tahun depan kita berkumpul lagi menyambut hari raya bersama ya.

Harap-harap tak adalah yang serik datang lagi ke majlis kami nanti.

Salam Aidilfitri ikhlas dari kami Casa Ombak Team.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

21 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest