Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Awek Jepun Comel

Masyarakat Jepun adalah kumpulan yang paling sosial dan etnik homogen di dunia. Hanya mempunyai satu suku bangsa dan satu agama.

Dari segi pembangunan ekonomi boleh dikatakan Jepun antara yang teratas. Dari segi pelancongan tidak dinafikan Jepun antara destinasi pelancongan utama yang menjadi pilihan ramai pelancong luar.

Dari segi adab dan budaya, Jepun antara negara yang paling tertib dan masih mengamalkan adab dan budaya sebagai cara hidup; baik ketika bekerja, pergaulan, cara makan dan minum.

Tidak hairanlah jika pelancongan ke Jepun menjadi keinginan semua orang. Termasuklah saya sendiri, jika ada pakej pelancongan ke Jepun yang berbaloi, sudah tentu sayapun akan rembat peluang tersebut.

Fakta Tentang Jepun

Walaupun negara kita pernah dijajah oleh Jepun. Kita disarankan pandang ke Timur dalam melihat kemajuan yang dikecapi oleh Jepun sebagai sebuah negara yang maju kehadapan.

  • Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK nominal mahupun pariti kuasa beli.
  • Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC.
  • Merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan pengimport keenam terbesar di dunia.
  • Sebuah negara maju dimana penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi iaitu tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia.
  • Dari segi teknologi, Jepun adalah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

Musim Bunga Jepun

Jepun Destinasi Utama Pelancongan

Apa yang menarik di Jepun sehingga menjadi antara destinasi pelancongan yang utama? Lebih-lebih lagi kalau ada pakej pelancongan ke Jepun yang murah, sudah pasti berpusu-pusu orang nak pergi melancong ke Jepun.

Jepun ada empat musim yang berbeza; iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Memang sebuah negara yang cantik, maju, bersih, tertib dan jelas cara kehidupan mereka yang cepat dan teratur.

Cara budaya dan adab mereka sangat kuat walaupun sebuah negara yang maju dan berteknologi tinggi.

Jika anda ke Tokyo lagi meriah. Merupakan pusat bandar dan nadi pembangunan yang pesat. Sedikit berbeza dengan Osaka yang lebih kepada pusat perindustrian.

Kalau di Osaka ada Universal Studio antara yang terbesar. Di Tokyo pula ada Theme park Tokyo Disneyland. Memang menjadi destinasi utama pelancong jika kesana.

Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan

Saya pernah melancong ke Osaka, Jepun beberapa tahun yang lepas. Anda boleh baca entri Pengalaman Bercuti Di Osaka Japan.

Hampir seminggu disana seolah-olah saya juga terikut-ikut cara mereka. Kalau lama saya tingal di Jepun, mahu saya pun bertukar jadi macam orang Jepun nanti, huhu.

Kita biasa tengok di TV mengejek amalan orang Jepun yang suka angguk kepala haitt…haitt… berpuluh kali setiap kali berjumpa orang macam zaman jepun dulu-dulu.

Dikalangan pelanggan saya ada juga dari Jepun tapi setakat ini tidak ada pula sebegitu. Bila saya sendiri berpeluang ke sana, cara mereka bergaul sama sahaja macam kita. Cuma mereka lebih tertib dan sangat menghormati terutama pelancong luar.

Agak-agaklah diaorang ni kalau nak kutuk pun. Ingat orang Jepun ni tak maju ke bab tu haha.

Amalan masyarakat Jepun dalam menjalani kehidupan harian dengan cepat dan tidak suka membuang masa itu memang kita tidak boleh sangkalkan. Boleh dikatakan waktu bekerja dari jam 9 – 5 digunakan sebaiknya.

Kadang-kadang macam robot pun ada juga. Apa yang mereka buat semua pantas dan laju sahaja. Selepas waktu bekerja atau cuti hujung minggu anda akan lihat perubahan waktu berlaku dimana mereka lebih tenang dan banyak meluangkan masa bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan.

Udara disana juga sangat bersih, tenang dan segar walaupun Jepun merupakan antara negara perindustrian yang terbesar dunia. Jujur saya katakan jauh berbeza dengan Malaysia yang agak sesak dan kelam kabut.

Sushi Makanan Jepun

Tempat Makan Halal Dan Tempat Solat

Dari segi makanan agak susah sedikit sebab banyak restoran tidak Halal. Tetapi anda tidak perlu risau.

Jika anda mengambil pakej pelancongan ke Jepun dengan JBT – Japan Budget Trip, pasti selamat dan mudah kerana dimiliki oleh orang melayu kita. Tentunya jika anda mengambil Pakej Muslim pasti tersedia dalam ittenari tempat-tempat untuk dilawati, hotel, tempat makan HALAL dan tempat solat.

Hendak bercerita tempat-tempat menarik di Jepun terlalu banyak. Untuk dapatkan informasi anda boleh baca di blog JBT yang banyak menulis Travelog in Japan.

Pakej Pelancongan ke Jepun

Pakej ke Jepun PERCUMA

Japan Budget Trip (JBT) ada mengadakan contest untuk blogger yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2015.

Hadiah sangat menarik. Jika anda ingin mencuba nasib, klik sahaja link penganjur.

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati : Travelog.my, Azeni Ahmad, Hawwa Firdaus, Sitizan, eXplorasa, Travel And Foods Blog, Kisahtatie.

Hadiah Utama
1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
1) Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
2) Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
3) Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
4) Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
5) Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Kalaulah menang mesti seronok sebab hadiah utama dapat melancong ke Jepun dan ada hadiah wang tunai bulanan pula tu. Dapatlah merasa melancong secara percuma, selalunya kos kena sendirian berhad… Cepat-cepat join okay.

Kebiasaannya negara yang masih mementingkan adab, budaya, agama dan masih kekal ada peninggalan sejarah yang berusia beribu-ribu tahun akan menjadi tumpuan pelancong.

Kerana pelancong mahu melihat dan merasai sendiri pengalaman bercuti ke negara sebegini. Itu antara sebab Jepun dianggap Destinasi Pelancongan Utama kerana keunikkan amalan dan cara hidup yang unik dan berbeza.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

29 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest