Idea Usahawan Kecil Yang Boleh Dipraktikkan

by Akma Omar on March 29, 2013 · 19 comments

in Business

Bercerita tentang bidang perniagaan adalah satu topik yang memang paling saya minati. Banyak yang saya pelajari terutama daripada rakan-rakan niaga dan ada perkongsian dari pelanggan saya sendiri.

Jika anda minat dalam bidang keusahawan ini memang seronok bila mendengar pengalaman yang mereka lalui sepanjang menjadi usahawan.

Dikalangan rakan-rakan saya sendiri ramai yang berjaya. Bermula sebagai usahawan kecil dengan modal yang minimum sehinggalah berjaya membina empayar yang besar atas usaha mereka sendiri.

Dari mereka saya dapat belajar tip-tip usahawan yang bernas dan praktikal.

Idea Usahawan Kecil Yang Boleh Dipraktikkan

Setiap usahawan mempunyai cerita dan pengalaman pahit manis sepanjang karier niaga mereka.

Contohnya… bagaimana mereka memulakan perniagaan, kesukaran yang mereka hadapi, jatuh bangun, risiko, sukses dan bertahan lama dalam bidang usahawan ini.

Idea Dari Pengalaman Saya Sebagai Usahawan

Sebagai seorang usahawan kecil, antara cara terbaik adalah melihat contoh-contoh yang ada disekeliling kita. Dari situ kita dapat tahu kelemahan dan kelebihan untuk berdaya saing dalam sektor perniagaan ini.

Antara lain menghadiri kursus atau latihan usahawan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sentiasa ada sikap ingin tahu, tidak malu bertanya, peka dengan keadaan ekonomi dan cuba memperbaiki skill perniagaan yang kita ada supaya berkembang.

Malah saya sendiri lebih suka bertanya sendiri kepada mereka yang lebih berpengalaman. Pada saya tip-tip usahawan ini tidak pernah habis untuk kita terokai. Setiap masa sentiasa ada perubahan baru yang kita tidak tahu.

Percayalah jika anda mendampingkan diri anda dalam kalangan mereka yang telah berjaya ini, sedikit demi sedikit anda akan rasa peningkatan dalam mengasah skill perniagaan anda.

Setiap jenis perniagaan ada pasang surut, untung rugi dan risiko. Sebaiknya jangan bersikap terlalu selesa. Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Jadi sebaiknya penuhkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan yang ada supaya kita faham apa maksud perniagaan yang sebenar.

{ 19 comments… read them below or add one }

boni kacak March 29, 2013 at 4:49 am

betul tu. kuncinya jangan malu untuk bertanya. malu bertanya sesat jalan :)

Reply

Akma March 29, 2013 at 10:31 pm

Dan tak kemana kalau malu ni…kan..kan ;)

Reply

Faris Al-Muhandisu March 29, 2013 at 11:11 am

Good tips! Agree! nak berjaya, kne dampingi org yg berjaya jugak :)

Reply

Akma March 29, 2013 at 10:36 pm

Nak maintain kejayaan pun bukan mudah. Lain org lain rezekinya kan…kita belajar dari yang berjaya ni asas yang betul pun cukup dah.

Reply

Faris Al-Muhandisu March 29, 2013 at 10:40 pm

setuju… bukan semua perkara pun terpakai untuk kita. kuasai asas dari perkongsian dgn mereka pun ok. sambil2 cari motivasi jugak :)

Reply

hafiz March 29, 2013 at 11:40 am

nak berniaga memang kena ada ilmu…

Reply

Akma March 29, 2013 at 10:37 pm

Banyak ilmu yang boleh kita dapat, terpulang pada diri kita sendiri macamana nak bentukkan :)

Reply

itdecade March 29, 2013 at 4:24 pm

Buat apa pon yg penting usaha..dah usaha baru tawakkal…untung rugi adat perniagaan…jgn give up…

Reply

Akma March 29, 2013 at 10:30 pm

Apa-apa perniagaan perlu usaha dan tawakal..elok jalannya..InsyaAllah berjaya :)

Reply

Misz Mieza March 29, 2013 at 5:36 pm

Thank sis for the good info.. Saya pun sangat berminat dalam bisnes.. Skang tengah buat bisnes kecil2.. Insha Allah 1 hari nanti nak ada ofis & butik sendiri.. =)

Reply

Akma March 29, 2013 at 10:29 pm

Welcome sis..
Dulu macam-macam bisnes akak buat, ada yg ok ada yg tak..baguslah kalau dah sis dah start dari sekarang, butik bisnes very challenging sebab byk competitors..kena banyak sabar ya :)

Reply

muazfaris March 30, 2013 at 2:29 am

selamat menjadi “usahawan kecil” yang berjaya.

Reply

Akma March 31, 2013 at 9:23 pm

Terima kasih muaz :)

Reply

khairul asrol March 30, 2013 at 5:46 am

malu malu nanti tak tahu. haha

Reply

Akma March 31, 2013 at 9:24 pm

Yer betullll hehe

Reply

Hafizul April 2, 2013 at 4:34 pm

Betul tu akma..belajar dari alam sekeliling..terasa nak berjaya mcam orang yang dah berjaya..hehe

Reply

kamarul September 19, 2013 at 12:24 pm

TQ Akmal dan rakan-rakan ,banyak ilmu yang telah saya dapat .Teruskan mengejar impian anda

Reply

Akma September 20, 2013 at 11:46 pm

Sama2..InsyaAllah sama2 kita mencuba kan :)

Reply

Rina January 9, 2014 at 5:07 pm

Ayah saya dulu memulai bisnis banyak belajar dari boss-nya dahulu kemudian dari semua itu beliau praktekkan dan Alhamdulillah berhasil walau kadang2 saya rada miris karena bisnisnya sering naik turun …
Kalau saya baca dari berbagai sumber, untuk bisa sukses kita perlu menimba ilmu (belajar) dari mereka2 yang telah sukses seperti yang mbak Akma sampaikan
Nice share dan sukses selalu mbak :)
Rina recently posted…How To Create Login & Logout Using MySQL Database And PHP ScriptMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: