Happy Birthday Adam Faris

adam faris 2nd birthday
Yummy my birthday cake...

Dua tiga minggu ni saya asyik buat formal entri je, ada tu entri contest. Dua tiga juga contest yang saya dah turut serta. Bagus juga sekurang-kurangnya ada idea nak update blog, sambil menyelam minum air kan :).

Adakala penat juga otak nak menulis entri yang berbentuk formal ni. Tatabahasa dan cara penulisan sentiasa kena jaga supaya apa yang kita tulis akan sampai kepada pembaca.

Adam Faris

Nama saya Adam Faris, umur saya 2 tahun…

Hari ni saya tak mahu tulis heavy entri, nak santai-santai je. Nak cerita pasal my lovely nephew yang cute and notty, Adam Faris.

Kejap je umur Adam dah dua tahun. 1st year birthday Adam saya ada post entri, 2nd birthday ni terlupa pulak. Sorry Adam… Mana tahu nanti bila dia dah besar dan achik dah tak ada didunia ni atleast he know that I wrote something for him 🙂

Adam is my younger sister son, memang terlalu rapat sangat dengan saya. Sejak Adam lahir saya turut sama menjaga dia, daripada tukar nappy, buat susu, cuci popo dia, mandi, makan, tido and etc. Daripada tak tahu apa-apa pasal jaga baby sampai expert dah sekarang huhu.

adam faris 2nd birthday

Yummy my birthday cake…

This year celebrate birthday Adam 4 kali dan 4 kali tiup lilin. Sejak tu pantang nampak kek menjerit-jerit dia suruh beli, bukan nak makan tapi nak tiup lilin punya pasal huhuhu.

Makin lama makin keluar kenakalannya, ada je benda dia nak buat, budak kalau masuk umur 2 tahun dan bila dah dapat kaki, siap sedialah memang masaklah kita dibuatnya. Kalau bawa dia pegi shopping mall habis satu mall tu dia lari, sampai lembik achiknya ni mengejar, dideranya kita cukup-cukup.

adam faris 2nd year birthday

Yummy birthday cake lagi…

Adam ni kalau kami bawa jalan-jalan dia cukup suka, awal-awal dia dah duduk tunggu depan pintu. Kalau dapat keluar tu macam bahagia sangat dunia ni, nampak ketara dia punya excited. Satu lagi dia obses sungguh dengan kereta, setiap hari perkataan yang sentiasa keluar dari mulut dia ialah car…car…car.

Setiap pagi bangun saje dari tidur dia akan check semua koleksi car dia.

adam faris 2nd birthday family

Birthday cake lagi dan lagi…

Kalau dapat stering kereta lagi teruk boleh sampai sejam lebih terpaksa duduk layan dia, kalau tak layan mengamuk tak ingat punya. Kalau nak bagi dia duduk diam bagi aje stering kereta, dia punya happy sampai ketawa tak henti-henti sambil layan konon-konon dia yang bawak kereta..adeh Adam..Adam.

Tengok anak orang lain ada juga yang suka kereta tapi taklah seobses Adam ni. Yang peliknya umur baru dua tahun, tapi dia dah boleh kenal mana kereta Porsche dan mana kereta Ferrari dan jenis-jenis kereta lain. Ada bagus juga mana tahu bila Adam dah besar nanti boleh ganti Michael Schumacher or Sebastian Vettel  ke…achik tumpang happy je pun cukuplah hehe…

adam faris 2nd birthday school

Wahh birthday cake lagi dan lagi dan lagi dan lagi…

Memang penat melayan keletah Adam ni tapi best sangat, boleh dikatakan masa free saya spend masa dengan Adam je. Sejak Adam lahir Jarang dah saya keluar dengan kawan-kawan.

Kalau bercuti kemana-mana samaada jauh atau dekat memang wajib bawak Adam. Macam rasa lain aje kalau dia takde… 🙂

To Adam Faris,

Achik wish Happy Birthday yang ke-2 tahun.

Don’t notty-notty, don’t fight with mummy, stay cute, be a good boy and always respect papa, mummy and family. Achik doakan bila Adam Faris besar nanti berjaya jadi Perdana Menteri hehehe. 

Love from Achik…
mmuahhh…mmuahhh…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

12 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest