Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Dah lama saya tidak menyertai mana-mana contest. Terbaru ialah contest review lynk.my 2015. Seronoknya join contest ini kerana dapat bersaing dan melihat kemampuan blog kita sekaligus dapat kenal-kenal blog peserta contest yang lain.

Yang penting ialah dapat banyak belajar benda baru, terutamanya dalam membuat review.

Sekarang, satu contest besar anjuran Lynk.my sedang berlangsung. Khas untuk semua blogger di Malaysia. Alang-alang dah berblog tu bolehlah menyertai contest review lynk.my 2015 ini.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah blogger dapatlah hadiah lumayan. Hadiah merupakan wang tunai lebih dari RM4000.00. Memang sangat lumayan. Sesuai sangat digelar contest untuk bonus akhir tahun 2015.

Siapa yang layak menang nanti memang makan besarlah.

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Apa yang menarik terdapat 3 kategori contest yang dipertandingkan dengan senarai hadiah-hadiah yang sangat lumayan dari Lynk.my. Siapa yang tidak cuba memang rugi sebab semua hadiah dalam bentuk wang tunai.

Anda boleh mencuba kategori mengikut kepakaran anda. Jika anda kurang mahir tentang SEO, boleh mencuba kategori TOP lynkUNDI atau TOP Creative dalam membuat review.

Peluang terbuka dan adil kepada semua blogger.

TOP lynkUNDI

  1. Tempat Pertama – RM500
  2. Tempat Kedua – RM300
  3. Tempat Ketiga – RM100

TOP SEO

  1. Tempat Pertama – RM500
  2. Tempat Kedua – RM300
  3. Tempat Ketiga – RM100

TOP CREATIVE

  1. Tempat Pertama – RM1000
  2. Tempat Kedua – RM500
  3. Tempat Ketiga – RM200

Giveaway penyertaan (sponsored by ikedaikami)

50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com.

Paling penting apabila anda menyertai mana-mana contest, pastikan fahami dahulu syarat-syarat yang penganjur tetapkan supaya tiada berlaku kesilapan dan entri penyertaan anda diterima oleh penganjur.

Jangan hanya kerana kesilapan yang anda lakukan sendiri akan menjadi sia-sia sahaja penyertaan anda. Jika berlaku jangan salahkan sesiapa ya.

Klik sahaja DISINI untuk mendapatkan maklumat terus Contest Review Lynk.my ini dengan lebih tepat dan terperinci.

Semua syarat-syarat pertandingan telah dinyatakan dengan terang dan jelas.

review lynk publisher advertiser

Sistem Aplikasi URL Shortener Lynk.my

Kepada yang masih tidak faham apakah fungsi Sistem URL Shortener ini. Saya jelaskan secara terperinci.

Lynk.my adalah satu aplikasi dalam talian yang berfungsi memendekkan URL tetap yang panjang ke url yang lebih pendek.

Lynk™ merupakan satu sistem pemendek url ( Url Shortener ) yang bukan sahaja memudahkan urusan dalam mengingat Url atau alamat web yang panjang malah menjana pendapatan melalui sistem bayaran setiap klik. Sistem ini dianggap supaya dapat memudahkan semua blogger secara umumnya dan secara khasnya untuk pengguna IT di Malaysia.

Sistem ini dilancarkan pada tahun 2014 oleh Hexatology Network bertujuan memberi pilihan kepada pengguna internet khususnya di Malaysia untuk menjana pendapatan secara atas talian – WIKI Lynk

URL yang dipendekkan mempunyai tarikan lebih estetik. Sangat sesuai digunakan untuk jana pendapatan melalui iklan Per klik atau Per view dan affiliate. Memang mudah untuk menarik prospek untuk klik url pendek sebegini.

Ini juga bertujuan memudahkan kita mengingati dan menyembunyikan tajuk link tersebut supaya orang lebih tertarik untuk klik dan ingin tahu lebih lagi isikandungnya.

Cara menggunakan Sistem Link.my sangat mudah. Anda hanya perlu Copy URL yang panjang dan Paste kan ke URL shortening tool untuk mendapatkan singkatan URL yang lebih pendek. Kebiasaannya 10 hingga 20 aksara.

Boleh cuba klik contoh kedua-dua link diatas dan lihat sendiri.

Apabila menggunakan sistem URL Shortener Lynk.my akan bertukar menjadi lebih pendek dalam bentuk aksara sedangkan direct akses Permalink adalah sama.

Saya pasti anda mempunyai akaun Twitter dan biasa melihat link URL yang telah di pendekkan dalam bentuk aksara. Laman Social Twitter mempunyai had limit untuk anda buat tweet. Biasanya setiap Tweet hanya boleh dibuat dalam 140 aksara sahaja.

Dengan menggunakan text post berserta url link yang ringkas dan padat mampu mendapat lebih ramai follower atau prospek, dan menarik trafik atau pembaca untuk mengetahui lebih lagi disebalik url link shortener yang anda kongsikan.

Sistem ini tidak eksklusif atau tertakluk untuk laman social Twitter sahaja. Boleh digunakan di platform laman sosial yang lain seperti Facebook, Pinterest, G+, Tumblr dan sebagainya.

Kelebihan Sistem Lynk.my

Kelebihan Sistem Lynk.my

Melalui Lynk.my, anda boleh membuat pilihan sama ada ingin menjadi Publisher atau Advertiser.

Advertiser – Jika hendak mengupah membuat iklan dengan mana-mana syarikat pengiklanan pasti memerlukan modal yang tinggi. Dengan menggunakan Lynk.my anda boleh iklankan produk atau servis anda sendiri. Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan boleh beriklan serendah RM10.

Publisher – Anda juga boleh memilih menjadi publisher berbayar Lynk.my. Hanya perlu berkongsi tentang sistem URL Shortener ini melalui blog atau laman social.  Tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai publisher. Lebih mudah dan cepat buat duit melalui online.

  • Objektif utama Lynk adalah untuk membantu pengguna mengiklankan kedai, bisnes, event atau apa sahaja. Lebih menarik, trafik Lynk.my juga boleh dikelaskan mengikut Negeri-negeri di Malaysia.
  • Cara pembayaran sangat mudah dan cepat. Hanya menggunakan online banking sahaja untuk membuat atau menerima bayaran. Mereka menerima hampir kesemua online banking yang ada di Malaysia.
  • Sistem Lynk’s Pet, Mr BotBot akan memastikan memantau segala gangguan trafik yang tidak baik seperti web spiders atau proxy yang boleh membazirkan wang pelanggan. Pihak pengurusan akan melayan anda sebaik yang mungkin.
  • Pengguna berdaftar juga boleh melihat secara terperinci statistik, graf dan visitor states (geolokasi) bagi setiap satu shrinked Lynk Url. Anda boleh memasukkan Google Analytics untuk melihat statistik url anda.

Sistem URL Shortener ini selalunya digunakan oleh Internet Marketer, pengiklan, blogger dan peniaga online untuk tujuan pengiklanan tersembunyi atau menjana pendapatan melalui online.

Biasanya Url shortener Lynk.my datang dengan traffic monitors. Ini membolehkan anda untuk mengesan bilangan klik link shortener dalam tempoh masa yang tertentu.

Dengan mengetahui metrik anda boleh mengoptimumkan post anda, dapat mengenal pasti post yang mendapat perhatian follower dan pada dasarnya anda juga akan terus tahu apa link url yang mendapat perhatian pembaca ke blog atau website anda.

Jika search di internet fungsi Url Shortener, terlalu banyak kelebihan dan kebaikkannya.

Anda boleh mencuba dengan cara daftar sahaja di Lynk.my dan dalam masa yang sama, jomlah sertai Contest Review Lynk.my 2015 ni. Mana tahu ada rezeki anda nanti.

Jangan lupa juga KLIK SINI sebagai sokongan anda kepada saya untuk pertandingan ini.

TERIMA KASIH… hehe

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

84 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest