Contest Duit Raya Casa Ombak

Contest Duit Raya Casa Ombak

Bismillahirrahmanirrahim…Sebelum itu, kita panjatkan doa semoga apa yang akan saya hebahkan disini berjalan dengan lancar dan teratur.

Sebelum ini saya banyak menyertai contest anjuran blogger. Kali ini, giliran saya pula menganjurkan contest untuk membalas jasa rakan-rakan blogger yang sentiasa menyokong blog saya.

Disamping itu mempromosikan Buffet Ramadhan Ombak Creative untuk bulan puasa yang akan menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi.

Tanpa membuang masa dengan mukadimah yang panjang lebar…

JOM kita mulakan…

Contest Duit Raya Casa Ombak

Contest Buffet Ramadhan Casa Ombak

Saya harap anda membaca entri ini dengan teliti supaya memudahkan anda memahami semua syarat-syarat Contest.

Contest ini terbahagi kepada dua (2) kategori yang dipertandingkan. Kiranya 2 in 1 contest, bertujuan untuk memberi peluang kepada semua mencuba.

1. Kategori Penulisan Terbaik – Untuk memberi peluang kepada rakan bloggers menulis artikel terbaik.

2. Kategori SEO – Untuk memberi peluang kepada rakan bloggers mengasah skill SEO.

Berlangsung selama sebulan bermula 24 hb Jun – 24 hb July 2014.

Entri contest hendaklah dihantar sebelum 15hb July 2014.

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada semua rakan bloggers di Malaysia.

2. Anda boleh menulis seberapa banyak entri yang anda mahukan dengan hanya menggunakan satu (1) kata kunci/tajuk bagi kedua-dua kategori. Kata kunci/tajuk adalah seperti berikut:

“Buffet Ramadhan Casa Ombak”

3. Walaupun anda join menggunakan banyak blog, tetapi pemenang hanya dikira satu sahaja blog yang terbaik.

4. Panjang entri contest haruslah lebih dari 300 perkataan.

5. Isi kandungan entri penyertaan anda perlu merangkumi…

• Tuliskan sedikit tentang latar belakang Ombak Creative.
• Tuliskan informasi tentang promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak.
• Tulis apa sahaja tambahan yang anda rasakan menarik.

6. Masukkan maklumat berikut didalam entri penyertaan anda:

Tempahan Boleh Dibuat Melalui:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

7. Sila rujuk informasi di artikel ini “Buffet Ramadhan Casa Ombak” dan anda boleh menggunakan semua imej yang ada dalam artikel rujukan tersebut dan gunakan kreativiti anda sendiri.

8. Kesemua peserta layak menyertai kedua-dua kategori. Tidak mustahil entri Contest anda mungkin memenangi kedua-dua kategori ini.

9. Kategori SEO dinilai dari Google.com.my dengan menggunakan kata kunci Buffet Ramadhan Casa Ombak pada 24 July 2014 pukul 11.30 p.m.

10. Diakhir entri penyertaan, wajib diletakkan link penganjur dan penaja.

11. Jika sudi like Facebook page Ombak Creative dan AkmaOmar (dot) com untuk memudahkan anda mendapat informasi terkini.

12. Setiap peserta digalakkan untuk Like/G+/Tweet entri contest ini. Mana tahu nanti ada markah tambahan ker… hihihi.

13. Hantar URL permalink penyertaan anda di Facebook Page AkmaOmar (dot) com diSINI.

PENTING
Artikel contest haruslah original, bukan copy paste. Gunakan kemahiran dan kreativiti anda sendiri dan artikel copy paste serta merta akan dibatalkan penyertaan.

Ini adalah muktamad. Kami amat tegas dalam melihat cara penulisan dan kreativiti yang anda hasilkan.

Hadiah Duit Raya Casa Ombak

Hadiah duit raya untuk pemenang adalah dalam bentuk wang tunai.

Insyaallah… Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang layak sebelum tibanya Hari Raya. Para pemenang wajib mempunyai akan bank tempatan kerana hadiah wang tunai akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.

Juri adalah saya sendiri dan beberapa individu yang terlibat dibelakang tabir.

Kategori Artikel Terbaik

Tempat Pertama
1 x Wang tunai RM 400

Tempat Kedua
1 x Wang tunai RM 300

Tempat Ketiga
1 x Wang tunai RM 200

Tempat Ke Empat
1 x Wang tunai RM 100

Tempat Ke Lima
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Enam
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Tujuh
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Lapan
1 x Wang tunai RM 50

Kategori SEO

Tempat Pertama
1 x Wang tunai RM 500

Tempat Kedua
1 x Wang tunai RM 350

Tempat Ketiga
1 x Wang tunai RM 250

Tempat Ke Empat
1 x Wang tunai RM 150

Tempat Ke Lima
1 x Wang tunai RM 100

Tempat Ke Enam
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Tujuh
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Lapan
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Sembilan
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Sepuluh
1 x Wang tunai RM 50

Harapan Saya…

Saya berharap ramai rakan-rakan blogger sudi menyertai contest pertama anjuran AkmaOmar.com ni.

Sekiranya sambutan menggalakkan, berkemungkinan hadiah wang tunai akan dinaikkan.

Sudilah juga kiranya anda dapat mempromosikan Contest Duit Raya Casa Ombak kepada rakan-rakan blogger yang lain untuk menyertainya.

Kepada semua peserta, keluarkan segala skill yang ada dan manfaatkan pengalaman anda didalam contest ini.

Untuk kategori SEO, kata kunci Buffet Ramadhan Casa Ombak cukup mudah untuk target SERPs kerana bukan keyword permintaan dan tiada persaingan. Akan tetapi, persaingan hanyalah dikalangan peserta contest sahaja. Sebab itu tempoh sebulan sudah cukup memadai untuk keyword yang digunakan hanya oleh peserta contest. Jadi, kelebihan dekat sini ialah peserta yang membuat entri dengan awal.

Jadi, cuba yang terbaik yer…

Sebarang pertanyaan boleh dibuat diruangan komen artikel ini.

Saya ucapkan selamat berjaya dan buat yang terbaik. Semoga contest ini berjalan dengan lancar dan adil.

InsyaAllah…

Sila copy kod html dibawah ini dan letakkan diakhir entri penyertaan anda.

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.comInspired MagazineProfhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD.

*Para penaja tidak dibenarkan menyertai contest ini, tetapi digalakkan untuk membuat promosi diblog anda. Kelebihannya kepada blog anda, cubalah berfikir diluar kotak. Kecuali jika anda menggunakan blog lain.

**Entri ini bukanlah bersifat kekal. Sekiranya ada pindaan atau kemaskini, pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk mengubah kandungan dalam entri ini tanpa sebarang notis.

***Hadiah tunai terkumpul setakat ini hampir RM3000. Lebih kurang seminggu sebelum tutup penyertaan, hadiah tersebut akan dikemaskini dekat sini.

****Syarat contest dan hadiah mungkin akan berubah mengikut kesesuaian…

*****Entri senarai pemenang akan dipublish paling awal pada 25 July 2014 dan paling lewat adalah dalam masa 2 minggu selepas tamat contest. Mungkin senarai pemenang kategori SEO akan diumumkan dahulu. Manakala pemenang kategori penulisan terbaik akan diumumkan dalam masa 2 minggu selepas tamat contest. Sayapun manusia biasa, di musim perayaan ni banyak komitmen lain, jadi saya perlukan sedikit masa untuk senaraikan pemenang kategori penulisan terbaik.

******Hadiah wang tunai pula, pemenang kategori SEO mungkin akan dapat lebih cepat selepas pemenang diumumkan. Manakala kategori penulisan terbaik, ianya bergantung kepada senarai pemenang yang akan diumumkan kemudian dalam masa 2 minggu selepas tamat contest.

Baca Juga:

PENYERTAAN TELAH DITUTUP.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

210 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest