Bercerita tentang bidang niaga yang saya ceburi selama lebih daripada 10 tahun, iaitu Cigar. Seringkali orang bertanya dan merasa pelik tentang perniagaan yang saya jalankan. Bagi yang sudah mengetahui akan faham dan menjadi biasa.
Pengenalan mengenai cigar atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil “cerut” walaupun dikategorikan sebagai bahan merokok, tetapi jangan disalah anggap isi kandungannya, ianya bersih dari sebarang bahan-bahan yang membahayakan kesihatan. Tujuan entri ini bukan menggalakkan merokok, tetapi sekadar untuk pengetahuan am dan berkongsi sedikit tentang bidang niaga yang telah saya ceburi.
Apa itu Cigar atau Cerut
Bila kita sebut CIGAR ramai yang tertanya-tanya apakah itu cigar, dari mana datangnya, adakah ianya sejenis rokok dan apa pula kesan sampingan yang mungkin ada didalamnya?
Cigar atau Cerut adalah sejenis tembakau yang digulung dari bahan tembakau yang telah dikeringkan dan diperam, ianya adalah sejenis tembakau yang bersih dari sebarang chemical, nakotin dan tar bukan seperti rokok. Disini menceritakan sedikit tentang history, asal-usul, bahan-bahan dan cara pemprosesannya. Ada beribu jenama dan jenis pilihan boleh didapati.
Cigar bukan sejenis rokok ianya hanyalah sejenis daun tembakau yang digulung menjadi cigar, cara menghisapnya juga berlainan seperti rokok.
Cigar tidak boleh disedut seperti rokok ianya hanya dihisap dan dikumpulkan didalam mulut kemudian dihembus, ada sesetengah orang tidak mengemari baunya yang sangat kuat.
Antara pengeluar terbaik didunia adalah dari Cuba di kepulauan Carribean. Sejarawan menegaskan bahawa ladang pertama dibangunkan pada abad ke-18 oleh negara Timur Tengah dan beransur-ansur diperluaskan ke negara barat. Ianya merupakan pengeluaran export kedua terbesar untuk negara itu selain daripada gula.
Proses Pengeluaran Cigar
Tiga rantau terbaik di Cuba dimana kualiti terbaik daun tembakau ditanam iaitu Vuelta Arriba, Partido, Semi Vuelta dan Vuelta Abajo ini adalah kerana struktur tanah dan cuaca yang amat sesuai untuk menghasilkan daun tembakau yang terbaik.
Daun tembakau ditanam di kawasan tropika di mana suhu sentiasa hangat, dan kelembapan adalah sangat tinggi maka cara penyimpanan (storage) amat dititik berat untuk menjaga mutu dan kualiti dengan suhu yang sentiasa dipantau.
Dahulu proses pembuatannya mengambil masa lebih 12 bulan sebelum dipasarkan tetapi sekarang kerana permintaan yang tinggi pemprosesannya dikurangkan menjadi 6 bulan. Ini antara sebab juga hasil dan kualiti sedikit terjejas kerana faktor permintaan dan ekonomi. Bagaimanpun kualitinya tetap dijaga dalam proses manufacture dan pengilangan.
Hari ini, kebanyakan cigar dibuat dengan mesin. Setiap langkah proses pembuatannya akan diperiksa untuk memastikan bahawa ia adalah berkualiti tinggi.
Sama ada dibuat dengan mesin atau tangan, pembuatan cigar adalah seni dalam menghasilkan cigar berkualiti tinggi yang tersendiri, setiap pengeluar akan mempunyai kaedah mereka sendiri yang unik dalam menghasilkan produk yang terbaik.
Mengapa Cigar Mahal, Eklusif dan Popular
Proses pembuatan dan pemeraman, penuaan mengambil masa dan sungguh teliti sebelum diproses menjadi cigar.
Ramai beranggapan hanya golongan elit yang mampu dan berminat dengan cigar, memang tidak dinafikan kerana harganya agak mahal. Ianya menjadi salah satu kegemaran dan hobi yang mewah dengan gaya hidup dan melambangkan kemewahan individu tersebut, sekarang ianya agak popular di Malaysia. Kerana ramai yang minat mencuba ada juga cigar untuk golongan medium dan harganya juga tidak terlalu mahal.
Produk tembakau cigar antara barangan import terkawal, maksud terkawal ianya terhad dan dipantau. Kemasukkan barangan ini haruslah melalu proses kastam dan cukai yang tinggi. Ini antara sebab harganya menjadi berlipat kali ganda apabila dijual di Malaysia.
Jika anda Cigar Aficionado, atau baru ingin berjinak-jinak adalah satu kemestian untuk anda mengetahuinya. Apa yang saya tuliskan hanyalah basic info.
Tidak dinafikan merokok merbahayakan kesihatan, entri ini hanya sekadar berkongsi sesuatu yang mungkin ramai tidak mengetahuinya dan ada yang mungkin arif tentangnya yang boleh kita kongsi disini sebagai hobi dan memberi sedikit pegetahuan.










{ 71 comments… read them below or add one }
cerut murah penah test lah tp “mabuk” la sgt – bkn jenis penghisap cerut kot
Yg murah tu sbenarnya xberapa sgt kebykan flavor..silap2 bleh sakit kepala..cer cuba yg Mahal..tkut ketagih nnti
Tapi we all panggil CURUT.. becoz rasa pelik bila CERUT heeee Anyway sis kalau crita indepth mahu scroll sampai bawah huhu.. bagi depa glimpse apa itu cerut .. info terbaik..
Yup Me too call curut, but when i chk the diction in malay call cerut
mmg btul klu story all menjela2 hehe..so basic kan je lah by point.
Kat terengganu pun org panggil cerut…
Janji bunyi sama kan hehe
Suka curut, tapi yang mahal tak mampu, duk beli kat Seven-E jer, Harvest, tapi kecik, suka cherry flavor
Setuju, mmg addicted sebab sedap & wangi.
Hehehe…yg kt 7E made in america bukan cuban, harvest is sweet cigar, main distributor is my friend local malay tu
seronok saya baca entry ni..nice to know,nak mencuba buat masa ni belum ada kemahuan lagi..takut sakit tekak
Sekadar berkongsi, percubaan pertama memang akan sakit tekak. Saya pun tak suka sebenarnya tapi dah rezeki kesitu nak buat camne kan..hehe tq visit my blog
boleh ketagih ke kalau kita hisap cerut?tringin nak cuba.
perempuan ada test tak cerut nie?tgk page nie tringin pula nak cuba.Dulu skali ja try tu pun cerut cap teko berpusing dunia rasanya maklum lah x penah hisap tapi layan sampai abis ok juga.nak hisap lagi tapi malu
X ramai perempuan smoke cigar, kalau ada pun mcm main2 je, i think not suitable tuk perempuan smoke cigar
apasal nak malu pulak, some people think hisap cigar ni mcm poyo2 kan hehe…jgn fikir camtu..
Mungkin u sedut mcm rokok tu yg pening..heheh
memang ada my customer yg ketagih, kebanyakkan yg smoke cigar diaorg x hisap rokok..itu nmpk ketara perbezaannya.
cerut mahal dijamin x masuk benda2 dilarang contoh direndam dlm arak ke? maaf bertanya sbb kena ambik tahu juga.kalau oder sebatang boleh antaq ke?mesti mahal pa.tringin juga nak jadi penagih tegar curut takat poyo2 ja mana best hehe.nk hisap curut kg cap teko pun payah dpt dipasaran dah.Hisap sekali ketagih pula
Mostly cigar tidak direndam atau diperam dengan arak, selama yang saya tahu sekiranya ada kandungan alcohol akan di labelkan..tetapi di Malaysia memang xde jual tapi xtahu lah company lain, cigar distributor kat msia ni tak ramai so kita boleh tahu. Melainkan tidak dinafikan ada smoker cigar celup cigar diaorg dgn alkohol..maksudnya bukan isikandung. Terpulang pada individu tu sendiri
Kita tak buat delivery, you boleh visit our shop kamelah tobacco house branch atau mana2 retail shop, mostly shopping mall ada jual.Like me i more to distributor deal dgn supplier je and special events.
Hehehe cigar ni bukan tahap kritikal ketagih nya, most customer saya pun occasionally je diaorg smoke. Anytime you boleh stop bukan mcm rokok. Selamat hari raya ya.
thank u your infomation.kalau ada kemusykilan saya tanya lagi,boleh na.selamat hari raya juga saya ucapkan
yw..InsyaAllah mana tahu sya akan cuba jawab…sama2 kita sharing..tq visit blog ni na
ok tima kasih..
boleh tanya ada gambaq budak dok ngan akma,anak ke?
Hehehe…bukanlah tu my nephew, my litt sis son.. Kesayangan achiknya ni.
ngat anak sory ye..bujang lagi lah ni?sebenarnya akma buat bisness apa?bukan cerut ja kot
Its ok
adalah buat few others thing..tapi major cigar lah..Kecil kecilan je.
bidang u pilih ni unic sgt.minat dari segi mana yg rasa nk buat perniagaan nie.
Unik ke..hehe..starting keja dgn cigar company, pelahan2 minat dan nmpk ada potential so try buss sendiri..tapi database kena ada juga. kalau u nak tahu majoriti yg jual cigar ni perempuan..hehehe
patut lah minat,,btul ke perempuan.ngat awk sorang ja yg jual.ni x tidoq lagi tengah rancang marketing pula ke
tobacco house branch kedai u punya ke?
I dah x incharge retail lg, most kita dh franchise kan.
franchisenya dkt alor setar ada tak
kalau tiada x sampai hajat lah hehe.
Alor setar xde retail shop, biasa kat hotel2 ada jual, yang paling senang beli kat langkawi kat sana pun ada supply, harga pun murah sebab duti free
cam tue ke,ok trima kasih.cik akma umur brapa?
16 hahahaha
bila dah jual curut mesti dah dpt gelaran akma curut kan hehe
emm patut lah uban x dak g.haha
betoi ke photo awk ni.nampak ayu trang tang tang.
Tu bukan saya…mak cik saya huhu
akma pi oversea ke
Saya selalu pegi sea hehehe
photo kecik ngan photo ditepi laut orang yg sama ke?
Wahhh smpai photo tepi laut pun tgk ke…hahaha
emm cam tu lah korek punya korek kluar lah gambaq seksi di tepi laut tu haha.
Ishh bila plk saya bergambar seksi…xbaik ooo
cik akma saya nk berkawan blh?
x seksi pun gurau ja
Pernah ketagih cigar….mmg syok,asap mmg busuk tapi rasa nya hmm…tapi sekarang saya dah stop dari ambil sebarang asap
kalau smua berhenti cigar bisness awk merudum lah.
Rezeki ada dimana2
sy nak lah…
Saya nak dapatkan pipe you Ada supply tak. Kalau Ada boleh email pada sy.
Memang kita ada supply pipe,pipe selection dan design terlalu byk, seeloknya you pegi sendiri so u boleh pilih mana yg sesuai.di kamelah tobacco house One utama dan sunway pyramid the biggest pipe selection u boleh dapat:)
paip pun ada supply juga ingat cigar ja yang ada.nak tanya sikit.kedai nie yang awk punya atau awk masih bekerja dengan org
Akmal sy hari sy Ada minta email pipe collection. Sy minat model falcon sekiranya you Ada stok. Sy try search kat google kalau ade. Sy bank in you post boleh tak? Sy bukan apa kurang motivasi sikit kalau setakat pergi kl semata mata nak beli pipe.
falcon kita xde, u visit website ni http://www.kamelahtobaccohouse.com/ u boleh tgk sellection bahagian pipe. kat situ byk pilihan and u can order from there
ruangan nie slow dah mungkin org kurang hisap cigar.saya pula baru start hisap cigar ja cik akma.saya pun pelik sebab tringin sangat nk hisap,sebelum nie saya x pernah smoking pun.dulu sekali ja try x ketagih,la nie x kena cigar x blh pula.kategori penagih ke?hisap cigar kg ja cam mana blh lekat nie.
Hehehe…bahaya dah ni kalau dah smpai ketagih..actually cigar tu boleh hilangkan ketagih tu…caranya senang je.. berhenti beli..huhu
cam tue ke…tgk lah bagi abis 10 bungkus stok nie dulu nanti kita berhenti beli hehe.
Hehehe…byk jugak bli stock ya.
sehari 10 batang cigar saya hisap.takut stock x ada sbb tu simpan byk2.mmg saya x blh nk berenti dah.tringin lama dah nk hisap tapi malu,bila cik akma bagi semangat nk hisap malu apa jadi saya try rasa best lh pula.hisap pun sembunyi2 ja malu dkt org..maklum lh cigar kg cap teko ja.kalau yg mahal x mampu saya.
cigar ni bau kuat sampai satu rumah.
biar busuk janji sedap rasanya haha
Nice article. Saya pipe smoker. Byk kali juga try cuban cigar ni. Tu pun kalau boss pelawa. Nak beli selalu mahal pula. Ada tak mana2 tempat yg jual handmade cigar? Kalau boleh yg local la. Kalau takde memang kena beli daun tembakau buat sendiri la jawabnya. Haha
Tqvm..Handmade cigar banyak dijual, mostly cuban cigar semua handmade bukam machine made. Kalau u kat KL sunway, mid valley, pavillion, one utama n most kat hotel ada
memang tak dinafikan cuban cigar ni mahal hehehe.
forum nie dh ditutup ke cik akma?x dk ulasan dah.pencinta cerut cm saya x dk tempat nk berkongsi cerita dah
Assalam en. Zul
Lama menghilang
Hahaha tak penah tutup…silalah komen kalau ada apa2 pertanyaan atau ada nak di kongsi
wsm.tima kasih cik akma sudi layan lagi.tahniah ari tue menang bloger terbaik.teruskan usaha anda.Terlewat dh saya ucap pun tapi x pa nk bagi awk bersemangat lagi hahaha
kontes panduan blogger awk nampak simple tapi padat.terbaik…insyaalah tunggu kejayaan
Terima kasih…dah berkarat award tu dah hahaha
Cuba nasib je kontes tu
aik nampak semangatnya cik akma talk politik.Cara ckp mcm kita satu geng pun.Sya org kedah jiwa masih sedih lagi.
Hehehe tak minat sangat pun..tapi dah ada yang komen jadi bagi pendapat sendiri je tu