Adakah Anda Blogger Yang Dikagumi?

Blogger Yang Dikagumi

Setiap blogger mesti ada blog yang dikagumi yang menjadi sumber inspirasi dan dijadikan sebagai blog panduan.

Kalau kita nak senaraikan blogger hebat, bukannya sedikit ada di Malaysia ni kerana kategori niche blog pelbagai. Hebatnya sesebuah blog bergantung kepada kelebihan dan kepakaran yang mereka tonjolkan.

Blogger Wanita Yang Dikagumi

Kali ini saya senaraikan Blogger Wanita Yang Dikagumi pula. Blog mereka ini yang sering saya baca dan merupakan rakan blogger yang banyak berkongsi ilmu dengan saya.

Malah di blog mereka juga banyak input berguna yang anda boleh dapat.

RedMummy

Siapa yang tak kenal RedMummy. Antara blog wanita terbaik dan mempunyai fan yang ramai. Hasil pendapatan blog sangat tinggi.

Ramai pengiklan yang berebut nak beriklan di blog beliau. Kalau nak rujuk cara buat duit dengan blog, tiada siapa boleh nafikan blog beliau paling berjaya.

RedMummy telah membuktikan dengan hanya menulis blog boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Tetapi cuba tanya beliau, mudah atau tidak ketika mula-mula hendak menapak dan membina jenama. Saya pasti mahunya panjang menjela-jela nanti.

Bukan mudah hendak naik seperti blog beliau. Menuntut komitmen yang tinggi dan usaha tanpa henti.

DiaryMama

Seorang ibu, blogger dan usahawanita. Itulah dia blogger DiaryMama. Seorang yang memiliki semangat dan kesungguhan yang tinggi. Sanggup belajar tanpa henti. Blogger muda pun kalah tau.

Blogger dan Pengedar produk kecantikan dan kesihatan yang bersemangat dan rajin. Sikap keusahawan beliau itu yang saya respek sangat. Dalam diam pandai buat duit tu.

Kenali dahulu, saya percaya anda akan senang dengan cara beliau.

KongsiBersamaNora

Ada ke yang tidak kenal dengan blog KongsiBersamaNora. Blogger lama dan dikenali ramai ni. Kakak nowa ni tegas tau haha.

Niche blog personal dan kesihatan. Banyak berkongsi pelbagai petua moden dan tradisional. Niche kesihatan skop sangat besar. Pelbagai kategori yang boleh anda masukkan.

Nak belajar buat duit dengan blog boleh rujuk blog beliau. Antara yang berpengalaman dalam pengiklanan blog, affiliate dan review/advertorial.

Nadot.My

Blog beliau pasti ramai yang kenal. Lama juga dalam bidang blogging. Seingat saya selama saya mula aktif blogging, blog beliau sudah wujud.

Blogger dan Internet Marketer yang berpelajaran tinggi. Kini, sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Edinburgh, Scotland.

Siapa kata blogger tak berpelajaran. Dikalangan rakan blogger wanita yang saya kenali ada pelbagai kerjaya yang besar. Ada yang doktor, guru, pegawai kastam, usahawan dan pelbagai lagi.

Jangan ingat blogger tak pergi sekolah ya huhu.

SyuhadaBaharudin

Sebelum itu kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah sis SyuhadaBaharudin, seorang rakan blogger yang sangat rapat dengan saya. Beliau telah kembali ke Rahmatullah beberapa bulan yang lalu.

Saya kongsikan blog beliau bersebab. Siapa yang kenal arwah sis Syuhadah akan tahu cara beliau menulis dan apa yang ada didalam blog beliau.

Arwah seorang usahawanita yang berjaya, banyak berkongsi tip-tip perniagaan dan motivasi. Malah banyak membuat projek amal.

Pandangan pertama, apabila masuk sahaja ke blog beliau, anda akan nampak satu blog yang kemas dan professional. Simple dan minimal, kena dengan keperibadian beliau yang lembut dan sentiasa bersederhana. Tetapi baca pengisian yang ada didalam blog itu.

Salah satu contoh blog yang memang saya saran untuk anda jadikan rujukan kerana cara penulisan beliau yang sangat kemas dan tertib. Antara blog yang mempunyai cara penulisan yang terbaik.

Ramai sebenarnya blogger wanita yang dikagumi selain nama diatas. Antaranya blog PenMerah, kak Kujie, Yanmie.com, PuanBee, Ruby.com, Fatin Liyana, CikEpal, Cikgu Roshidayu dan ramai lagi.

Kenapa Saya Senaraikan Blogger Wanita

Siapa kata blogger wanita tidak ada yang hebat, banyak apa… Blogger lelaki terlalu ramai yang dah disenaraikan. Bagi peluanglah blogger wanita pula haha.

Saya kongsikan senarai Blogger Yang Dikagumi diatas adalah bertujuan untuk berkongsi kepada anda antara nama bloggers yang mungkin boleh dijadikan sebagai mentor.

Senarai diatas boleh dikatakan antara blogger wanita yang sama naik dengan blogger lelaki dan juga mereka sering berkongsi ilmu dan pendapat dengan saya.

Sebenarnya tidak kira blog lelaki atau wanita yang paling penting lihat cara mereka berkarya, berkongsi dan menguruskan blog secara konsisten. Blogging bukan untuk tujuan popular, glamer atau hendak buat duit semata-mata.

Semua bermula dengan minat dan perlu ada matlamat untuk berjaya secara berperingkat-peringkat. Jika anda awal-awal sudah fikir hendak buat duit sahaja. Percayalah tidak akan berjaya kerana bukan mudah jika awal-awal tidak disemai dengan minat.

Jangan berhenti belajar. Lama kelamaan secara semulajadi anda akan dapat nampak banyak cabang tersembunyi dengan hanya menulis blog.

Nasihat saya juga kepada blogger baru. Pandang blog anda sebagai aset yang berguna dan boleh dibanggakan. Cuba hasilkan yang terbaik. Bidang blogging sangat luas untuk anda explore. Mungkin lambat tetapi percayalah jika anda berusaha akan nampak hasilnya.

Entri yang panjang menjela ni saya tulis sebagai sokongan contest anjuran rakan blogger. Ramai jugakan senarai bloggers yang saya tulis ni hehe.

Tujuan utama saya adalah berkongsi sesuatu yang mungkin boleh memberi manfaat dan blog-blog ini boleh dijadikan rujukan kepada anda semua.

Kepada semua rakan-rakan blogger jom sama-sama sertai contest ini. Sambil bertanding anda boleh kenal banyak blog terbaik dari semua entri peserta.

Hadiah pun menarik sangat. Masih ada masa lagi…

Oh ya… jangan lupa sertai contest Bonus Akhir Tahun anjuran blog saya juga ya hehe. 

Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

103 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest