Mahir Bacaan Al-Quran Serta Tajwid Al-Quran Dengan Mudah

Bacaan Al-Quran

Al-Quran adalah Kitab petunjuk bagi umat manusia. Membaca Al-Quran bukan hanya untuk ganjaran seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT, tetapi membaca Al-Quran untuk membersihkan hati.

Belajar dan memahami bacaan Al-Quran adalah untuk mengukuhkan dan membersihkan hubungan kita dengan Allah SWT. Sebagai umat Islam… Saya tahu ramai yang boleh membaca Al-Quran, dari yang kecil sehingga yang sudah dewasa.

Membaca Al-Quran adalah tuntutan yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam tidak mengira umur, jantina dan pangkat. Tetapi kebenarannya masih terdapat sebilangan besar yang membaca Al-Quran tetapi tidak mendapat bimbingan sepenuhnya cara bacaan Al-Quran yang betul.

Sejak kecil kita diberi didikan oleh ibubapa dalam mengenal dan membaca, bermula dengan Muqaddam kemudian Al-Quran. Saya pasti anda semua pernah ke kelas mengaji Al-Quran.

Dizaman serba moden ini, ramai yang tidak mempunyai masa belajar memperbaiki bacaan Al-Quran. Malah untuk anak-anak kita hanya menghantar mereka ke kelas mengaji tetapi tidak mempunyai masa untuk menyemak atau mengajar anak-anak cara bacaan yang betul.

Belajar Al-Quran di sekolah agama atau kelas mengaji masih tidak mencukupi dan perlu juga diamalkan dirumah bersama seisi keluarga.

Al-Quran Dengan Bacaan Dan Tajwid Yang Betul

Al-Quran adalah kitab yang perlu dibaca beserta dengan Tajwid.

Tajwid adalah untuk kemahiran membaca dan merujuk kepada peraturan yang mengawal sebutan dengan betul semasa membaca Al-Quran.

Pembelajaran Tajwid Al-Quran memerlukan komunikasi dua cara antara pelajar dan guru yang mahir.

Dengan teknologi yang ada sekarang, terdapat digital Al-Quran membolehkan anda mempelajari dan membaiki bacaan Al-Quran serta Tajwid Al-Quran dengan lebih mudah dan teratur. Ianya senang dibawa kemana-mana malah dapat juga membimbing anak-anak belajar cara membaca Al-Quran.

Digital Al-Quran antara cara mudah belajar membaca Al-Quran secara bertajwid dan berperingkat.

i-FURQAN Digital Quran Tercanggih

Mahir Bacaan Al Quran Serta Tajwid Al Quran Dengan Mudahi-Furqan Digital Quran secara asasnya ia adalah sebatang pen khas.

Bila diletakkan matanya pada ayat-ayat Al-Quran, ianya akan mengeluarkan sebutan bacaannya.

Sebutan bacaan Al-Quran yang keluar merupakan bacaan dengan tajwid yang betul.

Dengan cara ini samada anak anda mahupun anda sendiri boleh menyemak bacaan tersebut.

Membantu anda belajar bacaan Al-Quran berserta Tajwid yang betul dengan mudah. Alat ini akan membaca ayat yang ditunjukkan sahaja maka dengan ini memudahkan anda untuk menyemak bacaan.

Melalui alat yang sangat berguna ini, ianya dapat memudahkan anda dalam mengajar anak-anak anda untuk membaca Al-Quran dengan bacaan serta tajwid yang betul.

Fungsi i-Furqan Digital Quran

  • Mampu membantu meningkatkan dan memperbaikkan bacaan Al-Quran dengan lebih baik.
  • Menyemak, memperbetul, dan meningkatkan mutu bacaan serta tafsir Al-Quran.
  • Membantu serta memudahkan anak-anak untuk menghafal bacaan ayat-ayat Al-Quran.
  • Boleh juga digunakan berulang-ulang sehingga mendapat sebutan bacaan Al-Quran yang betul.
  • Dapat menghafal Al-Quran dimana sahaja anda berada.
  • Membantu untuk membaca dengan tajwid yang sebenarnya kerana ianya dibaca oleh qari-qari yang terkenal.

Bagi saya, i-Furqan Digital Quran cukup berguna kerana dapat membantu bakal-bakal jemaah Haji dan juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada sanak saudara, rakan-rakan atau anak-anak anda.

Mahir Bacaan Al Quran Serta Tajwid Al Quran Dengan Mudah

Kelebihan Set I-Furqan Digital Quran

Terdapat 4 pilihan bacaan daripada Qari yang masyhur seperti:

  1. Sheikh Saad Al-Ghamidy
  2. Sheikh Mohammed Siddiq Al-Minshawi
  3. Sheikh Abdullah Al-Khulaifi
  4. Sheikh Abdul Rahman As Sudais

Dan kelebihannya…

  • Mempunyai terjemahan ayat dalam Bahasa Melayu.
  • Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi. Bunyi bacaan Al-Quran yang jelas akan memudahkan anda.
  • Boleh mendengar melalui speaker pen reader atau earphone tanpa menganggu sesiapa.
  • Mesra pengguna, mudah dibawa dengan beg eksklusif yang direka khas.
  • Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia. Dijamin keasliannya.
  • 4 GB built in memory dengan sokongan Mirco SD
  • Menggunakan “Lithium Built in Baterry”. Bateri ini boleh dicas semula.
  • Boleh rekod/rakam suara bacaan kita untuk dibandingkan dengan qari yang terpilih.
  • Kandungan Set Lengkap Al-Quran.

Antara Keistimewaan i-Furqan Digital Quran yang lain…

  • Manual Quran Read Pen
  • Muqaddam Digital
  • Manual Doa Haji Umrah
  • Penggunaan Surah Index Digital
  • Manual Speed Bacaan

Hadis dari Rasulullah s.a.w…

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Semaikan perasaan taqwa kepada Allah Swt kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah Nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.

Kita hendaklah membaca, memahami, mendalami dan menghayati isi kandung Al-Quran kerana ia bukan diturunkan oleh Allah SWT untuk dijadikan perhiasan.

Banyak faedah yang besar bukan sahaja mendapat pahala dan keredhaan dari Allah SWT tetapi juga kebaikkan dalam kehidupan seharian kita.

Sekiranya kita dapat membaca satu surah sehari sekali sudah memadai.

InsyaAllah sekiranya kita amalkan ianya akan menjadi kebiasaan dan jadikan rutin harian dalam meningkatkan dan memperbaikkan bacaan Al-Quran dengan lebih baik lagi.

Mahir Bacaan Al Quran Serta Tajwid Al Quran Dengan Mudah

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

39 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge