Aura White Beauty – Minuman Kecantikan & Kesihatan Terbaik 2013

by Akma Omar on May 26, 2013 · 45 comments

in Beauty, Health

Aura White Beauty Pure L-Glutathione Collagen merupakan supplement produk minuman kecantikan dan kesihatan yang terbukti berinovatif dan berkesan mengubah kulit anda menjadi cerah dan gebu dalam masa 7 hari.

Aura White sesuai digunakan untuk wanita supaya memiliki kulit yang cantik dan ianya juga boleh digunakan untuk orang lelaki.

Anda tidak perlu membuat suntikan yang menyakitkan seperti botox atau lazer yang memerlukan kos yang mahal dan menyakitkan.

Kandungan Aura White Beauty Collagen yang semulajadi dan digabungkan dengan teknologi yang baru bagi meningkatkan tahap kulit dan kesihatan luaran dan dalaman.

Aura White mengandungi 400,000 mg dos kolagen dan Gluta yang sangat tinggi berbanding dengan meal supplement yang ada dipasaran, oleh itu menjadikan ia yang paling berkesan dan berhasil.

Produk berteknologi Jepun ini amat sesuai untuk kulit Asia.

Aura White Beauty Collagen merupakan sejenis produk minuman kecantikan dan kesihatan inovasi terkini yang menggabungkan 3 stem sel dari tomato, epal dan roselle bersama Glutathione dan Tilapia collagen.

Selain daripada mampu memberi kulit kita cantik, putih, cerah dan gebu; Aura White juga memberi penjagaan kesihatan dalaman badan kita.

Aura White Beauty   Minuman Kecantikan & Kesihatan Terbaik 2013

Kandungan Ramuan Yang Berkualiti Premium

Diformulasikan dengan gabungan hydrolyzed tilapia kolagen, L-glutathione, vitamin C, triple stem cell phytocelltec dari tomato, epal dan roselle, hyaluronic acid dengan bahan semulajadi lain seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, papaya, sarang burung, astaxanthin dan pinebark.

Aura White mampu bertindak tiga kali ganda mencerahkan kulit dan memperbaiki struktur sel kulit.

Kesannya ketara dapat dilihat selepas 14 hari.

Dengan formulanya yang lengkap, ia mampu membantu melambatkan proses penuaan kulit, serlah kecantikkan kulit, memulihkan sel tisu dan kurangkan radang kerana diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi.

Aura White sedap diminum dan berperisa lemon berry yang membekalkan khasiat yang tinggi untuk kesihatan dan kecantikkan.

Tiada bahan tambahan gula, bahan pewarna, pengawet atau perisa tiruan. Ianya 100 % semulajadi dan selamat. Bebas hormon, steroid dan bahan kimia.

Sesuai juga sekiranya anda mempunyai masalah keguguran rambut atau kerosakkan sel rambut.

Anda disarankan mengambil minuman Aura White Beauty Pure L-Glutathion + Tilapia Collagen + Vitamin C + Hyaluronic Acid + Triple Stemcell Phytocelltec.

Disamping memberi rambut anda sihat, malah kulit akan menjadi lebih cerah, putih dan gebu.

Aura White Beauty   Minuman Kecantikan & Kesihatan Terbaik 2013

Kelebihan Aura White Beauty Collagen

Kesihatan luaran dan dalaman harus stabil dan sihat. Sekiranya anda hanya menjaga luaran sahaja tetapi dalaman bermasalah, tidak berguna walau semahal manapun produk supplement yang anda ambil.

Tubuh badan yang keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka menjadi kusam dan badan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.

Dengan Aura White Beauty, anda akan lihat kesan yang menakjubkan dalam masa 7 hari setelah anda mengamalkan minuman berkhasiat ini.

Kandungan nutriennya yang tinggi amat sesuai bagi ibu yang sedang mengandung dan meningkatkan penghasilan susu badan ibu.

Kesannya pada bayi yang menyusu badan memberi kulit bayi cantik dan sihat.

Aura White Beauty   Minuman Kecantikan & Kesihatan Terbaik 2013

Kebaikkan Aura White Beauty Collagen

  • Gabungan antioksidan yang hebat ini sesuai untuk lelaki dan wanita.
  • Memulihkan kulit yang rosak dan bermasalah seperti tompok hitam, parut, kedutan dan kulit yang kendur, kulit kering, jerawat, jeragat dan kusam.
  • Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan.
  • Mampu mengurangkan kedutan dan garis halus di muka.
  • Mengurangkan kesan rekahan dikaki.
  • Struktur rambut semakin sihat, lebat, halus bersinar tebal dan perkuatkan kuku supaya kelihatan cantik dan anjal.
  • Mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan tenaga agar lebih aktif.
  • Wajah semakin berseri tanpa perlu membuat suntikan kolagen yang memakan belanja besar.
  • Mengatasi masalah sembelit dan pembersihan sistem dalam badan berlaku secara spontan.
  • Mampu mengurangkan dan merawat penyakit Enzema dan Prorisis.
  • Dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan menjadi lebih sihat bertenaga.

Cara Membeli Aura White Beauty Collagen

Aura White Beauty Pure L-Glutathione Collagen adalah satu produk minuman kecantikan dan kesihatan yang amat laris dipasaran.

Anda dinasihati mendapatkan produk Aura White yang asli.

Harga sebenar Aura White Beauty Collagen adalah seperti berikut…

  • RM150.00 untuk Semenanjung Malaysia – Free pos.
  • RM155.00 untuk Sabah dan Sarawak – Free pos.

Setiap pembelian akan dapat free Shaker + Free masker + Mystery Gift.

Harga telah ditetapkan oleh syarikat pengeluar Aura White Beauty Collagen sendiri.

Sekiranya anda membeli Aura White dengan harga yang lebih murah, ianya dikhuatiri produk yang anda beli tidak asli dan tiruan.

Jadi, dapatkannya dari pengedar yang sah.

Untuk mendapatkan Aura White Beauty Collagen, anda boleh membuat pembelian dengan saya. Hubungi saya; AkmaOmar (013-2680001) atau anda boleh email saya diruangan contact blog ini.

Jom Beli Aura White Sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman kecantikan dan kesihatan terbaik yang terbukti berkesan dalam mencantikkan kulit anda supaya lebih cerah dan gebu.

{ 45 comments… read them below or add one }

azrijohan May 26, 2013 at 11:13 am

ramai juga yang menggunakan produk ni dan kesannya memang ketara :D

Reply

Akma May 26, 2013 at 6:39 pm

Aah akak pun dapat feedback baik dari pengguna..sebab tu akak cuba jadi dealer pulak huhu

Reply

Neu May 26, 2013 at 6:26 pm

produk terbaik dan terlaris setakat ini. trusted seller

Reply

Akma May 26, 2013 at 6:54 pm

Kena tulis gak part tiruan tu supaya orang tau jangan main belasah beli aje…betul kan Encik Zam hehe

Reply

afif May 26, 2013 at 7:12 pm

wa,dah ade bisnes baru..heehe..memang tengah laku produk ni…

Reply

Akma May 26, 2013 at 11:05 pm

Cuba2 je dik…nampak produk ni bagus..akak particular sikit kalau nak kual produk kecantikkan ni..takut ada site effect..so far produk ni
testimonial good :)

Reply

Zie Fauzi May 26, 2013 at 10:07 pm

semoga sukses ye sis…

Reply

Akma May 26, 2013 at 11:03 pm

Thanks sis…cuba bisnes kecik-kecik je ni. Hehe

Reply

lekatlekitgurl May 26, 2013 at 10:47 pm

saya pun baru try 1 jar tapi saya dapat harga murah dari tu sebab saya ambil 4 jar.. seminggu guna tu memang dah nampak kesan cerah pada kulit. tapi saya ambil sekali dengan vitamic c maixara

Reply

Akma May 26, 2013 at 11:02 pm

Memang feedback orang yang dah guna semua kata ok..hati-hati kalau beli murah tu..unless dari trust dealer :)

Reply

lekatlekitgurl May 26, 2013 at 10:58 pm

kalau boleh bagi tips macam mana nak bezakan yang asli dengan yang tiruan pun bagus jugak

Reply

Akma May 26, 2013 at 11:01 pm

InsyaAllah nanti akak cuba buat..akak baru cuba jd dealer ni..sebelum ni akak buat review je..bila akak dapat feedback baik dari pembaca yang beli baru akak try bisnes ni pulak..

Reply

Izzuddin Fauzi May 26, 2013 at 11:10 pm

Sesuai untuk lelaki tak?

Reply

Akma May 26, 2013 at 11:12 pm

Yup sesuai tuk lelaki dan perempuan…kalau yg pregnant pun boleh minum sbb base berry elok tuk kulit baby :)

Reply

Asyrof Asri May 27, 2013 at 12:34 am

Konfem 100% saya akan beli nanti. :)

Memandangkan kak Akma dah jadi reseller, insyaAllah … nanti saya beli dari kak ya. :)

Thanks. :)

Reply

Akma May 27, 2013 at 1:53 am

Hehehe terima kasih..cuba bisnes baru secara kecil kecilan je

Reply

Asyrof Asri May 27, 2013 at 9:23 am

Hahah! … Bisnes kecil-kecilan bagi akak Akma maybe boleh cepat naik sebab kak dah banyak ilmu bisnes & pengalaman. :)

Tak sabar nak lihat penulisan kak Akma di Majalah Niaga dot com pula.

Sebab akak boleh tulis dengan penulisan Bahasa Melayu penuh dengan baik. Beza dari blogger lain. :)

Jadi akak ada bisnes, konfem retis!! ..

Saya dah recomend-kan pada pihak Majalah Niaga, tak tahu sampai sekarang diorang tengah usha lagi kot penulisan kak Akma sebelujm kak masuk pasaran sana. :)

huhuh … Tahniah … :)

Reply

Bedak Arab May 27, 2013 at 5:14 am

Memang aura white memang tgh top sgt2 ni…
Jom cuba bedak arab plak :)

Reply

Akma May 28, 2013 at 2:40 pm

Yup tengah hangat dipasaran :)

Reply

Kimi May 27, 2013 at 10:26 am

Bisnes baru ye… Jom support local ent.

Reply

Akma May 28, 2013 at 2:40 pm

Baru nak mencuba-cuba je..hehe

Reply

yusep sugianto May 27, 2013 at 1:41 pm

Sehat adalah modal yang sangat penting. Minuman ini dapat menjadi alternatif penambah nutrisi untuk tubuh

Reply

Akma May 28, 2013 at 2:42 pm

Ya satu produk yang baik untuk kesihatan..jelas kelihatan dari feedback yang baik juga dari pengguna :)

Reply

fitria yunita May 27, 2013 at 1:44 pm

kesehatan adalah investasi yang mahal. Sepertinya minuman ini ok banget lho..

Reply

Akma May 28, 2013 at 2:44 pm

Ya ok banget dech produk ni…harusnya kita menjaga kesihatan dan kecantikkan tetapi harus tahu cara yang betul..benarkan..

Reply

Khairul Zamri May 27, 2013 at 3:53 pm

nak beli untuk bakal isterilah hehe kan beli untuk diri sendiri tak nampak ensem lak haha

Reply

sensasi2020 May 27, 2013 at 9:48 pm

Aduhai….dah lah cantik manis…jual produk kesihatan dan kecantikan pula. pasti laku ni…produk ini. Sesiapa yang inginkan kecantikan untuk lebih menyerlah bolehlah beli daripada si cantik manis kita ni Akma Omar. Produk yang terbukti berkesan..

Reply

Akma May 28, 2013 at 2:49 pm

Hahaha cantik sangat lah ya Sensasi2020. Terima kasih kalau nak beli untuk isteri contact saya ya hehe

Reply

ProfHariz May 28, 2013 at 11:52 am

Ramai yang beri maklumbalas yang memberansangkan. Tetapi masih belum mampu nak cuba kot. Hehehe

Reply

Akma May 28, 2013 at 2:51 pm

So far ramai bagi feedback yang baik, akak sebelum ni cuma buat review sahaja..ramai pembaca yang kata ok, tu yang try jadi reseller pulak..

Takpe PH bila mampu nanti cubalah pakai mesti makan handsome hehe

Reply

cik tom May 28, 2013 at 5:20 pm

kwn cik tom 2 org makan produk aurawhite ni…2-2 ckp bagus..kurang jrwt kat muka dan pudarkan parut jerawat….tgk pic diorg upload pun mmg nmpk perubahan..smoga bisnes makin mantap!

Reply

Akma May 28, 2013 at 11:41 pm

Tulah…dulu saya buat review untuk kawan aje…lepas tu ramai pulak yang bagi good feedback produk Aura ni..jadi saya kaji dulu sebelum nak jadi reseller kecil-kecilan… Takut ada effect kan..cuma masalahnya banyak tiruan sekarang ni

Reply

sukma May 29, 2013 at 12:15 pm

harganya boleh tahan yea….

Reply

Akma May 29, 2013 at 5:12 pm

Yup :) tapi most supplement harga ada yang lagi mahal dari ni jugak..tak lari dari 100++ kan :)

Reply

Ummi Hanie May 29, 2013 at 5:42 pm

sgt fenomena produk ini skrg ;)

Reply

Akma May 29, 2013 at 9:37 pm

Nampak ramai yang berpuas hati…harap-harap tiada masalah :)

Reply

eyriqazz June 3, 2013 at 6:47 pm

Cantik modelnya..macam fazura..

p.s : patutla nampak akma masih maintain muda remaja..Ini rahsianya ya?

Reply

Akma June 4, 2013 at 10:29 pm

Huhu cantikkan model tu…

Hah tulah rahsia kekal muda sentiasa Eyriqazz haha

Reply

Lizz June 4, 2013 at 2:23 pm

saya pun baru je nak guna produk ni sis. sebelum ni tak percaya tapi bila kawan2 sendiri dah ambil dan feedback ok. baru berani nak cuba.hehehe!! gud luck ya sis :)

Reply

Akma June 4, 2013 at 10:23 pm

Ooo ye ke..cuba lah sis, memang nampak feedback dari pengguna ok produk ni.

Reply

fyna June 8, 2013 at 6:35 pm

penerangan yang detail kak. senang orang paham ^_^ ramai yang dah guna produk nih kan kak.

Reply

Rina June 9, 2013 at 10:20 am

produk yang amat bagus untuk merawat kecantikan tubuh dan kulit
terima kasih sudha berbagi infonya

Reply

Akma June 13, 2013 at 1:16 pm

Ya bagus sangat..feedback dari pengguna pun bagus juga…cubalah nanti ya

Reply

Hafizul June 16, 2013 at 11:58 am

Collagen memang ada khasiat yang tersendiri..bab duit untuk menjaga kesihatan usah ambik kira sangat..hehe

Reply

Akma June 16, 2013 at 7:15 pm

Yang mahal tak semestinya baik, begitu juga sebaliknya. Seelok kita kena tahu khasiat dan isikandung sebelum ambil apa-apa produk kesihatan.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: