Lazz Susu Kambing Kurma Atasi Masalah Anak Sembelit & Lawaskan Bayi Sembelit

Masalah sembelit bukan sahaja boleh berlaku kepada orang dewasa sahaja malah kanak-kanak juga. Maksud sembelit sukar membuang air besar. Biasanya bayi jarang kena sembelit jika menyusu badan. Kita tahu banyak khasiat susu badan ibu ini.

Sembelit bukanlah penyakit dan ia tidak didiagnosakan mengikut bilangan hari mereka. Malah kalau tiga kali sehari masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.

Kanak-kanak kalau sembelit kita boleh tahu. Dia akan rasa tidak selesa, menangis dan susah nak meneran. Berlaku kepada Adam dulu sampai menangis dan berair air mata meneran bila nak buang air besar.

Pernah dia peluk kuat kaki saya dan menangis-nangis menahan sakit masa nak membuang air besar. Memang tak sanggup nak tengok. Najis keluar berwarna hitam dan keras berketul-ketul.

Antara punca berlaku sembelit pada kanak-kanak kerana pengambilan susu formula yang tidak sesuai dengan perut mereka. Bukan semua susu formula sesuai untuk kanak-kanak.

Bayi berumur atas 6 bulan keatas dan berhenti minum susu badan mudah kena sembelit. Salah satu sebab pengambilan susu formula yang tidak sesuai dan makanan yang mereka makan mungkin menganggu sistem penghadaman.

Sebab itu pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat sangat penting untuk kanak-kanak. Saya ada baca informasi kesihatan tentang sembelit terutama berlaku kepada kanak-kanak.
img_1723

Lazz Susu Kambing Kurma

Anda biasa minum susu kambing? Saya antara pengemar susu kambing segar. Biasanya saya lebih suka minum susu kambing segar yang dipanaskan berbanding sejuk sebab kurang sikit rasa hanyir.

Ada sesetengah orang suka minum susu kambing dengan kurma madu lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. Memang segar badan kita selepas sehari berpuasa.

Banyak sebenarnya khasiat susu kambing yang kita tidak tahu. Dari zaman nabi lagi sudah diamalkan minuman sunnah ini. Sehingga sekarang jika anda ke negara timur tengah mereka memang mengamalkan minum susu kambing setiap hari.

Dari info yang saya baca susu kambing mengandungi khasiat protein yang sangat tinggi dan terbaik sama dengan air susu ibu. Merupakan susu kolostrum yang mengandung gizi yang sangat banyak jika dibandingkan dengan susu lembu.

Lazz Susu Kambing Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

Di Malaysia ramai yang lebih suka mengamalkan susu lembu kerana dah terbiasa. Sebenarnya jika dibandingkan antara susu kambing dengan susu lembu, susu kambing merupakan alternatif pilihan paling terbaik sebagai minuman kesihatan.

Lazz Susu Kambing Kurma Madu adalah serbuk susu kambing yang tidak panas dan tidak hamis. Tiada bahan kimia sintetik dan kandungan berasaskan bahan non-GMO. Rasa lagi enak dan berkrim. Kaya dengan khasiat semulajadi.

Sangat sesuai diamalkan seisi keluarga dari warga emas, orang dewasa, remaja sehingga kanak-kanak. Ada tiga jenis formula Lazz Susu kambing:

  • Lazz Susu Kambing Asli
  • Lazz Susu Kambing Kurma
  • LazzCafe Susu Kambing

Saya sudah mencuba ketiga-tiga jenis, memang sedap tidak rasa hanyir dan hamis langsung. Paling saya suka LazzCafe sebab rasa sama macam kopi susu dan sesuai untuk gantikan kopi yang kita tahu tinggi kandungan caffeine.

Jadi, boleh gantikan sebagai minuman harian korang. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat tinggi.

img_1720

Kelebihan Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Untuk ibu menyusu badan, bukan si ibu sahaja sihat malah bayi yang menyusu turut mendapat khasiatnya. Kulit bayi juga akan lebih cantik dan kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut. Badan sentiasa bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.

Bagus untuk anak yang ada masalah sembelit sebab susu kambing kurma madu boleh  lawaskan anak yang susah buang air besar atau berak keras.

Selain bagi anak makan ubat boleh cuba bagi anak-anak minum susu kambing kurma..InshaAllah budak pun akan suka dan perut akan dapat lawas dengan baik.

Khasiat dan Manfaat:

  • Anak bertambah selera makan
  • Tulang dan gigi anak lebih kuat
  • Mengelak masalah sembelit
  • Melawas dan melancarkan sistem penghadaman.
  • Rendah risiko alahan
  • Mujarab untuk hilangkan kahak dan lelah anak.
  • Menaikkan berat badan anak
  • Membantu meningkatkan minda anda.
  • Dari maklum balas pengguna setelah mengamalkan eczema anak semakin berkurang.

Susu ini bukan sahaja sesuai untuk bayi tapi semua peringkat umur antarnya….

Untuk ibu yang mempunyai masalah kurang susu, ianya juga boleh dijadikan alternatif sebagai milkbooster dan penawar selain dari susu formula.

Untuk wanita yang ingin hamil, Ini satu cara amalkan minum Lazz susu kambing ni. Disarankan anda minum Lazz susu kambing Kurma.

Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus untuk kesuburan kerana secara saintifik ia diperkaya dgn Asid Folik dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat.

Anda boleh rujuk banyak testimoni pengguna yang sudah mencuba dan berjaya hamil. Pada pasangan yang tengah mencuba untuk hamil bolehlah amalkan minuman sunnah ini sebagai satu ikhtiar InshaAllah mungkin berjaya.

Pada yang nak turunkan berat badan bagus amalkan. Kandungan protein yang baik dalam susu kambing dapat membantu membakar lemak lebih cepat. Secara tidak langsung dapat mencantikkan kulit dan boleh menurunkan berat badan.

img_1715

Tentang Lazz Susu Kambing

Produk Lazz adalah milik sebuah syarikat bumiputera iaitu Lazz Ain Marketing Sdn Bhd. Menyediakan susu kambing yang tinggi khasiat, sedap dan tidak hamis & hanyir untuk seisi keluarga.

Halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Satu jenama yang boleh dipercayai dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Setakat ini Lazz mempunyai lebih 600 ejen di seluruh semanjung Malaysia serta Brunei dan Singapura. Lazz juga boleh ada dapatkan di lebih 1000 outlet farmasi, kedai barangan Muslim dan kedai runcit diseluruh negara.

Untuk informasi lanjut anda boleh layari laman web dan social media Lazz Susu Kambing. Segala informasi dan maklumat ada disediakan.

Website : LazzSusuKambing.com
Fbpage : LAZZ Susu Kambing
Instagram : @lazzsusukambinghq

Harga tidaklah terlalu mahal dan mampu beli. Apa yang paling utama adalah manfaat dan khasiat susu kambing untuk kesihatan tubuh manusia mampu menguatkan tulang kerana mengandungi sumber kalsium yang baik untuk nutrisi tulang dan melindungi tubuh supaya sihat.

Jom minum Lazz Susu Kambing Kurma Madu!

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest