Apabila Dipaksa Makan Scott’s Emulsion Sampai Menangis

Budak makan Scott’s Emulsion Jagung

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dari saat kita dilahirkan sehinggalah membesar, tidak ada satu hari pun ibu berhenti daripada memberi kasih sayang yang sepenuhnya dan memastikan semua terbaik untuk kita.

Impian seorang ibu hanya mahu melihat anak-anak membesar dengan baik, sihat dan menjadi anak yang berguna. Kasih sayang dan emosi yang dicurahkan adalah hanya untuk kesejahteraan anak-anak. Kasih itulah mampu membentuk budaya dan individu.

Sebagai anak, susah untuk fahami perasaan dan emosi yang ibubapa rasakan dalam membesarkan kita bermula dari dalam perut ibu sehinggalah meningkat dewasa. Saat itu akan tiba apabila kita mempunyai keluarga sendiri.

Every Mother’s Dream

Tidak ada perasaan yang lebih besar daripada melihat kemajuan dan perkembangan yang anak anda tunjukkan bahawa mereka sedang membesar. Itu adalah detik perjalanan yang paling indah bagi seorang ibu.

#MOMAZING adalah saat magikal dan emosi yang semua ibu hadapi dalam proses anak-anak mula membesar.

Saat dimana anak mula pandai bercakap, pandai menulis nama sendiri, mula pandai membaca sendiri, pandai mengayuh basikal sendiri dan pelbagai lagi kejutan yang cukup membuat seorang ibu rasa gembira, puas dan #momazing.

Sebagai ibu anda pasti bangga melihat perkembangan dan pencapaian yang besar dalam proses pembesaran anak anda. Tetapi kita juga menyedari bahawa ianya satu proses perjalanan yang jauh dan bukan mudah yang harus kita tempohi setiap hari dalam membesarkan anak-anak.

Video Every Mother’s Dream ini didedikasikan oleh Scott’s kepada semua ibu-ibu yang melalui perjalanan indah hari ke hari dan meraikan detik-detik #momazing.

Scott’s berdedikasi untuk mewujudkan asas-asas kuat untuk perkembangan keluarga.

Satu sudu makan Scott’s Emulsion setiap hari dapat membantu menyokong pembesaran, imuniti dan perkembangan mental anak anda, mewujudkan batu loncatan yang sempurna dan pencapaian luar biasa memastikan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria.

Pengalaman Saya Dari Kecil…

Okay, cerita mengenai pengalaman saya dengan Scott’s Emulsion ni, sejak dari kecil lagi keluarga saya memang mengamalkan makan Scott’s Emulsion.

Setiap hari saya dan adik wajib makan sesudu sebelum pergi ke sekolah. Ketika itu hanya ada perasa ikan sahaja. Tetapi sekarang ada pelbagai perasa buah-buahan yang sedap.

Masa itu saya cukup fobia bila arwah mak suruh makan Scott’s Emulsion, sampai menangis-nangis. Sehingga beliau terpaksa pegang tangan dan dan mulut saya. Kata mak saya, kalau tak makan Scott’s Emulsion otak boleh jadi lembab.

Pernah saya sorok botol Scott’s Emulsion atas rak kabinet lauk. Kononnya kalau hilang mesti tak perlu makan lagi. Esok paginya ada balik atas meja, pelik juga macamana dia boleh jumpa. Botol minyak ikan ni memang sentiasa ada dalam peti ais rumah saya.

Sekarang saya tahu kenapa…

Arwah mak paksa kerana hendak memastikan kesihatan kami terjaga. Dia mahu kami sentiasa sihat, otak dan badan sentiasa cergas supaya dapat belajar dengan baik.

Tiada ibu yang tidak mahu melihat anaknya membesar dengan baik. Sebolehnya ibu kita mahu anak-anak membesar tanpa masalah. Saya pasti semua ibu-ibu juga begitu.

Itulah naluri sebenar hati seorang ibu dan momazing mereka yang paling indah.

Terima kasih mak!

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

27 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest