ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Zero Maharaja Lawak Mega 2014

Saya agak mesti ramai yang tengok Final Maharaja Lawak Mega 2014 tadikan dan sudah mengetahui keputusan rasmi Final MLM 2014 dan siapa Juara MLM 2014.

Pada yang tak dapat tengok mesti ada live streaming di blog-blog atau record melalui astro atau pandai-pandai koranglah mencari yer. Bolehlah tengok semula rakaman Final MLM 2014 tu nanti hehe.

Pertama kali saya menulis tentang rancangan realiti tv ni. Kali ini teringin pula hendak cuba tulis satu tentang MLM 2014 hehe.

Dari awal hingga akhir sebelum diumumkan keputusan pemenang, kita boleh teka siapa yang akan jadi juara MLM 2014.

Finalis Maharaja Lawak Mega 2014

Memang saya dah jangka kali ini juara MLM 2014 milik kumpulan Zero. Memang lawak diaorang mengatasi lawak peserta final yang lain yang agak hambar.

Agak sesuai nama kumpulan diaorang Zero. From ZERO to HERO. From 0 to 500000. Murah rezeki diaorangkan…

Malah, juara bertahan kumpulan Sepahtu pun tidak sehebat Zero. Boleh saya katakan persembahan kumpulan Sepahtu agak terlalu selesa dan terlalu bersahaja.

Kebetulan siang tadi saya ada terbaca dalam satu blog yang menulis 10 Perkara Tentang Zero.

Persembahan akhir kumpulan Zero seolah-olah mereka ambil dari kisah hidup mereka sendiri yang ditulis di blog tersebut.

Tentang keluarga, kesusahan, kerja dan bapa mereka yang cacat penglihatan. Lupa dah blog mana. Touching pulak tengok kumpulan Zero menangis teringatkan ayah diaorang yang telah meninggal dunia.

Kumpulan Bocey dah sampai dekat penghujung persembahan Maharaja Lawak Mega 2014 mula kurang menarik dan sedikit hambar sehinggalah final.

Yelahkan… nak melawak ni kena ada idea juga. Bukan senang hendak buat orang ketawa. Silap hari bulan jadi lawak bodoh.

Peserta MLM 2014 yang paling untung adalah Nabil, satu-satunya peserta single.

Walaupun duduk tempat ketiga tapi dia bolot sorang hadiah 150k dengan selambanya. Kalau dapat jadi juara MLM 2014 makin kaya dia.

Syarikat kami Ombak Creatives pernah menguruskan satu event sebuah syarikat.

Dalam majlis itu kami menjemput Nabil bersama kumpulan Jambu menjadi artis untuk membuat persembahan.

Kalau korang kenal Nabil secara berdepan, memang seorang yang sangat profesional dalam melakukan kerja dan memang outstanding bila dia buat standup comedy.

Rezeki dia dapat tempat ketiga dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 ni.

Kumpulan Shiro, lawak diaorang ok juga cuma mungkin bukan rezeki diaorang.

Fazura Maharaja Lawak Mega 2014

Saya memang meminati rancangan realiti tv ini sejak dari awal dulu lagi sehingga sekarang tidak pernah sekali pun miss tengok.

Cuma Final Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini pada saya agak kurang UMMPHH jika dibandingkan MLM dari tahun-tahun sebelum.

Dimana setiap kali final Maharaja Lawak Mega mesti terbahak-bahak saya gelak tengok persembahan mereka… Memang terhibur betul.

Tapi Final Maharaja Lawak Mega 2014 sekali-sekala sahaja saya gelak, macam tengok rancangan anugerah pun ada.

Seolah-olah pelawak-pelawak ni hilang sengat dan idea disaat akhir, dibandingkan awal rancangan dulu…lagi ok.

Tapi untungnya hadiah semua lebih satu juta. Jadi pelawak pun boleh kaya rayakan.

Apa-apapun Maharaja Lawak Mega 2014 Still The Best terhibur sungguh achik hahaha.

TAHNIAH ZERO Juara MLM 2014 dan bolot hadiah bernilai RM500000!

Kredit gambar: 1 2

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

25 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest