Syukur Alhamdulillah blog ini berjaya memenangi World Bloggers and Social Media Awards di Malaysia Social Media Week 2013 (MSMW2013) bagi kategori Favourite Lifestyle Blog.
Malaysia Social Media Week 2013 merupakan sebuah majlis yang berprestij tinggi. MSMW 2013 dirasmikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Date: 28 February 2013 (Thursday)
Time: 7.30pm till 10.00pm
Venue: Manhattan Ballroom II, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Favourite Lifestyle Blog antara kategori yang paling ramai pencalonan. Lebih kurang 90 blog tercalon. Pemilihan berdasarkan undian dari pembaca dan penilaian juri. Terdapat juga beberapa kategori lain yang dipertandingkan.

Boleh saya katakan sebuah majlis gilang gemilang untuk menghargai blogger-blogger tempatan dalam merealisasikan hasil karya mereka melalui blog.
Malah, aturcara MSMW 2013 yang begitu teratur, eklusif dan meriah disamping hidangan dinner yang cukup menyelerakan.
Blog AkmaOmar.com masih baru. Kalau kita lihat senarai pencalonan, majoriti adalah blogger yang sudah terkenal dan terbaik.
Dapat turut serta bersama-sama menerima penghormatan ini merupakan sesuatu yang amat besar bagi diri saya sepanjang terlibat dalam dunia blogging.

Memang saya tidak menyangka dan tidak mengharapkan apa-apa apabila blog saya tersenarai. Lebih-lebih lagi blog saya dicalonkan tanpa pegetahuan saya.
Saya agak terkejut juga apabila mendapat panggilan disusuli dengan email yang mengesahkan kemenangan menjadi milik saya.
Mungkin juri menilai dari pelbagai sudut bukan semata-mata melalui undian pembaca…

Saya ucapkan tahniah kepada rakan blogger yang memenangi MSMW 2013 Award yang dipertandingkan.
Kepada bloggers yang telah mencuba tetapi tidak berjaya, anda janganlah putus asa. Semoga akan datang rezeki anda pula untuk menerima anugerah seperti ini. Bagi saya, anda semua adalah yang terbaik.
Terima kasih juga kepada pihak MSMW2013 kerana memilih blog ini sebagai salah seorang penerima Awards. Saya betul-betul terharu…

Senarai Pemenang MSMW 2013
- Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com
- Favourite Business Blog – AbangEnsem.com
- Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com
- Favourite CSR Blog – Kucing.my
- Favourite Educational Blog – OhCikgu.com
- Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com
- Favourite Gadget Blog – Amanz.my
- Favourite Gosip Blog – BeautifulNara.com
- Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com
- Favourite Innovative Blog – AriffShah.com
- Favourite Most Creative Blog – Denaihati.com
- Favourite Micro Blog – HafizRahim.com
- Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com
- Favourite Social Media Celebrity of the Year – Lisa Surihani yang cute
- Favourite Music & Entertainment Blog – SuaraPeople.com
- Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com
- Favourite Political Blog – StephenDoss.blogspot.com
- Favourite Shopping Blog – KzNabihah.com
- Favourite Social Media Brand – fb.com/sabahmalaysiaborneo
- Favourite Sports Blog – LegendNetball.com
- Favourite Campaign on Social Media – (Burger King Malaysia) fb.com/bkmalaysia
- Most Innovative International Blog of The Year – Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing

Pencapaian Sebagai Blogger
Banyak kejayaan yang saya capai melalui blog ini, antaranya saya berjaya memenangi pertandingan yang saya sertai sama ada contest SEO atau penulisan artikel.
Tetapi itu bukan tujuan utama saya. Pertandingan hanyalah sebagai peluang untuk memperkenalkan blog dan sekadar mencuba nasib sahaja.
Semenjak blog ini dibuka saya memang bekerja keras dan mencuba sebaik mungkin menaikkan blog ini. Bukan niat untuk popular tetapi lebih bersifat ingin berkongsi dan belajar.
For me writing is about a pleasure.
Disamping itu sokongan dan tunjuk ajar dari rakan blogger juga salah satu faktor utama blog ini berjaya.

Terima kasih yang tidak terhingga dari AkmaOmar.com kepada anda semua yang mengundi saya. InsyaAllah saya akan terus menulis dan berkongsi selagi saya mampu dan teruskan menyokong blog ni ya.
To create and enhance branding is not easy, requiring hard work, intelligence and effort. Nothing comes in easy way.







{ 66 comments… read them below or add one }
tahniah kak..
Terima kasih faizal..tahniah juga ya..abis nervous dah hehe
Tahniah Sis Akmaomar. Terus maju kepada hadapan
Terima kasih profhariz..insyaAllah
Maha Suci Allah.
Terkejut membaca sebab saya sedang baca blog blogger pofular – femes ni.
Tahniah cikpuan Akma Omar.
Teruskan penulisan dengan cara kak Akma.
Asyrof Asri recently posted…7 Sebab Kukuh Pelajar Mesti Ada Blog
Amin…
Alhamdulillah Tuan Asyrof Asri dah menjadi rezeki saya..
InsyaAllah akan saya cuba yang terbaik…terima kasih
Tahniah kak..hari tu x sempat nak jumpa akak
Thanks..tahniah juga ya..yelah masing-masing tengah sibuk bergambar hehe
tahniah kak akma, moga terus maju jaya lagi dlm arena ni..
Terima kasih..InsyaAllah
Congratulation akma… keep it up
Thanks sis
tahniah kak akma omar, semoga kejayaan ini bukanlah yang terakhir
Terima kasih Azri..InsyaAllah..semoga azri juga makin meningkat maju juga ya
Tahniah Sis. Semoga terus maju ke next level.
Terima kasih Tuan Firdaus Latib..InsyaAllah akan saya usahakan
tahniah & syabas semoga berjaya lagi di masa depan
Terima kasih ya
Tahniah akak.. keep bloging
theeteddy recently posted…Apakah Search Engine Optimization? Video SEO hanya Tiga minit!
Thanks ted..u too always happy juga
Tahniah sis. Semoga terus maju dlm dunia blogging.
Puan Bardboo recently posted…Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]
Terima kasih sis..hope u too
tahniah kakakma..baru lagi dah dapat award,lepas ni mesti lagi hebat..
afif recently posted…Kerat 14 Full Movie:Bila Ost Mengalahkan Cerita
Terima kasih afif..InsyaAllah..nak hebat tu tak tau lagi lah..hehe
Tahniah akma..Akma memang layak..hehe..macam mana perasaan bila berada dalam majlis besar macam ni?banyak ilmu yang dapat tu kan?hehe
Hafizul recently posted…Top Komentator Februari 2013 Pondok Kecil
Terima kasih PK..berdebar juga masa diumumkan tu maklum lah 1st time huhu..memang banyak ilmu dapat..happening event
cara penulisan akak menarik, deserved to win that award.

congrate.
Izwan Yusof recently posted…#BloggerCoffeeTalk Axis Atrium Ampang Meriah!
Thanks Izwan….2013 my lucky year hehe
tahniah kak.. kategori lifestyle tu mmg kategori paling killer tu .. paling byk dan ramai persaingan.. tahniah utk kak akma..
djdanchef recently posted…Senarai Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25
Terima kasih..saya pun tak sangka juga..amin rezeki saya tahun ni
AO, memang kemenangan tak lari dalam kehidupan hihihi
hafiz recently posted…Komentator IntenseDebate tidak berjaya
Tq Hafiz..amin..Allah swt beri rezeki pada akak..InsyaAllah mungkin rezeki Hafiz pulak nanti
banyak nak kena belajar dgn AO ni
Tahniah kak… Bukan senang nak capai semua ni kan..
Hazmin Hamudin recently posted…Suatu Kejutan Di Hari Lahir
Terima kasih Hazmin Hamudin..memang susah..kena banyak sabar & rajin
tahniah kak. akak tak payah calonkan diri akak pun orang akan senang hati calonkan akak. hehe. btw, baru singgah semua blog yang menang kat atas tapi macam ada yang tak kena je. hmm
khairul asrol recently posted…Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan Berkesan
Terima kasih khairul, sentiasa support blog akak ni…macam ada yang tak kena apa tu hehe
urm? takde pape lahh. btw cogrates again!

khairul asrol recently posted…Makan Malam Bersama Bloggers di Nuffnang Birthday Bash Party
Hehehe
sy masih baru dalam dunia blog.. tahniah buat admin..
Tahniah kepada legendnetball juga ya. Sama2 baru ni hehe
tahniah AO.. moga akan terus maju
Terima kasih ya.. InsyaAllah moga sama-sama kita berjaya nanti
assalam kak akma

taniah dari PG ya kak
banyak benda yang kena belajar dari dunia blog ni kan.
Thanks PG..review blog akak juga..terharu sangat. Will soon need do something for you all..tqtqtqtq
Tahniah Akak.. tahun 2013 yang menggembirakan.. hehehe
Thanks sis..sorry lambat reply bit bz lately huhu
Tahniah……
Maafla…..lewat mengucapkan tahniah di blog ini, tapi di FB dah ucap.
Sememangnya rezeki awak sentiasa murah. Ada-ada aje yang dimenangi….baik contest mahupun award. Dapat mengalahkan blog yg lama. Kelebihan yang paling ketara adalah fasih berbahasa Inggeris. Ini memberi extra yang special untuk terus berkembang.
sensasi2020 recently posted…Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja
Sentiasa rajin membalas setiap komen yg diberi. Jarang terdapat blog yang komennya dibalas oleh empunya blog. Bila komen kita dibalas..rasa perasaan ingin menjejaki jari kemari memetik aksara keyboard pun kian bersemangat.
Gadget impian dahlah dapat,
Boleh pula gelaran anugerah,
Moga akmaomar sentiasa hebat,
Jangan lupa rakan yang sentiasa menerjah.
sensasi2020 recently posted…Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja
Terima kasih Sensasi2020 kalau sempat saya memang akan balas semua komen..rasa tak best kalau tak balas…Alhamdulillah…dah Allah swt tetapkan itu rezeki saya…amin…
Saya ucapkan terima kasih juga selalu support blog saya ini…InsyaAllah akan saya balas nanti
memang terasa best sangat malam tu kan. tetibe terasa best betoi rupanya realiti penganugerahan blogger. meskipun bukan macam red carpet award yang dapat puluh-puluh ribu.. tapi sekuranya, rasa penat lelah membangunkan blog selama hari ni tercapai.
semoga akak terus maju dari masa ke masa. amin.
Azman Ishak recently posted…WW: Perghhhh….. Edisi Ramly Burger
Memang happening kan….berbaloi pegi event tu. Something worth it to celebrate hehe
Terima kasih, selamat maju jaya juga pada Azman Ishak…aminn
tahniah sekali lagi akma

Ummi Hanie recently posted…Bila perempuan bersembang tentang mekap
Terima kasih sis..
tahniah..
semoga trus sukses..^_^
Terima kasih ya…InsyaAllah
Congratss menang award


keep it up.
Baiebaayah recently posted…Sejarah Kesultanan Sulu
Thank you very much..hope u too success always
Congrats sis.. happy with the results….as aspected

kalau tak dapat ari tuh kita bako jer hik3.. anyway keep it up.. baru dapat BW sket2..nih merangkak2 jadinya huhu.
Irsah recently posted…MyBlogShop Pro for Him/Her- Tema Kedai Online Blogger Percuma
Thanks… Ishh takde lah sampai nak bako2, marah usop nanti hehe…Wahh lama you hilang..takkan merajuk kot…bz yer..
Yup bz a bit from last disember but now cooling down as the elections is just around d corner. Anyway just finished up softwares and last year ada theme dev, baru dapat release this month, a bit late but better then never kan?. At least giving up for free pownnn…
Wahh dalam diam sempat release new product tu…share2 lah nak tengok gak hehehe…nice to have you back
Akma..nothin’ comes easy in life..hope tiz will be ur steppingstone to contribute back to society..jgn sia2 anugerah Allah dgn bakat menulis…setiap kebaikan yg dikongsi adalah saham akhirat u..congrats!
Thanks sis..Hope all my strep will good..InsyaAllah
ehh..lu menang rupanya..
Jap, cendol gua mana?
titan recently posted…Move on.
Ishh sapa kata aku menang..ada cikgu tu yang menang..ohhhhh haii sapa cikgu tu ya lupa lak:D