Wawa Zainal Duta Baru Jenama Tudung Hajra

Baru-baru ini saya sempat ke majlis pelancaran butik Hajra bersama rakan-rakan blogger. Lokasi pelancaran diadakan di Galeri Hajra Shah Alam bersebelahan Wisma Jakel.

Awal pagi kami sudah berada disana untuk melihat koleksi terbaru 2016 yang diperagakan oleh model-model. Memang nampak exclusive tudung keluaran Hajra.

Majlis santai ini bukan setakat memperkenalkan duta baru dan koleksi tudung Hajra sahaja. Ada banyak aktiviti menarik. Ramai juga tetamu yang hadir bukan hanya blogger. Pihak media, peminat dan pelanggan setia tudung Hajra juga turut serta.

image

Wawa Zainal Duta Baru Tudung Hajra

Pelancaran ini diadakan sempena Memperkenalkan Wawa Zainal sebagai duta baru Hajra dan melihat koleksi-koleksi terbaru tudung shawl.

Mesti ramai kenal pelakon muda popular yang cantik dan comel ni kan. Kecil molek sahaja orangnya nampak dalam tv macam besar.

Majlis santai tapi meriah dengan  keletah Wawa Zainal yang bukan sahaja cantik tapi sweet sangat. Sangat sporting melayan peminat dan pelanggan yang hadir.

image

Jualan Lelong Berganda di Galeri Hajra

Memang cantik-cantik koleksi tudung dan shawl di galeri Hajra ni. Pelbagai bentuk dan jenis material ada dijual dengan harga yang murah. Kira mampu miliklah.

Untungnya ada jualan lelong berganda pada hari pelancaran tersebut. Wawa Zainal sendiri membuat jualan lelong yang dibuka kepada semua pelanggan.

Berebut-rebutlah pelanggan mendapatkan koleksi tudung terbaru Hajra dengan hari yang sangat murah. Sempatlah kami memborong tudung disitu. Disamping itu ada promosi diskaun kesemua tudung sehingga 80%.

image

Bukan itu sahaja, 50 Pelanggan yang terawal akan mendapat tudung shawl percuma dan pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM 150 keatas menerima hadiah misteri.

Jualan lelong berganda ini diadakan selama 4 hari bermula dari 29hb April 2016 sehingga 2 May 2016 di butik Hajra dan khemah khas untuk jualan lelong.

Sepanjang sales lebih 1200 helai tudung diberi secara percuma. Memang untung siapa yang sempat beli tudung Hajra semasa jualan lelong ini.

image

Menariknya diskaun harga lelong bukan untuk stok lama tapi koleksi terkini 2016 tudung exclusive dan selendang exclusive.

Tudung paling laris koleksi Bubble Crepe Ecxlusive. Memang cantik dan sesuai untuk remaja dan ibu-ibu. Tak lama lagi hari ibu boleh beli dan hadiahkan kepada ibu…mesti ibu korang suka.

Tudung jenis bubble semakin popular sekarang. Material fabric tidak jarang, mudah dibentuk dan anti kedut tak perlu nak iron.

Harga asal tudung dan selendang diantara RM40 sehingga RM200 keatas tetapi sempena harga jualan runtuh anda boleh beli dengan harga promosi dan diskaun yang jauh lebih murah.

  • Instant shawl – 4 helai RM100
  • Tudung Exlusive – 3 Helai RM100
  • Selendang Exclusive – 4 helai RM100

Murahkan memang berbaloi siapa yang sempat beli masa jualan lelong berganda ni. Lagi banyak anda beli lagi jimat dan murah.

image

Hajra Gaya Muslimah Moden

Koleksi muslimah Hajra bercirikan gaya muslimah moden tetapi tetap mengekalkan tertib, adab dan menepati ciri-ciri wanita muslimah. Ada pelbagai jenis dengan warna-warna yang cantik dan moden. Memang direka sesuai untuk semua peringkat umur.

Harga saya tengok tidaklah semahal mana dan boleh saya katakan semua tudung, shawl dan selendang mereka mampu milik. Butik Hajra juga selesa dikunjungi. Tidak perlu nak berebut dan bertolak untuk dapatkan koleksi tudung mereka hehe.

Anda boleh membuat pilihan dan membeli dengan tenang dan santai.

image

Jualan Murah Sempena Hari Buruh

Kepada peminat tudung Hajra yang tidak sempat untuk dapatkan semasa jualan lelong hari tu jangan risau.

Sempena hari buruh, jualan murah khas untuk anda masih berlangsung. Bermula dari 1hb Mei 2016 sehingga 15hb Mei 2016. Boleh kunjungi butik Hajra yang berhampiran dengan anda. Diskaun hebat untuk kesemua jenis tudung dan selendang.

Potongan diskaun gila-gila dari 30% sehingga 85%. Lagi banyak anda beli lagi jimat dan murah. Jika anda ingin meniaga, Butik Hajra juga menyediakan stok untuk pemborong.

image

Informasi dan maklumat lanjut boleh layari laman website dan official social media Butik Hajra.

Website : www.hajraonline.my
Fb: GaleriHajraOfficial
Instagram : @GaleriHajra

Apalagi jangan lepaskan peluang dapatkan koleksi tudung terkini 2016 di butik Hajra. Pasti korang puas hati dengan kualiti dan design tudung shawl keluaran Hajra.

Tak lama lagi nak puasa, bolehlah beli awal-awal untuk persediaan raya nanti sementara ada sales besar-besaran ini.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

12 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest