TRANSFORMERS Media Launch in 1 Utama Shopping Centre

Transformers Autobots Rollout

Transformers bukan sahaja diminati oleh kanak-kanak malah yang sudah berumur juga turut meminati robot yang boleh bertukar-tukar menjadi kenderaan dan pelbagai objek ini.

Setiap kali keluar sahaja filem box office Transformers di Malaysia mesti penuh semua cinema dan mendapat ranking tertinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Siapa old school pasti ingat kartun animasi Transformers selalu keluar di tv masa kita kecil-kecil dulu kan. Kartun jepun ini sangat popular satu ketika dulu.

image

Transformers asalnya adalah dari sebuah siri animasi sains fiksyen kartun sekitar tahun 1984. Kemudian diadaptasi kepada filem.

Filem arahan pengarah terkenal Amerika, Michael Bay ini mendapat sambutan yang luar biasa setiap kali ditayangkan.

Sinematografi dan kesan khas telah berjaya menawan penonton tidak kira peringkat umur dan semakin menjadi popular.

image

Plot filem ini mengisahkan perang konflik di antara puak Autobots dan puak Decepticons di bumi. Kedua-dua datang dari planet Cybertron iaitu merupakan tempat tinggal asal mereka.

Intipati dalam filem ini membentuk hubungan antara robot dan manusia. Banyak juga terselit mesej yang baik dan sesuai ditonton umum.

image

TRANSFORMERS Autobots All Set “Roll Out” In 1 Utama

Berita baik kepada semua peminat transformers. Sekarang sedang berlangsung pameran TRANSFORMERS Autobots All Set “Roll Out” di Malaysia.

Kebetulan saya mendapat jemputan menghadiri pelancaran The Transformers di Ground Floor, Centre Court (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre. Pameran ini dianjurkan oleh Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd.

Majlis pelancaran tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Antara tetamu vip yang hadir adalah diantara orang besar dari Hasbro Malaysia.

image

Ms. Jasmin Ee, Commercial Manager Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd, Mr. Lenus Hong, Director i2 Promotions Sdn. Bhd, Ms. Kelly Yip, Brand Manager Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd, Ms. Carol Chua, Country Manager Toys”R”Us (Malaysia) Sdn. Bhd, Ms. Chai Ai Ping, Senior Manager Advertising and Promotions of Bandar Utama City Centre Sdn. Bhd dan Ms. Michelle Wan, Licensing Manager of Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hasbro (NASDAQ: HAS) is a global company committed to Creating the World’s Best Play Experiences, by leveraging its beloved brands, including littlest pet shop, Magic: The Gathering, Monopoly, My little Pony, Nerf, Play-Doh and and TRANSFORMERS, and premier partner brands. From toys and games, television programming, motion pictures, digital gaming and consumer product licensing, Hasbro fulfils the fundamental need for play and connection with children and families around the world.

image

Paling menarik dipamerkan kepada umum Chevrolet Camaro Limited Edition yang merupakan kereta yang dikenali sebagai watak Bumblebee dalam filem Transformers.

Bukan itu sahaja terdapat 2 maskot Transformers yang sangat popular Bumblebee dan Optimus Prime yang bersize 10 kaki tinggi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat semua karakter robot animasi ini secara live.

image

Fastest Fingers Challenge

Dimana kanak-kanak berumur 8-12 tahun boleh mengambil bahagian dengan setiap pembelian minimum RM120 dalam dua resit. Pemenang setiap sesi cabaran itu, akan berpeluang membawa pulang Generations Combiner Leader bernilai RM249.90.

Semasa pelancaran kami sempat melihat demontrasi faster fingers challenge. Laju betul diaorang tranform combiner wars set, dalam masa tak sampai 5 minit sahaja.

image

The Dynamic 5 Challenge

Tersedia juga aktiviti untuk anak-anak dimana satu kad ahli disediakan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dan pertandingan tanpa had minumum pembelian. Terhad untuk 50 kanak-kanak sahaja setiap hari. Siapa cepat dia dapat.

Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun berpeluang untuk membawa watak-watak hero Transformers – Optimus Prime, Bumblebee, Sideswipe, Grimlock dan StrongARM. Semua peserta akan menerima hadiah Transformers setelah selesai.

image

Transformers Figure Display

Orang dewasa juga tidak terkecuali ada aktiviti untuk anda terutama fan dan collector berpeluang melihat semua koleksi edisi terhad Transformers.

Anda juga boleh membeli terus koleksi   merchandise eksklusif limited edition The Transformers semasa pameran.

image

Photo Opportunity

Secara eksklusif dibawa khas Limited Edition Chevrolet Camaro dan berpeluang bergambar. Memang susah nak dapat peluang sebegini.

Pengunjung juga dapat melihat secara live dan selfie dengan Bumblebee dan Optimus Prime sebenar yang bersaiz 10 kaki tinggi. Memang nampak real seperti dalam movie.

Kami sengaja tak bagitahu Adam konon nak buat kejutan untuk dia. Memang kami sudah jangka reaksi Adam bila sampai disana.

Kebetulan Adam salah seorang diehard fan Transformers. Dia mula kumpul semua toys transformers setahun yang lalu. Semenjak itu banyak juga koleksi yang dia ada.

Seronok betul Adam hero kegemaran dia muncul depan mata. Sampaikan mulut tak berhenti bercakap “This is so awesome” haha 

image

Semasa pelancaran TRANSFORMERS Adam sangat bertuah dapat TF Generations Platinum Edition Combiner Wars Series Pack yang bernilai RM529.90 satu set.

Tunggu Adam praktis Finger Challenge Combiner Wars ini dulu ya dan akan kongsikan kepada anda semua nanti.

Kami sempat membeli-belah merchandise disitu kerana ada harga potongan dan voucher diskaun daripada Toy R Us…untungkan

image

Jangan risau masih ada masa lagi untuk anda dapatkan harga istimewa sepanjang pameran ini berlangsung. Tawaran istimewa setiap pembelian akan mendapat voucher dari Toy R Us.

  • RM 150 akan mendapat voucher RM 20
  • RM300 akan mendapat voucher RM50

Pameran ekslusif Transformers ini berlangsung semasa musim cuti sekolah bermula dari;

Tarikh: 25 Mei – 5 Jun 2016
Masa: 10:00 am – 10:00 pm
Tempat: Ground Floor, Centre Court (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre.

Maklumat lanjut anda boleh layari di;

Website : www.hasbro.com
Facebook : Hasbro Transformers
Twitter : @Hasbro & @HasbroNews
Instagram : @Hasbro

Merchandise Transformers memang nampak sangat menarik dan ekslusif. Sesiapa pun akan suka lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak merasai pengalaman sebenar bersama hero Autobot Transformers kegemaran mereka dan kumpul koleksi transformers yang terbaru. Dijamin mesti tak mahu balik nanti hehe

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest