Tarbush Restaurant Middle Eastern Pertama dan Terkemuka di Malaysia

Bila sebut sahaja Tarbush Restaurant pasti ramai tahu dan pernah menjamu selera disitu. Bukan satu nama baru dalam industri Food & Beverage.

Saya sendiri apabila teringin nak makan middle eastern food pasti akan pergi ke Tarbush. Cawangan Tarbush yang selalu saya pergi adalah di Bukit Bintang.

Setahu saya restoran Tarbush adalah restoran Arab & Lebenese yang pertama dibuka di Malaysia, lebih dari dari berbelas tahun rasanya.

Sehingga kini masih ramai pengunjung yang datang menjamu selera disitu walaupun tumbuh macam cendawan restoran arab disekitar Bukit Bintang sehingga dikenali sebagai Arabian Street.

Pasti ada sebab kenapa perniagaan mereka masih kukuh sehingga sekarang…

image

Tarbush Restoran Timur Tengah Pertama dan Terkemuka di Malaysia

Tarbush merupakan restoran yang pertama memperkenalkan makanan middle eastern di Malaysia. Telah wujud sejak dari tahun 1998 lagi.

Sejak itu Tarbush telah membina jenama yang tersendiri untuk menjadi restoran Arab yang pertama dan terkemuka di Malaysia. Sehingga kini Tarbush telah membuka 9 cawangan yang terletak dikawasan strategik dan Golden Triangle.

image

Antara cawangan Tarbush Restaurant di Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery, Sunway Pyramid dan Batu Feringghi Pulau Pinang.

Terbaru mereka membuka cawangan di Bangsar Shopping Centre dan Pavilion Shopping Mall dengan nama baru yang dipanggil “Al Habibi Gourmet”

image

Menariknya apabila masuk sahaja kedalam Tarbush anda boleh lihat reka bentuk dalaman yang sangat cantik, menarik dan selesa. Terasa seolah-olah makan di negara Timur Tengah bukan di Malaysia.

Sebuah restoran fine dining yang sangat cantik dengan hiasan dalaman yang teliti dan eksotik.

Cantik sahaja tidak guna jika makanan tidak sedap… betul kan.

image

Menu Istimewa Di Tarbush Restaurant

Hidangan menu di Restoran Tarbush juga sangat menyelerakan. Dari starter, main cources dan dessert semuanya sedap-sedap. Setiap hidangan pun besar memang puas makan.

Kalau anda biasa makan makanan arab pasti tahu, resepi makanan middle east ini banyak menggunakan herba dan rempah ratus.

image

Tarbush sangat teliti dan menitik beratkan kualiti setiap menu yang disajikan kepada pelanggan. Dari awal penyediaan sehinggalah dihidangkan kepada pelanggan.

Mereka sentiasa akan pastikan pengunaan bahan-bahan segar dan terbaik yang diimport khas dari negara timur tengah. Sayur bendi pun di import dari sana.

image

Mereka memiliki main kitchen yang besar dan khas untuk bahagian penyediaan catering untuk semua cawangan bukan berasingan.

Jadi rasa makanan yang disajikan di setiap restoran Tarbush adalah sama dan tidak berubah kerana datang dari satu dapur. Begitu juga dari segi persembahan makanan memang menarik.

Tidak mustahil ramai yang menempah servis catering untuk sebarang majlis kerana hidangan makanan yang sangat sedap dan menyelerakan.

image

Tarbush Blogger Night 2016

Secara ekslusif Tarbush Blogger Night 2016 telah diadakan di salah satu cawangan Tarbush di JW Marriot.

Media blogger dijemput untuk makan malam bersama pihak pengurusan dan founder Tarbush Restaurant. Menariknya makan malam diadakan di dua restoran berbeza milik Tarbush.

Appetizer dan hidangan utama di Al Halabi JW Marriot. Kemudian kami dibawa ke Tarbush Restaurant di Starhill Gallery untuk menikmati pemanis mulut pula.

image

Dihidangkan juga menu istimewa “Ouzi Lamb with Brazilla Rice” iaitu baby lamb yang merupakan menu yang selalu dihidangkan dalam buffet dan katering yang ditempah pelanggan.

Pada mulanya saya ingatkan restoran Tarbush ini milik orang Arab yang membuka cawangan di Malaysia. Rupa-rupanya founder adalah orang melayu kita.

image

Sambil menjamu selera, Datin Shereene Kung Abdullah co-founder Tarbush Restaurant tidak lokek berkongsi pengalaman bagaimana beliau mula membuka restoran middle eastern ini. Memang seronok dan santai sangat.

Asalnya adalah dari idea suami beliau yang gemar memasak untuk keluarga sahaja. Kemudian membuka sebuah restoran kecil memperkenalkan makanan middle eastern ini di Malaysia.

Siapa sangka kini semakin terkenal dan maju. Anda boleh lihat banyak cawangan Restoran Tarbush ada dimana-mana dan menjadi tumpuan ramai.

Our dedication to using the freshnest and finest ingredients and incessant passion of a man’s love for authentic and fine middle eastern cuisine has undoubtedly rendered TARBUSH’s incredible success and growth for all this years.

image

Sekarang dah bulan puasa, pasti ramai yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Saya sarankan anda mencuba hidangan di Tarbush Restaurant.

Juadah yang dihidangkan memang lain dari yang lain.

Untuk maklumat dan membuat tempahan anda boleh layari laman website dan official social media Tarbush Restaurant ;

Website : Tarbush.com.my
Facebook page : Tarbush Restaurant Malaysia
Instagram : Tarbush_Restaurant

Pilih sahaja cawangan yang berdekatan dengan anda. Saya jamin anda pasti berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest