7 Soalan Yang Mampu Bantu Anda Pilih Diantara Sewa Atau Beli?

Real Estate

Untuk kebanyakan orang, waktu berpindah adalah waktu untuk membuat keputusan: Sama ada beli atau sewa rumah?

Dilema ini bukan sahaja terjadi pada mereka yang baru saja memulakan hidup, ia juga merunsingkan para profesional yang perlu berpindah oleh sebab kerjaya dan mereka yang baru menjual rumah.

Dengan pasaran real estate sekarang, keputusan lagi tidak boleh diambil dengan ringan.

Beli Atau Sewa Rumah

Berikut adalah tujuh soalan yang wajib ditanya pada diri sendiri bila memilih antara beli atau sewa.

Berapa lama anda akan tinggal di rumah itu?

Jika anda rancang untuk menetap dalam tempoh yang lama, lebih baik anda beli rumah itu. Ini disebabkan urusan jual beli akan menelan kos – dan memakan banyak masa dan tenaga.

Jika anda rancang untuk menetap kurang dari lima tahun, maka lebih elok anda hidup menyewa.

Adakah anda boleh terus tinggal di rumah itu jika keadaan memaksa anda untuk menetap lebih lama?

Mereka yang telah membeli rumah “permulaan” pada tahun 2005 dengan anggapan boleh menjual hartanah mereka dengan kadar lebih tinggi selepas beberapa tahun akhirnya terpaksa terus tinggal di rumah yang bernilai kurang dari kadar cagaran mereka dek kerana krisis harga rumah.

Harga rumah kini semakin meningkat, namun tiada jaminan yang ia akan terus meningkat, sementelah kadar kenaikan harga rumah kian perlahan.

Adakah kerjaya dan hidup anda stabil?

Jika anda bekerja di dalam industri yang semakin merosot dan kerjaya anda tidak terjamin, sebaiknya anda jangan terikat dengan sebarang gadai janji atau sesebuah tempat.

Jika anda terlibat dengan percintaan jarak jauh, atau sedang memikirkan untuk berpindah atas sebab-sebab lain, menyewa adalah pilihan yang lebih baik. Membeli rumah dan menjualnya setahun kemudian untuk berpindah akan menelan kos.

Bagaimana dengan perbandingan kos bulanan?

Buat sedikit kira-kira. Pastikan anda mengambil kira semua kos bulanan berkenaan pemilikan rumah, termasuklah cukai pintu, insuran, yuran milikan atau kondo, penyelenggaraan laman dan lain-lain kos berkaitan.

Kos utiliti juga barangkali lebih tinggi bila anda membeli rumah dibandingkan dengan menyewa kerana kebiasaannya kos bekalan air dan garaj termasuk dalam harga sewa.

Adakah anda punya simpanan untuk wang pendahuluan?

Sebuah rumah mungkin mampu dibeli dengan hanya 3.5 peratus bayaran pendahuluan di bawah gadai janji Pentadbiran Perumahan Persekutuan. Namun begitu, dalam pasaran yang sengit, kebiasaannya penjual mengenakan bayaran pendahuluan yang tinggi dan menawarkan kontingensi yang sedikit.

Tambahan pula, bayaran pendahuluan yang tinggi juga bermaksud kadar bayaran gadai janji yang rendah dan tiada insuran gadai janji peribadi.

Adakah anda ada simpanan untuk baik pulih?

Semua rumah, termasuk rumah baru, kadangkala memerlukan kerja baik pulih. Pemanas air rosak, paip bocor dan ada masanya serangga perosak merosakkan rumah anda.

Penghuni kondo juga tidak terkecuali kerana kadang-kadang mereka perlu menghadapi pentaksiran yang ketat untuk membayar baik pulih sehingga keseluruhan bangunan.

Adakah anda mendapat manfaat yang lebih baik jika membelanjakan wang anda di tempat lain?

Jika anda membelanjakan wang simpanan anda untuk pendahuluan rumah, wang itu tidak lagi memberi pulangan untuk anda. Bergantung pada cara ia dilaburkan, anda akan lebih bermanfaat dari segi kewangan dengan menyewa dan membelanjakan wang yang ada pada anda dengan melabur.

Pertimbangkan semua alternatif dan buat perkiraan untuk menentukan yang mana terbaik untuk anda.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

7 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest