Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014

Event SBB2014 Saloma Bistro

Tanggal 8hb Mac 2014 berlangsung majlis gilang gemilang Sepetang Bersama Blogger 2014 dengan Yeo’s #SBBYEOS2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Alhamdullilah saya dapat join tahun ni dengan Azuan Razi.

Saya tak mahu nak bercerita sangat, korang layanlah gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang event SBB2014 berlangsung.

Sorrylah gambar tak berapa cantik.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Credit to ilLuvTour.com

Saya sebenarnya nak jumpa sangat semua rakan bloggers yang selalu berkomunikasi dengan saya di Facebook, FB group dan blog.

Ramai juga bloggers yang saya sempat jumpa walaupun selama ini kenal melalui alam maya sahaja… Unikkan!

Event SBB2014 Saloma Bistro

Akhirnya berjumpa juga dua (2) blogger yang selalu saya sakat di FB. Sis Hanny yang peramah dan Reezluv dari jauh dah tersengih jer.

Best tu dapat t’shirt & badge special made by Reezluv. Terima kasih…

Event SBB2014 Saloma Bistro

Sempat selfie dengan Sis Syuhada, hot mummy yang cantik dan cute sangat.

Ada yang kata muka kami seiras, ye ke?

Korang patut baca blog sis Syuhada. Salah seorang blogger wanita yang berpengalaman dalam bisnes dan banyak berkongsi ilmu.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Inilah kami kalau berjumpa memang tak lepas nak selfie. Sis Nora dan Nami Namia rakan baik saya. Tak lupa juga sis Adza Irdawati yang sentiasa lucky dan Izhar dari blog AkuPenghibur.com.

Cuma tak sempat nak bergambar dengan Hasrul Hassan, Eyriqazz, Kamil Salleh, Uncle Marzuki, Profhariz, HafizMohd iaitu pemenang utama contest Yeos.

Celebriti Blogger Dan Penaja SBB2014

Saya ni jarang dapat join blogger event, bila kena dengan masa dan keadaan baru saya sertai. Selalunya saya hanya mengikuti aktiviti blogger melalui sosial media, dari situ saya tahu aktiviti blogging ni.

Event besar macam #SBB2014 dan #SBBYEOS2014 saya cuba untuk join kerana disitulah terkumpulnya semua bloggers hebat yang selalu saya baca blog diaorang.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Antara celebriti blogger yang sempat saya berbual dan tangkap gambar adalah blogger popular Redmummy.com.

I can say she is very professional blogger.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Yang ni memang wajib ada, bergambar dengan Tuan Haji Denaihati setiap kali event, sis Syuhada dan sis Cheq Eem yang cantik sangat.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Setiap kali event mesti tak lepaskan peluang bergambar dengan ZarulUmbrella.com yang handsome ni.

Saya minat dari zaman dia aktif menyanyi lagi. Nampak dia kurang aktif sikit sekarang, katanya busy dan ada alasan-alasan tertentu…

Tu rahsia hehe…

Event SBB2014 Saloma Bistro

Inilah Ceo dan Founder Epyhra. Cantikkan, dia turun padang bersama-sama memberi informasi dan penerangan tentang Ephyra kepada semua yang hadir.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Rezeki SBB2014 / SBBYEOS2014

Sebelum majlis SBB2014 / SBBYEOS2014 berlangsung, Denaihati Network ada menganjurkan tiga (3) contest besar sempena untuk event ini sahaja.

  • Rezeki saya menang Contest Anjung Jelita.
  • Lucky Draw Pakej Elite ServerFreak.

Setiap peserta contest juga menerima satu kotak Ephyra. Memang rezeki SBB2014 hehe…

Kenangan yang tak boleh dilupakan, tersentuh hati saya tengok KhairilMazri.com sampai menangis dia bila berjaya menang iPhone 5C, jauh dia datang tu dan dengarnya awal pagi dah sampai.

Berbaloi sangatkan KhairilMazri. He deserve to win.

Saya ucapkan tahniah kepada semua bloggers yang memenangi contest Yeos dan yang mendapat hadiah cabutan bertuah di SBB2014.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Blogger Bisnes Kad

Upgrade setapak lagi, buat pertama kali juga saya ada blogger kad sendiri.

Mulanya tidak terfikir nak buat pun. Apabila terbaca post rakan blogger Haru Elie di group Denaihati rasa macam menarik pula, jadi cubalah buat satu.

Saya serahkan design 100% kepada dia. Esoknya pagi-pagi dia dah email design kepada saya. Cekap dan cepat.

Bila tengok blogger kad tu, jujur saya katakan kualiti kad terbaik, design terbaik dan nampak kad tu kelas sangat. Terpampang muka saya siap embossed lagi.

Ramai puji tu kad akak cantik. Suka…suka…korang ikhlas pujikan hihi…

Hasil kerja dia memang terbaik. Patutlah ramai blogger popular tempah dengan dia. Sesiapa yang tidak ada blogger bisnes kad lagi bolehlah hubungi Encik Haru Elie, korang mesti berpuas hati sangat.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Dalam Gembira Ada Sedih

Dalam gembira ada sedih juga apabila dapat berita kehilangan pesawat MAS MH370.

Apapun alasan dan spekulasi yang kita baca di laman sosial dan internet. Kita sama-sama doakan semoga semua mangsa terselamat dan tiada apa-apa yang berlaku.

Paling saya sedih apabila dapat tahu adik Tengku Syukri accident on the way balik. Saya agak lambat pulang dan sempat berbual dengan dia, Nizam Ijam dan Izuddin masa nak balik.

Saya doakan semoga Tengku Syukri selamat dan dalam keadaan baik.

Event SBB2014 Saloma Bistro

Penutup Kata

Terharu hati saya sebab ramai yang menegur dan kenal siapa Akma Omar ni. Maaf, tak boleh nak berbual lama dan mungkin ada bloggers yang saya tidak kenal, tapi sudi juga anda menegur saya.

Memang tidak dinafikan SBB2014 / SBBYEOS2014 adalah event bloggers yang terbaik tahun 2014 yang berjaya mengumpulkan seluruh bloggers di Asia Tenggara.

Semoga kerja kita sebagai blogger semakin diiktiraf dan dipandang sebagai satu kerjaya yang tinggi. InsyaAllah…

Okaylah dah sampai penghujung. Saya mohon maaf jika ada kekhilafan semasa disana.

Tahniah dan Terima Kasih SBB2014 / SBBYEOS2014 dan Denaihati Network kerana menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 yang meriah dan terbaik.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

90 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest