Seminar Facebook Percuma Mega

Boleh dikatakan 80% penduduk Malaysia memiliki akaun facebook dan Instagram. Segala informasi dan berita kita boleh dapat melalui social media.

Ramai juga usahawan offline beralih ke bidang online memasarkan produk atau servis kepada pengguna. Kita sedia maklum bidang perniagaan online paling berkesan melalui medium online seperti Faceboook (FB) dan Instagram (IG).

Malah di laman social media banyak dibuka seminar, kelas serta bengkel yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga secara online dan ingin bergelar usahawan berjaya.

Saya sendiri terlibat dalam bisnes online dan beberapa kali menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Sifu dan pakar online. Ada seminar facebook percuma, ada yang berbayar. Memang tidak nafikan banyak ilmu yang saya dapat pelajari.

Saya kongsikan satu peluang kepada anda yang ingin menjadi usahawan online berjaya iaitu “Seminar Facebook Percuma” yang dianjurkan oleh TRS Training & Consultancy Sdn Bhd milik Tuan Suhaimi Umar yang merupakan antara Pakar Internet Marketing yang banyak membuat memberi bimbingan kepada usahawan online.

image

Seminar Facebook Percuma

Kenapa anda perlu hadir Seminar Facebook Percuma…

Bengkel Facebook bernilai RM1500 diberi secara percuma kepada anda yang cepat bertindak. Sangat terhad, hanya dibuka kepada 250 penyertaan sahaja.

Siapa cepat daftar dia dapat. Ini satu peluang besar yang tidak harus anda lepaskan.

Peserta akan didedahkan dengan rahsia dan teori-teori penggunaan FB bagi menjalankan urus niaga dan pemasaran secara online. Menariknya program bengkel ini dikendalikan oleh pengasasnya sendiri.

  • Anda ingin belajar cara meniaga online?
  • Anda ingin belajar cara buat FbAds yang betul?
  • Anda ingin belajar Copywritting yang berkesan?
  • Anda ingin belajar marketing pemasaran online dan banyak lagi?

Semua diatas anda perlu tahu jika terlibat dalam bisnes online. Ramai usahawan yang ada duit, ada produk, tetapi tiada kemahiran dan tidak tahu cara memasarkannya. Ada duit banyak memang boleh buat bisnes tapi tiada bimbingan dan ilmu tidak berguna juga membazir sahaja.

Ramai yang sudah ada asas bisnes online tetapi tidak tahu sasaran pelanggan sampai berhabis duit dan masa mengamalkan teknik pemasaran yang tidak berkesan. Itu pentingnya ilmu dan pendedahan supaya anda boleh plan dan target bisnes anda.

Bengkel khas pemasaran Seminar Facebook Percuma diadakan selama dua (2) hari. Kepada anda yang berminat untuk mendaftar atau untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari;

Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti MEGA
Tarikh : 24 hingga 25 September
Tempat : Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor.
*Bengkel tersebut berlangsung selama lapan jam.

Website : TRSTraining.com.my
Facebook : TRS Training Consultancy
Hp No : 017-4311002/019-2221002.

image

Kenali Pengasas TRS Training & Consultancy

Saya mengenali Tuan Suhaimi hanya melalui facebook. Tidak pernah bersua muka tetapi saya ada mengikuti perkembangan beliau dari semasa ke semasa. Merupakan salah seorang sifu fbAds yang terkenal dan banyak membimbing usahawan-usahawan internet berjaya.

  • Beliau mempunyai latar belakang dalam bidang IT (Teknologi maklumat). Berusia  37 tahun, pernah menjawat tugas di sebuah universiti awam sebelum membuat keputusan untuk bekerja sendiri dan menubuhkan syarikat TRS Training & Consultancy.
  • Memulakan perniagaan online sejak tahun 2008. Asalnya kepakaran yang beliau ada digunakan memberi khidmat bimbingan kepada kenalan terdekat sahaja. Ada yang sanggup membayar sehingga RM10,000. Dari situ beliau nampak peluang dan menubuhkan TRS Training & Consultancy.
  • Secara serius mula membimbing individu dan syarikat korporat untuk perniagaan yang mereka jalankan. Bukan hanya memberi bimbingan kepada individu, program syarikat ini juga turut dibuka kepada kumpulan besar di bawah syarikat-syarikat perniagaan tersohor.
  • Beroperasi di Bandar Baru Bangi. Mempunyai seramai 14 pekerja dengan pusat latihan sendiri yang boleh memuatkan hampir 30 penyertaan dalam satu masa.
  • TRS Training & Consultancy mendapat sijil dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi meningkatkan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih bagi memenuhi keperluan pelan perniagaan selaras dengan strategi pembangunan negara.

Mereka sudah mengadakan pelbagai bengkel untuk memberikan pendedahan tentang ilmu perniagaan serta teknik pemasarannya menerusi online. Program ni merupakan kali ke tujuh (7) diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

image

Bengkel Fb Ads Percuma #DemiSekepingRoti MEGA

Tahulah anda bukan murah kos untuk dapatkan khidmat bimbingan pakar online ini. Ramai yang ingin belajar pemasaran online, tapi bila tengok kos yang dikenakan sangat tinggi terus terbantut hajat.

Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti ini menjadi platform yang tepat untuk anda yang ingin mempelajari teknik pemasaran dengan betul secara percuma sahaja.

Dibuka secara percuma kerana hasrat beliau lebih bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan selain mahu melahirkan lebih ramai usahawan serta membentuk networking dalam dunia perniagaan bukan untuk mengaut keuntungan.

Program ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Suri rumah amat dialu-alukan kerana perniagaan menerusi online dapat membantu  menjana pendapatan lumayan disamping itu dapat membantu ekonomi keluarga.

Rugilah kalau anda lepaskan. Ilmu yang anda dapat InshaAllah boleh mengubah anda menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti…siapa tahu kan.

S/H: Bimbing isteri jadi usahawan
Seiring misinya untuk membantu suri rumah menjana pendapatan sendiri, Suhaimi terlebih dahulu membimbing isterinya, Siti Noraishah Ismail, 31, dalam bidang perniagaan atas talian.

“Suri rumah mempunyai masa yang paling fleksibel dan saya yakin mereka mampu berjaya dalam bidang perniagaan. Maka kerana itulah saya membimbing isteri sendiri dahulu.

“Saya membekalkannya dengan empat buah telefon dan empat laman perniagaan untuk diuruskan. Alhamdulillah, dengan teknik pemasaran yang betul, dia mampu melakukannya,” katanya.

Suhaimi berkata, bermula dengan hanya menjual produk orang lain, isterinya kini berjaya menghasilkan serta memasarkan produk sendiri, Milk Nutrix, dengan jualan sehingga RM10,000 sebulan.

“Setiap teori yang dikongsikan menerusi bengkel anjuran TRS Training & Consultancy, telah dibuktikan menerusi kejayaan isteri saya. Maka saya yakin lebih ramai suri rumah di luar sana dapat menjana pendapatan sendiri serta boleh bergelar usahawan dengan memasarkan produk sendiri,” katanya.

Apa Tunggu lagi. Jangan lupa Join Seminar Facebook Percuma ini ok.

NOTE : Informasi terkini seminar Fbads untuk bulan September sudah penuh. Akan datang untuk bulan November masih dibuka. Bolehlah daftar sekarang ya sebelum full house.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

24 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest