Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Bagaimana permulaan tahun dan azam baru 2013 anda…

Sekiranya masih ada azam yang tidak tercapai sepanjang tahun 2012, jangan hampa kerana anda boleh sambungkan azam tersebut ke tahun 2013 pula.

Mungkin azam dan impian anda akan jadi lebih baik lagi. Siapa sangkakan… Bagi saya, banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2012.

Semuanya menjadi kenangan indah yang tidak akan dilupakan dan sebahagiannya mungkin mematangkan kita selari dengan meningkatnya umur kita.

Selamat Tahun Baru 2013

Tamatnya Contest iPhone 5 Gadget Impian

Alhamdulillah… berakhir juga contest iPhone 5 Gadget Impian. Berkat kesabaran dan usaha saya, dapat juga menyelesaikan semua tugasan yang diberi.

Dalam contest iPhone 5 Gadget Impian ini, ianya banyak memberi pengalaman dan mengajar saya banyak perkara.

Antaranya…

Contest ini antara yang paling mencabar bagi saya. Tiga tugasan serentak dan nak maintain top 10 bagi ketiga-tiga tugasan bukan senang dan mudah. Kalau tak sabar dan bersedia menghadapi cabaran, memang dah lama naik bendera putih.

Walaupun anda nampak hanya terdapat satu entri sahaja di blog ini, berkemungkinan ada yang berpendapat saya tidak membuat apa-apa selain dari backlink dan SEO.

Anda salah…siapa yang dapat lihat dan arif, dia akan tahu.

Contest ini paling banyak saya buat kerja. 10 entri berbeza dengan tujuan yang satu telah saya hasilkan sebagai entri sokongan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan entri utama saya di Google SERP. Disamping itu membuat sebanyak mungkin backlink berkualiti. Cuma saya tidak postkan di blog ini.

Sampaikan naik hafal dah spesifikasi berkenaan iPhone 5 ni. Bukan duduk goyang kaki, begitu juga dengan contest lain yang saya sertai.

Bersaing dengan blogger berpengalaman. Blog yang mempunyai PR tinggi dan domain berusia bukan mudah seperti cikgunaman, profhariz, eyriqazz, titan dan ramai lagi. Setting SEO boleh dikatakan kebanyakkan blog membuatnya. Blog saya bukan disetting untuk contest hehehe.

Kerja belakang tabir amat memenatkan, disamping itu terpaksa maintain ketiga-tiga tugasan sekaligus. Bukan sesuatu yang mudah dan senang seperti yang disangkakan.

Adat Pertandingan

Contest iPhone 5 Gadget Impian ini kita tidak boleh bergerak solo. Perlu ada strategi, kerjasama dan dalam pada itu kita harus ikhlas dan jujur dalam membantu satu sama lain.

Saya ada terbaca mengenai contest ini sebaik sahaja ianya tamat. Begini sahajalah, contest ini memerlukan strategi, kerjasama, pengorbanan dan pelaburan. Semua nak menangkan.

Mustahil contest hadiah besar sebegini kita boleh menang dengan hanya duduk diam goyang kaki. Adakah nilai hadiah sama dengan nilai pengorbanan dan usaha anda itu…

Untuk tugasan undian dan Google Plus Ones, terang-terangan semua membuat exchange. Jadi tidak timbul masalah manipulasi atau tidak.

Pada saya semua mencuba yang terbaik dan saya percaya semua rasa seksanya nak siapkan semua tugasan :). Saya juga rasa bahang seksanya.

Ianya memainkan peranan yang penting selain dari usaha, semangat, tidak putus asa dan berdoa.

Ini adalah contest SEO yang paling sukar dan sengit pernah saya sertai. Walaupun saya mula menulis blog sejak 6 tahun lepas, baru tahun ini saya mula belajar secara asas dan praktikal untuk mendalaminya. Erti kata lain saya budak baru belajar Selamat Tahun Baru 2013

Tetapi disamping itu saya seronok kerana dapat berkenalan dengan ramai blogger, terutamanya bloggers wanita yang handal-handal. Memang saya respect kesungguhan mereka. Siapa kata blogger wanita tidak boleh naik dan jadi terbaik.

Anda boleh lihat beberapa blogger wanita yang berjaya dalam tugasan yang diberikan. Mungkin dari segi SEO mereka agak kurang tetapi dari tugasan lain mereka cukup cemerlang.

Tak mustahil satu hari nanti mereka boleh jadi blogger terbaik dan popular…Tahniah kepada sis semua.

Siapa yang tidak mahu menangkan…Sayapun menyimpan hasrat untuk memiliki iPhone 5 ini. Sekiranya ada rezeki saya…Alhamdulillah… Kalau tiada, tak mengapa sekurang-kurangnya saya sudah mencuba yang terbaik.

Kepada semua blogger yang bekerjasama dan membantu, saya tidak dapat memberikan apa-apa imbuhan cuma ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya.

Persahabatan yang terjalin cukup bererti kepada saya… Selamat Tahun Baru 2013

Selesai sudah semua tugasan saya. Terpulang kepada pihak juri untuk mengadilinya. Kalah atau menang adat pertandingan, semoga kita mendapat manfaat dari contest ini.

Ooo ya… saya antara salah seorang yang berjaya memenangi Contest SEO 3 Blog Pilihan Terbaik dan 2012 Tahunku Yang Cantik hehehe.

Hanya menunggu 2 lagi keputusan contest SEO yang berakhir pada 31hb December 2012 yang lalu.

Selamat Tahun Baru 2013 dari AkmaOmar.com

” Peace No War “

 

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

39 CommentsLeave a comment

  • happy new year..semoga tahun 2013 lebih success dari tahun sebelumnya..akak dah pakai thesis, secara tak langsung mana2 contest berkaitan seo dah 50% dalam tangan.hehe

    • Happy New year..terima kasih ya

      Awal blog ni saya buka memang guna thesis..hehehe..ramai cakap thesis bagus..tu saya pilih tu..tapi awal2 buka blog ni bukan untuk contest pun. Cuma bila cuba ada je rezeki hehehe..aminn tak silap saya pilih thesis kan. ;)

  • Salam, memang meletihkan kontes yang satu ini. Namun ianya sebanding dengan apa yang kita dapatkan dari mengikutinya, apalagi jika berjaya mendapat sebijik iPhone 5. Moga berjaya Kak Akma…

    Salam hangat dari Tasikmalaya – Indonesia

    • Wasalam..memang betul letih sungguh saya contest ni..hadiahnya besar dan ini juga contest persendirian dari Denaihati…dia keluar wang sendiri utk anjurkan contest..saya juga sekadar mencuba,..kalau ada rezeki Alhamdulillah..moga berjaya juga ya :)

  • Semoga berjaya kak Akma…sudah 6 tahun bergelut dalam dunia blogger dan bukan waktu yang singkat. Saya malahan awal tahun 2012 kemarin belajar dunia blogging.
    Sungguh sebuah perjuangan tiada kenal letih dari kak Omar dalam mengikuti kontes hebat ini dan memang pantas kak Akma dapat hadiah Insya Allah aamiin..aamiin.
    Saya sungguh belajar banyak dari kontes ini, persahabatan, kerjasama, perjuangan tiada henti, kebaikan saling memberi sokongan satu sama lain. Amat berarti bagi saya.
    Semoga pula suatu saat nanti akan bisa berkongsi hal-hal mengenai SEO dari Kak Amar dan saya menantikan hal itu.
    10 entri untuk entri utama, saya malahan hanya 2 atau 3…
    Semoga senantiasa sukses sahabat Akma

    • Mekasih ferry…saya masih lagi belajar..mungkin kerana minat maka ianya jadi satu pengkajian untuk saya dalam menyertai contest ini. Menang atau kalah saya gak ambil hal sangat..cuma mau lihat setakat mana blog saya mampu pergi sahaja..

      InsyaAllah sekira buntu bantuan usulkan aja, mana yg boleh saya bantu akan saya bantu…

      Saya bisa omong bahasa indonesia kerna bapa saya juga org Padang hehehe….

      InsyaAllah success juga utk kamu ya :)

  • Semoga tahun 2012 lebih meriah..Yup, nampak kesungguhan akma disitu..InsyaAllah, kalau ada rezeki tak ke mana kan? Saya meramalkan Akma, dan Kak Maz bakal menang untuk iPhone 5 tersebut…

    Myself, this is learning curve untuk berjaya di masa hadapan…

    • Selamat tahun baru Eyriqazz..thanks ya saya tulis ni pun sebab nak share sahaja..bukan mudah kan..Eyriqazz pun tahu sebab u dah lama dalam bidang ni…

      Kalau ada rezeki saya Alhamdulillah..we all still in learning process..never finish :)

  • salam..

    selamat tahun baru dari saya…memang contest iphone 5 ni meriah sangat2…saya cuma perhatikan dari jauh…nak bagi sokongan pada rakan-rakan memang tak dapat…sebab jarang online..ini bila dah masuk tahun baru tiba2 je plak mood blogging datang balik..huhu…

    all the best for u sis.. =)

    • Wasalam…

      Selamat tahun baru sis..saya pun lama dah tak BW blog sis..yelah duk banyak keja lps tu layan blog ni je…sis dah deliver ke..baby boy or girl…love to see u back aktif as before…

      All the best juga sis ;)

  • selamat tahun baru…. saya memang nampak kesungguhan awak dalam contest ni… hehehe.. kadang2 rasa macam malu jugak sebab saya tak mampu nak jadi macam awak.. apa2pun, good luck tau… semoga ada pintu rezeki akan terbuka luas untuk akmaomar.com.. amin..

    • Selamat tahun baru Boni Kacak…terima kasih…mungkin sebab saya dalam praktikal so saya ambik contest sebagai ujian untuk blog ni sahaja…u dah otai tu tahu semua camne nak buat hehehe..

      U too good luck juga ya..InsyaAllah harap2 sentiasa ada rezeki untuk saya dan semua juga..aminnn..

    • Teima kasih sis…admire apanya sis..blog setahun jagung je ni…hehehe saya pun suka blog sis..selalu gak visit cuma segan nak komen…huhuhu

    • Salam..
      Ooo ye ke hehe terima kasih….iAwani ni blog popular juga ni..terima kasih sudi visit blog saya..saja cuba-cuba je SEO ni :)

      • aik, lepas baca balik komen tu, saya terlupa letak perkataan “tidak” untuk jadikan ayatnya “tidak sia-sia”. hehe.. sory.. typo! Anyway saya agak kagum dengan kosistensi Akma berblog.

        • Takpe saya faham komen tu hehehe…saya berblogging tgk pada masa terluang juga..lately kurang keja so layan blog lah ;)

  • Penghujung dan penutup tahun yang sungguh cantik dalam lipatan sejarah akmaomar.com..tahniah untuk kemenangan contest SEO tu..emm betul kan..habuan besar, tak kan usaha seciput jer kan..tak berbaloi dengan habuan yang disediakan..pondok kecil akan terus belajar dan belajar berkenaan dengan SEO ni..sekali kita gagal bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya…Terima kasih akma atas segala bantuan dan sokongan pada pondok kecil untuk tugasan iphone 5 tu,.,dan selamat maju jaya dalam tahun 2013 serta selamat menyambut tahun baru…peace & happy blogging..huhu

  • salam akma.

    Memang tak dinafikan penyertaan contest ini, adalah contest yang pertama akak masuk. Lagipun baru lagi buka blog (anak akak Miss I dan Miss J yang banyak bantu)

    Contest iPhone5 ini memang banyak mengajar erti kesabaran dan membuatkan kita nak meluaskan sokongan (sokongan mendapatkan undi). Ada yang exchange vote (macam kita berdua la dgn kawan2 yang lain), ada yang buat giveaway walaupun hadiah tak la beribu ringgit untuk hadiah pertama (macam akak, sekadar memberikan hadiah berbentuk serbuk CHEEZE MAZ.

    Betul kata akma, jika sudah rezeki kita. Alhamdulillah. Jika bukan, nak buat macam mana kan? tapi ralat juga la, hehehehe.

    Tahun baru 2013 ni, harapan akak supaya semua umat Islam bersatu dan menuju cara kehidupan cara Islam yang sejati. Tiada lagi penindasan keatas umat Islam seperti yang dialami oleh rakyat Palestin. Dan sudah pasti, serbuk CHEEZE MAZ boleh meluaskan pasaran. Anak2 mendapat pasangan yang terbaik dan mampu membimbing mereka dengan cara Islam.

    Akak juga berharap agar persahabatan yang terjalin dari contest iPhone5 kekal selama – lamanya. Diteruskan oleh anak2 kita.

    Banyak betul ditaipkan? hehehe. selamat tahun baru AKMA, SHARIDAWATI & PUAN GOJES.

    Bila la keputusan iPhone 5 nak diumumkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge