Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H

Salam Aidiladha 1433H
Salam Aidiladha 1433H

Hari Raya Korban pada tahun ni jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah.

Hari Raya Aidiladha kali ni saya hanya beraya di Kuala Lumpur dan dirumah kakak di Shah Alam.

Insyaallah pada hari kedua Aidiladha kami adik-beradik beramai-ramai ke Melaka menghadiri pertunangan sepupu saya.

Kemudian sambung perjalanan ke Pontian, Johor menghadiri majlis persandingan anak buah saya disebelah lelaki pula. Sambil itu bercuti bersama seluruh ahli keluarga saya.

Kenangan AidilAdha

Terkenang saya pada tahun 2006, tahun itu arwah mak saya menunaikan fardhu haji. Ketika itu sedih rasanya kerana tidak dapat menyambut Aidiladha dengan arwah mak, maklumlah saya tidak pernah sekalipun beraya tanpa arwah mak.

Tapi gembira sebab tertunai hajat arwah mak menunaikan haji… Alhamdulillah kami adik-beradik dapat merealisasikan impian beliau.

Ketika menghantar arwah mak ke airport, kami adik-beradik agak risau juga kerana arwah mak pergi tanpa ditemani oleh sesiapa. Ulangkali kami memesan kepada pihak pegurusan haji supaya menjaga arwah mak. Bertambah kerisauan dihati kami apabila berlaku kekecohan disana apabila keluar berita Saddam Hussien mati dihukum gantung pada Hari Raya Aidiladha (30 December 2006).

Alhamdulillah… Tiada apa-apa yang berlaku kepada jemaah haji dari Malaysia. Arwah mak dapat mengerjakan haji dengan sempurna walaupun pada masa tu kaki arwah mak tak berapa sihat, sampai disana beliau dapat berjalan tanpa bantuan sesiapa… Itulah kuasa dan kebesaran Allah SWT, sentiasa mempermudahkan segala urusan kita disana.

Teringat kata-kata arwah mak… “Tercapai juga hajat mak ke tanah suci Mekah sebelum mak pejamkan mata”. Hiba sungguh hati bila arwah mak cakap macam tu.

Salam Aidiladha 1433H

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H kepada seluruh umat Islam. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.

Kepada yang pulang kekampung sentiasalah berhati-hati ketika memandu, kalau mengantuk atau penat berhentilah rehat seketika ya. Pandu cermat jiwa selamat.

“Salam AidilAdha 1433H dari Akma Omar Dan Keluarga”

 

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

24 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest