SBDdB13 vs Karipap Mini

panel buat duit dengan blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okay, bagi yang belum tahu; SBDdB13 adalah singkatan kepada Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013. Beberapa hari yang lepas, saya telahpun menghadirkan diri ke Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network.

Memang ramai rakan blogger dan bukan blogger yang hadir ke seminar tersebut, anggaran melebihi 200 orang.

Saya hadir ke seminar buat duit dengan blog bersama rakan blogger saya, AzuanRazi.

SBDdB13 vs Karipap Mini

Rakan-Rakan Blogger Malaysia

Antara bloggers yang sempat saya jumpa; kawan baik saya Sharidawati, LadfeAmir, adik KhairulZamri yang tinggi lampai, ProfHariz, AzmanIsmail, Ustazah Aini, cikgu CikLaili, BroFramestone, BoniKacak, Eyriqazz dan Kozumi.

Gegirl DatinTyka yang memang sporting habis bergaya dengan trademark Queen of Zorro dia… Cayalah gegirl.

Tuan Haji Denaihati walaupun sibuk sempat juga menegur saya.

Ustaz Noehas memberi saya 1 botol Minda Aktif. Terasa segan pula saya bila beliau masih ingat hadiah segmen komen di group Denaihati tu. Terima kasih Ustaz.

Azwan yang peramah dari KedaiCotton.com yang sentiasa ingatkan saya jangan lupa claim hadiah Contest 10 Blogger Terbaik…hehe.

Kak Kujie yang sentiasa ditemani anak dara kesayangannya, adik Intan Anwar…

Tahniah Intan! Dapat lucky draw pakej kemboja lagi tu. Memang best tu!

Dapat kenal dengan Dayah dari blog DengariSaya. Tersengih saya bila dia gembira sangat dapat jumpa saya. Katanya dia selalu masuk blog saya.

Terharu sangat sampai lupa nak tanya Dayah dari blog mana, itupun adik CikSiezuka bagitahu melalui instagram huhu.

Yang lawaknya dia ingat saya ni ala blogger datin-datin, tang mana yang ala datin tu dik oiii… Akak kecik molek je dik hehe.

Tak sempat nak salam dengan kak SweetKurma. Nampak dia sibuk sangat.

SBDdB13 vs Karipap Mini

Seminar Buat Duit Dengan Blog

Seminar diacarakan oleh Hilal Azmi. Memang padan dia jadi pengacara majlis, bersahaja dan pandai tackle peserta.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noehas, diikuti kata-kata aluan dari Tuan Haji Amir Hassan – Denaihati.

Dirasmikan oleh timbalan presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Tuan Haji Mohammad Sahar Bin Mat Din.

Seperti yang diberitahu oleh Denaihati, seminar ini bukan sahaja untuk blogger. Ianya terbuka kepada semua golongan.

Ramai juga dikalangan peserta yang hadir tidak mempunyai blog. Aturacara tenang, menarik, sistematik dan berjalan lancar.

Hadiah-hadiah luckydraw pun menarik. Cuma saya ni kalau luckydraw selalu tak ada luck haha.

Masa minum pagi perut saya memang lapar sangat. Nasib baik saya tak makan mihun goreng dekat buffet tu sebab ada udang, kalau tak… Sah masuk hospital seminggu… fuhhh semangat.

Apalagi… Saya melantak Karipap Mini dari EjamOthman.com.Memang sedap sangat. Nak tempah untuk raya boleh tak…

Preview Urusniagaan Saham Secara Online

Panel oleh En. Md Hasrin bin Md Hashim dari Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Yang ni saya blur sedikit. Saya duduk agak kebelakang jadi saya kurang jelas apa yang disampaikan.

Saya dapat input sedikit sahaja mungkin antara sebab lain saya tidak berminat sangat tentang saham ni huhu.

SBDdB13 vs Karipap Mini

Forum Buat Duit Dengan Blog

Terdapat 4 barisan panel, kesemuanya adalah blogger. Moderater adalah AbangEnsem.

Panel Pertama dari Nisakay.com

Saya setuju bila Nisakay ada kata jadi diri kita sendiri apabila menulis blog.

Baru saya tahu kalau kita post gambar banyak-banyak boleh menarik advertiser untuk iklan dan sebagainya…hehe.

Okay, lepas ni saya nak posts gambar banyak-banyak jugalah.

Panel Kedua AhmadFaizal.com

Titan banyak berkongsi teknik tak terkalah dia bagaimana membuat duit dengan blog. Nasihat yang berguna dan bersahaja.

Beliau juga berkongsi bagaimana menguruskan komen blog, affiliate dan apa yang perlu dan tidak perlu kita lakukan. Pandai melawak juga mamat ni huhu.

Panel Ketiga Encik Shuth Founder WangCyber.com

Saya tertarik tentang pengisian yang beliau beri. Beliau membuat kajian yang terperinci dan beliau seorang yang berpengalaman luas.

Antara topik yang beliau kongsikan tentang komuniti perniagaan internet.

Pengalaman beliau menerbitkan eBook, menulis buku dan cara mudah menulis eBook.

Strategi dan marketing pemasaran secara viral buat duit dengan blog dari segi pengiklanan sama ada produk sendiri atau orang lain.

Keuntungan menjual produk digital yang tinggi kerana kita tidak memerlukan kos dan. Dengan hanya menggunakan penulisan yang kreatif sahaja.

Cara-cara mudah membuat eBook.

Panel Keempat Ikhwan Nazri dari Amanz.my

Seorang lagi master buat duit dengan blog.

Site amanz.my memang terkenal. Slide yang beliau kongsikan banyak membuka mata saya dalam memantapkan blog atau website.

Memang menarik dan apa yang beliau papar dan nyatakan memang logik dan bermanfaat.

Saya tertarik dengan salah satu slide beliau tentang penulisan blog lebih penting dari pengiklanan dan eksklusifkan blog kita.

Slot Bersama Rayyan Haries

Memang best mendengar journey yang beliau kongsikan. Travel Blogger yang comel sangat.

Terasa semangat nak menulis artikel travel, kebetulan saya juga suka travel.

Ini adalah antara topik yang paling saya suka baca di internet.

Preview eQurban

Yang paling saya tertarik dari eQurban oleh En. Abdul Halim A. Hamid.

Jika kita betul-betul dengar apa yang disampaikan, kita akan dapat manfaat dan kesedaran dari program eQurban ni.

Kemiskinan rakyat Islam kemboja yang serba serbi kekurangan memang menyentuh hati saya. Dalam mencari duit, kita boleh membuat amal jariah.

Usaha mulia ni harus kita pandang tinggi. Memang saya amat kagum dengan usaha yang dilakukan oleh eQurban ni.

InsyaAllah saya teringin untuk turut serta dimasa akan datang.

SBDdB13 vs Karipap Mini

Dapat Ilmu Dan Minda Aktif

Apa yang saya dapat dari seminar ini saya gabungkan kesimpulannya mengikut fahaman saya sendiri.

Iklan yang keterlaluan boleh menutup tujuan sebenar kita membuka blog.

Target audience pembaca bukan kita terhadkan kepada blogger sahaja.

Eksklusifkan blog kita supaya orang lihat blog kita sebuah blog yang profesional sama ada dalam penulisan mahupun membuat duit.

Sekiranya kita membuka blog bisnes secara online maka cari cara bagaimana viralkan blog kita pada umum dan luaskan networking.

Dalam kita sibuk mencari wang jangan lupa melakukan amal jariah. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan bertambah berkat. SBDdB13 vs Karipap Mini

Dari segi keseluruhan butiran forum rata-rata blogger sudah mengetahui tips buat duit dengan blog yang dikongsi.

Mungkin masa yang diberikan kepada panel agak suntuk. Jadi perkongsian mereka terhad.

Bagaimanapun tetap ada ilmu dan manfaat dari setiap panel.

Satu usaha dari Denaihati Network yang harus kita pandang tinggi dalam memartabatkan dan memberi ilmu kepada kita yang digelar blogger.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

64 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge