Rasa Sayang Magical Sing And Record Fun Book

Magical Sing And Record Fun Book

Kanak-kanak paling mudah terpengaruh dengan musik. Apa musik yang keluar mereka senang ikut rentak dan cepat menghafal. Saya banyak menonton video atau youtube kanak-kanak menyanyi lagu-lagu moden yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Sekarang demam Smule pula, ada kanak-kanak umur baru 3-4 tahun sudah hafal lagu cinta, kpop dan rock. Memang comel cuma cuba kita ubah.

Lagu klasik kanak-kanak kita tidak kurang hebatnya. Malah ada negara luar yang tiru dan ubahsuai mengikut bahasa negara mereka untuk tujuan pendidikan kanak-kanak. Saya pernah dengar lagu Bangau! Oh Bangau! diciplak.

Tidak rugi jika kita mengajar anak-anak supaya kenal lagu rakyat Nusantara. Biar mereka kenal lagu-lagu klasik kanak-kanak dari zaman kita kecil dahulu sehingga sekarang supaya tidak lupus dengan peredaran zaman.

Sing Record Fun Book

Sing-And-Record Fun Book

Pasti semua tahu lagu klasik Rasa Sayang yang sangat popular dan evergreen. Dari dulu sampai sekarang lagu Rasa Sayang masih segar dalam minda kita. Boleh katakan dari kanak-kanak sehingga orang dewasa hafal lirik lagu ini.

Kali ini saya kongsikan satu buku musik klasik kanak-kanak yang pasti adik-adik suka iaitu Rasa Sayang Magical Sing And Record Fun Book.

Buku ini bukan seperti buku cerita lain. Buku ni special kerana boleh sing & record. Mungkin juga ada lagu-lagu yang adik-adik tidak pernah dengar.

Terdapat 7 buah pilihan lagu klasik berserta lirik. Pilih sahaja mana yang suka. Sambil menyanyi boleh menghafal dan rekod suara sendiri…bestkan.

Bukan itu sahaja ada illustrasi bergambar yang cantik dan menarik pada setiap page cover dalam bentuk Fairy Tales Series. Ini memberi lebih inspirasi dan imaginasi setiap lagu yang adik-adik nyanyikan.

Gelang Sipaku Gelang

Sangat mudah dikendalikan, tanpa bantuan orang dewasa, anak-anak boleh lakukan sendiri. Terdapat tiga mod Sing And Record seperti dalam image yang saya sertakan.

  • Mode ‘Play’ – Untuk lagu-lagu yang telah dirakam.
  • Mod ‘Record’ – Untuk merakam.
  • Mod ‘Playback’ – Untuk memainkan semula rakaman.

Musical book comel ini berfungsi mengajar, bermain dan berkongsi dalam dwi-bahasa. Lirik bahasa Inggeris memberikan bantuan untuk decode makna setiap lagu manakala fungsi “Record” menggalakkan kanak-kanak lebih kreatif dengan merekod suara dan lenggok perkataan mereka sendiri.

Sesuai untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dan yang pasti akan membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga. Ibubapa pun boleh belajar sekali menyanyi dengan Rasa Sayang magical sing and record book ini.

Paling saya suka boleh dijadikan sebagai hadiah. Boleh hadiahkan kepada anak kawan atau saudara mara. Packaging yang nampak ekslusif, menarik dan kemas. Didalamnya ada disertakan Plush Toy maskot Bababaa  yang comel siap ada musik lagi.

Rasa Sayang Magical Sing

Ba Ba Baa Rasa Sayang Hey!

Rasa Sayang Magical Sing And Record Book adalah sebuah buku musik kompilasi himpunan lagu-lagu klasik kanak-kanak yang sangat memberi makna.

Diterbitkan oleh Bababaa.com. Penciptanya adalah seorang yang mementingkan warisan dan budaya dalam kehidupan.

Beliau mengintegrasikan tradisi dan budaya Asia ke dalam kehidupan keluarga moden dengan cara melalui muzik, sastera dan seni. Dicipta oleh yang benar-benar menghargai makna warisan budaya Asia.

Setiap lagu bukan setakat memberi keseronokan, magik dan kegembiraan melalui pembelajaran seharian anak-anak. Ia dipersembahkan dengan cara yang mampu memberi anak-anak menghargai warisan dan budaya.

Mereka amat percaya bahawa ia adalah penting bagi anak-anak bermain sambil belajar secara aktif, khayalan dan kreatif untuk menyokong perkembangan otak yang sihat.

Disamping itu menggalakkan kanak-kanak untuk bermain, produk ini direka menggunakan muzik, sentuhan dan interaksi.

Rasa Sayang Fun Giveaway

Rasa Sayang Fun Giveaway

Bukan setakat bercerita pasal buku sahaja. Kali ini saya nak bagi hadiah, tetapi wajib sertai “Rasa Sayang Fun Giveaway“.

Ini peluang besar anda untuk dapatkan secara percuma Rasa Sayang Sing And Record Fun Book. Siapa kreatif akan terima satu buku Magic Rasa Sayang ini.

Syarat-syarat sangat mudah. Tunggu saya update di Facebook dan Instagram dan pastikan anda visit laman website dan social media Bababaa:

Website : Bababaa.com
Fb Page :Bababaafamily
Instagram : @bababaafamily

JOM JOIN Giveaway Rasa Sayang Fun Giveaway! Jangan lupa ajak rakan- rakan turut sertai Giveaway ini ya.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

17 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest