Rahsia Kecantikkan Wanita Alaf Baru

Rahsia Kecantikkan Wanita Alaf Baru

Semua wanita suka kelihatan cantik menawan. Ada ke wanita yang tidak mahu kelihatan cantik.

Ada segelintir wanita apabila meningkat umur dan sudah berkeluarga mesti mula malas nak jaga penampilan diri sebab sibuk bekerja, menguruskan rumahtangga sampai tiada masa untuk diri sendiri.

Ini salah satu punca ramai kaum wanita yang jadi kurang yakin, murung dan cepat stress. Tidak semestinya bila umur dah meningkat tak boleh nak jaga badan.

Rahsia Kecantikkan Wanita Alaf Baru

Rahsia Kecantikkan Wanita Alaf Baru

Kesihatan dan kecantikkan kena selari dan harus dititikberatkan supaya sentiasa bertenaga, sihat, segar dan nampak menarik.

Rahsia Kecantikkan Wanita Masa Kini dan dahulu tidak banyak beza. Zaman ibu-ibu kita dahulu pun sudah mengamalkan penjagaan kesihatan dalaman dan luaran.

Orang dulu-dulu lagi awal dah minum air akar kayu dan makan ulam-ulaman untuk kekalkan badan supaya sihat dan cantik. Bezanya sekarang telah dikomersialkan. Banyak produk kesihatan dan kecantikkan tersedia dijual dan boleh didapati dengan mudah.

Arwah mak saya dulu dah anak enam tetap pinggang dan muka macam anak dara. Tak percaya bila tengok gambar mak masa tu. Sehingga berumur 70 tahun masih mengamalkan makanan yang berkhasiat dan hanya minum air suam. Jarang sekali tengok arwah makan makanan berlemak dan minuman bergula.

Dirumah arwah mak dulu penuh dalam pasu dengan pelbagai jenis sayuran organic yang ditanam sendiri. Bukan macam kita sekarang semuanya beli di pasar. Tak tahu berapa banyak bahan kimia disembur pada sayur yang kita beli.

Pemakanan yang seimbang sangat penting kerana kawalan makanan dapat melambatkan proses penuaan dan membantu sistem dalam badan berjalan dengan baik.

Kadang-kadang kita tidak mempunyai masa nak bersenam. Kita gantikan dengan mengambil supplemen tambahan seperti vitamin dan mineral untuk membantu seimbangkan diet dalam badan kita.

Setiap hari seeloknya amalkan makan buah-buahan. Ia merupakan sumber makanan yang tinggi dalam antioksidan. Lagipun buah-buahan bagus untuk kulit.

Saya memang tidak suka makanan atau minuman yang manis. Jika saya guna pun kurang dari 1/2 sudu kecil. Saya suka mengamalkan minum air masak dan soya bean setiap pagi.

Lazimnya badan kita memerlukan mineral yang banyak. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Ia adalah aset utama untuk kelancaran struktur luaran dan dalaman terutama untuk kulit badan dan muka.

Cuma saya gemar minum kopi. Saya sedar keburukkan minum kopi, tidak elok untuk jantung dan senang diserang penyakit kerana kandungan caffeine yang terlalu banyak. Perlahan-lahan saya cuba kurangkan.

Manjakan Diri Dengan Rawatan Spa

Manjakan Diri Dengan Rawatan Spa

Ini adalah aktiviti yang paling saya dan adik suka. Menjadi aktiviti kegemaran kami memanjakan diri dengan rawatan spa.

Selalunya saya akan ambil full package bermula dengan urutan badan, facial muka, body treatment seperti mandi lulur, body scrub dan sauna. Mesti lepas itu badan rasa ringan dan lega. Kulit pun bersih sahaja. Hilang stress dan penat.

Setiap kali bercuti kemana-mana mesti saya tidak akan lepaskan peluang mencuba tradisional spa setiap negara yang saya lawati. Kerana setiap negara cara rawatan spa berbeza-beza.

Saya pernah mendengar tentang Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. Sebuah pusat rawatan Spa yang berkonsepkan tradisional dan moden kontemporari.

Menyediakan pakej spa yang pelbagai dan menarik dengan suasana tempat yang menenangkan dengan bau wangian aromaterapi dan muzik yang tenang.

Dari apa yang saya baca produk badan dan muka yang digunakan di Anjung Jelita adalah 100% organik dan tidak mengandungi bahan pengawet dan kimia.

Kebetulan saya terbaca Anjung Jelita merupakan penaja bersama SBBYEOS2014 anjuran Denaihati Network.

Saya kalau ke spa boleh luangkan masa berjam-jam semata-mata nak merehatkan dan santaikan badan.

Anda semua patut amalkan rawatan spa kerana badan kita perlukan terapi juga. Sekurang-kurangnya perlu diurut sebulan sekali supaya angin dalam badan keluar, melancarkan perjalanan darah dan melegakan urat badan yang tersimpul.

Percayalah badan anda akan merasa ringan dan minda merasa segar selepas anda menjalani rawatan spa.

Pentingnya Penjagaan Kecantikkan

Jangan abaikan kecantikkan dan kesihatan badan anda. Luangkan sedikit masa memberi tumpuan kepada diri sendiri.

Duit yang banyak tidak berguna jika muka dan tubuh badan kita tidak sihat dan sering sakit. Tiada salah mengeluarkan sedikit wang untuk kesihatan dan kecantikkan diri.

Didalam Islam juga menggalakkan wanita sentiasa menjaga kecantikkan dan kesihatan. Sentiasa amalkan sikap positif, ceria dan fikirkan orang yang tersayang.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

20 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest