Pengalaman Saya Mula Menulis Blog

coffee and laptop
Good Combination While Blogging
Pengalaman Saya Mula Menulis Blog

Blogging Contest Eizil.com

Saya mula menulis blog pada tahun 2008. Salah seorang rakan saya ada membuka sebuah blog untuk persatuan bekas pelajar sekolah saya, supaya kami senang berkomunikasi dan berkongsi sebarang aktiviti yang diadakan. Dari beliau saya mula mempunyai blog sendiri.

Saya juga sering mengikuti beberapa blog aktivis dan penulis-penulis yang agak popular ketika itu. Tujuannya adalah sekadar untuk mengetahui tentang isu semasa, info terkini dan teknik-teknik penulisan.

Saya seorang peniaga muda, berniaga adalah mata pencarian saya dimana tidak dinafikan sentiasa sibuk. Dari situ saya mencari satu ruang untuk diri saya melepaskan diri seketika dari bebanan kerja. Maka terciptalah blog pertama saya iaitu akmaomar.blogspot.com.

Kenapa Saya Mula Menulis Blog?

Tujuan saya membuka blog kerana terlalu meminati bidang penulisan sejak dari zaman sekolah lagi. Pernah seketika menyertai persatuan penulis di Dewan Bahasa Pustaka (DBP). Disebabkan kekangan kerja yang agak sibuk terpaksa melupakan minat.

Mula menulis blog sekadar mengisi masa lapang sahaja. Saya ni memang jenis hantu komputer, boleh mengadap komputer berjam-jam lamanya. Kalau dah mengadap jangan haraplah saya nak layan benda lain. Ditambah lagi bermacam-macam gadget canggih ada sekarang, lagi senang nak layari internet. Ipad tu sejak beli memang menjadi teman setia saya kemana sahaja. Kalau tertinggal kat rumah, sanggup patah balik. Mati akal kalau tak ada Internet..hehehe.

Saya tidak suka menulis dalam bentuk kertas atau buku. Saya lebih suka menulis blog secara bebas melalui pegalaman peribadi, keadaan sekeliling, travelogue, isu semasa dan apa sahaja yang saya fikir saya akan masukkan kedalam blog disamping itu saya suka berkongsi pendapat dan cerita. Memang main hentam aje huhu.

Pada mulanya saya tidak mengambil peduli tentang traffik, rank, SEO atau apa sahaja teknik panduan blogger untuk menaikkan blog. Saya mengibaratkan blog sebagai invisible diary untuk saya bercerita dan berkongsi.

Perkenalan Dengan Rakan Blogger

Ketika mula-mula saya mempunyai blog, saya tidak berkongsi dengan sesiapa terutama rakan-rakan. Terasa segan apabila mereka membaca atau mengetahui tentang hidup saya, sehinggalah saya berkenalan dengan seorang Lelaki Kacak yang mana banyak membuka mata saya untuk lebih mendalami bidang blogging ini dan sedikit demi sedikit saya mula menulis blog dengan lebih teratur.

Beliau seorang yang sangat teliti dan cekap dalam mengendalikan blog, sering menekankan cara penulisan dan tip blogging yang baik. Blog saya agak kucar kacir, penggunaan bahasa bercampur aduk. Kerap ditegur oleh beliau dan perlahan-lahan perbaiki cara penulisan di blog.

Kenalan blogger yang saya anggap seperti guru sentiasa membantu, mengajar saya mengetahui lebih mendalam lagi bidang ini. Berbagai tip blogging yang saya belajar dari beliau dan baru saya tahu bidang blogging ini satu bidang yang sangat luas.

Pengalaman Saya Mula Menulis Blog

Good Combination While Blogging

Hosting Dan Theme Baru

Beliau banyak memperkenalkan kepada saya blog berpengalaman sebagai bahan rujukan. Antara blog favourite saya; blog wanita Kujie2 dan blog lelaki AzuanRazi, Multees dan Titan dan yang terbaru MummyAkmar Cara penulisan kelima blogger ni berbeza-beza. Banyak tips blogging yang saya dapat dari mereka. Dalam masa yang sama saya banyak mendapat kenalan baru.

Reviews Sedikit Tentang Favourite Blog Saya

Kujie2 – Sebuah blog wanita, pada saya kemas dan seronok membaca, banyak menceritakan tentang keluarga dan aktiviti harian beliau, pengisian dan tips blogging.

AzuanRazi – Inilah guru saya, seorang yang saya kategorikan pakar dalam selok belok blogging. Walaupun beliau jarang update blog beliau tetapi setiap kali beliau menulis menghasilkan input yang berguna untuk blogger baru seperti saya.

Multees – Cara penulisan beliau paling saya minati, pandai menyusun ayat dan blog yang kemas disamping image yang amat menarik. Seorang pakar dan sering berkongsi tip blogging dan SEO. Sebuah blog yang tidak rugi anda lawati.

Titan – Cara penulisan beliau agak kasar tapi humor, setiap kali saya membaca entri beliau mesti saya ketawa sorang-sorang. Cara beliau menulis seolah-olah mendengar beliau bercakap. Pakar dalam menghasilkan duit melalui blog dan trafik blog yang tinggi.

MummyAkmar – Walaupun menggunakan platform percuma tetapi blog beliau kemas, cantik dan laju loading. Seorang ibu tunggal yang cekal. Banyak tips untuk wanita kerana saya juga seorang wanita Pengalaman Saya Mula Menulis Blog

Bermulanya Langkah Pertama

Pada awal tahun 2012 saya menggunakan domain sendiri dan masih menggunakan platform blogspot, dalam masa yang sama saya membuka satu lagi blog menggunakan platform WordPress. Niat asal untuk belajar sistem di WordPress pula dan sempat menyertai satu pertandingan SEO. Bukan niat untuk menang, tapi semata-mata untuk belajar dan mengetahui lebih dalam lagi bidang blogging ini.

Memang tidak dinafikan best pulak guna WordPress ni dan minat dalam penulisan blog menjadi semakin kuat dan dari situlah wujudnya AkmaOmar.com. Habis saya godek isi perut WordPress ni, nasib baik tak jahanam huhu.

Saya mula belajar mengenai SEO, belajar bagaimana proses optimasi enjin carian termasuklah kata kunci, mewujudkan kandungan, membina pautan dilaman web yang tinggi ranking di enjin carian. Terdapat berjuta blog dan forum yang memberi tumpuan sepenuhnya mengenai topik-topik SEO. Cari sahaja di Google.

Ketika mula menggunakan hosting sendiri, blog saya pernah sekali di hack, ada sedikit down juga. Tapi dari situ saya mengetahui sistem hosting saya yang agak lemah dari segi security. Sekarang saya menggunakan hosting baru yang di recommend oleh seorang rakan blogger saya. Diharap tidak mempunyai masalah dan blog ni berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

Sedikit demi sedikit saya mula join aktiviti atau contest yang dianjurkan oleh blogger tempatan. Best juga.

Motif Berblogging

Blog lebih kepada sebuah diari perjalanan tentang hidup saya dan apa sahaja yang boleh saya kongsi. Tapi tak tahulah akan datang nanti macam mana, mungkin saya akan menghasilkan satu blog atau website yang boleh menghasilkan pendapatan… Siapa tahu kan Pengalaman Saya Mula Menulis Blog

Berbagai cara kita boleh mengisi masa lapang. Jangan lakukan sesuatu dengan mengikut orang. Setiap apa yang kita laku dan usahakan kena ada minat dan sentiasa mahu belajar. Insyaallah kita akan berjaya.

Pengalaman Saya Mula Menulis Blog

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

29 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge