Usahawan Muda OKU lancarkan Minyak Wangi Sendiri [Dewamor Signature]

Pink Floral DewAmor

Pada 3hb March 2016 telah berlangsungnya Pelancaran Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Majlis diacarakan oleh Haiza Gegar Vaganza. Ramai juga tetamu terhormat yang hadir seperti Datuk Eizlan Yusof, Wendy Wong, Nancie Foo serta pihak media, blogger, artis dan ramai lagi.

Pelancaran Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum dirasmikan oleh Datuk Roslan Hamid Pengerusi Eksekutif Pakar Pengucapan Awam bersama pengasas Dewamor iaitu Encik Khairul Nizam Wahiddin.

Majlis berjalan dengan sangat lancar dan tenang. Paling menarik dapat mengenali siapa sebenar pengasas Dewamor Perfume ini.

Encik Khairul Nizam Wahiddin Dewamor

Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum

Pengasas Pink Floral By Dewamor adalah seorang usahawan muda Mohd Khairul Nizam Wahiddin yang baru berumur 26 tahun.

Beliau seorang OKU yang lumpuh sepenuhnya dari atas badan sehingga ke kaki. Hanya boleh mengerakkan tiga jari sahaja.

Dengan fizikal yang tidak sempurna sejak dari kecil beliau memulakan karier bisne hanya menjual prepaid top up dirumah sahaja.

Dengan modal yang sangat rendah beliau mula menjual minyak wangi melalui Ebay dan social media.

Berkat usaha yang tidak pernah kenal erti susah, putus asa dan pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi. Semakin hari bisnes minyak wangi semakin maju dan mendapat permintaan yang tinggi.

Hasilnya, semakin hari semakin bertambah pelanggan. Pernah perjualan minyak wangi mencecah sehingga RM400.000 sebulan.

Kini, usahawan muda ini melangkah setapak mengeluarkan jenama minyak wangi pertama Pink Floral By Dewamor.

Pink Floral By Dewamor Perfume

Pink Floral By Dewamor Perfume yang bercirikan Pink & Diamond melambangkan seseorang yang sukakan perwatakan elegant, sexy dan romantis.

Kombinasi dari pati bunga rose dan blossom menghasilkan bauan yang sangat bercitarasa tinggi serta membuatkan si pemakai berasa lebih yakin dan anggun.

Selain itu pati vanilla, musk dan amber membuatkan Dewanor boleh bertahan selama lebih 10 jam.

Dewamor Signature by Nizam

Dewamor diambil dari perkataan Itali yang bermaksud DEW – EMBUN, AMOR – CINTA.

Packaging botol juga sangat menarik dan menawan hati. Memang sesuai untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta atau kekasih hati anda.

Dewamor dijual dengan harga RM199.00 sebotol.

Sempena pelancarannya anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% peratus dengan harga jualan RM99.00 sebotol sahaja.

Jika anda berminat menjadi stokis juga boleh dapatkan harga wholesale. Hubungi pihak pengurusan syarikat, Spirit Beauty Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut dan dapatkan minyak wangi ini boleh layari:

Website : DewAmor.com
FbPage : Dewamor Signature
Instagram : @Dewamoroffial

Dewamor Signature Pink Floral Eau De Parfum

Agak terkesan juga hati saya mendengar pengalaman beliau memulakan bisnes minyak wangi ini sehinggalah menjadi usahawan muda yang berjaya.

Keluarga memainkan peranan penting dalam memberi semangat dan sentiasa bersama membantu dalam senang dan susah. Ini memberi beliau lebih kekuatan dan semangat untuk terus berjaya.

Bagi kita yang sempurna fizikal pun belum tentu secekal beliau. Fizikal yang tidak sempurna bukan halangan untuk seseorang itu berjaya.

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

20 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest