Panduan Untuk Peserta Contest Duit Raya Casa Ombak

Panduan Contest Duit Raya Casa Ombak

Entri ini ringkas sahaja untuk memberi sedikit panduan selama contest blog ini berlangsung.

Kepada semua peserta Contest Duit Raya Casa Ombak, saya bagi sedikit klu ya. Kalau rasa berbaloi mencuba apa yang akan saya kongsikan ini baguslah, jika tidak… Tak mengapa.

Saya sudah membaca semua entri yang dihantar kepada saya setakat ini. Ada yang nampak serupa, anda ada masa untuk edit kembali entri anda sebelum tarikh tutup penyertaan pada 15 July 2014.

Untuk menghasilkan artikel yang unik, content jangan bergantung kepada entri rujukan semata-mata kerana akan nampak sama dengan peserta lain dan tiada keunikkan.

Panduan Contest Duit Raya Casa Ombak

Jadi, apa yang perlu…

1. Cari kelainan dengan membuat research tentang produk atau apa sahaja info berkaitan yang anda rasa menarik dikongsi. Google dan cari, mesti jumpa punya informasi yang boleh ditambah untuk jadikan ianya lebih menarik.

Bila dah jumpa mesti dalam hati terdetik “ehh, ok gak ni masukkan bla…bla…bla untuk tambah rencah entri aku ni”

2. Kategori penulisan terbaik ini lebih kurang berbentuk review, segala informasi “disediakan”, cuma kena usaha cari. Panjangpun tidak apa, tekankan point, teknik dan unikkan penulisan anda.

3. Kreatifkan cara penyampaian dan susunan ayat yang kemas walaupun menggunakan bahasa pasar. Jangan guna ayat shortform kerana tidak bagus untuk SEO dan nampak tak menarik.

4. Gunakan imej sebaik yang mungkin, tidak semestinya yang ada sahaja.Β Gunakan semua sumber yang ada untuk mencari imej. hihi.

5. Untuk SEO tentulah kena pandai teknik backlink. Buat backlink yang berkualiti dilaman yang betul, jangan spam backlink takut nanti kena penalti. Jaga blog anda, contest…contest jugakan. Selain Backlink, masih banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruhi SERPs.

6. Pada yang tidak mahir SEO, boleh sahaja rujuk atau minta bantuan pada rakan yang pakar, tidak salah malah digalakkan. Ini peluang anda, cara beginilah anda belajar SEO kerana ada persaingan. Dari situlah kita tahu, ooo macam tu…ooo macam ni nak buat.

7. Bijak bermain kata kunci didalam entri, pelbagaikan. Mana tahu nanti boleh dapat traffik dari long tail keyword.

8. Kongsikan di social media, ini salah satu cara untuk kuatkan artikel yang anda tulis kerana social media mempunyai authority yang tinggi. Sedikit sebanyak membantu.

9. Jangan join contest disaat-saat akhir. Setiap kali ada peserta submit penyertaan, saya akan terus baca. Jika entri tersebut menarik perhatian, saya akan buat senarai pendek untuk kelayakan pemenang. Jadi, jika ada entri yang selepas itu seakan sama dengan entri yang saya sudah baca, mudah untuk saya buat pemilihan kerana kadang-kadang ada individu yang suka copy idea entri orang lain.

Tak pandai SEO? Ianya bukan alasan. Belum cuba dah mengalah, sememangnya anda akan terus mengalah sebelum bermula. Cuba dahulu baru tahu kemampuan anda, tidak rugi mencuba kerana ada satu lagi kategori iaitu Penulisan Terbaik. Peluang masih ada untuk anda semua menang duit raya. hihihi.

Banyak lagi cara anda boleh pelbagaikan artikel anda.

Saya sekadar memberi sedikit panduan kerana kalau boleh saya mahu yang betul-betul unik dan ada dikalangan newbies menang juga. Sambil contest kita belajar.

Semua panduan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya menyertai dan memenangi contest. Saya tidak bolehlah nak keluarkan semua, pandai-pandailah cari ya.

Pada yang sudah tahu, abaikan panduan saya ini ya, tentunya korang lebih arif tentang semua asas panduan tersebut.

Cuma berani saya katakan, apabila kita amalkan lama kelamaan dengan mudah kita dapat tangkap apa yang penganjur contest mahu. Lepas itu terpulang kepada penganjur untuk judge dengan adil.

Saya pecah sikit rahsia, panduan diatas adalah sebahagian cara juri melihat untuk memilih artikel terbaik.

Biar tergugat sedikit peserta yang biasa menang tu… baru ada persaingan haha wink…

Semoga berjaya dan hasilkan yang terbaik okay.

***OH YA, Hadiah dah dikemaskini. Cubalah tengok, jangan sampai tak senang duduk yer…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

55 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest