Panduan Mengundi Blog AkmaOmar

undi blog akmaomar

Panduan mengundi blog AkmaOmar dalam contest iPhone 5 Gadget Impian. Undi mengundi ni adalah dari tugasan ketiga.

Tugasan ketiga adalah satu permulaan yang tidak baik bagi saya kerana apabila ada rakan-rakan blogger yang telah mengundi blog AkmaOmar, angka undian tersebut tidak naik-naik ataupun berubah angka.

Mujur undian tersebut tidak turun seperti yang berlaku di tugasan kedua iaitu perlu meningkatkan angka Google +1 yang mana seringkali angka G +1 tersebut boleh menurun tanpa diduga.

Apa yang mencurigakan saya, blog-blog lain yang bersaing dalam tugasan ketiga ni dengan mudahnya angka undian mereka meningkat naik dengan cepat dan begitu mendadak serta kemaskini angka undian pun cepat berubah apabila saya cuba mengundi blog-blog dorang.

Blog saya lak boleh dikatakan ambil masa 1 hingga 2 hari untuk dikemaskini angka undian. Itupun berubah hanya 2 hingga 4 angka undian walaupun yang mengundi adalah lebih dari angka-angka tersebut.

Amat mendukacitakan kerana undian-undian yang lain hilang begitu sahaja.

Ok, entri panduan mengundi ni untuk melihat jika masih ada lagi rakan-rakan Facebook saya yang ingin membuat undian.

Korang semua boleh rujuk panduan ini untuk mengundi saya dan kita tengok samaada angka undian bagi blog AkmaOmar akan naik ataupun tetap tak berganjak.

Langkah-langkah mengundi adalah seperti berikut:

Langkah 1

Korang perlu jadi ahli berdaftar. Jika belum, sila daftar disini.

Paparan seperti gambar rajah dibawah akan kelihatan.

  1. Masukkan username korang (nama sendiri pun tak apa, tak perlu panjang).
  2. Masukkan email korang yang betul (penting untuk dapat password).
  3. Klik butang Register.
register denaihati

Paparan Register

Langkah 2

Selepas klik butang Register, korang perlu check email yang korang gunakan semasa pendaftaran tadi kerana Password untuk login akan dihantar ke email tersebut.

Sila rujuk gambar rajah dibawah.

Klik disini untuk Login menggunakan Username dan Password yang diberikan dalam email tadi.

email denaihati

Semak Email Untuk Dapatkan Password

Langkah 3

Selepas Login, sila scroll down mouse ke bawah sekali dan korang disarankan supaya menukar Password baru yang lebih mudah korang ingati untuk kesenangan akan datang.

Sila rujuk gambar rajah dibawah.

  1. Masukkan Password Baru.
  2. Klik Update Profile.
tukar password

Tukar Password Baru Yang Mudah Diingati

Langkah 4

Tiba masa untuk membuat undian. Klik Button Dibawah.

button undian

Paparan berikut akan kelihatan…

undian blog pilihan

Tick Blog AkmaOmar dan Dua Blog Pilihan Yang Lain. Lepas Itu Klik Hantar Undian

Syaratnya…

  • Undi 3 blog sahaja dalam sehari.
  • Undian boleh dibuat tiap-tiap hari.
  • Blog AkmaOmar wajib korang undi yer… πŸ™‚
  • Dua (2) lagi blog tu korang boleh pilih yang berkenan dihati.
  • Cara mudah nak cari blog AkmaOmar, korang klik CTRL F dan taipkan akmaomar.
  • Dah jumpa, sila tick dalam kotak kecil bagi blog AkmaOmar.
  • Saya harap korang sudi undi blog AkmaOmar setiap hari.

Disamping tu, bagi korang yang mempunyai akaun Google +1 dan masih belum klik butang G +1 untuk entri contest saya, besar harapan saya supaya korang sudi untuk klik butang G +1 dekat entri iPhone 5 Gadget Impian.

Sila rujuk gambar rajah dibawah…

klik button google plusones

Klik Button Google +1

# Sekali klik sahaja dah cukup, kalau dah klik butang tersebut ianya akan jadi warna merah. Jadi tak perlu klik lagi.

Oh ya, jangan lupa tonton video yang saya buat ni, saja suka-suka buat untuk tatapan semua…

Saya rasa panduan ini dah cukup lengkap, anak-anak saudara saya yang kecil-kecil tu bolehlah tolong undi Achik yer, ikut jer panduan ni… Mana tahu kalau ada rezeki dapat iPhone 5 nanti, Achik bagi korang pegang yer… πŸ™‚

Saya dahulukan ribuan terima kasih untuk mereka yang sudi mengundi blog AkmaOmar dan jika korang rasa saya layak menang iPhone 5, teruskanlah mengundi blog AkmaOmar.

Saya tak dapat nak beri apa-apa imbuhan melainkan pertolongan ikhlas korang ini akan mendapat balasan dan keredhaan dariNya…

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

41 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest