Sewa Panda 25 Juta

Saya banyak baca di social media tentang perjanjian Malaysia dan China menyewa dua (2) ekor Panda. Rata-rata ramai yang bersunggut dan marah.

Yelah, dua (2) ekor sampai sewa 25 juta, buat rumah panda 20 juta belum masuk lagi kos penjagaan. Saya baca pun geram juga…banyak tu nak jaga dua ekor binatang sahaja.

Tetapi, disebalik pemberian panda itu kita kaji balik history China. Mungkin ramai yang tidak tahu.

20140523-162020-58820776.jpg

Panda Diplomasi

Saya memang ada ikut dan tahu sedikit tentang perdagangan Diplomatik China. Kalau korang rajin baca Wiki Panda Diplomasi ini ya.

Kenapa Panda dijadikan Diplomasi? Bukan emas, tanah atau apa sahaja yang kita rasa berbaloi dengan yang kita bayar kepada China.

Panda merupakan haiwan terkawal dan menjadi simbol besar untuk negara China.

Memang menjadi tradisi China untuk memilih negara yang istimewa untuk perdagangan dan membentuk hubungan persahabatan diplomatik dua negara dengan cara meminjamkan dua haiwan khas Panda ini… Klasik kan..

Setakat ini bukan Malaysia yang pertama dan bukan semua negara dapat. Antara negara yang terpilih Indonesia, Scotland, Japan dan ada beberapa negara sahaja. Tentulah melibatkan perdagangan yang besar dan perhubungan dua hala.

Disebalik itu ada perjanjian besar yang kita tidak tahu. Harap baik sahaja lah dan tiada kena mengena dengan isu kehilangan MH370. Dalam ertikata ada maksud yang tersirat.

Setakat yang saya tahu tidak ada satu negara pun yang menolak. Berebut negara luar yang nak berdagang dengan China dan terima Panda dengan besar hati… bodoh lah kalau Malaysia tolak.

Ini apa yang saya baca tentang perjanjian tandatangan kelahiran anak Panda kepada semua negara yang menerima Panda dari China, bukan sahaja di Malaysia dan ia mendapat penerimaan baik dari semua negara.

Mereka dilahirkan di China, maka juga harus mati di China. Seandainya mereka memiliki anak yang dilahirkan, maka mereka kemungkinan besar juga akan ikut di kembalikan ke China.

Kita fikir balik, negara kita kecil dibanding dengan China punya lah besar. Jangan hanya melihat dari segi sumber kecil yang kita nampak seperti Malaysia import metarial, tekstil, kontraktor, bahan mentah dan macam-macam lagi yang semuanya dari China.

Setakat negara kita Malaysia yang kecil ini, import barang dari China tidak memberi kesan besar pada ekonomi China dan diaorang tidak hairan sangat pun.

Jangkamasa panjang fikir apa China akan trade dan eksport dari kita. Hasil bumi di Malaysia ni pelbagai.

Ada yang kata beza Jepun dengan Malaysia macam langit dengan bumi. Memang betul, kita jangan tengok besar dan maju negara orang. Kita lihat dari aspek apa yang negara kita boleh dan mampu dagangkan.

Faedah hubungan Diplomatik Malaysia dan China akan menghasilkan urusan perdagangan bernilai sekurang-kurangnya 212 Billion setahun. Kalau rajin search Diplomasi Panda.

Saya bagi sikit research perdagangan di Scotland.

Edinburgh Zoo received its pandas in 2011. An agreed annual sum, paid to the Chinese government, is earmarked for giant panda conservation projects in the wild.

But shortly after the panda exchange, trade deals were signed for salmon, renewable energy technology and Land Rover vehicles contracts worth an estimated £2.6b

Additional, Scottish exports to China have almost doubled in the past five years to £500m ($800m).

Beza besar tu kalau negara kita dapat perjanjian perdagangan dibandingkan kos yang dah kita keluar untuk dua (2) ekor panda..berjasa kan panda ni huhu.

Kalau China baca semua rungutan-rungutan orang di Malaysia ini. Saya rasa diaorang senyum sahaja. Pada diaorang setakat 25 juta sewa, 20 juta buat rumah Panda, celah gigi diaorang sahaja.

Contoh masa bencana alam di China. Paling banyak sumbangan bukan dari negara luar tetapi dari rakyat China sendiri. Punya ramai orang-orang kaya yang ada di China. Rasanya kalau tiada bantuan kewangan luar, rakyat diaorang sahaja dah cukup ramai mampu membantu.

Dari segi kenaikkan harga barang dan keperluan hidup kita yang semakin meningkat. Bila umum sahaja pasal Panda ni, saya tidak nafikan ada sahaja tarif yang kerajaan naikkan, sampai sengsara kita dibuatnya. Ini kita tahu memang akan terjadi dan saya pun tidak menyokong. Bangkang tetap bangkang huhu.

Artikel saya ini tiada kena mengena menyokong atau membangkang cuma untuk memberi pemahaman tentang isu Panda Diplomasi dan kenapa kerajaan sanggup berbelanja berjuta-juta RM duit kita.

Bukan semata-mata nak ramaikan pengunjung di Zoo Negara tu.

“There is Billion Trade Deal”

About author View all posts

Akma Omar

I am a young entrepreneur, involving in Retail Trade Business – Base in Kuala Lumpur, Malaysia. I have been in this industry more than 10 years. This blog is my online diary. More about me here...

39 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pin It on Pinterest