MyKad Smart Shopper

by Akma Omar on July 15, 2013 · 37 comments

in Business, Contest, Shopping

Saya pasti semua mempunyai kad pengenalan atau dipanggil MyKad. Adakah anda tahu bahawa kad pengenalan kita mempunyai banyak fungsi. Ia bukan sahaja sebagai pengenalan diri atau bukti kita warganegara Malaysia sahaja.

Malah, ianya boleh digunakan sebagai lesen memandu, kad ATM, Touch n Go, MyKad Smart Shopper dan banyak tujuan lain lagi.

Bercakap tentang MyKad Smart Shopper, tahu tak anda bahawa dengan menggunakan MyKad kita boleh mendapatkan diskaun dan mata ganjaran apabila pergi membeli belah di lebih daripada 400 cawangan yang menyertai program MyKad Smart Shopper di Malaysia ni.

Bestkan… Kalau nak tahu lebih lanjut, korang baca informasi yang saya tulis di artikel kali ini.

MyKad Smart Shopper

Pengenalan Tentang MyKad Smart Shopper

Malaysia merupakan negara pertama di Asean yang telah melaksanakan Projek MyKad Smart Shopper (MSSP).

Dibangunkan dan diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd – Integrated retail marketing solution provider di Malaysia.

Program MyKad Smart Shopper adalah salah satu program affiliate terbaru di bawah rangkaian Affiliate Junction.

Disokong sepenuhnya oleh JPN – Jabatan Pendaftaran Negara dan Multimedia Development Corporation – MDeC.

Keutamaan program Affiliate Junction – program MyKad Smart Shopper merupakan satu program runcit menawarkan diskaun untuk pengguna serta peruncit di Malaysia. Ia boleh didaftar secara percuma untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan MyKad melalui Affiliate Junction atau Agensi yang diberi kuasa.

Anda hanya perlu mendaftarkan MyKad anda dan anda boleh menikmati diskaun runcit dan keistimewaan serta mendapat mata ganjaran AJ.

  1. Mendaftar sebagai Pembeli Pintar MyKad di Affiliate Junction dengan mengaktifkan MyKad anda melalui AJ affiliate.
  2. Mengesahkan MyKad anda di kedai-kedai yang mengambil bahagian apabila membuat pembayaran untuk menikmati rebat segera, keistimewaan dan mendapatkan mata AJ untuk tujuan penebusan.

Kelebihan MyKad Smart Shopper

Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan melalui Program MyKad Smart Shopper di kedai yang mengambil bahagian, anda akan mendapat 1 AJ Point.

Mula mengumpul mata anda hari ini untuk menebus barangan yang menarik dari Affiliate Junction.

Untuk Ahli…

  • Daftar secara percuma.
  • Tiada tarikh luput keahlian.
  • Nikmati diskaun runcit & keistimewaan.
  • Mendapat mata ganjaran dari perbelanjaan.
  • Tiada kad tambahan.

Untuk Peniaga…

  • Pemasaran secara percuma dari mulut ke mulut untuk produk jenama syarikat anda.
  • Tiada kos tambahan untuk percetakan.
  • Prestasi berasaskan saluran jualan.
  • Memanfaatkan asas pelanggan yang berpotensi besar dimana purata 28 juta rakyat Malaysia yang menggunakan MyKad.
  • Tiada paksaan – Anda hanya perlu fokus kepada jualan runcit anda, segala-gala hal diuruskan oleh AJ program.

Untuk Affiliate…

  • Diberi ganjaran untuk merujuk pelanggan kepada merchants.
  • Diberi ganjaran untuk merujuk merchants kepada program.
  • Diberi ganjaran untuk menggalakkan dan mencadangkan program yang baik, produk dan perkhidmatan kepada orang lain.

MyKad Smart Shopper

Cara Mendaftar MyKad Smart Shopper

Cara daftar MyKad Smart Shopper amat mudah. Daftar MyKad anda di Agen / Dealer yang telah diberi kuasa dengan melampirkan butiran seperti…

  • Nama penuh
  • Nombor Kad pengenalan
  • Nombor Telefon

Sebagai pengguna berdaftar, anda sentiasa boleh klik di MyKad Smart Shopper untuk maklumat mengenai program dan senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Anda juga boleh menyemak berapa banyak diskaun yang telah diberi dan anda kumpulkan.

Layari Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Di bawah MyKad Smart Shopper banner, anda boleh klik pautan ke Mykad.AJ.my

Peringatan!

Mana-mana agen/dealer yang diberi kuasa sekiranya meminta wang semasa anda membuat pendaftaran. Anda boleh membuat aduan dan lesen mereka boleh dibatalkan.

Anda juga boleh meminta agen/dealer yang diberi kuasa dan telah mendaftar menunjukkan kepada anda full certificated yang menyatakan bahawa mereka dibenarkan mengumpul data-data peribadi MyKad anda.

Ini adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa program MyKad Smart Shopper ini bukan satu penipuan atau scam yang menggunakan data peribadi dalam MyKad anda untuk membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda

Mula berbelanja seperti biasa di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Apabila membayar menggunakan wang tunai, tunjukkan MyKad anda kepada juruwang. Dapatkan diskaun dan kumpulkan point.

Program MyKad Smart Shopper ini telah diluluskan oleh kerajaan. Anda sentiasa boleh membuat semakan dari semasa ke semasa.

{ 37 comments… read them below or add one }

khairul asrol July 16, 2013 at 12:51 am

wahh mantap la kak. menang laa macam ginii. hehe.
khairul asrol recently posted…MyKad Smart Shopper (MSSP)My Profile

Reply

Akma July 16, 2013 at 4:16 pm

Memeriahkan aje ni Khairul.. Nak tgk bleh pegi tahap mana blog ni..hope blog akak takde masalah kat Serps

Reply

boni ultra kacak July 16, 2013 at 5:51 am

wah.. ini agak menarik ni… sempoi juga

Reply

Akma July 16, 2013 at 4:11 pm

Daftar lah…free je. Contact blog coretananuar.

Reply

Anuar July 16, 2013 at 3:43 pm

Terima kasih Akma Omar kerana sudi menyertai Contest ini… Sedang menanti entri ini didaftarkan di blog saya… TQ…
Anuar recently posted…Pelabur emas jangan tersilap langkah – Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia)My Profile

Reply

Akma July 16, 2013 at 4:10 pm

Sama2…saya akan hantar penyertaan nanti..nak kena update link penaja dulu.

Reply

azrijohan July 16, 2013 at 3:57 pm

owhhh, contest SEO rupanya.. hehehe
azrijohan recently posted…(BARU) Lirik Lagu Kamu – Najwa LatifMy Profile

Reply

Akma July 16, 2013 at 4:00 pm

Aah Azri contest lagi..hahaha

Reply

Raja Diskaun July 16, 2013 at 11:33 pm

best la akak ni …. saya juga salah seorang dealer mykad smart shopper di johor kota tinggi….. Bersama saya berniaga di Affiliate Junction. Pendapatan berterusan. Hanya guna Mykad sahaja boleh dapat duit. Diiktiraf oleh seluruh asean dan disokong oleh MDeC, Syarikat yang keluarkan sistem Mykad kepada Jabatan Pendaftaran Negara ….
Raja Diskaun recently posted…Multi Visions Advertising ( Diskaun 5% Berbelanja Minimum RM90 )My Profile

Reply

Akma July 18, 2013 at 4:36 pm

Best ke….terima kaih dik hehe..

Ooo agen MyKad juga ya..saya cuma promosi je ni untuk informasi dan cuba contest. Banyak saya baca kelebihan untuk affiliate juga kan..

Reply

Ustazah Ain July 17, 2013 at 10:21 am

Memang suka dengan susunan ayat Akma ni..smG berjaya ustazah doakan

Reply

Akma July 18, 2013 at 4:34 pm

Terima kasih Ustazah Ain… InsyaAllah…saya memeriahkan sahaja ni :D

Reply

suriaamanda July 17, 2013 at 2:49 pm

macam menarik ni..kena daftar la kalau nak tau menarik ke tak kan…

Reply

Akma July 18, 2013 at 4:32 pm

Free je tu tak kena apa-apa charge…nak tahu menarik ke tak kena daftar dulu hehe

Reply

Adam Roslan July 18, 2013 at 10:10 am

Salam ziarah :)

Menarik juga ni, selalu nampak tapi serius tak pernah tu ada macam ni.
Adam Roslan recently posted…Bagaimana SeductiveX menambah Like di Fanpage?My Profile

Reply

Akma July 18, 2013 at 4:28 pm

Wasalam….

Saya pun banyak terbaca mengenai Mykad ni… Ingatkan apa..lama2 baru faham, sama konsep dengan bonuslink kad semua tu cuma skop kedai2 yang boleh kita guna banyak :)

Reply

blackrosehunter July 18, 2013 at 3:38 pm

memang banyak kegunaan mykad ni kan..antara guna dengan tak guna je.
blackrosehunter recently posted…Biografi Imam Al-GhazaliMy Profile

Reply

Akma July 18, 2013 at 4:30 pm

Sama sahaja konsep dengan mesra kad, bonuslink cuma kita pakai kad pengenalan. Kelebihan boleh pakai dibanyak tempat tak macam kad disount yg lain tu :)

Reply

Zulhilmi Zainudin July 20, 2013 at 12:24 am

Agak lama juga untuk saya faham. Beberapa kali ulang baca, baru faham. :)
Zulhilmi Zainudin recently posted…Infografik: 12 Perkara Yang Perlu Anda Buat Selepas Menulis Artikel Baru Di BlogMy Profile

Reply

Akma July 22, 2013 at 2:41 pm

Hehe..saya mula susah nak faham juga…bila baca info betul2 baru ok..memang baguslah program ni cuma kita harap takde scam bagai ni.

Reply

Hafizul July 22, 2013 at 12:04 pm

Terbaik lah..bab penulisan akma ni memang senang untuk difahami..memang mudah untuk dihadamkan..haha
Hafizul recently posted…Teknik SEO Yang BetulMy Profile

Reply

Akma July 22, 2013 at 3:01 pm

Terima kasih PK…ala entri info jadi senang nak tulis..informasinya banyak kan hehe

Reply

hasrulhassan July 25, 2013 at 2:30 pm

As-Salam. Semoga berjaya akma .. :)
hasrulhassan recently posted…Bantuan Khas Kewangan RM500 Penjawat Awam Raya 2013My Profile

Reply

Akma July 25, 2013 at 3:17 pm

Wasalam..

InsyaAllah…terima kasih HH :)

Reply

Hitseo August 4, 2013 at 12:19 am

wah bergaya artikel akak.. semoga berjaya.
Hitseo recently posted…MyKad SmartMy Profile

Reply

Akma August 5, 2013 at 3:38 am

Terima kasih Ted..entri informasi semua org boleh buat tu kan hehe

Reply

Asyrof - Blogger Tanah Arab August 10, 2013 at 12:46 pm

Contest rupanya. ;)

Ingatkan iklankan syarikat dari JPN.

Huhuhu ..

Apapun memang terbaik penulisan ni.

Tahniah, insyaAllah menang.

Sangat berinformasi.

Reply

Akma August 21, 2013 at 10:47 pm

Sorry lambat balas..bulan ni agak bz sikit

Ya contest..masih berjalan lg ni…join lah asyrof…

Reply

Anuar August 18, 2013 at 9:33 pm

Good Luck Akma Omar… Semoga berpeluang menjadi salah seorang pemenang contest ini…
Anuar recently posted…Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..My Profile

Reply

Akma August 21, 2013 at 10:42 pm

Terima kasih anuar…InsyaAllah :)

Reply

Blog AsiaCube August 21, 2013 at 11:57 pm

Gud luck Akma :) Best juga ramai-ramai join pertandingan MyKad Smart Shopper ini :)
Blog AsiaCube recently posted…MyKad Smart Shopper ReviewMy Profile

Reply

Zuan August 27, 2013 at 11:31 pm

ramai dah mula promote.. rasanya nak kena ambil langkah kanan juga :)

Reply

Akma August 31, 2013 at 11:34 am

Hehe sila2 kan dah nak tamat tu

Reply

Ikhmal Malique August 28, 2013 at 8:33 pm

entri yang baik. saya rujuk dari entri akak ni la ek. nak join jugak.. huhu

Reply

Akma August 29, 2013 at 1:11 am

Boleh dik..buat rujukan apa salah nya..dipersilakan je hehe

Reply

mierul November 22, 2013 at 11:32 am

Boleh saya tau.untk jdi sebagai AFFILIATE semasa pendaftaran, adakah saya dikenakan bayaran???

Reply

Akma November 24, 2013 at 2:14 am

Saya ada baca memang ada fee..berapa RM saya tak pasti..dekat bawah artikel ni ada link penaja coretananuar tu…tanya kat site dia sbb dia agen berdaftar tu.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: